Riuh
rendah di dapur rumah Haji Nasir dan Hajah Farida. Inilah jadinya jika dapat
berkumpul ramai-ramai. Bukan main sakan lagi bercerita. Selalunya waktu raya
sahaja mereka berkumpul. Itu pun bukan semuanya ada.
“ Irham
ni bila pulak?”
“ Uish,
sabar mak chaq. Lain tahun kita pulak. Satu-satu,” jawab Irham yang sedang
sibuk memasukkan gulai di ke dalam bekas.
“ Tunang
bukan main awal. Semangat kemain. Ingatkan dia dululah yang naik pelamin.
Rupanya si abang yang diam-diam berisi dulu,” sampuk mak ngah pula.
“ Orang
sekarang ni kena ikat dulu, ngah oi. Takut orang lain ambil,” kata mak ndak
yang sedang menghayun buaian cucunya.
“ Syamil mana,
Aisya?” tanya mak uda kepada Ilmina yang baru keluar dari bilik mandi. Tersarung
jubah cotton berona fushia pink di badannya yang ramping dan
berketinggian 162cm itu. Dia turut mengenakan tudung Syria berwarna dusty pink.
“ Kat
atas kot, mak uda. Kenapa?”
“ Syazwan,
kawan sekerja Syamil datang dengan isteri dia. Ada kat depan,” beritahu mak
uda. Talam besar ditangan diletakkan di atas lantai.
“ Tak
apalah. Biar Aisya panggil,” Ilmina memanjat anak tangga kayu satu persatu. Naik
laju-laju kang jatuh pula. Ilmina menghalakan langkah ke bilik.
Syamil
masih di birai katil. Dibacanya pesanan mesej dari Najiha berulang kali. Sampaikan
Ilmina menapak masuk ke dalam bilik pun dia tak perasan. Ilmina mencapai tuala
yang digunakan Syamil di atas katil dan digantung pada hanger.
“ Abang,”
panggil Ilmina. Tudung Syria ditanggalkan. Dia duduk di meja solek. Toner muka
dititik di atas tangan dan di sapu ke muka.
Ilmina
memandang suaminya di cermin. Tak terkutik langsung menghadap handphone. Dia bangun dan menghampiri
Syamil di katil.
“ Hello, assalamualaikum…Encik Syamil
Aliff,” Dilayangkan tangan di hadapan muka Syamil.
Tak sedar
juga!
“ Encik
Syamil Aliff, are you hear me?” Ilmina
menggoncangkan pula bahu Syamil.
“ Hah?”
Syamil bangkit terkejut. Ilmina di hadapan terus terundur ke belakang. Macam
nak smackdown aje mamat ni. Hesy, getus
Ilmina.
“ Mengelamun
apa? Aisya panggil banyak kali tak dengar,” Syamil memandang isterinya kosong.
“ Tak ada
apa. Panggil kenapa?”
“ Your friend, Syazwan ada kat depan,” maklum Ilmina. Dia kembali
menyarung tudung Syria. Niat hati ingin menolong di dapur.
“
Syazwan? Hah, iyalah,” Syamil terus berlalu meninggalkan Ilmina yang
terpinga-pinga. Dah kenapa suami aku ni? Gabra semacam aje, desis Ilmina sendiri.
“ Aisya,
jom keluar sekali,” terjengul kepala Syamil di balik pintu. Terkejut Ilmina.
Ingatkan dah ke depan.
Ilmina
mengekori langkah suaminya ke beranda depan.
“ Hoi,
ingat tak datang dah,” Sapa macam tu aje? Ish…ish. Sudahlah Syazwan tu tua dua
tahun dari dia. Dah biasa begitu. Main terjah saja.
“ Eh,
mana boleh tak datang. Dah kenyang pun aku makan,” Syamil bersalaman dengan
Syazwan. Teman sekerjanya. Ilmina turut bersalam dengan isteri Syazwan, Dahlia
dan duduk bersimpuh di sebelah Syamil.
“ Bila
lagi kau sampai, Wan?” Syamil bersila di sebelah Syazwan.
“ Tadi
lagi. Mak kau kata kau mandi. Itu yang ayah kau suruh kami makan dulu,” jelas Syazwan.
“ Iya ke.
Datang berdua aje ke? Tak bawak Danish sekali?”
“ Memang
taklah abang Wan ni nak bawa anak dia keluar malam-malam, Aliff,” celah Dahlia.
“ Iyalah.
Mama kan pesan, tak elok bawa budak-budak kecil keluar malam,” balas Syazwan.
“ Alah,
orang sayang anak, kak Lia. Nak buat macam mana. Dia sorang aje ada anak,” Syazwan
tergelak besar.
“ Sembang
tu sembang jugak, Aliff. Isteri kat sebelah tu tak nak kenalkan ke?” Dahlia
menyimpul senyuman kepada Ilmina. Untung Syamil dapat isteri cantik macam ni.
“ Eheh,
lupa. Aisya Ilmina. Kat rumah ni kami panggil Aisya. Aisya, ni kawan sekerja
abang, Syazwan dengan wife dia,
Dahlia,” Ilmina melontarkan senyuman manis.
“ Aisya
dah kerja ke belajar lagi?” tanya Dahlia ramah.
“ Nampak
macam student lagi ke? Aisya kerja
dah. Dah dua tahun pun,” Dahlia mengangguk. Ramah rupanya isteri Syamil ni.
Bolehlah tu jadi kawan.
“ Oh,
kerja apa? Kat mana?” Seperti wartawan Dahlia bersoal. Syazwan dan Syamil hanya
diam. Memberi ruang kepada Dahlia bersoal jawab. Bukan tak tahu, Dahlia ni
kalau boleh semua isteri rakan sekerjanya ingin dibuat kawan.
“ Aisya
buka butik sendiri. Kat area Shah
Alam,” balas Ilmina jujur. Dah memang itu kerjanya.
“ Wah,
ada butik sendiri. Habis tu, dah kahwin dengan orang Melaka ni. Kerja Aisya
macam mana?”
“ PJJlah
kejap, kak Lia. Macam kak Lia dengan abang Wan dululah,” sampuk Syamil.
“ Ish…ish.
Kesian kat adik aku sorang ni. Kena berpisah pulak dengan wife dia. Tapi, tak
macam kita oranglah. Melaka dengan Kedah. Jauh tu…”
“ Lepas
ni selalu hilanglah auditor kita ni,”
seloroh Dahlia.
Ilmina
tergelak kecil. Dia langsung tak dapat bayangkan keadaan itu. Mereka kahwin pun
bukan suka sama suka. Tapi, sebab nak tutup maruah keluarga masing-masing.
“ Adik-adik
accountant kan ada,” Syamil menjawab
selamba.
Syazwan
dan Syamil bergabung ketawa. Isteri-isteri kat sebelah mampu senyum sajalah. Lama
juga mereka berbual sebelum Syazwan dan Dahlia meminta diri untuk pulang.
*****
“ Mak nak
masak apa? Biar Aisya tolong,” Aisya menghampiri ibu mertuanya di sinki.
Sanak
saudara yang lain sudah pulang ke rumah masing-masing semalam. Kini tinggallah
ahli keluarga Haji Nasir sahaja. Kaum lelaki di rumah itu sudah ke surau untuk
solat berjemaah. Si kembar, Hanna dan Hanni pula dah dihantar balik ke asrama
petang semalam. Mereka bukan cuti panjang. Liyana pula masih di bilik.
“ Nak
goreng bihun aje, Aisya. Boleh tolong mak potong sayur?”
“ Boleh,”
Ilmina berlalu ke meja. Sayur sayuran di dalam bakul diambil dan dibasuh terlebih
dahulu sebelum dipotong. Angin pagi menyapa dari pintu dapur menyapa wajah
Ilmina. Suasana di luar masih lagi gelap.
“ Aisya
selesa kat sini? Rumah kami tak adalah semewah rumah Aisya,” kata Hajah Farida,
merendah diri.
“ Janganlah
cakap macam tu, mak. Kat mana pun sama aje. Aisya tak kisah,” balas Ilmina
sambil mengulas senyuman.
“ Eloklah
kalau Aisya selesa. Syamil ni memang dok berkepit dengan ayah dan mak. Ikram
dengan Irham kerja kat KL. Hujung minggu aje dia orang balik,” Hajah Farida membasuh
bihun yang sudah direndam semalaman. Biar lembut apabila hendak digoreng.
“ Mesti
abang Syamil anak manja kan?” teka Ilmina. Hajah Farida ketawa kecil.
“ Memang
manja pun, Aisya,” Muncul Liyana sambil mendukung Aina, anak keduanya.
“ Anak
kedua memanglah manja,” Ilmina turut bersetuju. Dia pernah membaca di majalah
yang mengatakan anak kedua selalunya manja.
“ Aisya
balik Shah Alam bila ni?” tanya Liyana. Dia meletakkan Aina di dalam buaian
elektrik.
“ Lusa
kot,” Ilmina memberikan sayur yang sudah siap dipotong kepada ibu mertuanya.
“ Cepatnya.
Tak nak pergi honeymoon? Rugi tau
kalau pengantin baru tak berhoneymoon…”
“ Honeymoon kat rumah pun boleh. Aisya
cuba ajak Syamil jalan-jalan Melaka. Tak pun pergi aje Singapore. Dah dekat
pun,” cadang Hajah Farida selamba. Ilmina hanya tersenyum.
Kalau
Syamil ajak dia pergi honeymoon, dia
ikut saja. Tapi, tak pergi pun tak apa. Dia tak kisah. Hatinya masih ralat
dengan perbuatan Khalil yang telah memutuskan pertunangan mereka di saat akhir.
Dia pasti suaminya itu turut berasakan hal yang sama. Dan, Ilmina sendiri masih
teringatkan bekas tunangnya itu.
*****
Syamil melipat
kaki seluar jeans hingga paras betis.
Periuk belanga masih elok bertenggek di pokok pinang berdekatan dengan kolam
ikan. Dia sudah biasa melakukan kerja-kerja itu. Selalunya dia yang akan
membantu jika ada rumah jiran-jiran di kampung itu mengadakan kenduri kendara.
“ Nak
tolong, boleh?” Ilmina tersenyum memandang suaminya yang sudah
terbongkok-bongkok menggosok belakang kuali besar.
“ Tak apalah.
Duduk aje kat dalam. Sini, lecah. Nanti kotor kaki…”
“ Bosanlah.
Duduk kat dalam, kena halau suruh cari abang. Dekat luar ni pun kena halau
jugak. Dah tu, nak pergi mana?” Syamil tergelak kecil. Tangannya sibuk
menggosok kuali.
“ Tak
payah pergi mana. Duduk aje situ,” Ilmina mengerutkan hidungnya. Dia ternampak
kolam ikan. Wah, nak tengok ikan.
Ilmina
berjalan perlahan ke kolam ikan. Takut jatuh pula. Tanah di situ becak kerana
mentara membasuh pinggan mangkuk di situ semalam. Syamil mengangkat mukanya. Tercuit
hatinya melihat Ilmina terkial-kial begitu. Seboleh mungkin isterinya itu
mengelak becak.
“ Meh
sini. Abang tolong,” Syamil menghulurkan tangannya. Ilmina tersengih. Dia memegang
lengan sasa Syamil.
“ Terima
kasih,” ucap Ilmina ceria. Dia melabuhkan punggung di pinggir kolam.
“
Sama-sama kasih,” balas Syamil. Dia kembali mencuci kuali. Ilmina memandang
suaminya. Ada banyak persoalan yang berlegar di kepalanya ketika ini.
Semalam
dia langsung tidak berkesempatan berbual panjang dengan suaminya. Elok saja nak
buka mulut, si suami dah berdengkur halus. Terpaksalah dia menangguh apa yang
sedang bermain di kepalanya.
“ Kenapa
tunang abang tinggalkan abang?” Syamil tersentak. Kenapa mesti soalan itu yang
keluar dari mulut isterinya?
“ Kenapa
tanya? Dan dia dah jadi bekas tunang abang…”
“ Saja
nak tahu. Setiap benda yang berlaku kan ada alasannya. Jadi, Aisya naklah
tahu,” Ilmina menarik senyuman sambil mengangkat sebelah keningnya.
“ Mungkin
tak ada jodoh. Dia hilangkan diri cuma penyebabnya saja,” kata Syamil tenang.
“ Alasan
diterima. Abang dengan kak Jiha dah lama couple kan? Abang tak rasa apa-apa
ke?”
Berani
gila si Ilmina mengungkit cerita lama Syamil. Untuk masa depan fikirnya. Pada
mulanya dia langsung tiada niat pun nak tahu, tapi apabila memikirkan mereka
sudah berkahwin dan dia berhak untuk tahu. Manalah tahu suatu hari nanti,
Najiha nak kembali pada Syamil.
“ Mana
tahu?”
“ Hah? Oh,
lupa. Kina tak ada bagitahu abang ke?” Syamil menggeleng.
“ Dua
tahun setengah, Aisya menuntut kat Uitm dan selama itulah, mulut semua
pensyarah fakulti perakaunan asyik puji aje best student dia orang ni,” Terjatuh
rahang Syamil. Macam nak suruh saja Ilmina ulang kembali.
“ Kenal
abang ke sebelum ni?” Syamil benar-benar terkejut. Periuk yang dipegangnya juga
hampir terlepas.
“ Malam
kenduri tu baru Aisya tahu yang abang ni, Alip. Itupun Kina yang bagitahu.
Kalau tak, memang Aisya tak perasan pun,” Syamil terangguk-angguk. Aisya Ilmina
rupanya junior dia ketika menuntut di Uitm Shah Alam.
“ So,
tahulah semua pasal abang?”
“ Tak
tahu sangatlah. Just sikit-sikit aje. Aisya kenal kak Jiha pun sebab ada kawan
Aisya pinjam nota-nota dia…”
“ Nasib
baik…”
“ Ada
apa-apa yang Aisya patut tahu ke?” Syamil menggeleng laju. Ilmina mengecilkan
matanya.
“ Betul.
Tak ada apa-apa,” Ilmina tersenyum sungging.
“ Aisya
tak kisahlah. That was your old story. Your history. Aisya pun ada kisah yang
hampir sama dengan abang jugak. Tipu kalau tak sedih,” Syamil meninggalkan segala
periuk belanga. Dia menghampiri Ilmina di kolam ikan.
“ Can I
ask you something?” Ilmina hanya mengangguk. “ Nak bercinta dengan abang tak?”
Membulat
mata Ilmina. Dia mimpi ke apa ni? Tapi itulah hakikatnya kisah Syamil dan
Ilmina. Baru sahaja ingin belajar bercinta dan sesungguhnya bercinta selepas
kahwin lebih indah.
bersambung...
p/s : part kedua last. Insha Allah. next entry last part isteri segera.
Yeah bercinta lepas kahwin itu lgi indah!
ReplyDeleteyeay! nak macam ni jugak. tettt. bukan tak jadi kawen. tapi yg selepas tu.
DeleteBEST...
ReplyDeleteWow...best gila!! x sbr nk bca sambungan dia..Good job cik CIA yg comel..:D
ReplyDelete