“
Assalamualaikum,” Suara seorang gadis memberi salam. Semua menoleh ke arah
suara itu.
“
Waalaikumsalam, Kina. Meh naik,” Sakina menapak naik tangga batu di hujung
beranda. Rahang Ilmina jatuh. Ada tangga batu rupanya. Buat penat saja dia
panjat tangga kayu tu tadi.
“ Mana
yang lain?” soal Sakina. Dia duduk bersimpuh di sebelah Irham. Liyana sudah
berlalu masuk apabila terdengar suara anak-anaknya menangis.
“ Ada kat
dapur. Bila sampai?” soal Hajah Farida.
“ Baru aje sampai. Lepas solat tadi, ibu suruh
datang sini terus,” jawab Sakina sopan.
“ Ni anak
saudara kami, Sakina. Anak adik hajah. Rumah dia sebelah tu saja. Kina, ni…”
Ilmina
menggaru dahinya. Dalam hati dia mengira detik…
“ Aisya
Ilmina!” Kan, dah terjawab. Ilmina mengukirkan sengihan.
“ Kami
kenal dengan Sakina ni, haji, hajah. Dulu satu universiti dengan Mina ni.
Selalu juga singgah rumah kami sebelum balik Melaka,” jelas Encik Hairi.
Patutlah.
“ Jangan
cakap minah ni ganti kak Jiha, mak lang, pak lang?” Haji Nasir hanya
mengangguk.
“ Kau ni
kecohlah, Kina. Kau sampai aje terus
bising,” bidas Irham. Mana taknya, si Sakina tu boleh jerit kat telinga dia ni.
“ Sorrylah. Excited tahu tak, dapat jumpa kawan lama. Dahlah tiga tahun tak
jumpa. Dah terjumpa kat sini, maunya tak excited…”
“ Panjang
lagi masa kau nak beramah mesra. Nanti jadi sepupu kau jugak,” tukas Irham.
Sakina
menghadiahkan jelingan maut kepada Irham. Irham pula menjelirkan lidahnya
kepada Sakina dan terus berlalu masuk ke dalam rumah. Pantang jumpa dua orang
ni, pasti bergaduh. Nasib baik si Irham tu dah bertunang. Kalau tak, Haji Nasir
dah suruh kahwin agaknya budak berdua tu.
“ Kina
kerja kat mana sekarang?” tanya Puan
Tia, ingin tahu. Ilmina berbual perlahan dengan Hajah Farida. Entah apa yang
dibualkan pun tak tahu.
“ Kat Muar,
auntie. Dekat aje. Tapi, Kina dok rumah
sewa,” beritahu Sakina ramah. Puan Tia
terangguk-angguk. Dia lihat Sakina semakin manis sekarang ni. Sikap peramah dia
pun masih ada.
“ Syamil
oh Syamil,” Syamil menjenguk sedikit di sebalik beranda. Siapa pula yang
memanggilnya itu. Dia bangkit berdiri.
“ Erul,
kenapa?”
“ Ni hah.
Lampu kat bawah ni tak cukup terang. Ada lampu spare tak?”
“ Lampu spare? Abang Ik, lampu semalam tu letak
kat mana?”
“ Nak
pasang sekarang ke, Rul?” tanya Ikram kuat.
“ Ha’ah,
bang Ik. Orang surau nak datang dah. Boleh siap-siaplah kot,” Erul bersuara dari bawah. Ikram berlalu ke dalam rumah untuk
mengambil lampu spare yang diletakkan
di dapur.
“ Lah,
dah habis solat isya’ ke? Cepat pulak masa berlalu…”
“ Buat kat khemah tu ke, haji?” tanya Encik
Hairi.
“ Ha’ah. Orang
lelaki makan kat bawah,” Haji Nasir
bangkit dari duduknya. Encik Hairi turut berbuat demikian. Segan pula jika
duduk sahaja tanpa membantu apa yang patut.
“ Abah,
nak kunci kereta,” Ilmina melangut memandang abahnya yang sudah berdiri itu.
Encik
Hairi mengeluarkan kunci Totoya Harrier dan diberikan kepada Ilmina. Dia
kemudiannya mengikut langkah Haji Nasir ke bawah khemah.
“ Nak
pergi mana ni?”
“ Nak
ambil handphone kejap, ummi. Nak
ambil nombor telefon mak,” balas Ilmina perlahan. Hajah Farida tersenyum
mendengar suara lembut itu memanggilnya mak.
“ Iyalah.
Hati-hati. Gelap tu,” pesan Puan Tia. Ketika Ilmina bangun berdiri, matanya
tanpa sengaja bertaut dengan mata Syamil yang sedang menghulurkan wayar lampu
kepada Ikram di bawah.
Ilmina
mengukir senyum nipis. Syamil turut membalasnya. Kemudian, meneruskan kembali
kerjanya. Puan Tia mengikut Hajah Farida ke dapur. Bakal besannya itu ingin
mengenalkannya dengan saudara yang lain.
“ Oi,
mek,” panggil Sakina.
“ Iya. Cheq kat sini. Awatnya?”
“ Nak
pergi mana?” tanya Sakina.
“ Nak
ambil handphone aku kejap kat dalam kereta. Eh, jomlah teman aku,”
Sakina menggeleng. Dia menjuihkan bibirnya ke arah Syamil. Ilmina mengerutkan
hidungnya. Kemudian, menggeleng kepala.
“ Kau nak
turun ikut tangga maut ni ke?”
“ Kasut
aku ada kat situlah mek,” Ilmina juga
teragak-agak nak turun ikut tangga kayu itu.
“ Dah,
tak payah. Banyak kasut kat tangga
sana tu. Turun aje ikut situ,” Sakina
menarik tangan Ilmina.
Syamil melihat
telatah dua sahabat itu dengan hujung mata. Dia terkejut sebenarnya melihat
mata Ilmina yang dah bengkak sedikit itu. Walaupun mata itu terlindung sedikit
dengan kaca mata yang dipakai gadis itu, itu tidak mampu menutup kesedihan
Ilmina. Pasti teruk juga gadis itu menangis.
Nasib
mereka berdua serupa kini. Keduanya ditinggalkan di saat majlis penyatuan
masing-masing akan berlangsung. Mungkin ini dah takdir mereka.
*****
Sebelum
Ilmina ke kereta, Sakina menarik Ilmina ke bawah rumah. Pelik juga dengan Sakina
yang nampak gabra itu. Setelah pasti tiada sesiapa yang akan terdengar
perbualan mereka, Sakina memulakan bicara.
“ Kau
kenal tak siapa bakal laki kau tu?” Ilmina menggeleng. Manalah dia kenal. Hari
ni baru kali pertama mereka bertemu kan.
“ Kenapa
dengan kau ni? Gelabah semacam…”
“ Takkan
kau tak kenal langsung?”
“ Tak.
T.A.K,” balas Ilmina keras.
“ Bakal
laki kau tu senior kita dulu. Ingat
tak abang Alip? Alah, yang famous
sebab dia best student degree in
accountancy batch 2009 tu.
Ingat?”
Alamak!
Gila tak ingat abang Alip. Dia pernah kot
minat dengan si Alip tu. Handsome.
Dah tu pulak, ketua pasukan bola keranjang universiti. Tapi masa tu Alip dah last semester. Ilmina pula baru
terkedek-kedek nak belajar mengira balik. Tambahan pula, Alip dah ada teman
wanita waktu tu.
“ Mangkuk
betullah. Alip tu abang sepupu kau ke?”
“ Yes. Aku saja tak nak bagitahu dulu,” Sakina
tersengih. Ilmina tak terkata apa. Nak kata apa lagi dah.
“ Min,
kau pergi soranglah. Aku seganlah nak
lalu depan si Erul tu,” Ilmina mengangkat keningnya.
“ Eleh,
sejak bila kau jadi pemalu ni. Selalu main terjah aje,” tembak Ilmina.
“ Itu
dulu. Sekarang ni aku dah reti segan kot,”
kata Sakina.
“ Iyalah.
Aku pergi kejap aje,” Ilmina terus
membuka langkah meninggalkan Sakina yang dok terhendap-hendap itu. Mahu tapi
malu.
Syamil sempat
mencuri pandang susuk tubuh Ilmina yang lalu di bawah khemah untuk ke kereta.
Sopan sahaja Ilmina melangkah. Namun, dia perasan gadis itu agak kekok. Mungkin
sebab dia berada di rumah bakal mertua kot.
Bibir Syamil mengukir senyuman melihat telatah Ilmina yang sempat mengusik
abahnya itu.
*****
Diam tak
diam. Sedar tak sedar. Selesai sudah majlis kenduri di rumah kedua-dua
mempelai. Kini, Ilmina ditinggalkan keluarganya di rumah Haji Nasir. Mahu tak
kekok si Ilmina tu. Dia belum pernah hidup di kampung memandangkan kedua belah
atuk dan neneknya tinggal di kawasan taman perumahan. Seperti rumahnya juga.
Ilmina
duduk di birai katil. Samsung Galaxy Note 3 dibeleknya. Kebanyakan mesej yang
masuk sejak pagi adalah daripada rakan-rakan yang tak henti-henti mengucapkan
tahniah di atas perkahwinannya. Ada juga yang pelik kerana kad perkahwinan yang
dipost melalui Instagram menunjukkan nama pengantin yang berbeza dengan kad
yang dikirim melalui pos laju.
“ Aisya,
pergilah mandi. Dah tak ada orang kat bilik air,” Ilmina berpaling ke pintu
bilik. Syamil yang sudah lengkap berpakaian berdiri di muka pintu. Tuala biru
tua tersangkut di bahunya.
“ Iyalah…”
Diletakkan
handphone di atas katil. Dia membuka veil dikepala. Segala barang kemas di
badan dibuka dan diletakkan di atas meja solek.
“ Nah,
tuala,” Syamil memberikan tuala bersih kepada isterinya. Sikat di atas meja
solek dicapai.
“ Terima
kasih,” ucap Ilmina perlahan. Tanpa berlengah, jubah cotton dikeluarkan dari almari baju. Dia terus melangkah keluar
dari bilik dan ke bilik air yang berdekatan dengan dapur.
Kini,
Syamil pula yang duduk di birai katil. Dia mengambil Iphone 5 di atas meja
sisi. 10 missed call. 3 message. Terjongket kening Syamil. Siapa
pula yang menelefonnya?
‘Nur
Najiha’! Berlapis dahi Syamil melihat nama yang tertera di dada telefon
bimbitnya. Semua missed call adalah
dari bekas tunangnya itu. Peti mesej dibuka.
‘Aliff,
tolonglah angkat call Jiha. Penting
sangat!’
‘Sayang, please. I really really need you. Tunggu Jiha.’
‘Sampai
hati Aliff buat Jiha macam ni. tak boleh ke tunggu Jiha? Jiha cuma perlukan
masa. Aliff dah buktikan pada Jiha…cinta kita selama 7 tahun ni, nothing. Terima kasih sebab buat Jiha
macam ni.’
Syamil
tersentap membaca mesej terakhir. Apakah Najiha masih sayangkan dia? Tapi,
kenapa Najiha hilangkan diri dan hari ni baru gadis itu muncul? Kenapa?
bersambung...
best nak lagi.
ReplyDeletemenarik... sambung lagi
ReplyDelete