MATA diliarkan ke segenap bilik. Kali pertama menjejakkan kaki ke banglo ini semalam, dia tidak sempat untuk menilik susun atur mahupun keadaan bilik ini. Sibuk sangat dengan majlis perkahwinan sehinggakan tiada masa untuk berehat. Raja sehari nama pun, pastilah sibuk seharian. Iya dok.
‘Nice. Not
bad. But, it kinda…’ Huh.
“Dah puas pandang?” Suara yang datang dari pintu
bilik air menyentak lamunan Miyn. “Kalau tak puas lagi, boleh jugak nak tour satu banglo ni,” Miyn ketap bibir.
Tak pasal saja dia kena perli.
“Hm, idea yang bagus tu,” balas Miyn malas. Dia
bergerak ke pintu gelongsor, lalu ditolak sedikit. Angin sepoi-sepoi bahasa
menyapa muka. Sejuk.
Qail masih berdiri di pintu bilik air. Tadi bukan
main lama lagi dia mengelamun dalam bilik air, hampir sejam jugalah. Permainan
syaitan, mahu dia berlama di tempat tinggal si penghasut itu. Namun, fikirannya
masih sedang mencerakin hal yang sama. Belum puas.
Agaknya, selagi mereka tidak berbincang, hal yang
menyerabutkan kepalanya itu tidak akan selesai. Dia perlu juga bersuara. Takkan
selamanya dia perlu terima semua permintaan tak masuk akal ahli keluarganya.
Punyalah dia berhijrah jauh ke luar negara dulu, namun masih terikat pada
perjanjian yang sama.
Penat saja dia berjauhan dengan keluarganya. Padahal
dia tahu, sifat amanah Tok Aki itu tidak mampu dia lawan dengan memprotes
keinginan dan hajat Tok Aki mahu bercucu menantukan Nur Aimina. Dia sendiri
tidak tahu, kenapa sampai begitu sekali dia mahu menolak permintaan atuknya
itu.
Dan, gadis itu juga seperti menerima semuanya.
Tiada bantahan. Langsung.
“Kenapa terima permintaan Tok Aki?”
Miyn menoleh ke belakang seketika sebelum kembali
menengadah langit yang hitam kelam itu dek bumi sedang ditimpa hujan. Tiada
bulan, tiada bintang.
“Kalaulah ada alasan untuk menolak…” Qail kerut
dahi. Apa maksud Miyn? Tiada alasan untuk menolak? Sedangkan dia, boleh saja
siapkan beratus beribu alasan untuk menolak permintaan Tok Aki itu.
“Tipu,” kata Qail sepatah. Tidak berpuas hati
dengan jawapan yang diterimanya.
“Terserah,” Miyn juga begitu. Buat masa ini, dia
langsung tiada mood untuk menjelaskan
kedudukan sebenar. Seperti Qail, fikirannya juga turut serabut.
Qail menghempaskan tubuh kekarnya ke katil. Tuala
yang digunakan untuk mengelap rambut masih ditangan. Miyn seperti merahsiakan
sesuatu. Tetapi, apa?
*****
QAIL dan Miyn beriringan ke ruang makan. Kelihatan sanak
saudara sedang riuh berbual. Ruang makan yang luas dan memuatkan dua buah meja
makan memang mampu untuk menampung kaum kerabat Qail yang agak ramai itu.
“Duduk, Qail, Miyn,” Tok Aki bersuara. Matanya
melirik perlahan agar kedua-duanya duduk semeja dengannya. Mungkin ada perkara
yang mahu dibicarakan.
Serentak Qail dan Miyn duduk di dua buah kerusi
yang masih kosong, bersebelahan Tok Aki.
“Miyn, tuangkan air kopi untuk Qail. Dia tak
minum air milo,” suruh Mama Chik, mama Qail. Miyn mengikut perintah ibu
mertuanya itu, dituangkan air kopi ke dalam cawan dan dihulurkan pada Qail. Bab
Qail tak minum air milo, memang dia tahu. Tapi, kalau dah masuk bab lain… dia
mengalah.
“Dah buat keputusan nak bulan madu di mana?” soal
Tok Aki. “Bukannya Tok Aki tak tahu kamu berdua ni, sibuk memanjang. Cuti lama
ni, pergilah berbulan madu. Newlywed
kan,” sambung Tok Aki.
“Newlywed?”
“Kenapa, Miyn?” tanya Mama Chik. Pelik pula
telinganya mendengar Miyn seakan mempersoalkan tentang ‘newlywed’. Betullah kata Tok Aki itu. Qail dan Miyn kan sememangnya
baru sahaja berkahwin, pengantin baru.
Miyn sengih. “Terasa janggal aje, ma. Lupa Miyn
dah kahwin,” jelas Miyn sambil matanya memandang Tok Aki.
Tok Aki ketawa. Bukan setakat Tok Aki, ruang
makan itu sendiri gamat dengan gelak tawa kaum kerabat Tok Aki. Qail? Hmmm,
senyum nipis pun cukuplah.
“Ada-ada sajalah kamu ni, Miyn. Nanti jangan buat
perangai, lupa yang Qail ni suami kamu pulak,” balas Tok Aki dengan ketawa yang
masih bersisa.
Miyn hembuskan nafas perlahan. Saat itu, Qail
terperasan akan tindakan itu ketika mahu mengambil kuih yang berada di hadapan
Mama Chik.
“Kenapa?” bisik Qail ditelinga Miyn.
Bulat mata Miyn dek terkejut. Qail ni memang la. “Berjaya
alihkan perhatian Tok Aki pasal honeymoon,”
jawab Miyn, juga berbisik.
Erk. Qail gelengkan kepala perlahan. Selagi
mereka di sini, topik itu tak akan terhenti punyalah. Kenal sangat dengan keluarga
dia ni.
“Hah, Qail. Kenapa diam aje? Selalunya, riuh
suara kamu menyakat orang dalam rumah ni,” Pakngah Ran pula yang bersuara.
Hampir saja Qail tersedak.
“Lapar sangatlah, pakngah. Nak sakat, kena ada
tenaga. Kan?” Keluar juga suara garau Qail.
“Hmmm, betullah tu. Tapi, nak pergi honeymoon pun kena ada tenaga jugak,” Terbalik.
Pakngah Ran pula yang menyakat.
Terus membeku Qail dan Miyn dibuatnya. Isk. Masih
di tajuk bulan madu rupanya. “Hah, betul jugak tu,” Perlahan sahaja Qail
membalas. Pandai betul Pakngah Ran putar belit ayat dia. Heh.
“Miyn?”
“Apa pulak Miyn. Ada soalan untuk Miyn eh?” Miyn
angkat kening. Sakan ya kenakan mereka suami isteri tadi. Pakngah Ran kecilkan
matanya.
“Eh, tengok tu. Eloklah kamu suami isteri.
Sama-sama nakal. Elok sangat,” kata Makngah Nee sambil tangan menampar lembut
bahu Mama Chik.
Mama Chik angguk. Setuju.
Qail dan Miyn hanya mengulas senyum. Masing-masing
lebih tahu keadaan rumahtangga mereka bagaimana. Memanglah nampak seperti
suka-sama-suka, tetapi hakikat sebenar hanya beberapa orang yang berada di meja
itu sahaja yang tahu. Tok Aki tersenyum menang. Hajatnya untuk bercucu
menantukan Miyn menjadi kenyataan. Kiranya kalau dia dijemput Ilahi, tiada lagi
kekesalan yang dia tinggalkan di dunia.
*****
TUBUH dihempas ke katil. Sesekali mata dikerling ke
kanan. Terbit keluhan kecil. Mata merenung ke syiling sambil digawangkan kedua
belah tangannya. Inai di bahagian kulit semakin pudar, tersenyum dia melihat
jemarinya. Puas disental jari jemari dengan sabun supaya warna inai yang merah
menyala itu hilang.
Gara-gara
tindakan pantas Tok Aki, tercampak dia dan Qail di bumi Langkawi ini. Dan,
bukannya Tok Aki tidak tahu yang mereka langsung tiada niat mahupun terfikir
untuk berbulan madu. Ish, tak kuasalah dia jika… Uqail yang jadi teman bulan
madunya. Tengok sajalah si suami yang sibuk itu.
“Kenapa terbaring aje kat situ?”
Miyn bingkas duduk.
“Bosan.”
Mata menjeling si suami. Selepas subuh tadi,
lelaki itu asyik dengan laptopnya. Entah
apa yang dilakukan Qail pun dia tidak tahu. Takkanlah sedang bercuti pun masih
bekerja. Hilang sudah mood dia nak berhoneymoon. Baik tak payah ikut cadangan
Tok Aki untuk pergi bulan madu kalau dia cuma di dalam bilik sahaja sepanjang
bercuti.
“Saya tak halang awak keluar pun. Pilihan awak
yang nak memerap dalam bilik ni, kan,” tutur Qail sambil jemarinya laju di keyboard.
Dek kata-kata Qail itu, Miyn merenung tajam ke
arah suaminya.
“Awak, saya ni perempuan tau. Kalau ada orang nak
apa-apakan saya ke, macam mana? Awak nak tanggung?”
Qail toleh. Muka dia langsung tidak beriak.
“Saya tak nampak apa yang bahayanya pun.
Melainkan awak cuma perempuan biasa yang tak ada black belt, baiklah saya akan teman. Tapi, awak bukan setakat ada black belt tau,” balas Qail.
Pandangannya kembali pada kerjanya.
“Hish… baik tak payah datang sini kalau macam
tu,” rungut Miyn perlahan. Dia kembali tertiarap di atas tilam. Badannya
diselebungkan selimut. Tidur lagi bagus.
Tak romantik langsung suami dia ni. Orang lain
datang honeymoon, bersweet-sweet dengan pasangan. Dia? Huish,
tak payah mimpi. Dan, dia pun langsung tiada angan-angan untuk melihat sweet-side Uqail itu.
Sebab suami dia ini, tahap icy tu mengalahkan Gunung Everest. Muka saja hensem, yang lainnya
hmmm… bolehlah.
“Miyn,” panggil Qail. Terasa bersalah pula
membiarkan Miyn begitu. “Miyn,” Panggil dia sekali lagi, agak kuat sedikit.
Masih tiada respon.
Qail menggaru kepalanya. Takkan merajuk kot. Miyn
merajuk? Macam tak kena saja. Sepanjang dia kenal isterinya itu, tak pernah
lagi dia nampak Miyn merajuk. Kalau merajuk main-main, adalah.
“Miyn…” Cubaan yang kali ketiga, meleret sedikit.
Juga tiada respon. Qail bangun lalu berjalan ke
katil. Dia duduk di birai katil. “Saya tak halang awak nak keluar. Saya tahu
awak pandai jaga diri. Walaupun kita bercuti, ada kerja yang saya kena
uruskan,” ujar Qail, seperti memujuk.
Miyn masih begitu. Qail mengeluh.
“Awak tahu kan status kita ni macam mana. Saya
tak nak awak expect saya akan layan
awak sebagaimana suami lain layan isteri mereka. Saya dan awak berkahwin bukan
atas kerelaan kita. Ya, mungkin kisah kita ni cliché. Tapi, inilah hakikat yang
kita kena terima. Awak buatlah apa yang awak nak buat, saya izinkan,” sambung
Qail lagi.
Dikerling isterinya di sebelah. Miyn menarik
selimut dan duduk bersila. Dipandang Qail sekilas.
“I don’t
need your explanation. Saya cuma nak awak tinggalkan kerja awak sekejap dan
ikut saya. I mean, teman saya. Itu
aje. Saya tak rasa itu susah,” Miyn masih cuba memujuk Qail untuk menemaninya bersiar-siar.
“Miyn, part
mana yang awak tak faham? Berkali-kali saya jelas…”
“No! You…
listen to me,” potong Miyn. Qail menjegilkan matanya. Belum pernah gadis
itu membangkangnya. “Chief Inspector Uqail, kita bukan kat tempat kerja tau. Kita
sedang bercuti. Kot iya pun obses sangat dengan kerja awak tu, tunggulah cuti
awak habis,” tegas Miyn.
Dia bangkit meninggalkan katil. “Saya keluar. Bukan
sebagai Inspektor Miyn, tapi Aimina,” Selendang di dalam almari dicapai,
dililit simple. Kemudian di bawa
langkah ke pintu bilik lalu keluar meninggalkan Qail yang terpinga-pinga.
“Miyn!” Panggilan Qail tidak diendahkan.
Tumbukan kuat dilepaskan ke tilam empuk bilik
hotel mereka menginap. Entah kenapa, susah sangat untuk Miyn memahaminya. Degil.
Selama ni dia hanya bertemu Miyn di tempat kerja sahaja. Dan, perangai Miyn
sepanjang mereka diijab kabul ini tersangatlah baru baginya. Segala sikap yang
ditunjukkan oleh isterinya itu adakalanya susah untuk dia hadam.
Iyalah. Di tempat kerja, dia sebagai ketua Miyn.
Manalah pernah dia mengambil tahu hal peribadi orang bawahannya. Dia pasti Miyn
juga sepertinya, masih cuba mengenal sikap dan habit masing-masing. Tambahan pula, Miyn yang dikenalinya di tempat
kerja tidaklah sedegil ini. Setiap perintahnya, dituruti tanpa bantahan.
*****
KAKI menapak perlahan menuju ke kolam renang di
Aseana Resort itu. Fikirnya tadi, dia mahu ke spa namun tiada mood pula. Nanti-nanti sahajalah dia ke
situ. Memandangkan tidak ramai pelancong di resort ini, dia mengambil peluang
itu berehat di kerusi malas yang terletak berhampiran kolam renang itu.
Miyn mula mengelamun. Rindu pula pada arwah
uminya. Pasti umilah orang yang paling bahagia saat ini. Sejak kecil lagi,
uminya itu suka sangat membayangkan anak tunggalnya berkahwin. Namun, umur umi
tak panjang bila dia disahkan menghidap kanser hati. Kini, dia sudahpun selamat
menjadi isteri orang. Cuma abah yang ada di sisinya saat itu, menggantikan
arwah umi.
“Jauh mengelamun,” tegur seseorang. Tersentak
juga Miyn dibuatnya, terkejut dengan teguran itu.
Sedap-sedap dia sedang melayan perasaan, entah
malaun mana yang cuba kacau. Yang pasti, bukan Qail. Suara Qail lain, tak macam
orang yang menegur dia ni.
Diangkat kepala.
Seorang lelaki yang agak kacak, berambut lurus
paras bahu. Senyum macam tertumpah gula selori, manis. Mata ala-ala orang tak
tidur setahun. Hm, apa lagi? Sempat Aimina menilik wajah penegurnya itu. Tak
sedar yang dia itu isteri orang.
“Ehem. Jauh sangat dah awak mengelamun ni,” kata
seseorang itu lagi.
Miyn membetulkan duduknya.
“Iya. Ada apa yang boleh saya bantu?” Sarkastik
sangat.
“Ada. Boleh saya duduk sini?”
“Tempat tu bukan saya punya,” balas Miyn sambil
matanya ditala ke hadapan, menghadap pokok-pokok kelapa juga laut.
Lelaki itu tergelak kecil. Entah apa yang lawak
pun Miyn tidak tahu. Dia tengah sibuk fikir macam mana hendak mengundurkan diri
saja ni. Malas berlama di sini, berdua pula entah dengan sesiapa pun dia tidak
kenal. Buatnya Qail nampak mereka, timbul fitnah pula nanti. Malaslah dia nak
bergaduh dengan Chief Inspector Uqail tu. Sudahlah suami dia yang satu itu tak
datang pujuk dia pun. Lelaki entah-sesiapa ni pula sibuk dok pandang-pandang
dia.
“Seorang aje ke?” Lelaki itu sekadar
berbasa-basi. Bukannya dia tidak nampak yang Miyn hanya seorang diri di situ.
“Buta ke?” sela Miyn selamba.
“Amboi, cantiknya bahasa. Saya tanya cik
elok-elok ni,” Hilang sudah senyuman di bibir lelaki itu.
“Sebab encik tanya soalan yang dah tentu-tentu
ada jawapannya. Saya tak perlu jawab pun rasanya,” tukas Miyn. Rimas pula dia.
“Sombongnya,” kata lelaki itu. Masih tidak
berputus asa.
Diam. Tiada lagi balasan. Itu tandanya Miyn sudah
malas melayan. Biarlah lelaki mahu memerlinya atau apa-apalah. Lebih baik dia
beredar dari sini. Ke spa mungkin.
“Dia dengan saya,” Mendengarkan suara itu, Miyn
pantas menoleh ke kirinya. Yes! Superman dia dah sampai. Terasa nak
meloncat pula.
Lelaki itu bingkas berdiri.
“Maaf. Saya ingat cik ni seorang sebab saya tanya
tadi dia tak jawab,” Ayat lepaskan diri nampak.
Miyn sengih sungging.
“Sekarang dah terjawab, kan? Jadi, bolehlah
tinggalkan kami berdua,” Qail masih bertutur sopan. Tak kuasa dia mahu mencari
gaduh dengan lelaki yang tidak dikenalinya itu.
“Ba… baiklah. Maaf sekali lagi,” Sepantasnya dia
melangkah meninggalkan pasangan itu. Tadi bukan main berani lagi dia mengacau
Aimina. Tiba-tiba menikus pula.
Qail duduk di kerusi di sebelah Miyn, nafas
dihela. Andai dia tidak tergerak untuk mencari Miyn tadi, entah apalah yang
lelaki itu lakukan pada isterinya itu. Memang dia yakin Miyn boleh handle tapi apabila memikirkan kata-kata
Miyn tadi, dia jadi risau. Buatnya Miyn betul-betul keluar-tanpa-black-beltnya
tadi macam mana?
“Kenapa datang sini pulak? Dah habis ke
kerja-kerja awak tu?” tembak Miyn sambil berdiri. Terasa canggung pula dia mahu
menghadap suami-super-busy dia itu.
Tangan kanan Qail menarik tangan kiri Miyn ketika
isterinya itu mahu membuka langkah. Menahan dari kaki itu melangkah pergi
darinya.
“Miyn…”
“Apa?”
“Okey. Saya minta maaf,” ucap Qail perlahan.
Namun, masih mampu didengari oleh Miyn. “Tuan Afnan minta saya siapkan laporan
pasal kes rompak hari tu. Urgent.
Takkanlah saya nak menolak pulak,” jelas Qail.
Miyn mematikan bebola matanya, direnung Qail yang
bersungguh meminta maaf.
“Bukannya Tuan Afnan tu tak tahu yang awak tu
tengah bercuti. Dah kenapa pulak awak yang kena siapkan laporan tu? Bukannya
tak ada orang lain boleh buat,” Dilempiaskan geram pada suaminya itu.
Qail angkat bahu.
“Tapi… boleh pulak awak cipta sejuta alasan untuk
menolak permintaan Tok Aki, kan? Ish, tak fahamlah saya,” Ditarik tangannya
kuat. Tanpa berlengah dia membawa langkah meninggalkan Qail di situ.
Biar.
Dia bukanlah nak marahkan Qail sangat pun. Cuma,
emosinya terbawa-bawa pula apabila lelaki itu memberitahu arahan Tuan Afnan
yang dianggapnya tidak professional. Masakan orang bawahannya sedang berbulan
madu diarahnya untuk menyiapkan laporan. Kes rompakan itu pun bukanlah kes
besar sampai Qail sendiri kena uruskan.
Huh!
Qail yang masih berdiri di situ hanya memandang
sahaja susuk tubuh isterinya hilang dari pandangan. Bala. Tiba-tiba sahaja
akalnya membezakan Miyn, orang bawahannya dan Miyn, isterinya. Seperti dua
orang yang berbeza walaupun hakikatnya mereka adalah orang yang sama.
Inspector Aimina, seorang yang sangat ceria.
Teliti. Mudah untuk difahami dan mudah dibawa berbincang. Dia bukan seorang
yang mengambil tahu hal yang remeh temeh melainkan hal itu berkait rapatnya.
Tahap pemikiran juga matang dan kadang-kadang membuatkan Qail yakin dan percaya
untuk bekerja bersama.
Mrs Uqail?
Degil. Degil. Degil. Hanya itu sahajalah yang
mampu Qail simpulkan setakat ini.
Digelengkan kepala perlahan sebelum berlalu
meninggalkan kolam renang yang kosong itu. Mungkin masih awal, pengunjung juga
bersiar di tempat lain.
Kala itu, ada mata yang sedang melihat
tingkahlaku mereka, Qail dan Miyn. Tersembunyi senyuman nakal disebalik mata
yang bersinar itu. Dan terselit berjuta perancangan di dalam kepala. Diselak
rambut yang menutup sebelah matanya ke belakang. Berbulan madu? Senyum sinis
kini terlakar di bibir.
Yoooo pearl jr ke nii? Lame tak muncul. Keep it up girl. Rindu nk bace ur story.
ReplyDeleteLama menyepi....good intro girl....
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete