Monday, 28 September 2015

Cerpen : Sebuah Jawapan




"Boleh aku nak tanya satu benda?" Ayumi toleh ke kiri. Melihat si sahabat sedang elok tersengih sambil memandang dia.

"Boleh. Apa dia?"

"Bila nak sambung menulis? I mean, update blog kau yang dah bersawang tu. Tak rindu?"

Ayumi senyum simpul. Mata tertala pada manusia yang lalu lalang di sekitar kafe. Masing-masing dengan hal sendiri. Mana nak cari tempat makan, mana nak cari kawan masing-masing. Riuh.

"Rindu. Gila tak rindu. Benda paling aku suka buat tu. Cuma..."

"Cuma?" Dila menyoal.

"Rasa macam skill dah hilang. Idea dah kontang. Mood pun main sembunyi-sembunyi. Tambah pulak, lappy aku rosak. Semua cerpen-novel aku kat dalam tu. Lagilah aku blur. Nak sambung macam mana, cerita ni stop kat mana. Aku lost. Give me a time, okay?" Jelas Ayumi. Bersungguh.

Memang dari zaman sekolah, minat dia pada bidang penulisan. Cuma, lebih aktif sejak tahun 2012 atau 2013. Tetapi, sejak dia mula sambung pelajaran... dia tak mampu nak stablekan lagi masa untuk menulis.

"Habis tu, kau tak ada perancangan lain?"

"Ada. Tapi, rahsia..." Ayumi ketawa.

Dila cubit lengan Ayumi. Geram.

"Tengoklah macam mana nanti. Biar aku stabilkan masa study aku dulu. Kau bukan tak tahu, aku fail sikit bab nak bahagi masa ni. Nanti semuanya ke laut."

"Okey, faham. Tak apalah. Rehatlah dulu. Take your time, dear, Apa-apa pun, aku tetap support kau. Fighting!" balas Dila penuh bersemangat.

Ayumi juih bibir. Kemudian, mereka ketawa kecil.

Tuesday, 20 January 2015

e-novel : Bukan Cinta Palsu 13


Bunyi keletung keletang dari dapur membawa Nur Dini ke situ. Bau masakan yang menyentak selera paginya membuatkan dia ingin tahu siapa gerangan tukang masak. Mustahil Amar. Lelaki itu tahu masak ke? Heh.

Tiba sahaja di pintu dapur, Nur Dini tergamam.

“Hah, Dini. Buat apa tercegat kat situ? Meh sini,” Nur Dini senyum nipis. Kakinya melangkah juga mendekati tukang masak di dapur.

“Mummy masak apa? Wangi sangat, terliur Dini dibuatnya,” Puan Sri Syifa senyum manis.

Tenang sungguh dia pagi ini. Bertambah senang hatinya melihat wajah manis Nur Dini. Mujurlah dia tersedar lebih awal. Jika tidak, rugilah kerana tidak mengendahkan menantu sebaik Nur Dini. Cuma, Tan Sri Ridhuan sahaja yang masih berdegil. Mahukan seorang anak ahli perniagaan. Huh.

“Ni hah, nasi goreng kampung. Amar suka makan makanan kampung kalau Dini nak tahu,” beritahu Puan Sri Syifa sambil memasukkan nasi goreng kampung hasil tangannya julung-julung kali ke dalam mangkuk besar.

“Meh, Dini tolong,” Nur Dini mengambil mangkuk itu lalu dibawa ke meja makan.

Puan Sri Syifa pantas membancuh air milo pula. Hari ini, dia mahu anak dan menantunya merasa air tangannya. Biarlah sedikit pun, asalkan niat murni dia untuk mengeratkan hubungan yang renggang dilaksanakan.

Amar yang baru turun, tercegat di anak tangga paling bawah. Ketika itu, mummynya dan Nur Dini sedang bergelak ketawa sambil menghidang juadah sarapan.

“Hah, Amar. Jom kita sarapan sama. Kelas lambat lagi kan?” Teragak-agak Amar mahu ke meja makan.

Ditampar pipi. Sakit? Jadi, dia tidak bermimpi.

Nur Dini berpura-pura sibuk mencedok nasi ke dalam pinggan. Perang dingin mereka masih berjalan. Tetapi, tidak mahu Puan Sri Syifa perasan… terpaksalah dia berwajah manis.

“Kenapa mummy yang masak?”

“Eh, mana tahu mummy yang masak?” soal Puan Sri Syifa kembali. Senyumannya semakin mekar.

Amar garu kepala.

“Just guessing. But, sorry. I’m gonna be late,” balas Amar. Serba salah.

Tekaknya sudah lama mahu menjamah masakan mummynya. Tetapi, dia sudah berjanji dengan seseorang.

“Kiranya tak sempatlah nak sarapan ni? Tak apalah. Hari lain ada lagi. Eh, Dini pergi kelas dengan siapa pulak?”

“Dini ambil MC, mummy,” sampuk Nur Dini. Dia melabuhkan punggung di sebelah ibu mertuanya.

“Oh, okey. Amar pergilah. Lambat pula nanti. Hati-hati,” Amar angguk. Lantas berlalu ke garaj.

Puan Sri Syifa pandang Nur Dini pelik.

“Kenapa, mummy?”

“Tak hantar Amar?” Terangkat kening Puan Sri Syifa ketika menyoal menantunya itu. Iyalah, takkanlah pasangan saling suka sama suka tidak berkelakuan mesra.

“Sebelum turun tadi, dah salam,” bohong Nur Dini. Malas dipanjangkan isu.

Biarlah pergaduhan mereka semalam menjadi rahsia. Rahsia rumah tangga. Tsk.

“Betul ni?” Nur Dini angguk laju. “Iyalah. Makan. Mummy tak pastilah sedap atau tidak. Lama sangat tak bertukang di dapur. Tumpul dah skill zaman muda-muda dulu,” sambung Puan Sri Syifa.

“Tengok pun dah sedap, bau pun sedap. Apatah rasanya, confirm sedaplah. Seriously, mummy. Now you act like a lady who has children. I mean, a truly mummy,” Penuh ikhlas Nur Dini berkata.

Sungguh, dia bangga. Dia bangga punya ibu mertua yang sanggup merendah diri untuk berubah demi keluarga. Bukan dia yang mengubah Puan Sri Syifa, tetapi Allah. Dan  juga atas diri Puan Sri Syifa sendiri. Doanya agar mummy Amar, suaminya akan istiqamah dalam perubahan ini. Insha Allah.

“Thank you, darling. You who bring me this. I owed you, dear,” Bahu Nur Dini dipeluk mesra.

“No…” Nur Dini geleng. “… Allah did, mummy. He who changed you,” balas Nur Dini dengan senyuman paling manis diukir.

“Ya. Allah. Alhamdulillah,” ucap Puan Sri Syifa tulus. Syukur.

Kini, hanya Tan Sri Ridhuan yang perlu diberikan kesedaran. Dia mahukan suaminya kembali. Suami yang di awal perkenalan, seorang yang rendah diri. Tidak memandang hina golongan fakir. Tidak sombong. Dia rindukan suaminya yang begitu. Sungguh.

*****

Petang itu, Nur Dini menemani Puan Sri Syifa di halaman rumah. Kebetulan Opah Yam juga sudah kembali dari kampung. Sengaja mereka meluangkan masa bersama.

“Mak lega kamu dah berubah, Epa. Syukur… Alhamdulillah. Termakbul doa mak nak tengok kamu bersantai dengan mak macam sekarang ni,” ujar Opah Yam.

Senyuman manis meniti di bibir tuanya.

“Alhamdulillah, mak. Anak mak tu…”

“Entah bila nak berubah? Epa pun doalah suami Epa tu kembali macam dulu. Takut mak kalau dia menyimpang lebih jauh. Jenuh kita nak memjawab di ‘sana’ nanti. Mengapa tak menyedarkan Wan? Biarkan dia tersesat,” potong Opah Yam.

Nur Dini hanya mendengar perbualan mummy dan opah Amar sahaja. Malas mahu menyampuk. Fikirannya masih melayang pada pergaduhan dia dan Amar. Itu satu-satunya masalah dia sekarang ini.

*****

Segalanya serba tak kena. Duduk di meja belajar, dengan niat mahu mengulang kaji. Anehnya, mood untuk belajar tiada. Kosong. Berbaring pula di katil, masih kosong.

Inilah agaknya perasaan apabila melawan cakap suami. Mencari pasal dengan suami. Hadoi la. Kusut fikiran dia ni. Jam di meja sisi dipandang seketika. Sudah pukul sepuluh tiga puluh lima minit malam. Masih juga tidak nampak bayang Amar. Ke mana agaknya lelaki itu pergi?

Runsing.

Nur Dini bingkas duduk bersandar di kepala katil. Kaki yang terlunjur, bersila. Novel inggeris di meja sisi dicapai. Helaian demi helaian diselak. Mencari mood melayan novel. Satu-satunya cara mahu menghilangkan fokus dia pada Amar. Buat seketika.

“Tak boleh…” Novel dilemparkan ke tilam. Sipi lagi nak jatuh ke lantai. Bantal yang selalu digunakan Amar diambil. Ditekap ke mukanya. “Arghhh!!!”

Kedengaran gugusan kunci jatuh ke lantai.

Nur Dini alihkan bantal dek terkesan dengan bunyi bising itu. Matanya tertancap pada makhluk di muka pintu bilik.

Amar sedang menunduk. Mengambil kunci kereta dan kunci rumah yang terjatuh. Mungkin terkejut dengan jeritan Nur Dini sebentar tadi.

“Histeria ke apa? Agak-agakla nak jerit pun,” marah Amar. Nur Dini cebik. Malas dia mahu membalas kata-kata Amar. Merajuk.

Nak menangis pun ada. Bukannya Amar nak tanya, kenapa dia ambil MC hari ni. Sabar, Dini.

Ketukan di pintu mengalihkan perhatian keduanya yang sudah ada bayang-bayang hendak bergaduh. Amar pantas membuka pintu.

“Baru balik, Amar? Dari mana?” soal Opah Yam sebaik pintu bilik Amar dan Nur Dini terbuka.

Tuala di penyidai, Amar capai. Jam dipergelangan tangan, dibuka lalu diletakkan di atas meja solek. “Study group, opah,” jawab Amar, acuh tak acuh.

“Iyalah tu. Dini, sini kejap. Malam ni tidur dengan opah ya,” Tercengang Nur Dini dibuatnya.

Tiba-tiba sahaja Opah Yam ni. Takkanlah opah dengar aku jerit tadi, bisik hati Nur Dini.

“Dah kenapa pulak Dini kena tidur kat bilik opah?” tanya Amar. Pelik juga dia.

Poyolah kau, Amar. Yang kau marah-marah si Dini tak tentu pasal, boleh pula kau tanya kenapa. Sepatutnya seronoklah sebab tak perlu berduaan dalam bilik dengan bini kau tu. Bukan itu ke yang kau nak? Sampai sengaja balik lambat, tunggu Dini tidur dulu. Heh!

Hati Amar berbicara sendiri.

“Opah pinjam bini kamu kejap,” jawab Opah Yam selamba.


Nur Dini kerut dahi. Ish, tak fahamlah dia. Lambat-lambat Nur Dini turun dari katil. Takut pula dia mahu mengikut Opah Yam. Sesuatu betul.

to be continued...

Monday, 1 December 2014

Coretan Si Bayang Bayang

Assalamualaikum... Hye!


Pertama. Maaf sebab lama tak hapdet. Dah macam malas kan CIA nak hapdet lelaju sekarang ni. Agakla. Eheh. No wifi. No idea. No mood. Etc. Semuanya tercampak ke tasik. Grrr

Kedua. Entah bilalah nak active balik. Serius, no answer. Help me, pleaseeeee. >_<

Ketiga. CIA dalam mood... FINAL EXAM! Ini tepat bedilan. Padu menusuk ke hati. Study time tapi masih boleh online. Sebentar cuma kok. Hehe.

Itu sahaja nak bagitau. :D.




Doakan CIA. Semoga dipermudahkan urusan. In Shaa Allah. Amin. :)





'Selepas dah usaha, tawakal. Tapi, jangan tawakal tanpa usaha.'

Friday, 12 September 2014

Cerpen : Nadeem Ayuna Siri 4

Assalamualaikum... Hye!

CIA muncul balik dah hah. Hehe. Nadeem Ayuna, macam biasalah. Pendek ja kisahnya. :D. SELAMAT MEMBACA! :D


‘Keluar dan perhatikan alam sekeliling. Perhatikanlah kebun-kebun yang indah dan telitilah makhluk Allah dan keindahan ciptaan Yang Maha Pencipta’ – Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni.
“Seronok kan sesekali berjogging kat sini,” kata Ayuna.
Nadeem senyum.
“Ha’ah…” Perlahan sahaja nada lelaki itu. Matanya ralit merenung ke tasik. Indah, sungguh cantik. Subhanallah.
Matahari yang memerah menandakan malam mahu melabuhkan tirai.
“Kenapa? Awak fikir apa?” tanya Ayuna sambil melabuhkan punggung di batu besar yang terletak di tepi tasik.
Nadeem pula bersandar di batu bersebelahan, memeluk tubuh.
Sekadar melepaskan lelah setelah penat berjogging di sekitar taman. Hari cuti sebeginilah mahu menghabiskan masa bersama Ayuna. Hari lain, kelas dan aktiviti persatuan memenuhi jadual. Sebelah malam sahaja boleh berbual panjang. Itu pun jika masing-masing tidak keletihan.
“Terfikir. Patut ke saya menyewa dekat luar?” Terangkat kening Ayuna.
“Duduk luar? Kenapa?”
“Anony tu tak lama lagi nak datang sini. Kekoklah. Lainlah kalau dia tu lelaki. Hish, tak biasalah,” rungut Nadeem.
Ayuna mengeluh perlahan.
Sebenarnya, dia juga terfikirkan hal yang sama. Risau juga dia mahu meninggalkan Nadeem. Eheh.
“Walid dengan umi benarkan ke awak nak duduk luar?” Nadeem jongket bahu.
“Tak bincang lagi pun. Cuma terfikir aje masa tengah jogging tadi,” Cermin mata yang melurut, ditolak perlahan.
“Atau…” Ayuna pandang Nadeem di sebelah. “… awak nak stay dengan saya aje. Kat rumah abah. Nak?” Kening diangkat berulang kali.
Bernas tak kita punya idea. Heh.
Nadeem membalas pandangan Ayuna, kening berkerut nipis.
“Sounds good…”
Ayuna senyum senget. Nadeem seperti menyokong cadangannya.
Nadeem turunkan telapak tangannya ke kepala Ayuna.
“Tapi, tak bolehlah. Susah nak keluar jumpa kawan-kawan usrah,” Erk. Mati terus senyuman Ayuna.
Ditolak tangan Nadeem dari kepalanya. Dia melangkah meninggalkan Nadeem yang terpinga di belakang.
Nadeem menggaru kepalanya. Dia buat salah apa pula ni? Berlari anak dia mengejar langkah Ayuna yang semakin jauh.


Novel DIA… Cinta Yang Kucari karya Rehan Makhtar yang terletak elok di atas meja belajar dicapai Ayuna. Dia bingkas naik ke katil dan bersandar di kepala katil. Sejak dibeli di pesta buku dua hari lepas, novel itu masih belum terusik. Baru kini dia berpeluang untuk membacanya.
“Merajuk ke?” Ayuna angkat wajah.
Belum sempat membaca sinopsis novel, Nadeem seperti mahu berbual dengannya pula. Ayuna diam.
Nadeem duduk di kerusi meja belajar.
“Perlu ke nak merajuk?” soal Nadeem lagi. Dua kali dia mengulang perkataan ‘merajuk’. Tanda dia memang memerlukan jawapan.
Diam lagi.
“For the third time…”
“Tak merajuk pun. Terkilan aje,” potong Ayuna pantas. Mata dia ditunakkan pada permukaan novel.
Dalam kepala, hanya ada dua perkataan sahaja. Payed. Luth. Terasa hendak ketawa pula mendengar nada serius Nadeem menyoalnya.
“Haaa… boleh cakap pun. Kan dulu ada janji. Tak puas hati sebesar kuman pun, kena cakap. Jangan diam macam ni,” bebel Nadeem.
Ayuna ketawa. Tak tahan lagi dah.
“Iyalah, pak cik. Pasal tadi, suka hati awaklah nak stay mana pun. Asalkan walid dengan umi benarkan, saya okey aje…”
“Betul ni, tak kisah?” Ayuna angguk. Siapalah dia mahu menghalang?
Sudah si suami yang mahukan begitu, dia akur sajalah. Malaslah mahu membantah. Nampak sangat macam dia cuba mengawal hidup Nadeem pula nanti.
“Tak kisah. Sekarang ni, saya nak baca novel. Boleh?” Nadeem hadiahkan senyum nakal.
“Boleh. Tapi…”
Ayuna kecilkan mata. “Tapi?”
Nadeem pantas meloncat ke katil. Dia duduk di sebelah Ayuna, selamba.
“Kena baca sama-sama,” Erk. Ayuna menggeleng. Dijarakkan sedikit jarak mereka.
“Sejak bila awak minta layan novel chenta ni? Buang tabiat ke apa,” Gila dia tak pelik.
Sebelum ini, setiap kali dia melayan novel-novel cinta mesti Nadeem ketawakan. Digelar minah jiwanglah. Meroyan tergilakan si herolah. Alih-alih, lelaki itu mahu membaca novel bersamanya malam ini.
“Ala. Sesekali aje. Lagipun, lepas ni dah tak boleh nak bersweet-sweet dengan awak macam ni lagi dah. Cepatlah,” Novel ditangan Ayuna dirampas Nadeem.
Sengal.
“Oh, kiranya ni kita tengah dok bersweet-sweetlah kononnya ni. Tak sweet langsung,” balas Ayuna, geram. Dia peluk tubuh.
“Macam ni tak sweet lagi? Habis, sweet awak tu macam mana?”
Sudah, gaduh pula.
Ayuna jongket bahunya.
“Hmmm. Kalau macam ni, sweet tak?” Kepala dijatuhkan ke riba Ayuna yang duduk melunjur itu.
Terjegil mata Ayuna. Pertama kali ni, Nadeem approach dia sebegini berani. Serius. Tak tipu.
“Errr…”
Speechless. Clueless. Alahai, Nadeem. Awak dah sengat hati Puan Isterilah. Ayuna berlagak biasa. Padahal, jantung berdegup laju semacam dah ni.
“Jomlah baca. Kisah apa ni? Cuba cerita sikit,” Adoi. Si Nadeem tak perasankah raut Ayuna yang merona sakan tu?
Ayuna usap dahinya kasar. Fuhh, sengaja menduga betul.
“Nak tahu, kena bacalah,” Heh. Nak baca bagaimanalah agaknya jika Nadeem semakin berani bertindak ala-ala suami manis seperti yang berlaku sekarang ini?
“Iyalah. Masalahnya sekarang, awak tak join saya baca pun,” Nadeem pandang Ayuna.
Ayuna sengih.
“Nak baca macam mana, awak duduk macam ni…”
Nadeem serahkan kembali novel hasil perahan idea penulis yang diminati Ayuna kepada tuannya.
“Awak bacalah, saya dengar,” Ayuna kaku.
Haish. Apasal sweet sangat ni, Inche Suami oi? Terlebih telan gula ke tadi?
“Alah, tak feelinglah baca kuat-kuat,” Nadeem mendengus. Ada sahaja alasannya.
“Saya tak suruh awak baca kuat-kuat pun. Perlahan dan saya masih boleh dengar. Kalau saya terlelap, kejutkan,” kata Nadeem, mata menengadah syiling. Suka begitu.
Ayuna tidak tahu, jantung dia juga mengepam laju sebenarnya. Ingat dia tak terkejut dengan tindakan spontan dia ni. Nadeem sendiri pun tidak faham, mengapa dia bertindak sebegini. Sedangkan selama ini, mana pernah nak approach Ayuna seberani sekarang ni.
Mahu tidak mahu, Ayuna turutkan saja. Dia memulakan pembacaan. Perlahan dan penuh intonasi. Terkebil-kebil jugalah mata dia.


Nadeem membantu Ayuna mengangkat beg ke bilik. Abah dan ibu Ayuna tersenyum. Senang hati kerana anak perempuan mereka kembali menetap di sini. Tidaklah sunyi sangat rumah mereka.
“Nana bawak semua barang Nana di sana ke?” soal Puan Hana.
“Taklah, bu. Nana bawak balik baju dengan buku-buku yang nak guna aje. Kan barang Nana kat sini pun banyak. Rumah Nana kan?”
Puan Hana gelak.
“Lupa pulak Nana ni anak ibu,” Ayuna ketap bibir.
Mulalah tu nak buat dia touching. Ibu oh ibu. Anakmu ini masih puteri kesayanganmu.
“Alah, ibu ni. Macamlah kita ni berpisah lama dah. Baru hujung minggu lepas aje Nana balik sini,” Ayuna dakap erat tubuh Puan Hana.
“Iyalah, princess ibu. Nanti dah duduk asing dengan Nadeem, tak rindu ke? Ibu ni… kalau abah pergi outstation, tak senang duduk tau…”
“Masalahnya, ibu memang ikut abah pergi outstation kan?” Puan Hana hanya sengih.
“Amboi, anak beranak ni. Yang nak berpisahnya, Nadeem dengan Nana. Bukannya ibu dengan Nana,” sampuk Encik Razif yang datang entah dari mana.
Nadeem yang baru turun dari bilik Ayuna di tingkat atas, tersenyum.
“Alah. Saya cuma nak comfortkan princess kita ni, abang. Orang nak berpisah dengan suami kan. Malam karang sememeh aje muka, bantal peluk tak ada,” Sempat lagi Puan Hana mengusik.
Pelukan dilepaskan. Ayuna senyum nipis.
Betul cakap ibu. Malam ni, dia bakal tidur sendiri. Tiada Nadeem di sebelah menemaninya. Haiyo, mulalah hati nak gundah gulana.
“Dah, tu Nadeem nak balik dah. Ada urusan lain lagi,” Encik Razif mematikan lamunan Ayuna yang bakal berpisah tempat tinggal dengan si suami.
“Nadeem balik dulu, abah, ibu. Insha Allah, ada aje masa Nadeem singgah,” Nadeem bersalaman dengan Encik Razif dan Puan Hana sebelum melangkah ke kereta.
Ayuna mengikut di belakang.
“Whatsapp ada, do cantact me. Sekerap yang boleh,” pesan Nadeem.
“Uhuh. Kerap? Tak bosan ke?”
“Tak bosan kalau dengan isteri sendiri, Puan Ayuna oi…” Ayuna cebik.
“Insha Allah. Awak pun sama ya, jangan nak harapkan saya aje whatsapp awak. Tahu kan ‘last seen’ tu benda paling pantang?” Nadeem angguk.
“Tahu. ‘Last seen’ awak tu untuk contact saya aje. Faham?”
“Iyalah, Inche Suami. Jumpa lagi kat kelas esok,” Ayuna menghulurkan salam. Sebak pula.
“Fi hifzillah. You have me, I’m yours,” Ditarik Ayuna ke dalam pelukan. Hanya seketika. Nampak dek jiran, hancurlah.
“Same goes to you. I’m yours,” Ayuna ukir senyum.
Tak boleh nak menangis meraung. Esok, lusa, tulat dan seterusnya pun masih akan bertemu lagi biarpun hanya di kelas.
Nadeem menghidupkan enjin keretanya. Sempat dilambaikan tangan sebelum kereta menghilang. Ayuna mengeluh perlahan sebelum melangkah perlahan ke dalam rumah. Dulu boleh sahaja hidup sendiri, tanpa suami. Kini juga, boleh! Semangat Nur Ayuna!


p/s : Tak ada isi pun sebenarnya. Main hentam tulis ja ni. Buah tangan lepas lama tak hapdet blog. Ringkas ja tau. Malam ni, Inshaa Allah… BCP (AmarDini) pulak. Pun kalau boleh nak ringkas ja. Cerpen panjang masih dalam proses. Buat sekerat jalan, lost idea. Benda biasa kalau adanya pengacau. Hehe.

Friday, 22 August 2014

Cerpen : Nadeem Ayuna Siri 3



Hujan. Lebat. Guruh berdentum. Petir sambar menyambar. Alhamdulillah, rahmat Allah. Pintu gelongsor yang menghala ke halaman rumah yang terbuka ditolak. Tidak mahu tempias hujan masuk ke dalam rumah. Ayuna senyum nipis. Tiba-tiba dia teringat, salah seorang ahli kumpulan assignmentnya ada berbicara tentang hujan semalam.
Katanya; hujan ibarat plaster yang membalut luka.
Kala sedih, hujan menimpa. Ia seperti turut menangisi kesedihan.
Kala gembira, hujan membasahi. Ianya tanda merai kegembiraan.
“Hujan… plaster. Plaster bukan tandanya sakit? Hmmm…” Ayuna melangkah naik ke bilik. Dia senang mencurahkan idea menulis tika hujan. Curahannya pasti selaju hujan yang lebat.
“Nana, lamanya Nadeem keluar. Dia pergi mana lagi?” tanya Hajah Aliyah ketika terserempak dengan Ayuna di tangga.
“Nadeem singgah rumah Ustaz Ben kejap, umi. Ada hal apa entah nak bincang,” jawab Ayuna.
Mujur Nadeem ada Whatsapp dia tadi mengkhabarkan kelewatannya pulang. Kembang kempis jugalah hidung Ayuna kalau dia tidak tahu di mana Nadeem. Mahunya kena pelangkung dengan Hajah Aliyah. Mulalah umi mertua dia nak buka hikayat.
“Iyalah. Risau jugak umi. Dahlah. Umi turun bawah dulu. Kejap lagi walid dah nak sampai,” Ayuna angguk.
Laju Hajah Aliyah menuruni anak tangga. Ayuna menyambung langkah ke bilik.
Masuk sahaja ke dalam bilik, Ayuna pantas mendapatkan buku notanya di atas belajar. Pen yang sedia dikepil di hujung buku dia tarik. Dia duduk di kerusi.
“Maaf, Madam Asus. Nana nak tulis dalam buku dulu tau. Malam nanti, kita berchenta ya…” Asus yang tertutup diusap Ayuna lembut.
Takut pula si Madam Asus merajuk. Tsk. Ayuna… Ayuna.
Patutlah Nadeem selalu mengusik puan isteri tak cukup umur. Kalau boleh, semua benda dalam bilik ni… Ayuna nak jadikan kawan. Setiap satu benda diberi nama dan dijadikan teman berbual. Dah macam orang tak betul pun ada.
Madam Note, let’s sharing and loving,” Mata pen mula berlari di helaian nota.
Mode : Hujan
Hujan umpama plaster. Membalut kesedihan kelukaan. Membalut kegembiraan. Bak kata Umira, Hujan mampu bersedih, mampu bergembira. Sekarang… Madam Nana sedang gembira. Hujan, kau selimutlah Madam Nana dengan kesejukan gembira. Sebagai tanda kau turut berkongsi rasa. Terima kasih, Hujan. - via Madam Nana.
*****
Walid pandang umi. Umi pandang walid. Keduanya saling bertukar isyarat. Hendak bersuara, anak menantu ada bersama. Sudahnya, walid mengalah. Entah apalah yang hendak mereka bincangkan dengan Nadeem dan Ayuna. Umi senyum. Tidak perlulah dia mengeluarkan suara.
“Nadeem, walid dengan umi nak bincang sikit…” Beku benar suara Haji Azman. Bukannya apa, dia tidak bersedia sebenarnya.
Nadeem yang kusyuk menonton berita di TV toleh ke belakang.
“Bincang apa, walid?”
Ayuna turut sama pandang walid dan umi.
“Errr… sebenarnya…” Haih, tidak lepas pula Haji Azman mahu berbicara. Seperti ada sesuatu yang menghalang. Kekok.
Hajah Aliyah bersabung pandang dengan Ayuna. Ayuna buat muka blur. Kening dia terangkat sedikit. Hajah Aliyah jongket bahu.
“Aik, sejak bila walid gagap pulak ni? Selalunya elok aje walid bincang,” kata Nadeem, pelik.
“Bukan. Hmmm… sepupu walid, Ehsan. Nadeem ingat tak Uncle Ehsan?” tanya Haji Azman sebagai pembuka perbincangan.
“Kenal rasanya. Uncle Ehsan yang ada bisnes kereta tu kan?” Haji Azman angguk laju.
Ayuna kembali pandang televisyen apabila perkara yang ingin dibincangkan itu seperti tidak berkaitan dengannya.
“Ha’ah. Uncle Ehsan call walid. Kalau boleh, anak Uncle Ehsan nak stay rumah kita. Tapi, Nadeem tahulah kan. Selain keluarga terdekat kita, tak ada yang tahu pasal Nadeem dan Nana. Jadi…” Haji Azman telan liur kasar.
“Jadi?”
“Boleh tak, buat sementara waktu… Nadeem dengan Nana tinggal di bilik berasingan?” Oh, soal itu rupanya.
“Anak Uncle Ehsan tu lelaki ke perempuan, walid?”
“Perempuan,” celah Hajah Aliyah.
Nadeem terangguk-angguk.
Ayuna cuit bahu Nadeem. Encik suami angkat kening.
“Awak, perempuanlah. Dengar tak?” Terus membulat mata Nadeem. Erk.
Haji Azman dan Hajah Aliyah ketawa. Berangan apalah si Nadeem ni. Agaknya sebutan perempuan dibaca mindanya sebagai lelaki kot.
“Lah, Nadeem kan lelaki. Kenapa pulak anak Uncle Ehsan nak stay sini? Kan tak elok, walid, umi,” bantah Nadeem dalam kelembutan.
“Uncle Ehsan percayakan walid dan umi untuk jaga anak dia buat sementara waktu. Kalau dia tahu hubungan Nadeem dengan Nana, okeylah,” ujar Haji Azman.
“Apa susahnya, bagitahu ajelah. Lagipun, Uncle Ehsan tu sepupu walid kan,” Nadeem jadi tidak selesa pula.
“Haish, dah kata nak rahsiakan relationship kamu berdua. Anak Uncle Ehsan tu bakal pelajar di tempat yang sama dengan kamu,” Serentak Nadeem dan Ayuna saling berpandangan.
Terkejut.
Jika begitu, memang lamalah anak Uncle Ehsan di sini.
*****
Masuk sahaja ke dalam bilik, terus Nadeem humban tubuh ke katil. Ayuna? Tenung suami dia dengan muka pelik. Nadeem senyum saja. Penat ke hulu ke hilir hari ni.
“Awak, macam mana kalau saya pindah balik rumah abah ibu aje? Kan senang gitu,” cadang Ayuna.
Dia duduk di birai. Bibir dimuncungkan. Tabiat ketika sedang gelisah.
“Boleh ke?” Erk. Lipat maut Ayuna paling ke belakang. Nasib baik tak tercabut urat leher. Heh.
“Nak ke… duduk asing-asing?” tanya Ayuna kembali. Nadeem tenung syiling. Mata di sebalik cermin mata bingkai hitam itu meliar ke sekeliling syiling.
“Macam mana kalau anony tu pikat saya? Rela ke?” Ayuna ketap bibir. Luku kepala baru ketahuan.
“Hmmm… rasanya kalau… Encik Nadeem Aliff ni tak meroyan menggatal, boleh aje kot tinggal asing-asing,” Ayuna bersuara keras.
Nadeem gelak.
“Percaya saya tak?”
“Gila tak percaya. Habis percayalah ni cadangkan nak tinggal asing-asing,” balas Ayuna sambil mencapai telefon bimbit di atas meja sisi.
“Dari tadi lagi asyik tinggal asing-asing. Sungguh ni nak pindah balik rumah abah?” Ayuna angguk.
Nadeem bingkas duduk. Lama dia tenung Ayuna yang kusyuk melayan Twitter itu.
“Kenapa?” soal Ayuna tanpa berpaling.
“Kalau rindu?”
Ayuna angkat kepala. Dia pandang Nadeem. Mata mereka bersabung.
“Facebook ada. Twitter ada. Nak paling dekat… Whatsapp pun ada. Paling dekat lagi… kita kan satu kelas,” Jawapan paling rasional rasanya yang Ayuna pernah cakap.
Apa lagi, sememehlah raut si Nadeem tu.
Buruk benar tengoknya. Siapa yang jatuh cinta dulu ni? Si Ayuna yang approach Nadeem dulu pun tak adalah nak ambil serius soal tinggal berasingan.
“Eloklah tu bagi jawapan macam tu kat suami?”
“Tak cakap pun elok. Tapi betullah. Takkanlah nak tinggal sekali. Buatnya anony tu satu kuliah pulak dengan kita… tak ke naya. Dah alasan apa pulak nak bagi, saya stay kat sini?” Nadeem kembali berbaring.
Betul juga apa yang dicakapkan oleh Ayuna itu.
“Ish, tak jauh ke rumah abah nak pergi kelas nanti?” Soalan lagi.
Harapan puan isteri tarik balik cadangan tu. Harapan tinggal harapan sajalah apabila…
“Sebelum kahwin boleh pulak ya saya pergi kelas dari rumah abah? Maknanya tak ada masalah tu. I can drive what…” Ayuna letak kembali telefon bimbitnya di meja sisi.
Dia duduk bersila, menghadap Nadeem yang berbaring itu.
“Sesekali nak jugaklah rasa erti rindu…”
“Rindu? Bukan hari-hari ke awak mengadu rindu kat saya?” Ahah, kantoi. Ayuna buat muka selamba.
Cover sikitlah. Malu.
“Iyalah. Rindu bila duduk berasingan ni lainlah, awak. Bolehlah. Haih, awak yang berat hati nak biar saya balik rumah abah kan. Kan kan kan,” Alamak. Nadeem tarik selimut, tutup muka.
Termalu sendiri.
“Mana ada…” Tak mengakulah pula.
“Tak apa. I’ll let you go this time, encik suami. Lain kali kalau tertangkap gini lagi, siaplah awak. Jangan kata saya tak warning eh,” Ayuna turun dari katil.
Dia melangkah ke bilik air. Cuci muka. Gosok gigi. Berwudhuk. Rutin setiap malam sebelum tidur yang kerap kali Nadeem ingatkan. Sekarang ni dah melekat bak gam gajah di kepala Ayuna. Bagus Nadeem trained isteri dia. Thumbs up.


p/s : Habis kisah Nadeem Ayuna malam ni. Skrip dan story hanya santai. Tak pening kepala otak nak create story pasal budak berdua ni. macam yang CIA taipkan(sebab tak cakap) dulu, NADEEM AYUNA ada bila CIA rasa nak buat cerita depa. Hehe. SELAMAT MEMBACA! :D. bolehkah Ayuna tinggal berasingan dengan Nadeem? Entahlah. Peace.