Assalamulaikum... Hye!
CIA bagi sikit teaser untuk PEARL RAYA. :D. MLS Ramadhan Spesial & Pearl Raya will be on air... KHAMIS ni. :). sabar eh. hehe. peace... NO WAR!
BMW M3 SPORT yang
dipandu diberhentikan tidak jauh dari pagar sebuah sekolah rendah. Fariz keluar
dari keretanya dan bersandar sambil memeluk tubuh di sisi kereta. Jam tangan di
pergelangan tangan kiri dipandang sekilas. Sekejap lagi muncullah Chiya
memandangkan waktu persekolahan sudah pun tamat.
“Daddy!”
Chiya
berlari anak mendapatkan Fariz. Kanak-kanak lain turut mendapatkan waris
masing-masing yang sedia menunggu.
“Masuk
dalam dulu, panas ni,” Pintu di tempat duduk penumpang dibuka Fariz. Chiya
pantas meloloskan diri ke dalam kereta.
Fariz
turut masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin kereta sebelum menarik tali
pinggang keledar untuk Chiya.
“How was your day, sayang?” soal Fariz
sambil memasukkan gear dan meninggalkan kawasan sekolah.
“Great, daddy. Tapi, Chiya lapar…” Manja
suara Chiya mengadu. Fariz tergelak.
Hari
ini adalah pengalaman pertama Chiya berpuasa. Sudah tentu anak perempuannya itu
masih belum biasa. Kebiasaannya waktu sebegini, Chiya sedang enak menjamu
selera. Sengaja Fariz dan Adelin mahu mengajar Chiya agar berpuasa supaya anak
itu terbiasa dengan amalan itu.
Fariz
usap kepala Chiya perlahan.
“Dah
separuh harilah. Tahan eh, sayang,” Chiya menjuihkan bibir. Tangannya menekan
perut, tanda dia sememangnya lapar.
Padahal
dia bersahur bersama daddy dan mummynya awal pagi tadi.
“I’ll try, daddy…”
“Good girl,” puji Fariz. Sesekali dia
melirik pandangan ke arah Chiya di sebelah. Comel sahaja wajah kusut itu.
SAMPAI
sahaja di rumah, Chiya terus naik ke biliknya. Mahu merehatkan diri katanya
pada Fariz tadi.
“Amboi,
melulu aje jalan. Kenapa tu?” tanya Adelin pada Fariz yang sedang menutup pintu.
Fariz menghampiri Adelin di ruang tamu, sedang menyuap Rania nasi.
“Nak
rehat, penat puasa,” jawab Fariz bersahaja. Adelin gelak. Sudah diagak akan hal
itu. Sememeh sahaja wajah Chiya ketika masuk ke dalam rumah tadi.
Selalunya,
kanak-kanak itu akan bermain dengan adik-adiknya dahulu sebelum membersihkan
diri setelah penat pulang dari sekolah.
“Supposedly, kita ajar Chiya puasa awal
lagi. Tak adalah teruk macam ni,” kata Adelin.
“Lama-lama
nanti, biasalah tu. Kejap lagi mummy
pergi jenguk Chiya kat atas. Daddy
risau dia collapse pulak kat bilik
tu,” balas Fariz sambil mengusik Rayqal yang sibuk bermain dengan toys dia.
“Apa
pulak collapsenya? Chiya manalah ada gastrik.
Daddy sambung suap Nia, mummy naik atas kejap,” Fariz gelak
nipis.
Adelin
tampar belakang Fariz, tahu suaminya itu sedang mengujinya.
“Apa
ni, pukul suami. Tak baik tahu,” Adelin buat muka.
“Teasing isteri pasal anak boleh pulak,”
Kuat Fariz gelak kali ini. Nampak sangatlah Adelin turut risaukan Chiya.
“Gurau
ajelah, sayang. She will be okay…”
Adelin
pantas sahaja mendaki anak tangga ke bilik Chiya. Suara esakan menarik
perhatian Adelin yang baru tiba di hadapan bilik Chiya. Ditolak daun pintu
bilik perlahan. Chiya sedang menekup muka ke bantal. Bahunya juga
terhenjut-henjut. Terangkat kening Adelin. Kenapa Chiya menangis?
“Chiya…”
Punggung
dilabuhkan di katil bujang Chiya. Pakaian sekolah masih lengkap ditubuh anak
perempuannya itu.
“Sayang
mummy, kenapa ni? Tell me,” Tubuh Chiya ditarik Adelin
perlahan agar menghadapnya. Wajah Chiya kemerahan dek menangis. “Daddy buli Chiya ya?” soal Adelin lagi.
Fariz
bukannya boleh dipercaya sangat. Manalah tahu suaminya ada mengguris hati Chiya
tanpa sedar. Sesekali pernah juga Fariz melayan Chiya seakan sedang menghadapi
penjenayah. Banyak kali jugalah Adelin perlu menegur Fariz akan sikap yang
berlaku tanpa sedar itu.
“Mummy, I’m hungry,” adu Chiya dengan
suara seraknya. Adelin membawa Chiya ke dalam pelukannya. Alahai, kesiannya.
Lapar rupanya si manja dia ini.
“Mummy ingat Chiya dah besar, dah boleh
puasa. Rupanya si kecil manja mummy
lagi ya. Jom… mummy mandikan dulu
manja mummy ni. Lepas tu, baru boleh
makan,” Diusap lembut pipi Chiya yang penuh dengan air mata itu.
Kuat
berdrama juga si Chiya ni pun. Tadi dengan si daddy, tak beraninya nak mengadu manja sebegini.
p/s : tak sabar pulak CIA nak post entry full MLS RAMADHAN SPESIAL & PEARL RAYA. hihi. rindu dengan Fariz, Adelin, Chiya. Also Altaf, Adra, Anaqi. :D
Rindunya kt diorg CIA .... xsabar3... muahh3... MLS??? Hehehe...;)
ReplyDeletehihi. rindu kan. miss them too. :). muaahhhh balik. 2, 2 cerpen ni inshaAllah akan diupdate hari khamis. hehe
Deletewee chiya sekolah dah? mesti comel ^^ aduh rindu pulak kat anaqi. Akak nnti upload banyak2 part anaqi tau. keh keh keh :D
ReplyDeletehana, chiya tetap comel. hihi. whoa, peminat anaqi ni. :D.
DeleteBestnya....
ReplyDeletewauu ada Baby boy baru, Hehehehehe
serius best, blh xakak kalau smbng ja cita ni, xyah ada ending lagi, suka dngan cita ni... ♥
Tq sisi :)
Makaseh, balqiz. :D. ha'ah, ada baby boy. dalam cerpen Aku Bukan Pembunuh dah gtau. hihi. inshaAllah, CIA cuba. :D
Delete