Trisha berbaring sambil
memeluk bantal peluknya. Rasanya sudah lama dia tidak tidur di dalam bilik ini.
Dia jarang balik ke rumah ibu bapanya sejak berkahwin memandangkan dia sudah terbiasa
di rumahnya dan Azaril. Adakah tidur malamnya akan lena tanpa Azaril di
sebelah? Trisha bangun ke almari dan mengeluarkan teddybear yang besar. Lebih
kurang sahaja sizenya dengan Trisha.
“ Be my husband tonight
and…for the next next next night too, Wilbear,” gumam Trisha sambil meletakkan
teddybear besar itu di sebelahnya. Tangannya memeluk erat teddybear yang
digelar Wilbear itu.
Tiba-tiba Trisha
teringat saat Wilbear datang dalam hidupnya.
“ Kita datang sini buat
apa?” tanya Trisha dengan kerutan di dahi. Azaril menarik tangan Trisha masuk
ke dalam kedai teddybear. Pelbagai jenis teddybear yang djual di kedai itu.
“ Sinilah. I nak you
tolong pilihkan teddybear untuk anak kawan I. Tomorrow…is her birthday. I don’t
know how to choose this…millions bear,” minta Azaril sambil mendepangkan
tangannya.
“ Hmmm…let me think. Berapa
umur anak kawan you tu?”
“ Seven years old…”
Trisha tawaf satu kedai
untuk mencari teddybear yang sesuai untuk dijadikan hadiah. Dan…akhirnya dia
menjumpai patung…Totally Spies! Sebenarnya, kartun itu merupakan kegemarannya. Tetapi…dia
pasti kanak-kanak sekarang juga turut meminati tiga orang pengintip muda itu.
“ Totally Spies? Are you
sure?”
“ Yupp. Why not…you just
trying. Maybe she’ll love it. Tak cuba, tak tahu,” Trisha mengambil ketiga-tiga
patung itu dan dibawa ke kaunter pembayaran.
“ Wrap this. And put it
in the box. Birthday present,” suruh Azaril. Pekerja kedai itu mengangguk dan melakukan
kerjanya dengan pantas.
“ Sayang, can I have
this?” Azaril membulatkan matanya. Pekerja-pekerja di kedai itu sudah
tersenyum-senyum.
“ You want this?” soal
Azaril separuh tidak percaya.
“ Yes…”
“ For what? You dah dua
puluh lima tahunlah. Tak payah main lagi dah teddybear bagai ni,” Trisha
mencebik.
“ Alright. Then…you
jangan marah I tau kalau I peluk lelaki lain…”
“ Apa?”
“ Alah, you belikan
ajelah. Nanti tak adalah I sorang-sorang kat rumah bila you pergi kerja,” Trisha
mengangkat keningnya berulang kali.
“ Yelah…yelah.
Herrrggghhh,” Azaril buat muka geram. Trisha tersenyum penuh gembira. Dia
meletakkan teddybear yang hampir sama besar dengannya itu di atas kaunter.
“ Wrap ni sekali eh.
Terima kasih,” Azaril menggelengkan kepalanya. Nasib baik isteri. Kalau
kekasih…tak adanya dia nak belikan.
“ Jarang customer yang
macam encik dan puan yang datang kat kedai kami ni,” kata salah seorang pekerja
kedai itu.
“ Kenapa?” tanya Trisha
ingin tahu.
“ Selalunya yang
datang…parent yang belikan anak dia orang teddybear. Itupun lepas anak dia
orang paksa. Tak pun…pasangan couple yang selalu keluar macam tu aje. Sebab si
boyfriend tak nak belikan teddybear,” jelas pekerja ramah.
Azaril dan Trisha ketawa
serentak. Macam-macam ragam orang sekarang ni.
“ Biasalah tu, dik. Bukan
semua orang yang sweet macam kita orang ni,” Trisha buat mimik meluat.
“ Sweet sangat. Alah,
you all tulis aje kat depan pintu tu. Customer yang ikhlas sahaja dibenarkan
membeli di sini…”
“ Amboi…bankruplah kedai
ni. You nak tanggung ke?”
“ Suggestion aje, cik
abang oi…”
“ Betul jugak tu. Berapa
kerat aje sebenarnya orang yang betul-betul nak beli teddybear. Kadang-kadang…ada
aje yang menjeling tengok teddybear ni semua. Tapi…hampeh. Dia orang lebih
sayangkan duit daripada nak melabur untuk yang tersayang,” Pandai juga pekerja
itu berhujah.
“ Dia orang tengah
merancang tu. Survey,” gurau Azaril.
“ Maybelah. Alright, dah
siap,” Trisha mengambil teddybear yang besar itu sementara Azaril membayar
semuanya.
“ Suka?”
“ Suka sangat-sangat…”
“ Lepas ni…I peluk
bantal ajelah ye,” Azaril yang sedang memandu itu mengerling si isteri di
sebelah.
“ Eh, mana boleh. You
kena peluk both of us,” balas Trisha sambil tangannya memeluk lengan Azaril.
“ Alah, you peluk ajelah
teddybear you tu,” Azaril berpura-pura merajuk.
“ Ceh, sensitivelah pulak,
Doktor Raffiqi ni. Tak nak kawanlah…”
“ Tak nak kawan konon.
Tapi…peluk kita jugak,” Trisha tesengih comel.
“ Biarlah. Suami kita,” Tangan
kiri Azaril memeluk kepala Trisha dibahunya. Sementara tangan kanan masih
mengawal stereng.
“ Nasib baik. Kalau
tak…I debush you ke luar,” Trisha mengecilkan matanya.
“ Sampai hati you nak
debush I. Malam ni tidur soranglah…”
“ Okay…okay. I tak
debush you. I sayang you aje…”
“ I know. Dahlah, tak
nak kacau you drive,” Trisha membetulkan duduknya. Dia memeluk teddybear itu.
Trisha kembali ke dunia
nyata apabila terdengar pintu biliknya diketuk dari luar. Dia bergerak malas untuk
membuka pintu. Dengan baju tidur kartunnya yang separas lutut dan rambut yang
berserabut dek bermain dengan Wilbear tadi.
“ Ada apa?” tanya Trisha
malas.
“ Miss you,” balas satu
suara garau. Trisha pantas mengangkat wajahnya. Azaril!
word by ---> Eudora Welty
"A good snapshot keeps a moment from running away."
No comments:
Post a Comment