TELEFON
bimbit ditangan ditenungnya. Menanti panggilan. Sedari tadi duduknya tak diam.
Ke hulu ke hilir dia mencari Nur Aimina, namun langsung tidak kelihatan. Entah
kemana sajalah isterinya itu pergi. Takkanlah sudah senja begini tak reti nak
balik bilik. Kot iya pun merajuk dengannya, janganlah buat dia risau.
Nombor
telefon Miyn didail lagi dan lagi. Masih juga tiada jawapan. Macam mana dia tak
risau. Bertambah haru lagi apabila Tok Aki buat hal apabila atuknya itu membuat
panggilan video, mahu bertanya khabar mereka di sini. Nasib baik alasannya yang
Miyn keluar ke spa diterima oleh Tok Aki. Mahu berdesing telinga jika
diberitahu Miyn seharian tidak pulang ke bilik.
“Awak
pergi mana ni, Miyn?” bisik Qail perlahan.
Naik
lenguh jemarinya menekan dada iPhone 6 dia itu. Dalam hati tidak lekang berdoa
agar isterinya itu baik-baik saja. Mungkin sedang dalam perjalanan balik ke
bilik. Sempat lagi berfikir yang elok-elok.
Ketukan
di pintu membuatkan Qail pantas membawa langkah ke situ. Sebelum itu, diintai dulu
keadaan di luar melalui lubang kecil yang separas dadanya itu.
Tangannya
sepantas kilat memulas tombol pintu.
Tanpa
sempat Miyn membuka bicara, Qail terus memeluk tubuh langsing Miyn. Buat
pertama kalinya. Memang terkujatlah Miyn dibuatnya. Tak pernah-pernah lelaki
itu buat perangai luar alam sebegitu. Kemain erat lagi si suami memeluknya.
“Qail…”
Dia cuba memboloskan diri dari pelukan Qail. Rasanya mereka bukanlah pasangan
yang lovey-dovey sehinggakan perlu
adegan peluk memeluk ini.
“Eh,
hello. Boleh dah kot lepaskan saya.
Lemaslah,” kata Miyn sambil tangannya cuba menolak tubuh suaminya.
Kalau
ya pun nak bersweet, janganlah di
depan pintu ni. Segan kalau-kalau ada yang ternampak. Entahkan cleaner ke pelancong yang tiba-tiba
lalu, tak ke haru. Haish.
“Sorry,” ucap Qail seraya melepaskan
pelukannya. Dia berlalu ke sofa berhampiran dengan tingkap. Nafasnya
turun-naik.
Miyn
buat muka pelik. Pintu bilik ditutup perlahan. Dia menapak ke katil. Selendang
di kepala dia cabut. Dilepaskan rambut dari ikatan. Akhirnya bernafas juga
rambutnya itu.
“Awak
ni kenapa?” Matanya dihala ke arah Qail yang ralit merenung ke luar jendela.
Fikir apa pun dia tidak tahulah.
Ini,
hah. Soalan dia pun belum berjawab.
Sungguhlah
pelik. Tiba-tiba dipeluk oleh insan yang bernama Uqail.
“Qail,
saya tanya ni,” tutur Miyn lembut. Manalah tahu berjawab pula soalan dia kalau
bersuara lembut ala-ala romantis gitu.
Bukan
setakat soalannya tidak dijawab Qail, selamba saja si suami meninggalkan dia
tercengang di situ. Ceh, pergi bilik air aje pun. Bukannya keluar dari bilik.
Dek penat melayan kerenah suami yang tiba-tiba berubah angin itu, Miyn
terbaring. Sekadar mahu merehatkan badan sahaja. Sudahlah dia penat bertegang
urat dengan seorang wanita di spa tadi. Disebabkan itu dia membuat keputusan
untuk bersiar-siar di pantai.
Pulang
ke bilik, dikejutkan pula dengan perangai Qail yang tidak tahu hujung
pangkalnya. Adeh.
*****
DITENYEH
matanya perlahan. Dicelik mata luas-luas, namun masih terkebil-kebil. Penat
sangat agaknya. Gaya bagai habis diterokanya satu Pulau Langkawi ini sahaja.
Kalaulah dia tahu hati teman sebiliknya sekarang ini, pasti tidak tenang
lenanya tadi. Entahkan sedar ke tidak yang si Uqail itu tiada di bilik.
Dicapai
tuala dan baju bersih lalu terus ke bilik air. Terasa belengas pula badannya.
Ditambah pula dia tidak boleh solat, lagilah tidak selesa. Ingatkan terlelap
sekejap saja, rupanya hampir dua jam jugalah dia terlena. Qail pun satu, kenapa
tak kejut? Si suami pula disalahkan.
Setengah
jam kemudian, dia keluar dari bilik mandi. Saat itu baru dia tersedar, Qail
tiada di bilik. Malas mengambil tahu, dia tahu lelaki itu mungkin sedang
melepak di mana-mana. Alah, dah nama pun lelaki. Buat apa nak risau. Bukannya
Uqail itu budak-budak.
“Mandi,
sudah. Makan, kenyang lagi. Hm, nak buat apa ni?” gumam Miyn sendiri. Bosan
pula dia seorang diri di bilik.
Kalau
Qail ada, boleh juga dia ajak berborak. Ini bayang pun tak nampak. Dijenguk ke
jendela. Manalah tahu, ternampak kelibat Qail.
Sempat
lagi dia mengelamun. Dulu seorang juga, tetapi tak adalah bosan seperti
sekarang. Buntu dia di situ. Hendak keluar, dia malas. Seharian sudah dia di
luar hari ini. Dibetulkan tuala yang membungkus rambutnya.
“Uqail…
Uqail… Uqail,” Disebut nama itu berulang kali. Kot-kotlah ada telepati, muncul
suami dia itu.
Tiada.
Ya
Allah, mana Uqail pergi?
Bosan
merenung ke luar, dia duduk di sofa. Meniru gaya Qail tadi. Selepas itu, dia ke
katil. Duduk di birai katil sambil tangan menekan remote control, tiada rancangan atau cerita yang menarik minatnya.
Termangu dia sendiri.
“Hm,
dia pergi mana ni? Bosanlah pula sorang-sorang,” omel Miyn sendiri. Dia
meniarap. Tangannya menekan dada ViVo V5. Saat itu barulah dia tersedar 20 missed call.
Aiyok.
Miyn terus terduduk.
“Kenapa
tak perasan ni?”
Dia
mendail kembali nama yang tertera. Namun, panggilannya tidak bersahut. Dalam
hati dia mengutuk dirinya. Silent mode
dia tukar kepada ringing. Patutlah Qail
bertindak seperti itu tadi.
Miyn
pantas bergerak ke almari. Cardigan hitam dan tudung Syria dia ambil. Dia perlu
cari Uqail. Sudah ala-ala cerita Korea pula. Tadi Qail, ini giliran Miyn pula.
Tahu dek keluarga, memang kena bahan habis. Katanya tidak suka, tetapi setiap
tindak tanduk seperti pasangan bahagia.
*****
MIYN
bergegas menuju ke lif. Dia mahu ke lobi, mungkin Qail di situ. Di kolam renang
mungkin tidak. Lama dia termenung di jendela tadi, kelibat Qail tidak pula
menjamah matanya.
Sebaik
sahaja lif tiba di tingkat bawah, Miyn pantas melangkah ke lobi. Saat itu
bahunya terlanggar seseorang. “Maaf,” ucap Miyn spontan.
“It’s okay. Saya pun tak perasan cik
tadi,” balas seorang gadis yang dilanggarnya tadi. Rakan gadis itu tersenyum
pada Miyn.
Miyn
turut senyum. Hal kecil sahaja.
“Cool kan abang tadi tu? Nasib baik dia
ada. Kalau tak, dah selamat kau kena jual kat Thailand,” ujar gadis itu kepada
temannya.
Sempat
Miyn tangkap perbualan gadis berdua itu sebelum kembali mencari Qail. Laju dia
melangkah ke kaunter. Matanya meliar melihat ke segenap kawasan. Tika itu,
matanya menangkap susuh tubuh kekar suaminya. Dia tidak seorang, sebaliknya ada
seorang perempuan sedang menyapu sesuatu di lengan Qail.
Hm?
Terangkat kening Miyn.
Tanpa
sedar, dia sudah berada di belakang Qail.
“Kenapa
ni?” tanya Miyn terus.
Perempuan
itu mendongak. “Oh, abang ni terluka sikit masa tolong kami tadi,” jelasnya
pendek.
“Oh,”
Hanya itu yang terbit dari bibir Miyn.
Qail
hanya berlagak biasa. Luka seperti ini bukanlah luar biasa baginya. Lebih teruk
dari ini pun dia pernah kena. Cuma, gadis ini yang beriya mahu meletakkan ubat
pada lengannya.
Teringat
pula Miyn pada dua orang gadis tadi. Mungkin gadis ini juga salah seorang dari
mereka. Wah, jadi hero nampak Encik Uqail.
“Siap.
Better abang pergi klinik, saya risau
terkena kuman pula nanti,” kata gadis itu kepada Qail sambil mengemas first aid kit.
“Terima
kasih,” ucap Qail senada. Tak perlulah kot dia ke klinik. Balutan di lengannya
kemas dan dia yakin kuman pun takut nak hinggap.
Miyn
masih statik berdiri di belakang Qail. Saja mahu menjamu mata adegan gadis itu
dok tersenyum manis kat laki dia. Dah siap letak ubat bagai tu, sudahlah. Tak
payahlah nak pesan macam-macam pulak. Dengki pula Miyn melihatnya.
“Sebab
kami jugak, abang jadi macam ni. Esok abang free?
Sekadar nak belanja makan aje,” Gadis itu seperti berharap Qail setuju dengan
ajakannya.
Miyn
ketap bibir.
“Dia
tak free esok,” sampuk Miyn.
Tangannya selamba menarik lengan Qail, mahu berlalu dari situ.
Tersentak
gadis itu dibuatnya. Qail serba salah.
“Miyn…”
“Apa?!”
Ditinggikan suara secara tak sengaja.
Qail
merungkaikan tangan Miyn dari lengannya. Dia menoleh ke belakang. “Maaf, Nadia.
Esok saya tak free,” Dijawab soalan
gadis bernama Nadia itu bersama senyuman.
“It’s okay,” Nadia turut menghulurkan
senyum.
Setelah
itu, Qail menarik tangan Miyn. Dadanya berombak. Terasa berbahang pula dengan
telingkah isterinya itu. Sepanjang perjalanan menuju ke bilik, keduanya hanya
diam. Miyn dengan rasa bersalahnya, Qail pula sedang menahan amarah. Nasib
sahaja sabarnya masih menebal. Kalau tidak, depan Nadia tadi dihamburkan segala
bengangnya itu.
Tiba
sahaja di bilik, tangan Miyn dilepas kasar. Mujur Miyn tidak tersungkur.
“Awak
kenapa? Seharian hilang, lepas tu buat perangai tak matang depan orang. Tak
malu ke?” hambur Qail tanpa ditahan.
Terkejut
Miyn dibuatnya.
“Saya…”
“Tolonglah.
Jangan buat perangai budak-budak kat sini. Hari ni saja macam-macam perangai
awak, saya kena hadap. Tak sampai seminggu lagi kita kahwin, saya dah rasa
penat,” potong Qail.
Miyn
diam. Hanya menunduk, mendengar Qail memarahinya.
“Saya
faham kalau pagi tadi saya sibuk dengan kerja. Okey, itu salah saya. Tapi,
awak. Seharian ni awak pergi mana? Saya call,
tak berjawab. Lepas tu, sibuk nak marahkan orang yang tengah ubatkan suami awak
ni. Terluka kena pisau,” sambung Qail lagi. Ditekankan perkataan ‘suami’ agar
isterinya itu faham.
Sungguh.
Miyn tak tahu nak cakap apa. Dia rasa lebih baik didiamkan diri. Apa yang Qail
katakan, dia dengar sahaja. Mungkin salah dia, tertengking Qail depan Nadia
tadi.
Qail
duduk di sofa. Dibelek lengannya. Dia boleh nampak darah walaupun sudah
berbalut dengan kain kasa. Mungkin tekanan dari tarikan tangan Miyn tadi.
Miyn
paling. Mata dia turut jatuh pada lengan Qail. Melihatkan itu, matanya berair
tiba-tiba. Dia sendiri tidak tahu puncanya. Takut Qail perasan, dia membawa
diri ke bilik air. Qail yang sakit, kenapa pula dia yang nak menangis?
Cepat-cepat dilap air mata yang mula jatuh. Pepatah ‘cubit paha kanan, paha
kiri turut terasa’ seperti sesuai sahaja dengan situasinya kini.
*****
PAGI
keesokannya, awal lagi Qail sudah menghilangkan diri. Miyn menghela nafas
perlahan. Tidak sempat dia nak memohon maaf semalam, Qail sudah nyenyak tidur.
Penat sangat agaknya melayan kerenahnya. Ketara sangat lelaki itu memang tidak
menyukainya. Apa boleh buat, dia cuma kena bersabar saja.
Ya, sabar. Kalau nak diikutkan hati,
mahu sahaja dia berterus terang pada Uqail akan sebab musabab perkahwinan
mereka. Namun dia bukanlah seorang yang tidak menepati janji. Selagi belum
masanya, dia akan pegang janjinya pada Tok Aki agar perkara itu dirahsiakan
dari pengetahuan Uqail.
Miyn
duduk bersantai di bawah pokok rendang. Matanya merenung laut biru. Plastik di
tangannya dipandang seketika sebelum kembali menikmati udara segar itu. Nanti
dah balik KL, tak dapat dia merasa ni semua. Pasti hari-harinya akan sibuk.
“Ehem…”
“Duduklah,”
Tanpa melihat siapa menegur pun dia boleh tahu. Haruman lelaki itu sudah sebati
dengannya. Sejak awal dia melapor diri sebagai Inspektor Aimina lagi, wangian
itu menyapa deria baunya.
Qail
duduk di sebelah Miyn sambil menghulurkan Magnum.
“Rasuah,”
kata Miyn sepatah.
Qail
geleng. “Nope. Umpan,” Huluran itu
disambut Miyn dengan senang hati. Dia tahu Nur Aimina memang suka aiskrim. “Hm,
I’m sorry. Pasal semalam,” Matanya
menjeling Miyn. Magnum selamat masuk dalam mulut Miyn sekelip mata.
“Saya
yang salah. Tak sedar buat silent mode,
tak dengar awak call,” balas Miyn.
Terasa sedap pula magnum ni.
“So, pergi mana semalam?” Terkeluar juga
soalan yang acap kali bermain di fikiran Qail itu.
“Lepas
bergaduh dengan awak tu, saya pergi spa. Tapi, ada sorang perempuan ni cari
pasal. Dia tuduh saya ambil turn dia.
Padahal, turn dia dah terlepas. Malas
nak gaduh-gaduh, saya ambil angin kat pantai. Tapi…”
Jeda.
“Tapi?”
“Ingat
tak mamat yang kat kolam tu?” Qail angguk. “Dia mintak tolong saya carikan anak
entah sesiapa hilang kat pantai ni. Disebabkan saya ni berjiwa murni, saya
tolonglah. Nasib baik jumpa. Alhamdulillah,” Semoga penjelasan itu mampu
hilangkan amarah Qail.
“Habis
tu, yang buat scene tak matang
semalam tu?”
Miyn
sengih nipis.
“Tak
sengaja. Bangun aje tidur, awak tak ada. Call
pun tak angkat. Saya risaulah. Tetiba turun lobi nampak perempuan tengah sapu
ubat kat lengan awak. Nak belanja makan pulak tu,” jelas Miyn jujur. “Sorry. Tak sengaja tertengking awak
semalam,” Miyn pandang Qail, minta simpati.
Tangan
Qail dibawa ke kepala Miyn, diusap lembut. Dan, tindakan selamba itu berjaya
membuatkan jantung Miyn berdebar. Janganlah Qail perasan riak wajahnya ketika
itu. Dia segan.
“Lain
kali jangan buat lagi. Siasat dulu sebelum bertindak,” nasihat Qail. Miyn mengangguk,
faham.
“Okey.
Meh sini tangan tu,” Ditarik tangan yang mengusap kepalanya. Jemarinya membelek
balutan di lengan berotot milik Qail.
Ternaik
kening Qail.
Miyn
membuka balutan itu. Seriau dia melihat luka sepanjang 3 cm itu. Memang kena
pergi klinik ni. Mahu berparut jika dibiarkan.
“Buat
apa?” tanya Qail. Berkerut dahinya menahan pedih. Ditambah angin pula bagai menyepak
lukanya.
“Tahan
kejap,” Miyn mengeluarkan antiseptic
dari beg plastik di atas ribanya. Sengaja dia singgah farmasi yang terletak di
lobi Aseana Resort, beli first aid kit.
Malas dia mahu meminta dari receptionist.
Dicuci
luka sebelum membalut lengan itu kembali. Berhati-hati dia merawat lengan
suaminya itu. Risau. Namun, Qail langsung tidak berkutik. Diam sahaja.
“Tok
Aki mesti suka kalau tengok ni,” luah Qail tiba-tiba.
“Tengok
apa?”
“Awak
dan saya macam ni,” Miyn gelak kecil.
Tangannya
sibuk menyusun kembali alat-alat di dalam first
aid kit. “Semakin sayanglah dia kat awak. Lepas tu, kena perli. Cakap tak
suka, tapi pujuk jugak bini,” Dijelir lidahnya pada Qail. Dia bangkit.
“Eh,
saya tak pujuk ya. Cuma, nak berdamai,” balas Qail, menegakkan benang yang
sudah basah.
Sudah
terang lagi bersuluh dia sedang memujuk si isteri. Siap belikan magnum lagi.
“Iyalah
tu,” Miyn masih lagi mengusik Qail. Seronok pula dia melihat muka cold Qail itu. Ketul ais lagi lawalah. At least, ketul ais akan cair selepas
terkena panas. Mr. Cold ni pula kemain susah nak mencair walaupun panas
membahang.
Qail
menyaingi langkah Miyn yang sudah berjalan ke depan. Tangan kanan Miyn dicapai
lalu dibawa tangan itu melilit lengan kirinya. Tergelak Miyn dek perbuatan
lelaki itu. Macam-macam.
Katanya
tidak suka. Ceh…
*****
MALAM
itu Qail dan Miyn menjamu selera di gerai makan Nasi Dagang Pak Malau yang
berkonsep kampung dan berlatar belakang sawah padi. Walaupun malam, pemandangan
di situ masih tampak cantik dan tenang. Teringin juga merasa kelainan di pulau
ini yang tiada di tempat lain.
“Abang!”
Nadia menyapa Qail selamba. Wajahnya kelihatan ceria.
Qail
mendongak.
“Oh.
Nadia,” Mata mengerling Miyn yang ralit menilik menu di tangan. “Buat apa kat
sini?” Soalan itu hanya sekadar mahu beramah sahaja. Tiada motif lain.
Nadia
senyum mesra.
“Datang
makanlah, abang. Takkanlah nak basuh baju pula di sini,” gurau Nadia.
Gurauan
itu disambut Qail dengan ketawa kecilnya. Wah, wah… suka benar nampaknya dia.
Miyn
angkat muka.
“Nak
makan sekali ke ni? Tapi, meja ni untuk dua orang aje. Atau kita nak tukar
meja, awak…”
Gulp.
Terasa berpasir pula tekak Qail saat ini. Tajam betul belati Puan Aimina ni.
Mata
Nadia mula menunjukkan sinar. Seakan mahu Qail bersetuju akan cadangan Miyn
itu. Apa salahnya mereka makan bersama? Lagipun dia dan kawan-kawannya yang
sedang memerhati dari meja mereka sangat mengalu-alukan jika mahu berkongsi
meja dengan jejaka itu.
“Eh,
apa pulak. Kat sini dah okey. Maaf, Nadia. Rasanya elok kalau saya tak kacau
awak dan rakan-rakan,” tolak Qail, penuh hemat.
Nadia
ulas senyum nipis.
“Em,
tak apalah. Saya faham. Minta diri dulu,” Dia hampa. Geram pula dia pada gadis
yang bersama Qail itu. Mungkin Qail memang ingin makan bersama mereka.
Rakan-rakannya
turut terasa hampa dengan penolakan Qail itu.
“Kenapa
cakap macam tu tadi?” Qail pantas menyoal setelah Nadia beredar. “Tak baik buat
orang macam tu,” tegur Qail dengan nada bersahaja.
“Saya
tahu.”
“Dah
tahu, kenapa buat juga?”
Miyn
pandang wajah serius Qail. Dia tahu, Qail sedang menahan marah. Dia juga sedar
kata-katanya tadi mungkin sudah menyakitkan hati Nadia. Tetapi, cara
penyampaiannya tidaklah kasar. Manalah dia tahu Qail akan menolak ajakan Nadia
itu.
“Lah,
betullah apa yang saya cakap. Ini meja untuk dua orang aje. Kalau betul nak
makan sama, kita pindah meja. Kat mananya yang tak kena?” bahas Miyn, cuba
pertahankan pendapatnya.
Terdiam
Qail dibuatnya. Baginya Miyn tidak sudi untuk bercampur dengan Nadia dan
rakan-rakannya. Terfikir dia sejenak. Diakah yang tidak mahu? Atau mungkin dia
yang mahu berdua dengan Aimina?
“Biarlah.
Tak salah kot saya nak makan dengan awak aje,” Terkebil-kebil Miyn dibuatnya.
Amboi, pandai dia cover. Tadi bukan
main lagi menyalahkan dia.
“Hm,
lain kali cakap biaq teghang nah. Biaq saya paham,” Qail tergelak. Jarang
sekali dia mendengar Miyn menggunakan loghat utaranya itu.
Hanya
bersama abah sahaja loghat utaranya itu keluar.
“Baiklah,”
jawab Qail bersama tawa yang masih bersisa. Miyn jeling suaminya itu, entah apa
yang lawak pun dia malas nak melayan.
Tetapi…
Mr Cold ketawa? Hm, aneh.
Nadia
dan rakan-rakannya menoleh ke arah jejaka yang telah menyelamatkan mereka itu.
Terusik pula dengan tawa lelaki itu. Terutamanya Nadialah. Dia yang beriya mahu
mendekati Qail. Alihnya, awal lagi Qail menolak kehadirannya. Huh!
P/S: Assalamualaikum. Lama tak jengah blog, lama tak update cerpen. So, malam ni terasa nak up mini novel Legasi which is tamat di blog. Lebih kurang macam Pearl, Legasi pun dipecahkan ikut episod. Setakat ni, plan asal Legasi ada 10 episod sama macam Pearl. Tapi, kalau ada tambahan episod tu tak pastilah.
So... enjoy Legasi episod 2.
Selamat berpuasa!
No comments:
Post a Comment