Ilmina gelisah di dalam kereta. Dia hanya memandang
pemandangan di luar tingkap kosong. Entah kenapa, ringan sahaja bibirnya
menyatakan setuju akan peminangan secara tiba-tiba dari sahabat abah itu.
Mungkin, hanya itu yang dapat bahagiakan kedua ibu bapanya barangkali.
Encik
Hairi memandang Ilmina di tempat duduk belakang melalui cermin pandang
belakang. Gadis itu kelihatan tenang sahaja. Namun, dia pasti dalam hati anak
perempuannya itu tergambar perasaan gelisah, takut dan macam-macam lagi.
“ Mina
okey?” tanya Puan Tia.
“ Okey,
ummi. Lama lagi ke kita nak sampai, abah?”
“ Dah nak
dekat pun. Mina relax ya. Haji Nasir
dengan Hajah Farida tak makan orang,” gurau Encik Hairi.
Ilmina
tersenyum nipis. Ada-ada sajalah abahnya ni.
“ Manalah
tahu. Kot terlampau berkenan sampai
nak makan Mina ni,” Ilmina turut membalas gurauan Encik Hairi.
“ Uish, tak adanya. Tak sampai hati nak
makan sebab anak ummi ni comel sangat,” Ilmina tergelak kecil. Hilang sedikit
segala perasaan gelisah, takut, gementar…semua tu.
“ Pandai aje ummi ni. Haji dengan Hajah tu dah
tengok Mina ke?” Teringin juga dia mengetahui jika ahli keluarga bakal suami
sudah melihat gambarnya atau tidak.
“ Belum
lagi. Ummi ada jugak suarakan nak tunjuk gambar Mina semalam, tapi dia orang
tolak. Kata mereka, biar surprise. Tengok
real lagi afdal. Itulah sebabnya dia
orang jemput kita ke kenduri doa selamat malam ni,” jelas Puan Tia.
Ilmina
mengangguk faham. Perjalanan dari Shah Alam ke Melaka dirasakan sekejap sahaja.
Mungkin dia terlalu fikirkan mengenai bakal suaminya kot. Ceh, kau. Berangan
saja lebih. Jumpa si bakal suami pun belum. Ilmina tersenyum sendiri.
*****
Syamil termenung
di tepi kolam ikan sendirian. Bekas makanan ikan di tangan dipegangnya sahaja
tanpa memberi ikan-ikan di dalam kolam itu makan. Entah apa yang dimenungkannya
pun tak tahu. Dah sampai Jepun agaknya lelaki itu.
“ Hoi!” sergah Ikram. Syamil hampir
terjatuh ke dalam kolam dek kerana terkejut dengan sergahan abangnya itu.
“ Cuba
bagi salam. Kan ke lebih baik,” kata Syamil. Tangan terus diseluk ke dalam
bekas plastik itu dan dicampak ke dalam kolam ikan.
“ Nampak
sangat kau dok termenung, Mil.
Teringatkan buah hati tak jadi ke?” Syamil menjeling abangnya tajam. Aku sumbat
jugak makanan ikan ni kang, getus Syamil.
“ Buah
hati tak jadi jangan sebut, bang. Kang
tak pasal, kat dalam bendang kontang tu Mil tendang kau masuk bang,” Amboi,
garangnya cik abang kita ni.
Ikram
tersengih sambil digelengkan kepalanya itu.
“ Cuba
waras sikit, Mil oi. Takkan abang kau yang sikit punya cute ni kau sampai hati nak tendang kot,” Ikram menampar bahu
Syamil perlahan.
“ Sebab
tak sampai hatilah Mil geram ni,” Ikram ketawa kuat.
“ Chilllah, dik. Bunga bukan sekuntum. Satu
taman kau nak petik pun, abang Ik tak kisah. Tapi, harap kau bersabarlah. Kouta
ada empat aje,” Syamil buat muka
sengal.
Hampeh punya abang. Sekali aku lesing, menangis pulak bini dia kat
dalam rumah tu.
“ Anak
siapa yang ayah dengan mak pergi pinang tu, bang?” tanya Syamil. Ikram
mencebik. Ingat tak nak tahu dah.
“ Anak
kepada kawan kepada kawan ayah. Abang Ik pun tak tahu nak terang kat kau macam mana, Mil. Tanyalah ayah
kau sendiri…”
Syamil
dah malas melayan si abang yang sengal itu. Dia menampar bahu abangnya dek
kerana geram.
“ Pergilah
masuk mandi. Kejap lagi bakal mertua kau tu nak datang. Kang dari dia orang
terima, terus tolak sebab bakal menantu tak senonoh,” Sempat lagi Ikram
menyambung usikannya itu.
Walaupun
Ikram adalah anak yang sulung, wajah lelaki itu langsung tak nampak macam anak
sulung. Bak kata orang, baby face. Dah
jadi bapa kepada dua orang putera pun masih nampak comel lagi.
Berbeza
dengan Syamil yang berwajah manly. Iyalah
kot manly. Tapi memang pun sebab badan
Syamil, tough. Rajin pergi gym tu. Irham pula mewarisi
kedua-duanya, comel pun ada, handsome
pun ada. Tsk…
*****
Tiga buah
khemah untuk majlis kenduri sambut menantu sudah berdiri teguh di halaman rumah
Haji Nasir. Sengaja dipasang awal memandangkan malam itu, Haji Nasir sudah
berniat untuk mengadakan kenduri doa selamat. Nasib baiklah majlis sambut
menantu minggu depan tetap akan berlangsung. Kalau tidak, membazir segala
barang-barang yang sudah siap dibeli.
Azan
Maghrib sudah lama berkumandang. Hari itu, Haji Nasir hanya bersolat jemaah
bersama ahli keluarganya sahaja. Tidak ke surau seperti selalu. Dia sebenarnya
menunggu kedatangan keluarga Encik Hairi. Hanya dia dan isterinya sahaja yang
pernah bertemu dengan pasangan Encik Hairi dan Puan Tia.
Haji
Nasir dan Hajah Farida langsung tidak menyangka perbualan mereka dengan seorang
rakan telah membawa mereka untuk terus masuk meminang puteri Encik Hairi. Pada
mulanya, rakan Haji Nasir hanya terlepas cakap mengatakan majlis perkahwinan
seorang kawannya mungkin akan dibatalkan sebab terputus di tengah jalan.
Kebetulan
majlis itu akan berlangsung dua hari sebelum kenduri di rumah Haji Nasir. Maknanya
lagi tiga hari majlis akad nikah dijadualkan di rumah Ilmina. Kerana itulah,
timbul idea itu di kepala Haji Nasir dan Hajah Farida.
*****
“ Irham,
cuba tengok kereta siapa kat sana
tu,” suruh Haji Nasir. Irham meninggalkan kerjanya yang sedang mengelap pinggan
itu. Dia berlalu ke kereta yang diparkir tidak jauh dari khemah.
“
Assalamualaikum,” Encik Hairi memberi salam apabila ternampak seorang lelaki
sedang menuju ke arahnya.
“
Waalaikumsalam,” jawab Irham sambil tersenyum.
“ Ni,
rumah Haji Nasir ke?”
“ Hah,
betullah tu. Jemputlah masuk. Ayah ada depan sana,” Irham menjemput tetamu
ayahnya itu sopan.
Puan Tia
dan Ilmina mengekori langkah Encik Hairi. Berdebar-debar jantung Ilmina. Macam
nak meletup pun ada. Hiperbola sangat ayat.
“ Lah,
Hairi ke? Maaflah, ingatkan siapa tadi,” kata Haji Nasir sambil bersalam dengan
bakal besannya.
“ Nasib
baik tak salah rumah, haji. Itu yang sampai jugak kami kat sini,” seloroh Encik
Hairi.
“ Alhamdulillah.
Jomlah naik rumah dulu. Kenduri mula lepas isya’,” jemput Haji Nasir.
“ Kenapa
tak ajak tetamu naik atas tu, bang. Boleh borak panjang kat atas ni hah,” Terjengul
Hajah Farida di beranda.
“ Nak
naiklah ni…”
Ilmina
mengangkat sedikit kain baju kurungnya. Kakinya berhati-hati melangkah naik ke
tangga kayu yang disusun agak renggang itu. Dia tidak biasa dengan rumah papan separuh
batu begini. Rumah kedua-dua atuknya diperbuat dari batu. Tak ada papan
langsung.
“
Elok-elok, anak oi. Tersalah langkah, jatuh pulak nanti,” Ilmina hanya
tersenyum mendengar pesanan Hajah Farida.
Mereka
duduk di sisi kanan beranda. Bersila. Bertambah kekoklah si Ilmina itu. Bukanlah
dia tidak suka, cuma belum biasa lagi. Nanti sudah biasa, okeylah.
“ Inilah
anaknya ya. Cantik orangnya. Tak sia-sialah kita tak tengok gambar dia semalam,
Ida,” Hajah Farida mengangguk setuju.
“ Biasa aje, haji. Cantik ke hodoh ke, ni ajelah anak yang kami ada,” kata Encik
Hairi.
Ketika
itu, muncul Liyana iaitu isteri Ikram membawa sedulang air teh dan dihidangkan
kepada tetamu. Sebentar kemudian, muncul pula Syamil membawa sepinggan kuih. Rajin
sungguh anak teruna seorang ni. Ikram dan Irham turut menjengah ke beranda.
“
Pakat-pakat duduk, anak-anak oi. Ni ayah nak kenalkan dengan keluarga kecil pak
cik Hairi,” Encik Hairi tersenyum. Betapa beruntungnya Haji Nasir mempunyai
ramai anak.
“ Ramai
jugak anak haji dengan hajah ya,” kata Puan Tia yang diam sahaja tadi.
“
Alhamdulillah. Rezeki dari Allah,” balas Hajah Farida mensyukuri kurnian
dari-Nya.
“ Inilah
sebahagian angkatan tentera kami. Ikram, anak sulung kami. Sebelah tu menantu
saya, Liyana. Isteri Ikram. Yang ni pulak, Irham. Anak ketiga. Bukan yang
bongsu ya. Dan, sebelah Hairi tu, Syamil. Inilah yang nak kahwin tu,” Syamil
bersalaman dengan Encik Hairi. Bakal mertua kan. Kena tunjuk sopan.
“ Ini
baru tiga lelaki. Ada lagi dua orang anak perempuan, kembar. Lusa baru sampai
kampung. Belajar sekolah menengah lagi dua orang tu, tingkatan lima,” beritahu
Haji Nasir.
“ Ramai
tu. Cemburu saya, haji,” Mereka yang berada di situ ketawa dengan nada Encik
Hairi yang dirasakan kelakar.
“ Jangan
sembang aje, jemput minum,” Hajah Farida menolak cawan berisi air teh kepada tetamu-tetamu
mereka.
Ilmina
bermain dengan jemarinya. Selalunya, gadis yang bertandang ke rumah bakal
mertua akan malu-malu. Dia tidak. Dipandang juga satu persatu bakal ahli
keluarganya itu. Sempat dia mencuri pandang jejaka bernama Syamil itu. Segak
dengan sepersalinan baju Melayu cekak musang berona ungu.
“ Anak
kami dah kami kenalkan. Giliran Hairi pulalah kenalkan puteri yang seorang tu,”
Haji Nasir memandang Ilmina yang diapit oleh Puan Tia dan isterinya.
“ Budak
ni? Biar dia sendiri yang kenalkan diri dia,” Encik Hairi buat isyarat pada
Puan Tia. Puan Tia tersenyum sungging.
Ilmina
tersengih dulu.
“ Errr…tak
retilah pulak nak mention nama
sendiri,” Encik Hairi dan Puan Tia membeliakkan mata. Ilmina meminta simpati kedua
orang tuanya. Keluarga Haji Nasir sudah tersenyum-senyum melihat gelagat
Ilmina.
“ Nama
bakal isteri Syamil ni siapa?” tanya Ikram selamba. Syamil sudah membulatkan
mata memandang si abang sengal dia tu. Slumber
badak dia saja.
“ Terpijak
daun semalu kot tadi. Tu yang malu
nak kenalkan diri. Selalunya tak payah kita suruh, laju aje dia,” usik Puan Tia. Ilmina mencebik.
“ Iyalah.
Ehem, abah bagi nama, Aisya. Ummi
pulak, Ilmina. Jadilah Aisya Ilmina. Semua sedara panggil, Mina. Pilihlah nak
panggil apa. Aisya Ilmina tak kisah,” Eceh, comel aje dia kenalkan diri. Menggelegak dah jantung si Syamil tu.
“ Kawan-kawan
panggil Aisya Ilmina apa?” Haji Nasir sekadar bertanya.
“ Emmm, banyak kalau nak bagitahu. Tapi,
selalunya, dia orang panggi Ail,” jawab Ilmina jujur.
“ Ail? Nasib
baik tak air,” gurau Ikram. Liyan turut tersenyum dengan gurauan suaminya.
“ Biasalah
budak-budak muda sekarang. Kita orang tua bagi nama anak elok-elok,
dipanggilnya begitu,” Ilmina sembunyikan sengihannya. Puan Tia tersenyum
sedikit. Mana taknya, dulu dia pernah panggil suaminya itu, Riri. Ehek.
“ Haji dengan hajah dah ada cucu?”
“ Baru
dua orang, Hairi. Harapnya, akan bertambahlah nanti…”
“ Amin. Harapnya
begitulah. Kami ni cucu saudara adalah. Cucu sendiri tak tahu lagilah bila,” Encik
Hairi mengerling anak perempuannya itu.
Syamil
yang tough tu pun dah tersipu-sipu.
Cuma, Ilmina saja yang berlagak biasa. Cermin mata yang tersangkut di batang
hidungnya dibetulkan. Buang tabiat sungguh dia mengenakan cermin mata hari ni.
Mana taknya kalau dah habis lebam mata dia tu.
“ Kak
Aisya selalu stay up ke?” tanya Irham
tiba-tiba. Sedari tadi, dia hanya mendengar sahaja.
“ Hah?
Taklah. Kak Aisya ni pantang nampak bantal. Kenapa?”
“ Am
perasan mata kak Aisya sembab. Macam tak cukup tidur,” Ilmina menelan air liur
kasar. Encik Hairi dan Puan Tia pula menunggu jawapan dari Ilmina. Nak juga dia
orang tahu apa alasan yang nak diberi.
“ Sembab
ni? Ni sebab…emosi sangat. Empangan penuh, kenalah buang,” Terus terhambur ketawa
seisi beranda. Lucu dengan alasan Ilmina. Syamil pula senyum saja. Sebab, dia
pun lebih kurang sama saja dengan Ilmina. Cuma, tak adalah sampai kena buang
air dalam empangan tu.
bersambung...
Best nak lagi
ReplyDeleteakan diupdate.. :)
Deletethanks, baby mio
More!!..best!
ReplyDeleteokay, yana... hehe..
Deletethanks, si gigi besi.. :)
Cerpen ? The appropriate words ialah novel . By the way ,Bestt . Nak baca cerpen ni sbb ada gambar nazim othman . Goodluck writer !
ReplyDeletekenapa novel?? hehehe...
Deletegood2... thanks, azura hassan..
jln crita best...suka ngan watak Ail tu hehe nasib baik bukan kail..novel ni tamat kat blog ke ?...
ReplyDelete