Untuk BBWRL, malam sikit eh. no idealah. huhuhu
Sorry tau.
Irine
ternampak Iphone 5 milik Izale. Dia
menilik handphone itu sambil meniarap
di tilam. Terkekek dia ketawa melihat gambar-gambar yang diambil ketika berada
di London. Sedang membelek gambar-gambar Izale, Irine terdengar bunyi emel
masuk. Clientlah tu. Dia cuba membuka
emel itu. Manalah tahu, emel penting.
“
Krish?”
Perasaan
yang membuak ingin tahu siapa Krish telah menghasut Irine untuk membuka emel
suaminya itu. Irine menelan air liur. Abang, you buat apa ni? Soal Irine di dalam hati.
“
Irine!” jerkah Izale. Irine pantas duduk. Dia memandang pelik wajah suaminya
yang tegang itu sedang berdiri di pintu bilik air.
Air
liur ditelan kasar. Izale mendekati isterinya dan merampas kembali handphonenya. Irine terdiam. Nak
bersuara, dia takut. Terasa beku badannya waktu ini. Badan Izale yang terdedah
itu dipandang kosong. Dulu, sebelum kahwin bolehlah dia buat berani. Dah kahwin
ni, susah sikit. Izale ada kuasa veto dia. Mana boleh main-main.
“
Lain kali, jangan berani sentuh handphone
abang,” Irine mengangguk lambat-lambat mendengar amaran tegas dari suaminya
itu.
Mata
Irine terasa berkaca. Bibirnya menggeletar menahan rasa. Sejak berkahwin, ini
kali pertama Izale menjerkahnya. Even,
sebelum kahwin dulu pun suaminya itu tak pernah tinggikan suara.
“
Sorry. Irine tak sengaja. Irine
keluar kejap. Abang restlah dulu,”
Terasa kekok pula berhadapan dengan Izale.
Sebaik
keluar dari bilik, tangan kanannya yang terketar dibawa ke bibir. Dan, saat itu
air mata yang ditahan merembes keluar. Ahli keluarga yang terkejut mendengar
jerkahan Izale memanjangkan langkah mereka ke tingkat atas. Namun, langkah
mereka terhenti apabila ternampak Irine menangis di hadapan pintu bilik.
Semuanya tergamam.
“
Lea yang… yang buat salah,” kata Irine terketar-ketar. Dia melintasi semua yang
berada di tangga dan berlalu ke tingkat bawah. Memandangkan Irine sendiri telah
menyatakan kesalahannya, mereka terus beredar dari situ.
Hajah
Syakirah mundar mandir di ruang tamu. Nak marahkan Izale, puteri bongsunya
menjelaskan itu salahnya. Dia juga buntu seperti ahli keluarga yang lain. Satu
kelemahan Irine, dia akan menjadi insan yang sangat lemah apabila dijerkah. Dia
terus akan mensetkan otaknya, dia yang bersalah dan kesalahan itu tidak akan
dimaafkan.
“
Awak pergilah pujuk Lea. Abang takut dia buat benda tak masuk akal. Jenuh
kita,” Haji Radhi memandang isterinya.
“
Saya rasa Faris yang kena pujuk Lea. Bukan abang tak tahu perangai Lea tu
apabila dijerkah. Dia lebih suka tanggung kesalahan dia seorang diri. Habis
lebam mata Lea nanti,” Hati ibu mana yang senang tengok anak menantu jadi
begitu.
“
Ma, ammi…Irine mana?” tanya Izale tanpa nada.
“
Entah. Dekat luar kot. Ris pergilah
cari sendiri. Pandai sangat buat dia kecil hati,” jawab Tengku Wahida dengan
nada tegang. Anak lelakinya yang buat hal, mahunya tak bengang. Sudahlah, besan
aka ibu isteri si Izale tu pun mendengar jerkahan tadi. Tebal sungguh mukanya
ini.
Izale
cuba mencari isteri tersayangnya di sekitar kawasan rumah banglo milik Tengku
Albar itu. Dia menarik senyuman apabila ternampak Irine sedang duduk di atas
buaian kayu jati di ruang santai. Namun, dia tidak terus menerpa kepada
isterinya.
Irine
berasa tenang mendengar air terjun mini hasil tangan manusia itu. Nafasnya yang
sesak berasa lega tatkala menghidu wangian semula jadi. Dia bukan Irine yang
dulu, sangat lemah dek terdengar jerkahan. Setelah menemui psychiatrist beberapa bulan yang lepas, rasa takutnya semakin
hilang.
“
Irine…”
Irine
mendongakkan kepalanya. Wajah suami yang dihiasi senyuman sedang memandangnya.
Indahnya perasaan seorang isteri saat melihat senyuman meniti di bibir suami. Hati
yang gelisah turut berasa senang dan bahagia.
“
I’m sorry. Irine tak sengaja. I though it was… your client,” Izale
duduk di atas susunan bata yang direka bagi membentuk kolam ikan mini itu. Berhadapan dengan isterinya.
“
It’s okay. Abang yang nak minta maaf
sebab jerkah Irine tadi. Kalau boleh
abang tak nak Irine buka emel abang macam tadi. Irine tahu kan abang tak suka.
Irine tak percaya abang ke?”
“
Ada Irine cakap ke, Irine tak percaya abang?”
“
Irine…”
“
Betullah. Kalau abang tak benarkan Irine buka emel abang, maknanya abanglah
yang tak percayakan Irine,” Irine menghayunkan buaian perlahan. Kuat karang,
melambung pula suaminya itu.
“
Abang tak nak Irine buka sebab macam tadilah. Pandai sangat buka kan, emel apa
yang Irine buka tu?” Izale mematikan pandangan tepat ke wajah isterinya. Merah
terus pipi Irine yang putih itu.
“
Emel apa? Irine tak nampak apa-apa pun,” Matanya tidak berani membalas renungan
Izale. Walaupun mereka sudah menjadi suami isteri selama tiga bulan, Irine
masih segan lagi untuk berdua dengan Izale lama-lama.
“
Tipu. Habis, kenapa muka Irine berubah?”
“
Hesy, muka orang berubah sebab kena
marah. Tetiba aje orang tu jerkah kita. Macam orang buat salah aje. Buka emel
aje pun,” Irine tidak mahu mengalah.
“
Dah tu, emel apa yang Irine buka? Cuba cakap, biar terang…”
“
Emel…” Irine tidak dapat meneruskan ayatnya. Kedua tapak tanganya menekup
mukanya. Malu!
“
Irine, please,” Izale cuba menarik
tangan Irine yang menekup mukanya itu.
“
Please drop the issue. Irine nak
masuk,” Irine bingkas bangun. Namun, Izale menarik tangan isterinya. Dia
mendongak sedikit.
“
Kalau tak ada apa-apa, kenapa takut nak cakap?”
“
Bukan takut, tapi Irine Azalea sangat pemalu orangnya. Tunggulah Irine tak
waras, baru abang tanya balik eh. Sekarang, jom masuk. Kesian semua orang
risaukan kita. Ya?”
“
I’ll let you go, this time. But, after
this… if you still degil nak buka emel orang, siap you. Bukan setakat jerkah aje, abang takkan layan Irine lagi dah,”
Izale memberi amaran.
Irine
tersentap sekejap mendengar amaran itu. “ And
at that time, you will regret it. Because, your email is more important than
me, your wife. Get ready to lost me… forever,” Irine yang selalu tidak
bersikap serius itu memandang suaminya tajam. Kali ini, dia betul-betul
maksudkan apa yang dikatakan.
“
Irine, listen here…”
“
I really mean it, abang. You choose, me or your disgusting email?”
Izale
terdiam. Irine merentap tangannya dari pegangan Izale. Biar si suami tahu si
isteri pun ada baran dia juga.
“
Irine, abang cuma tak nak Irine baca semua disgusting
email tu. Please understand that.
They’re all my client. And, abang admit… abang pernah layan dulu. Tapi, sekarang abang dah tak layan
semua tu,” Irine memandang wajah sayu suaminya.
“
Sumpah?”
“
Yes, sumpah! Abang memang ingat nak tukar
alamat emel abang bila dah balik sini. Tapi, Irine dah buka dulu,” Izale bangun
dan mendapatkan isterinya.
“ Okay,
I’ll let you go this time. But, after this… abang buat lagi ‘disgusting project’ tu, jangan harap
Irine nak layan abang,” Izale menarik hidung mancung Irine. Irine memang selalu
mengulang kembali kata-katanya.
Tugas
Izale yang sering bergaul dengan lelaki asing membuatkan dia terikut perangai
mereka. Dua tiga orang client
syarikat Izale merupakan gay. Gay?
Ya. Jadi, secara tidak langsung dia turut terlayan keletah mereka yang agak ‘manja’
itu. Namun, tidaklah keterlaluan. Dia masih berpegang pada agama. Sejak dia
mula mendalami agama Islam, dia telah berubah. Bukanlah kerana agamanya
terpesong, cuma ingin lebih mengenali Islam dengan lebih mendalam.
Tambahan
pula, kini dia bertanggungjawab untuk membimbing seorang isteri yang pernah terpesong
agamanya. Alhamdulillah, Irine sudah mula memakai tudung dan mengenakan pakaian
yang sesuai. Perubahan pertama sebelum Izale bertindak melamar Irine. Tidak
susah untuk membentuk peribadi isterinya itu kerana Irine sendiri mempunyai
ilmu agama di dada. Disebabkan minatnya terhadap pekerjaan sebagai model telah membuatkan
dia alpa tentang hukum hakam.
Sebaik
bertemu empat mata dengan bekas tunang, Izale pasti dan yakin terhadap
perasaannya. Hatinya sudah berubah. Selepas itulah, dia mendapat rezeki untuk
mengerjakan umrah. Di sana, dia berdoa agar Allah s.w.t. sentiasa memberkati
setiap perkara yang dia lakukan. Tidak lupa juga soal jodoh. Akhirnya, dia
terdetik untuk memperisterikan Irine Azalea. Mungkin kerana hatinya sudah
terpaut dengan pekerjanya itu sebelum berangkat ke Mekah. Cuma, dia sahaja yang
tidak menyedarinya.
Irine
berdehem perlahan. Izale tersedar dari lamunannya.
“
Ada apa?”
“
Tak ada apa-apa. Abang nampak stress.
Kenapa?”
Izale
mengerling Irine di sebelahnya. Mereka bersantai di balkoni bilik pagi itu.
“
Nothing. Just reviewing the old memories,”
Irine mengecilkan matanya. Macam menarik saja topik ini. Rewind all the old memories!
“
Tentang apa? Cinta lama? Kekasih lama? Or
boyfriends lama?” Izale mengetap bibirnya. Mencabar minda sungguh
soalan-soalan yang ditujukan Irine kepadanya.
“
Irine perli abang? Tak baik tau.”
“
Mana ada. Tanya aje pun. Irine nak jugak tahu abang fikir apa,” cebik Irine.
Izale memeluk pinggang isterinya erat. Tenangnya hati. Wangian rambut Irine
menusuk ke rongga hidung. Dulu, haram untuk disentuh dibelai. Kini, segala
perkara mengenai Irine sudah menjadi miliknya.
“
Abang tak fikir apa-apa. Cuma, teringat macam mana abang terjumpa dengan Irine.
Masa tu abang terfikir, kenapa Irine sanggup tolong abang?”
“
Nak tahu kenapa Irine tolong abang?” Izale mengangguk. “ Ingat abang seorang
ada peminat? Irine pun ada tau. Kebetulan, waktu keluar dari kereta… ada someone yang Irine kenal time buat roadshow dulu. Dia macam nak tegur Irine, tapi abang yang panggil
Irine dulu. Irine siap dah angkat kain dress,
nak pecut masuk lif,” Izale tergelak.
Tidak
pula dia tahu.
“
Patutlah Irine macam kalut aje. So,
abang ni penyelamat Irinelah kan?”
“
Something like that. Kita lalui benda
yang sama. Abang tolong Irine, Irine tolong abang. What a great combination,” Sekali lagi Izale tergelak. Lucu melihat
gaya Irine yang bersahaja itu.
“
Kan? Itulah. Nasib baik Irine tak jual mahal masa abang lamar. Kalau tak,
melepas tak dapat suami handsome macam abang ni,” Bangganya dia.
“
Iya. Irine terima abang sebab Irine memang sayang abang. Kalau tak sayang, tak
adalah Irine setuju. Thanks, abang. Please, jangan layan Irine macam Farel.
Tak sanggup,” ujar Irine sambil menggelengkan kepala.
“
Setiap orang kan berbeza. Farel tu jenis yang berterus terang. Dia tak suka,
maknanya tak. Dia tak pandai berpura-pura macam dia suka.”
“
Itu jujur namanya. Dah terlajak jujur. Nak aje Irine cadangkan kak Anis minta
cerai. Tapi, Irine tahu kak Anis sayangkan Farel. Lagipun, Allah tak sukakan
perceraian…”
“
Kita doakan ajelah. Semoga Farel terbuka hati nak berubah. Anis perempuan
terbaik untuk dia. Terima kasih, Irine. Irine banyak mengajar abang jadi
seorang yang pandai menghargai seseorang,” Irine tersenyum. Kepala dijatuhkan
ke dada bidang Izale.
“
Sama-sama kasih. Abang pun banyak bimbing Irine. Tak terbalas jasa abang pada
Irine. Tapi, memandangkan abang dah jadi suami Irine, tak payahlah Irine fikir
macam mana nak balas jasa abang kan?”
“
Eh, apa pulak? Irine kena buat sesuatu untuk abang kalau Irine nak balas jasa
abang,” Izale mengangkat keningnya sebelah.
“
Apa dia?”
“
Irine tahu kan abang suka budak-budak?”
Irine
menyembunyikan senyumannya. Macamlah kita tak tahu apa yang dia fikir.
“
Tahu. Then?”
“
Alah, buat-buat tak faham pulak,” cebik Izale. Irine bangun berdiri. Dia
bercekak pinggang di hadapan Izale.
“
Kenapa? Kalau nak jadi model balik, no!”
tegas Izale. Tak rela dia membenarkan Irine menayangkan badan walaupun model
muslimah.
“
Siapa cakap? Kerja dengan abang pun dah sibuk semedang. Tak naklah Irine nak
buat banyak-banyak kerja. Cuba abang tengok Irine betul-betul. Ada perbezaan
tak?”
Izale
merenung Irine dari atas ke bawah. Apa yang berbeza? Irine sudah seperti model yang
sedang memperagakan pakaian untuk pelanggan.
“
Tak ada yang berbeza pun? Sama aje,” Irine menepuk dahinya perlahan. Nasib
badan mendapat suami yang tak caring.
Iya ke? Izale turut bangun. Didepangkan kedua tangannya. Irine pelik dengan
perlakuan suaminya.
“
Tak nak peluk abang ke?” Hah? Lagilah Irine blur.
Penyakit apa pula yang dibawa pulang Izale dari London?
Dek
lambat sangat Irine bertindak, Izale pantas memeluk isterinya erat.
“
Thanks for the good news. Abang akan
kurangkan kerja-kerja Irine. Kalau boleh, Irine duduk aje kat rumah. Abang pun
akan luangkan masa untuk Irine dan… our
baby,” Irine terpana. Bila masa pula dia beritahu Izale tentang
kehamilannya?
“
Abang tahu?”
“
Abangkan suami. Mestilah tahu.”
“
Iyalah tu,” Mustahil ahli keluarga yang lain yang memaklumkan kepada suaminya. Setahunya,
hanya dia sahaja yang mengetahui akan dirinya yang mengandung dua bulan. Dia
ingin Izale dahulu yang tahu tentang itu.
“
Pinggang Irine dah tak langsing. Pipi pun semakin naik. Mustahil bekas model
tak jaga badan,” bisik Izale. Tangannya mengusap belakang Irine.
“
Sweetnya suami Irine. Thanks, abang. I love you,” ucap Irine. Dia mengucup pipi Izale lembut. Syukur
kerana walau sesibuk mana pun Tengku Faris Izale, dia masih peka terhadap keadaan
isterinya.
“
I love you two, three and forever,” ucap
Izale kembali. Pelukan semakin dieratkan.
Kisah
mereka biasa sahaja. Namun, hanya mereka sahaja yang merasai luar biasa cerita
mereka. Disebabkan hubungan mereka yang terjalin dengan baik dan harmoni,
masing-masing dapat merasai keselesaan terhadap sesama sendiri. Irine tidak
kekok bersama Izale. Dan, begitu juga Izale yang sentiasa berasa senang berada
di samping Irine.
p/s : Maaflah kalau ending dia tak berapa nak kebaboom. hehe. malas sangat nak menaip time ni plus tak banyak idea yang terlintas. iktibarnya, kalau dah mula menulis. dinasihatkan janganlah ditulis sekerat. sebaiknya biar habis terus. baru idea tak lari. peringatan untuk diri sendiri juga. :). Peace
Bestt! Versi bersahaja....cuma x fhm kisah farel n anis....ape masalah dorang sbnrnya...? Hihi....
ReplyDeleteBuat cerita farel dgn anis tu.... sbb mesti best
ReplyDeletebest
ReplyDeletebuat la cerita farel n anis .. nak sangat tahu kisa diorang ... cik writer please...
ReplyDeleteBest , semua cerpen da baca , bila nak buat cerpen baru lagi
ReplyDelete