sebuah lagi cerpen cliche. CIA memang gini. tapi, harap adalah perbezaan dalam Isteri Segera dengan cerpen-cerpen yang lain. bukan kahwin paksa tapi rela. hehe.
Syamil Alif & Aisya Ilmina... Love |
“ Kita
nak buat apa ni, bang? Takkan nak batalkan? Hesy, malu keluarga nanti,” kata
Hajah Farida sambil berjalan ke hulu ke hilir.
“ Awak
ni. Cubalah bawa bertenang. Kalut macam ni, bukan boleh selesai masalah. Kita
kena tanya tuan punya badan dulu. Tak jadi pun tak apa, janji anak kita tu okey,”
balas Haji Nasir. Dia hanya tenang bersandar di dinding beranda.
“ Saya
tak boleh bertenang selagi Syamil tak ada depan mata kita. Entah ke manalah dia
pergi,” keluh Hajah Farida. Dia duduk bersila di sebelah Haji Nasir.
“ Minum
dulu, mak, ayah,” Irham, anak ketiga mereka meletakkan dulang berisi air teh.
Semoga boleh sejukkan sedikit hati Haji Nasir dan Hajah Farida.
“ Kamu
dah telefon abang kamu tu, Irham?”
“ Dah,
ayah. Abang Mil kata kejap lagi dia sampai,” jawab Irham. Dia turut bersusah
hati melihat kedua orang tuanya itu. Irham berdiri sambil bersandar di beranda.
Entah di
mana silapnya, tiba-tiba tunang abangnya menghilangkan diri. Ahli keluarga
gadis itu juga tidak mengetahui di mana anak perempuan mereka. Majlis akad
nikah ada seminggu sahaja lagi. Jemputan sudah dijemput dari awal lagi.
Tambahan pula, keluarga Haji Nasir agak terkenal di kampung itu. Mahu bertahun
juga mulut orang dok mengata.
“ Kita
tunggu Syamil dulu. Irham pergi tengok apa dia orang buat dekat belakang tu.
Kenduri doa selamat tetap akan diadakan,” ujar Haji Nasir. Pening kepalanya
memikirkan hal ini.
*****
Syamil menutup
pintu kereta Toyota Caldina miliknya kuat. Sebelum masuk ke dalam rumah, sempat
dia melihat beberapa orang kampung sedang mendirikan khemah untuk majlis doa
selamat malam esok. Irham dan ahli keluarga yang lain turut membantu. Ketika
ini, memang ramai sanak saudara yang bertandang. Ada juga yang bermalam di
situ.
“ Macam mana,
Mil?” Tanpa lengah, Hajah Farida terus menyerbu anak lelakinya itu dengan
soalan.
“ Macam
mana lagi, mak. Keluarga Jiha pulangkan balik cincin pertunangan. Dia orang
minta maaf sebab mereka sendiri pun tak tahu mana Jiha pergi,” Wajah Syamil
sangat keruh saat ini.
“ Duduk
dulu, Mil. Dah tanya kawan-kawan dia? Manalah tahu dia orang tahu,” Syamil
menggelengkan kepalanya.
“ Jawapan
yang sama jugak, ayah. Mil pun dah buntu kat mana lagi nak cari Jiha,” Haji
Nasir menarik nafas panjang. Dia perlu bertenang. Naik pula tekanan darah
tingginya nanti.
“ Tak
apalah. Yang penting sekarang ni, kenduri malam esok tetap akan berlangsung. Kalau
boleh, ayah tak nak ahli keluarga yang lain tahu hal ni,” Syamil hanya
mengangguk.
“ Mil
pergi masuk bilik… rehat. Biar mak dengan ayah saja fikirkan macam mana nak
selesaikan masalah ni. Jangan runsing sangat,” Hajah Farida mengusap belakang
Syamil.
Dia tahu,
anak lelakinya itu sangat kecewa dengan Najiha. Bukan main sayang lagi Syamil
pada tunangnya itu. Biarlah anak lelakinya itu menenangkan fikirannya yang kusut
itu. Dia takut jika Syamil tertekan, mengamuk satu rumah nanti. Daripada orang
tak tahu, boleh jadi tahu.
“ Mil
masuk dulu, ayah, mak,” Syamil meminta diri dan terus menghilang ke biliknya.
Haji Nasir
dan Hajah Farida mengeluh serentak. Kedua-duanya bingung. Di dalam hati
masing-masing mendoakan agar Allah menunjukkan jalan keluar bagi masalah ini.
*****
Irham kasihan
dengan abangnya itu. Sepanjang Syamil dan Najiha berkasih, abangnya itu sangat
ceria. Haji Nasir dan Hajah Farida sendiri menyukai Najiha. Tetapi, kenapa
Najiha harus menghilangkan di saat ikatan yang sah bakal dipateri? Di mana
sebenarnya Najiha?
“ Abang
Mil kau mana, Irham?” soal Ikram, anak sulung Haji Nasir dan Hajah Farida.
“ Ada kat
bilik dia, abang Ik. Ayah dengan mak suruh rest
kejap,” balas Irham.
“ Majlis
akad nikah tu kena berlangsung jugak ke?”
“ Maksud
abang Ik?”
“ Iyalah.
Dah pengantin perempuan hilang. Takkanlah abang Syamil kau tu nak akad nikah seorang.
Tak pernah lagi orang buat macam tu,” Ikram duduk di kerusi kayu di tepi kolam
ikan yang dibina Haji Nasir.
“ Apa
cadangan abang Ik?” tanya Irham. Manalah tahu abang sulungnya itu ada akal.
“ Why not…kau aje yang kahwin dulu?” Irham terbatuk. Gila ke apa Ikram ni.
“ Hesy, jangan merepeklah abang Ik. Tak
ada ke idea lain? Orang muda lagilah,” bangkang Irham.
“ Alah,
kau kan dah bertunang. Orang ni kalau dah bertunang, mesti dah ready nak kahwin. Awalkan sikit aje,” pujuk Ikram. Hanya cara itu sahaja
yang dapat difikirkannya untuk menutup masalah mereka.
“
Agak-agaklah, abang Ik. Kesian kat tunang Am tu. Tiba-tiba aje nak kahwin. Family dia
mesti bangkang punya nanti. Mengejut kot…”
“ Tak
payah paksa dia, abang Ik. Tahulah Mil nak buat apa,” sampuk Syamil. Ikram dan
Irham mendongak serentak. Syamil menghampiri abang dan juga adiknya itu.
“ Kau nak
buat apa, Mil? Ada ke cara yang lagi bernas dari abang kau ni?”
“ Emmm, batalkan ajelah. Benda dah jadi. Nak buat macam mana. Mulut orang kita tak
boleh jaga. Lama-lama nanti, diamlah dia orang tu,” kata Syamil tanpa nada.
“ Memanglah.
Tapi, cuba fikir pasal ayah dengan mak. Mana dia orang nak letak muka,” balas
Ikram. Syamil mengeluh kecil.
“ Kamu
semua tak payah kecoh-kecoh. Kami dah jumpa jalan penyelesaiannya. Ayah dengan
mak nak keluar sekejap,” celah Haji Nasir.
“ Nak
pergi mana?”
“ Adalah.
Malam nanti kami bagitahu. Tetamu kat dalam tu jangan dibiarkan pulak. Layan
dia orang sekejap,” pesan Hajah Farida.
“
Iyalah,” balas Ikram, selaku anak sulung.
“ Kami
pergi dulu,” Keduanya terus berlalu.
Ketiga-tiga
mereka saling berpandangan. Ke manalah pasangan suami isteri ingin pergi?
Jangan hilangkan diri sudah. Haru biru jadinya nanti.
*****
Ilmina
menangis semahu-mahunya sambil menekup muka ke bantal. Geram, sedih,
marah…bercampur menjadi satu. Hampir sesak nafas dek terlalu banyak menangis.
Seharian juga dia berkurung di dalam bilik. Dikepalanya tergambar seribu
persoalan.
Kenapa Khalil
sanggup buat dia begini?
Apa salah
dia?
Tak
kesiankan dia ke?
Kalau nak
listkan, patah tangan cheq ni.
Encik
Hairi dan Puan Tia sampai buntu untuk memujuk puteri kesayangan mereka itu. Kedua-duanya
nekad untuk menunggu sehingga Ilmina keluar dari biliknya. Kerusi kayu panjang
di hadapan bilik Ilmina menjadi tempat mereka berteleku. Menanti sang puteri
habis meluahkan rasa hatinya.
“ Pak
ngah, mak ngah…ada tetamu datang,” maklum Hajar, sepupu Ilmina kepada ibu dan
bapa saudaranya.
“ Siapa,
Hajar?” soal Encik Hairi. Hatinya berat untuk meninggalkan bilik anak perempuan
mereka.
“ Mama
kata kawan pak ngah. Hajar pun tak kenal,” jawab Hajar sambil dijongketkan
bahunya.
“ Siapa
pulak yang datang malam macam ni?” gerutu Encik Hairi.
“ Jomlah,
bang. Kita turun tengok. Pentinglah tu agaknya datang malam-malam begini,” Puan
Tia sudah bangkit dari duduknya.
“ Iyalah.
Hajar tolong tengokkan Mina kejap, boleh?”
“ Boleh,
pak ngah. Pak ngah dengan mak ngah pergilah turun…”
Hajar
melabuhkan punggung di kerusi panjang itu. Setelah pasti pak ngah dan mak
ngahnya sudah hilang dari pandangan, dia bangkit menuju ke pintu bilik Ilmina.
“ Mina,”
panggil Hajar sambil mengetuk pintu bilik gadis itu.
Tiada
jawapan.
“ Mina,
aku tahu kau dengar aku panggil kau. Tolonglah keluar, Mina. Kesian pak ngah
dengan mak ngah…risaukan kau. Sampai bila kau nak berkurung? Khalil kau tu
takkan datang punyalah,” Bibir Hajar didekatkan ke pintu.
“ Mina,
buat apa kau nak meraung bagai sebab si jantan tak reti menepati janji tu?
Membazir aje. Aku tak sangka kau
selemah ni, Mina. Mana sepupu dan kawan baik aku yang aku respect selama ni? Respect
sebab kau mampu hidup sendiri di negara orang, tak cepat mengalah. Tapi, sia-sia
semua tu. Sebab Khalil putuskan pertunangan aje,
kau dah lembik,” sinis Hajar berkata. Biar sepupunya itu terasa.
Elok sahaja
bibir Hajar ingin menyambung provoke
si Ilmina, pintu bilik terbuka dari dalam. Hajar tersenyum sungging. Mengena
juga teknik yang digunanya itu. Hajar melangkah masuk ke dalam bilik Ilmina.
“ Ya
Allah, lebam dah mata kau. Teruk sangat ke kau menangis, Mina?” Ilmina
menjeling sepupunya. Dah tahu, lagi mau
tanya ka? Urgh! Orang dahlah tengah angin monsun timur barat semua ada ni.
Boleh pula mek Hajar ni tanya soalan macam tu.
“ Kau
ingat aku ketawa ke sampai lebam mata aku ni?” Hajar menggaru kepalanya.
“ Aku nak
bagi nasihat sikit kat kau ni,” Hajar duduk di birai katil. Matanya dihalakan kepada Ilmina yang sedang
duduk bersila sambil memegang teddybearnya.
“ Tak
elok kau menangis…meraung untuk orang yang tak pasti. Mesti ada hikmah di
sebalik hubungan sekerat jalan kau ni. Tak ada faedahnya, Mina. Dia yang rugi
sebab tinggalkan kau,” Tangan Hajar mengusap belakang Ilmina perlahan.
“ Aku…aku
bukan menangis sebab dia tinggalkan aku, Jar,” Erk, pulak dah.
“ Dah tu?
Sebab apa lagi?”
“ Aku
terfikir betapa bodohnya aku sebab terlalu berharap pada Khalil sedangkan aku
sendiri tak pasti dia jodoh aku ke tak. Dan, yang paling aku terkilan…dia buat
keluarga kita macam ni. Aku tak kisah kalau aku kena tinggal, Jar. Tapi, dah
nak sampai tarikh kita orang nak akad nikah baru dia mintak putus. Aku
kesiankan ummi dengan abah,” Ilmina kembali tersedu.
“ Oh, gitu. Udah-udah ler tu. Mana tahu jodoh kau nanti lebih baik dari si
Khalil tu. Aku pasti mesti time tu,
pak ngah dengan mak ngah orang paling happy
sebab…puteri kesayangan dia orang yang comel lote ni jatuh kat tangan
orang yang lebih elok, handsome, baik,”
ujar Hajar sambil mencubit kedua belah pipi Ilmina lembut.
Ilmina
tergelak. Pantas dia memeluk Hajar erat. Sepupu aka sahabatnya itu memang handal kalau masuk bab pujuk memujuk ni.
Dia yang kuat merajuk ni pun boleh terpujuk.
“ Ehem,” Ilmina dan Hajar menoleh serentak
ke muka pintu bilik. Kelihatan Encik Hairi dan Puan Tia tersenyum-senyum sambil
bersandar di sisi pintu. Gaya suami isteri itu juga sama, bersilang tangan di dada.
Ilmina mengerutkan
dahinya. Dah kenapa dengan ummi dengan abah aku ni? Aku dok bersedih bagai nak gila, dia orang boleh dok tersenyum-senyum gitu.
“ Nak
jugaklah kongsi berita baik dengan korang
berdua ni. Penghuni rumah kat bawah
dah riuh sakan. Ada yang dah terguling terduduk terbaring…semua adalah,” Puan
Tia berjeda.
Ilmina
dan Hajar saling berbalas pandang dan saling berjongket bahu. Mata si Ilmina
yang dah lebam itu pun dah tak mampu nak terbuka luas lagi dah.
“ Berita
baik apa pulak ni, ummi, abah?”
“ Haaa, ini yang nak bagitahu,” Terangkat
bahu Ilmina dan Hajar dek suara Encik Hairi yang tiba-tiba kuat itu. “ Tahu tak
siapa yang datang tadi?” Ilmina menggeleng kepala. Ada orang datang ke tadi? Dia
manalah tahu.
“ Siapa aje yang datang?”
“ Bakal
mertua Minalah,” kata Puan Tia selamba.
“ Oh,
bakal mertua. Hmmm, buat apa lagi dia
orang datang sini? Takkan tak jadi putus pulak?”
Encik
Hairi dan Puan Tia menggeleng serentak.
“ Hah,
pak ngah…Hajar tahu. Ada orang datang nak masuk meminang Mina kan? Siapa pak
ngah?” Dia ada terdengar mamanya berbisik dengan papanya tentang hajat tetamu yang
bertandang ke rumah itu sebelum naik memanggil tuan rumah tadi.
“ Pandai
Hajar. Mereka nak pinang Mina untuk anak teruna mereka,” kata Encik Hairi
separuh gembira.
Ilmina
masih blur. Disebabkan terlalu banyak
menangis, otaknya tersangatlah lembab saat ini. Dah tak mampu nak fikir apa
lagi dah.
“ Tak
faham,” kata Ilmina perlahan. Hajar
tersengih.
“ Tak
faham, tak apalah. Mina solat, lepas tu tidur. Esok kita bincang lagi,” Puan
Tia sudah mampir ke katil. Diusapnya kepala satu-satunya puterinya itu.
“ Esok ajelah kita berbual panjang. Mina rehat
dulu. Mesti dah penat menangis seharian,” ujar Encik Hairi. Ilmina mengangguk
perlahan.
“ Jom,
Hajar. Kita keluar…”
Hajar
mengulas senyuman kepada sepupunya itu. Ilmina turut membalas dengan senyuman
nipis. Selamat malam, Ilmina. Tapi, solat dulu tau.
bersambung...
Hey, Saya just nak suggest utk every chapter for cerpen's series awak ni, utk letakkan button ke sambungan seterusnya. sebb bila saya surf using my phone its a little bit harder for me to search it
ReplyDelete