Friday, 4 October 2013

Cerpen : Abracadabra Love 1

Abracadabra is an incantation used as a magic word in stage magic tricks, and historically was believed to have healing powers when inscribed on an amulet. The word is thought to have its origin in the Aramaic language, but numerous conflicting folk etymologies are associated with it. Many consider that the word “Abracadabra” is actually a Hebrew phrase meaning “I create (A’bra) what (ca) I speak (dab’ra).”

“ Just answer me, Ice. What do you want? Love or attraction?”

“ Why must I answer your question, Mr Hud Ammar? I don’t think my answer make sense,” Ice mengangkat keningnya. Tangan sibuk mengupdate status Twitter.

“ Huh? It does make sense. Or…you want to deny your feeling? Then, it’s okay,” Hud berlalu meninggalkan Ice di tengah café yang penuh dengan ragam manusia.



DUA BULAN YANG LALU

“ Ice, could you please…jaga kaunter. Need…toilet now!” Terkocoh Ice berlari ke kaunter.

“ Go…go,” halau Ice. Aleeya tersenyum nipis.

“ Hey, what’s up?”

“ Assalamualaikum,” Ice memberi salam.

“ Waalaikumsalam. Where’s my honey?” Terjenguk-jenguk bak ular tedung saja tengkuk lelaki di hadapan Ice.

“ Do you see anyone other than me…here?” Lelaki itu menggeleng. “ Then?”

“ That’s why I ask you…where is she?” Ice menjeling lelaki itu tajam.

“ Toilet,” jawab Ice sepatah.



“ Hud!” Ice tersenyum sinis dan berlalu dari kaunter. Biarkan dua merpati itu berkasih sayang di situ.

“ Kenapa dengan Ice? Berangin aje I tengok,” Aleeya memandang Ice di satu sudut café.

“ Ibu and ayah dia turunkan perintah…balik Malaysia. So, what do you expect…her expression then?” Hud ketawa kecil.

“ Hmmm? Then, how about you?” Aleeya mengangkat keningnya.

“ Me? I’ve found the new owner for my café. What do you think?” Terus berubah expresi muka Hud.

“ Tak boleh ke biarkan aje Ice balik seorang?”

“ No way! My brother takkan benarkan…”

“ Then, I will stay here…alone? Huh, it doesn’t make sense…okay,” Aleeya buat muka tak kisah.

“ Ikut ajelah kita orang balik Malaysia. Negara kelahiran you jugakkan. Even your parent was here, you can stay with us what…”

Hampir empat tahun, Aleeya dan Ice berhijrah jauh ke bumi  Amsterdam. Dengan keizinan Encik Ghaz dan Puan Ibtisam iaitu ibu bapa Ice, Aleeya dan Ice datang ke Amsterdam. Aleeya yang pada mulanya datang ke sini kerana melanjutkan pelajaran di University of Amsterdam dalam bidang business. Setahun kemudian barulah Ice datang ke sini di atas tujuan yang sama. Tetapi, Ice memilih bidang psychology.

“ Boleh eh? Hmmm, nanti I fikir dulu. Kenalah ask my parent juga,” Hud mengetuk jari telunjuk atas kaunter.

Tidak ramai customer pula hari ini. Mungkin bukan…peak hour lagi. Ice mencatat sesuatu di diarinya. Sudah menjadi rutin dia menulis sesuatu pada diarinya.

‘ I’m in heaven when you kiss me…’

“ Tak habis-habis dengan encik diari tu. Jom…jalan-jalan. Westerparks,” Ice memandang makhluk di depannya kosong dengan bibir dimuncungkan. Habit dia buat mulut itik macam tu. Biar terserlah lip orange favourite dia tu.

“ Tennis?”

“ Sure…”



“ Hey, mind…us join?”

“ Well, double player?”

“ Okay…”

Ice benci balik Malaysia! Satu pukulan kuat dilepaskan dan…of course pesaing tak dapat ambil. Off side! Ice dan Hud mula rancak bermain. Sampai keduanya keletihan.

“ Kenapa tak nak balik Malaysia?” tanya Hud sambil melepaskan lelah. Mereka duduk di sisi court tennis di Westerparks.

“ I hate…the people in Malaysia. I love be here. I’ve got many many many….friend. You know…they even don’t judge me as a bad girl. They accept me as I am,” Ice berkata dalam nada yang marah.

“ Siapa aje yang kata Ice kesayangan Chik Ya ni…bad girl. Tell me. I’ll make them like…this can,” Hud menggenggam tin Coke hingga kemek.

“ Sure? Tak takut Chik Ya marah?”

“ Nak takut buat apa?”

“ Chik Ya kan tak suka…BAD GUY,” Hud tergelak kecil.

“ Alah, untuk niece kesayangan dia kan. Takkan dia nak marah,” Ice tersenyum comel.

“ Betul jugak kan. Hmmm…then I want all that bitch…be like this can. Okay?” Hud mengangguk laju.


Dalam dok protes tak nak balik Malaysia…sampai juga Ice di bumi Malaysia. Sebal dipaksa Encik Ghaz. Namun, Ice masih meletakkan Malaysia…sebagai negara nombor satunya. Fuh, nasib baik.

“ Biar Chik Ya drive eh?” Ice bagaikan tak percaya Aleeya nak drive. Selalunya bukan main payah dia nak drive.

“ Erk? Boleh ke?”

“ Boleh aje. You tak pernah tengok I drive kan, B?” Hud menggeleng laju. Mata birunya memandang Ice dengan perasaan yang takut. Ice hanya menjongket bahu. Tanda tak nak masuk campur.

“ Jomlah cari kita punya kereta. Ayah cakap…Chevrolet merah…”

“ Found you…baby red,” kata Aleeya sambil bertepuk tampar badan Chevrolet merah yang dihantar Encik Ghaz semalam.

“ Cute ya…baby red. Whose car?”

“ Entah. B, angkat barang masuk bonet,” arah Aleeya. Dia selamat masuk ke tempat pemandu. Arrrggghhh, tak sabar rasanya nak drive.

“ Kurang garam punya Chik Ya. Meh Ice tolong eh, Chik Hud…”

“ Chik Hud? Sounds very weird, bad girl,” Ice buat muka tak kisah. Dia yang nak panggil kan.

“ Who cares?” Ice masuk ke tempat duduk belakang. Hud pula di tempat duduk sebelah pemandu.

“ Bismillahirohmanirahim,” Bagus! Inilah pemandu yang berhemah. Dimulakan dengan bacaan basmallah.

“ Let’s go!”


Bacaan Yaasin memenuhi ruang tamu rumah Encik Ghaz. Di satu sudut, seorang gadis berpakaian serba hitam…menahan tangis. Matanya hanya ditumpukan pada seorang gadis yang sedang terbaring dalam pakaian serba putih. Langsung tidak beralih mata itu dari jasad yang terbaring pucat di tengah-tengah ruang tamu.

“ Chik Ya minta…minta maaf. Nan…nanti Chik Ya tak drive…lagi eh,” Ice mengangguk laju. Digenggam tangan Aleeya kuat. Sedaya upaya dia menahan tangis. Dia kuat!

“ Hud…Hud,” Hud menghampiri Aleeya. Dia menggenggam tangan yang sebelah lagi.

“ Ya, honey…”

“ Ja…jaga Ice. Tolong…tolong I,” Ice menekup mukanya. Tak sanggup rasanya dia melihat insan kesayangannya yang dulu ceria, kini sangat lemah.

“ I janji. Dah…you rehat. Nanti kita borak lagi,” Aleeya menggeleng lemah.

“ Tak…masa I dah tak lama…”

“ Mengucap Chik Ya. Doctor kata…Chik Ya okay,” Aleeya cuba mengukirkan senyuman manis buat kedua insan yang dia sayang.

“ Chik Ya!”



“ Hud tinggal kat sini dulu ya,” pujuk Encik Ghaz.

“ Tapi…”

“ Tak ada tapi…tapi. Leeya baru aje pergi. Lagipun, kamu kat sini tak sampai seminggu lagi,” pujuk Puan Ibtisam pula.

“ Okaylah,” setuju Hud akhirnya.

“ Ibu,” panggil Ice. Dia memeluk ibunya manja.

“ Ada apa?”

“ Teman Raisya tidur. I can’t sleep. All I can see only…Chik Ya,” Tersentak ketiga-tiganya. Sampai begitu sekali Ice terbawa-bawa perasaannya.

“ Jom, ibu temankan. Abang, Ib naik dulu,” Encik Ghaz mengangguk.

“ Abang Ghaz tak pastilah sampai bila Raisya nak macam ni. Kak Ib pun susah hati tengok dia…”

“ Hmmm…apa kata abang Ghaz dan kak Ib pindah rumah baru,” cadang Hud. Encik Ghaz berfikir sejenak.

“ Elok jugak tu. Nanti abang Ghaz cuba discuss dengan kak Ib,” kata Encik Ghaz. Hud membelek telefon bimbitnya. Macam baru semalam dia berbual dengan Aleeya. Namun, Allah lebih sayangkan kekasih hatinya itu.



Setelah mencapai kata sepakat, Encik Ghaz membawa keluarganya berpindah ke rumah baru. Sengaja Encik Ghaz dan Puan Ibtisam memilih rumah di kawasan perumahan yang dihuni oleh mereka yang berkeluarga. Biar riuh sedikit. Tidaklah sunyi sangat. Dan…yang pasti Ice lebih selesa di sini.

“ Ice,” panggil Hud. Ice mendongak. Hud melabuhkan punggung di kerusi yang terdapat di lama.

“ What should I do with…this?” Ice menunjukkan gambar-gambar yang dijumpai di dalam Chevrolet merah yang dinaiki mereka bertiga hari itu.

“ Where do you get this?” Hud membelek beberapa keeping gambar di tangannya serius.

“ Police gave it to me. And…until now I still confuse. Why all this picture in our car? Siapa lelaki yang ada dengan Chik Ya tu?”

“ I don’t know. And I even don’t know what’s going on here…”

“ Hmmm?”

“ Your dad said…dia dah pastikan that baby red in good condition before sent it to the airport,” Ice mengangkat keningnya.

“ Is it something not right here? Chik Ya excited nak drive sedangkan before this tak pernah pun Chik Ya nak drive. Or…semua ni berkaitan dengan  man in that photo?” Hud dan Ice saling berpandangan.

“ Esok kita pergi workshop. Maybe ada petunjuk yang boleh tolong kita dalam kereta tu,” Ice mengangguk setuju.




Seperti yang dijanjikan, Hud dan Ice ke workshop untuk mencari petunjuk di dalam kereta yang dihantar Encik Ghaz. Hud membuka bonet belakang. Manakala Ice cuba mencari di tempat duduk pemandu. Dah macam penyiasat lagak budak berdua tu. Habis diselongkarnya barang-barang dalam Chevrolet itu.

“ Auch!”

“ Sorry…”

“ Chik Hud, what is this?” Ice terjumpa bungkusan kecil di dalam kotak di antara tempat duduk pemandu dan pemumpang di sebelah.

Mereka keluar dari Chevrolet dan duduk di kerusi rehat di workshop itu.

“ Rantai? Cincin? And…the resit,” Hud mengeluarkan satu persatu barang di dalam bungkusan kecil itu.

“ Siapa punya? Siap dengan resit pembelian lagi. Let me try that ring,” Hud menyarungkan cincin itu di jari manis Ice. Padan!

“ It’s suit you…”

“ Jari Ice and Chik Ya sama saizlah. Eh, did you sarungkan kat jari Ice tadi?” Membulat mata Ice memandang Hud. Hud tersengih. Ice tumbuk bahu Hud selamba.

“ Chik Hud! That’s my husband yang punya. Ish,” Ice buat muka. Hud mengusap kepala Ice.

“ Alah, tersarungkan. Sorrylah. Ice yang kata nak try tadi. So, it’s happen…spontaneous,” Ice menjeling Hud tajam.

“ Kesian bakal hubby Ice…”

“ Tak ada maknanya. Dah, jom pergi makan. Lepas tu, Ice bawa CHIK HUD pergi kedai yang tertulis kat resit ni,” Hud bangun dan diekori Ice. Punya marah dengan Chik Hudnya sampai tak nak jalan sebelah. Dia ikut saja belakang Hud.


“ Ice...”

“ Hmmm…”

“ Tak panas ke pakai hooded sweat dalam cuaca panas macam ni?”

“ Kejap lagi hujan,” balas Ice senada. Dia kusyuk makan nasi goreng tom yam.

“ Eceh, apa ingat you tu pengkaji cuaca ke apa. Boleh tahu semua tu,” Ice mengangkat kening sebelah. Habit dialah tu.

“ Instinct. Chik Hud apa tahu,” Eheh, bangga sangatlah tu. Buatnya tak hujan? Mahu tergelak terguling tertiarap si Hud tu.

“ Whatever. Jauh tak kedai tu dari sini?”

“ Depan tu aje. Siapalah punya kerja yang boleh tinggal benda-benda macam ni dalam kereta. Buatnya mekanik kat workshop tu jumpa. Tak ke untung dia,” Hud pandang Ice tanpa perasaan.

“ Bebel,” Ini memang menguji tahap kemarahan Ice.

“ What? Hergghhh, Chik Hud yang ajak kita borak tadi. Cakap kita bebel pulak. Dahlah, makan sorang. Ice chau dulu nah,” Ice bangun dan mencapai topi dan telefon bimbitnya.

Ice memang slumber singa dia saja. Beg sandangnya sengaja biarkan Hud yang bawa. Rimas pula nak galas beg dengan hooded sweatshirt dia ni. Selagi tak malam, topi akan sentiasa melekat di kepalanya. Entah bila nak bertudung pun tak tahu.


Ice menunjukkan resit pembelian rantai dan juga cincin itu kepada pekerja di kedai emas. Pada mulanya mereka menolak untuk memberikan maklumat mengenai pembeli tersebut. Namun, setelah didesak Hud…pihak kedai emas menceritakan raut wajah pembeli tersebut. Hud yang merupakan pelajar jurusan architecture pantas melakar wajah pembeli di dalam diari milik Ice.

“ Terima kasih eh, cik,” ucap Ice sopan.

“ Sama-sama. Tak salah kita berbuat baik,” balas salah seorang pekerja kedai sambil tersenyum.

“ Chik Hud, kejap,” Ice memanggil Hud dengan tangan dilambaikan agar Hud menghampirinya.

“ What?”

“ Can I have this ring?” Hud memandang Ice dengan pandangan tidak percaya.

“ Are you crazy?”

“ Alah, Chik Hud belanjalah. Ice kan jobless. Tak macam Chik Hud…banyak duit,” Ice menayangkan muka seposen.

“ Alasan. You punya share café tu apa?”

“ Kedekutlah, Chik Hud ni. Baru tiga ratus lebih. Bukannya beribu pun,” Ice berjalan keluar dari kedai dengan rajuknya. Hud menggeleng. Perangai siapalah dia ikut. Arwah Aleeya tak macam ni pun. Manja betul.

“ Miss, wrap that ring and bracelet over there. Credit card?” Pekerja itu mengangguk.

“ Encik bukan asal sini?”

“ Hah? Asal sini tapi membesar kat oversea. Kenapa?”

“ Oh. Your eye…blue and that was nice,” Ramah pula pekerja perempuan tinggi lampai itu.

“ Hah, thanks,” ucap Hud. Dah kenapa perempuan ni? Senyum-senyum pulak, desis Hud.


“ Apa yang lama sangat kat dalam tu?” tanya Ice ingin tahu. Penat dia tunggu kat luar.

“ Ngorat that girl. Untung-untung boleh dapat cincin kahwin free,” jawab Hud selamba.

“ Ceh, gaya macam ada hati nak cari yang baru. Chik Hud jangan. Chik Ya baru je meninggal. Jangan buat hal eh. Ice halau Chik Hud balik Ams…”

“ Halau? Who cares?” Kurang asam punya mangkuk. Ice meloncat sedikit. Dia mengepit kepala Hud selamba. Mungkin mereka sudah rapat sejak di Amsterdam lagi. Jadi, Hud dan Ice langsung tidak kekok. Tambahan pula, Hud selalu menemai Ice ketika Aleeya sibuk di café.

“ Hey, main kasar eh,” Hud pula yang mengepit kepala Ice.



“ Ya Allah. Budak berdua ni. Ke mana? Dah malam baru nak balik?” Tudia. Puan Ibtisam punya senjata sudah dikeluarkan. Hud dan Ice tersengih.

“ Raisya bawak Chik Hud pergi jalan-jalan kat KL ni. Dia kan dah lama tak balik sini. Kan, Chik Hud,” Hud mengangguk.

“ Ha’ah, kak Ib. Berubah gila KL sekarang. Dulu, mana ada lagi semua benda tu…”

“ Tu zaman bila, Chik Hud?” usik Ice. Hud menyekeh kepala Ice. Bising aje.

“ Hmmm…macam-macam. Dah, pergi naik mandi. Dua-dua sekali. Kejap lagi…kita makan sama,” Ice menarik tangan Hud.

“ Jangan kasi tahu ibu dengan ayah. Nanti…tak pasal aje dua-dua kena halau balik Ams,” bisik Ice perlahan.

“ Baiklah, ambe menurut perintah,” Hud mengangkat tabik spring.


Dua hari kemudian, Hud dan Ice pergi ke cawangan Celcom untuk mengecam pemilik nombor telefon yang ditinggalkan di resit pembelian tersebut. Pencarian mereka mula menunjukkan kesan positif. Gambar, alamat dan nama si pembeli rantai dan cincin itu juga sudah berada dalam genggaman mereka. Hanya tinggal nak ambil tindakan sahaja.

Ice memandu kereta Myvi milik Puan Ibtisam ke alamat yang ditemui mereka. Agak susah juga kerana dia sendiri sudah lama tak balik ke Malaysia. Kereta itu pula tiada GPS. Nasib baik, orang sekeliling ada yang membantu. Sebaik tiba di rumah itu, Hud dan Ice berpandangan sesame sendiri. Rumah kosong!

“ Betullah alamat ni. Tapi…kenapa macam tak ada penghuni pun,” Ice menjenguk di sekitar rumah itu. Lalang, sampah sarap dan apa lagi? Rasanya merekalah penghuni rumah itu. Bukan manusia.

“ Cuba tanya jiran sebelah,” Hud bergerak ke rumah sebelah. Salam diberikan.

“ Assalamualaikum, mak cik…”

“ Waalaikumsalam,” jawab wanita dalam lingkungan 50-an yang tinggal di rumah sebelah.

“ Maaf ya, mak cik. Kami ganggu mak cik…”

“ Eh, tak mengapa. Ada apa anak berdua ni datang ke sini?”

“ Macam ni, kami datang ni sebab nak cari orang yang duduk kat rumah sebelah ni. Mak cik kenal tak pemilik rumah ni? Tak pun, penyewa ke?”  

“ Hmmm…rasanya dah lama rumah ni kosong. Dulu ada jugaklah penghuni tapi sejak tiga tahun lepas…rumah ni kosong ni aje,” jelas mak cik itu.

“ Mak cik kenal dengan orangnya?” soal Hud.

“ Ish, mak cik pun tak berapa nak ingatlah. Yang mak cik tahu orangnya lelaki,” Ice mengeluarkan glassy paper dan ditunjukkan pada mak cik itu.

“ Orang ni ke, mak cik?”

“ Hah, rasanya inilah orangnya. Mak cik ingat lagi parut kat pipi dia ni. Tapi…dia ni pendiam. Tak pernah ditegurnya penduduk kat sini,” Hud mengukirkan senyuman.

“ Boleh kami tahu siapa lagi yang tinggal dalam rumah tu selain lelaki ni?” Hud memandang Ice pelik. Kenapa soalan ni pula yang di soal?

“ Tak silap mak cik…dia selalu jugak bawa perempuan balik. Siang ajelah. Bila hari dah petang, perempuan tu pergi…”

“ Ini ke perempuan tu?” Ice menunjukkan gambar seseorang kepada mak cik itu. Mak cik itu mengangguk laju. Hud dan Ice terkesima.


“ Chik Hud!” sergah Ice. Hud tersentak kecil.

“ Apa?”

“ Alah, relaxlah. Kita tak tahu…the truth behind this lagi. Be patient,” Macam Hud tak tahu, Ice sendiri pun terkejut.

“ Kat mana nak cari that guy? Buntulah,” Hud menampar meja kuat. Geram pula apabila pencarian mereka menemui jalan buntu.

“ Hmmm, I’ve got an idea. How about we…pecah masuk rumah tu? Maybe ada clue ke?” Hud memetik jarinya.

“ Brilliant. That’s my…bad girl,” Hud mengusap kepala Ice kasar.  Ice tersenyum nipis. Bad girl, huh! Dah penat makan nasi agaknya.


Dengan bantuan dari pembantu mereka, Hud dan Ice dapat juga masuk ke dalam rumah itu. Siapa yang jadi mangsa bantu mereka buat kerja jahat ni? Encik Ghaz dan Puan Ibtisamlah. Dah macam gaya perisik dah orang tua berdua tu. Kalah X-file, Detective Conan segala tu. Dek kerana terpaksa pecah masuk rumah orang, mereka perlukan Encik Ghaz dan juga Puan Ibtisam. Nasib baik rancangan mereka diterima baik.

“ Be carefull,” pesan Hud. Sudahlah tengah malam. Hanya torchlight saja yang bantu mereka. Ice memegang erat sweater Hud. Encik Ghaz dan Puan Ibtisam pula di bahagian dapur.

“ Chik Hud, tengok ni,” kata Ice perlahan. Dia menunjukkan beberapa helai kertas yang berterabur di atas meja kopi di ruang tamu. Hud menyuluh helaian kertas itu.

“ Cerai?”

“ Cuba tengok nama siapa…”

Mohd Johan! Nurul Aleeya! Ice ketawa kecil.

“ Ssshhh, kenapa?”

“ Your blue eye…macam kucing,” Hud meluku kepala Ice. Boleh pula buat lawak waktu ni.

Ice mengusap kepalanya yang sakit diluku itu.

“ Takkan Leeya pernah kahwin? Ice takkan tak tahu?”

“ No. Kalau tahu…mestilah Ice kenal dengan husband dia tu…”

“ Ex-husband,” Ice tersengih. Chik Hud cemburu!

“ Okay, ex-husband…”

Ice menarik kertas yang tersepit di laci cabinet TV. Perjanjian Johan dan Aleeya?

“ Apa tu?” tanya Hud sambil menyimpan helaian kertas tadi ke dalam begnya.

“ Entah. Perjanjian Johan dan Aleeya,” Hud menarik kertas itu. Dia turut memasukkan kertas itu ke dalam begnya. Balik rumah nanti baru siasat.

“Hud, Ice,” Encik Ghaz dan Puan Ibtisam muncul di ruang tamu.

“ Ada jumpa apa-apa tak, ayah, ibu?” soal Ice. Encik Ghaz menggeleng.

“ Semua pekakas dapur tu dah berhabuk. Means, dah lama rumah ni tak ada penghuni. Ibu nak kita berempat jalan sekali. Jangan terpisah,” Hud dan Ice menyembunyikan senyuman mereka. Pandai Puan Ibtisam bagi idea. Macam tak tahu Puan Ibtisam takut.

Mereka berempat mula bergerak ke bilik-bilik yang terdapat di dalam rumah itu.

“ Kita masuk bilik ni dulu,” Hud mengetuai masuk ke dalam itu. Dengan hanya bantuan dari torchlight kecil, mereka cuba mencari maklumat yang mungkin dapat membantu.

“ Oh mak aku…mak kau,” latah Ice sambil memeluk lengan Hud. Mana taknya, tiba-tiba bunyi sesuatu terjatuh. Puan Ibtisam sudah beristighfar. Siap dengan Ayatul Kursi lagi terkumat kamit dibibirnya.

“ Positif,” kata Hud pendek. Ice mengangguk. Namun, lengan Hud masih dipegangnya. Goose pimples!

Beberapa minit kemudian, mereka ke bilik sebelah pula. Dan…memang sangat mengejutkan! Bilik itu penuh dengan gambar-gambar Johan dan Aleeya. Keadaan katil juga berselerak. Hud berlalu ke meja solek dan diikuti Ice. Encik Ghaz dan Puan Ibtisam berlalu ke bilik air.

“ Chik Hud, apa Chik Ya dah buat ni?” Hud hanya menggeleng. Dia sendiri tak percaya perempuan kesayangannya tak seperti yang dibayangkan. Selama ini, Aleeya memang seorang perempuan yang baik baginya.



Hud meletakkan kesemua bahan-bahan siasatan di atas meja makan. Senang sikit kerja mereka. Dah boleh buka pusat detective rasanya.

“ Okay, kita mulakan dengan gambar-gambar ni. Ice tolong susun ikut tarikh kat bawah tu,” Ice menurut arahan Hud.

“ Abang Ghaz…surat-surat ni,” Encik Ghaz mengambil surat-surat yang terdampar di atas meja. Dia menyusun satu persatu surat itu mengikut tarikh penghantaran.

“ Kak Ib siapkan makanan,” kata Puan Ibtisam sebelum berlalu ke dapur. Hud meneliti surat nikah dah juga surat cerai yang dijumpai mereka.

“ Ayah, Chik Hud…Ice peliklah. Kenapa Johan and Chik Ya tinggalkan semua ni kat rumah tu? Chik Ya langsung tak bagitahu kita semua ni. Johan pulak…hilang entah ke mana,” Ice menyatakan pendapatnya.

“ Ayah pun pelik. Kalau Chik Ya nak kahwin…mesti kena bagitahu ayah. Ayahkan wali dia,” Encik Ghaz mengerutkan dahinya.

“ Maybe dia orang kahwin dekat Siam?” Puan Ibtisam muncul dengan sedulang air sirap sejuk.

“ Boleh jadi. Ice kan rapat dengan Chik Ya. Takkan tak perasan apa-apa? Maksud Chik Hud, mana dia pergi…pukul berapa dia balik…dengan siapa dia keluar?”

“ Hmmm, maksudnya empat tahun lepaslah kan? Time tu Ice busy dengan my studylah. Arwah Chik Ya rehat lima bulan before sambung kat Ams. Kalau kita orang keluar pun, just kita dua ajelah. Tak pernah pula arwah bagitahu pasal boyfriend dia ke apa,” jelas Ice.

“ Kak Ib?”

“ Tak ada. Cuma sebelum dia pergi Amsterdam…dia ada kerja kat kedai buku. Itulah yang dia bagitahu kak Ib…”

“ Kedai buku? Kak Ib tahu kedai buku tu kat mana?” Puan Ibtisam mengangguk.

“ Raisya, that bookstore…you selalu pergi situ,” Ice mengangguk laju.


“ Okay, esok kita pergi kedai tu. Mungkin ada yang still kenal dengan arwah lagi…”

bersambung....

Thursday, 3 October 2013

Cerpen----> coming soon!!!

HAIQAL QISTINA

Qistina berpusing ke kiri dan ke kanan. Sudah tiga puluh minit dia berbaring tapi masih belum boleh tidur. Haiqal yang berada disofa sedang menonton rancangan kesukaannya tidak menghiraukan Qistina. Sudah tiga bulan mereka bergelar suami isteri, namun masing-masing membawa haluan yang berbeza. Haiqal pula menjadi bisu apabila bersama Qistina.

Saya tak boleh tidurlah. Temanlah kejap. Tak sakit badan ke asyik tidur atas sofa ni?"

Selama ni boleh pula kau tidur tak berteman..."

Malam ni and seterusnya tak boleh tidur tak teman. Please. Saya takut..." 

Menyusahkan oranglah kau ni. Jomlah tidur. Mengada..." 



Apakah yang berlaku di antara Haiqal dan Qistina? 

Nantikan HAIQAL QISTINA!


e-novel : Hello, Mr LA! 10


“ You!” jerit Trisha sambil memeluk leher Azaril.

“ Amboi…tadi tak adanya nak peluk ibu macam tu,” rajuk Puan Sri Kamalia.

“ Ha’ah. Trish tak pernah peluk baba macam tu pun. Ini tak adil,” Tan Sri Amzan juga bersekongkol dengan isterinya.

“ Alolo…meh sini,” Trisha melepaskan pelukan di leher Azaril. Dia memeluk kedua orang tuanya dengan erat sekali. Siap diciumnya sekali. Azaril tersenyum lebar.

“ Dah…dah. Pergi tidur. Esok Aril nak kerja. And…suami kesayangan Trish dah makan kat bawah tadi,” Trisha menoleh ke belakang. Azaril tersengih.

“ Okay. Goodnight,” ucap Trisha kepada ibu dan babanya.

“ Selamat malam, ibu, baba,” ucap Azaril pula.

“ Selamat malam…”

Azaril menarik Trisha masuk ke dalam bilik dan dikunci pintu bilik.

“ You datang sini kenapa?”

“ Kejap lagi you tanya, eh. I nak mandi dulu,” Azaril mengambil tuala yang digunakan Trisha tadi dan terus berlalu ke bilik air.

Trisha termangu sendiri. Dia membelek Wilbear kesayangannya.

“ Do he love me, Wilbear? Why did he came here? Just to see me?” Apa sahaja Wilbear yang tak bernyawa itu tahu? Trisha memandang pintu bilik air dengan penuh tanda tanya. Tak tercapai dek akalnya kenapa sang suami datang ke sini.

Trisha turun dari katil dan duduk di lantai berlapikkan karpet berbulu gebu. Dia mendudukkan Wilbear di sebelahnya. Perasaan apakah yang dia rasa ketika ini? Chill, Trisha. Jantungnya berdebar. Kenapa ni? Sebelum ni tak ada pun nak berdebar bagai. Ini yang musykil. Trisha bangkit dan mengambil buku kesukaannya di rak buku. Dia membaca kembali muka surat yang ditandanya dulu.

“ Act like a lady…think like a man?”

“ Hmmm…”

“ What are you trying to know, Trisha?” Azaril duduk di sebelah Wilbear.

“ Nothing. Just throw back what I’ve read before,” jawab Trisha. Dia meletakkan buku itu di lantai. Semakin laju jantungnya berdetak.

“ Who’s the writer?” soal Azaril.

“ Steve Harvey…”

“ Trisha,” Trisha berpaling ke sebelah.

“ Why are you here?” Azaril mengeluh kecil. Trisha menunggu jawapan dari Azaril dengan sabar. Banyak persoalan di dalam mindanya sekarang.

“ My soul was gone…with my beloved wife. So…I was here to get back my missing soul,” jawab Azaril tenang.

“ Your soul? With me?” Azaril mengangguk. Dia mengalihkan Wilbear dan diletakkan di atas katil. Dia merapatkan dirinya dengan Trisha dan membawa isterinya ke dalam pelukannya.

“ Yes…with you. Do you remember the song that I love to sang before?”

“ Ahah, way back into love,” jawab Trisha. Mestilah dia ingat.

“ Why not…we sing it? But this time…I want we spread all our heart into the song. Get the feeling. Get it?” Trisha mengangguk perlahan.

Azaril mencapai Iphonenya di birai katil dan memainkan muzik Way Back Into Love nyanyian duet Hugh Grant dan Drew Barrymore.

Trisha menarik nafasnya dan dihembuskan perlahan.

I've been living with a shadow overhead,
I've been sleeping with a cloud above my bed,
I've been lonely for so long,
Trapped in the past,
I just can't seem to move on!

Giliran Azaril pula meluahkan perasaannya.

I've been hiding all my hopes and dreams away,
Just in case I ever need 'em again someday,
I've been setting aside time,
To clear a little space in the corners of my mind!

Azaril dan Trisha saling berpandangan.

All I wanna do is find a way back into love.
I can't make it through without a way back into love.
Ooo hooow

Trisha memeluk suaminya dengan lebih erat lagi. Azaril mendengar setiap bait lagu yang dinyanyikan isterinya. Sudah lama dia ingin berduet lagu kegemarannya itu bersama Trisha. Namun, setiap kali dia ingin menyuarakan hasratnya pasti hatinya melarang.

I've been watching but the stars refuse to shine,
I've been searching but I just don't see the signs,
I know that it's out there,
There's gotta be something for my soul somewhere!

Trisha turut menghayati setiap bait umpama mendengar luahan suaminya. Kemudian dia tersenyum manis.

I've been looking for someone to she'd some light,
Not somebody just to get me through the night,
I could use some direction,
And I'm open to your suggestions.

Azaril menarik tangan Trisha untuk bangun. Mereka menari sambil menyanyikan lagu kegemaran Azaril. Trisha memaut lembut leher Azaril dan Azaril meletakkan tangannya di pinggang Trisha.

All I wanna do is find a way back into love.
I can't make it through without a way back into love.
And if I open my heart again,
I guess I'm hoping you'll be there for me in the end!


Mereka saling berpandangan.

“ This is my…word to you,” bisik Trisha.

There are moments when I don't know if it's real
Or if anybody feels the way I feel
I need inspiration
Not just another negotiation

Dan sekali lagi mereka menyanyikan bahagian korus dengan penuh perasaan. Mata masing-masing sudah bercahaya. Cahaya apakah? Yang pasti mereka mempunyai perasaan yang sama saat ini.


All I wanna do is find a way back into love,
I can't make it through without a way back into love,
And if I open my heart to you,
I'm hoping you'll show me what to do,
And if you help me to start again,
You know that I'll be there for you in the end!

Hey,” Azaril mencium dahi Trisha lembut.

“ Malasnya nak bangun. Dahlah hujan…”

“ No. You kerja kan. Get up,” Trisha ingin bangun namun tangan Azaril pantas menarik isterinya ke dalam pelukan.

“ Alah, kerja tu bila-bila boleh masuk,” Azaril mengangkat keningnya.

“ Tak nak pergi kerja eh. Okay… Then, I tak payah balik rumah kitalah kan?”

“ No! No! No! Okay, I mandi dulu,” Trisha tersenyum menang. Dia kembali berbaring.

Dia langsung tidak menyangka perpisahan selama beberapa jam itu mampu meresahkan mereka. Dan yang paling mengejutkan Azaril turut menyayanginya. Dulu, bukan main suaminya itu mengatakan susah untuk menyayanginya. Akhirnya, Azaril sendiri yang mencari Trisha kembali. Lelaki dengan egonya takkan terpisah.

“ Dah lama buat kerja ni?” Azaril tersenyum.

“ Dah lama dah. Since…I ada isteri lagi…”

“ Oh ya? Kenapa tak mandi lagi?”

“ I kalau bolehlah kan…naklah mandi dengan wife I. Macam tak seronok pulak mandi sorang-sorang. Sejuk ni,” Trisha menampar belakang badan Azaril yang sedang meniarap itu.

“ Mengadanya. Pergi ajelah mandi,” Azaril menggeleng.

“ No!”

Hish, sabar sajalah!


“ Okay. Jom,” Azaril tersenyum nakal. Dah macam budak-budak biarpun dah masuk tiga puluh tahun.

Wednesday, 2 October 2013

e-novel : Hello, Mr LA! 9


Trisha berbaring sambil memeluk bantal peluknya. Rasanya sudah lama dia tidak tidur di dalam bilik ini. Dia jarang balik ke rumah ibu bapanya sejak berkahwin memandangkan dia sudah terbiasa di rumahnya dan Azaril. Adakah tidur malamnya akan lena tanpa Azaril di sebelah? Trisha bangun ke almari dan mengeluarkan teddybear yang besar. Lebih kurang sahaja sizenya dengan Trisha.

“ Be my husband tonight and…for the next next next night too, Wilbear,” gumam Trisha sambil meletakkan teddybear besar itu di sebelahnya. Tangannya memeluk erat teddybear yang digelar Wilbear itu.



Tiba-tiba Trisha teringat saat Wilbear datang dalam hidupnya.

“ Kita datang sini buat apa?” tanya Trisha dengan kerutan di dahi. Azaril menarik tangan Trisha masuk ke dalam kedai teddybear. Pelbagai jenis teddybear yang djual di kedai itu.

“ Sinilah. I nak you tolong pilihkan teddybear untuk anak kawan I. Tomorrow…is her birthday. I don’t know how to choose this…millions bear,” minta Azaril sambil mendepangkan tangannya.

“ Hmmm…let me think. Berapa umur anak kawan you tu?”

“ Seven years old…”

Trisha tawaf satu kedai untuk mencari teddybear yang sesuai untuk dijadikan hadiah. Dan…akhirnya dia menjumpai patung…Totally Spies! Sebenarnya, kartun itu merupakan kegemarannya. Tetapi…dia pasti kanak-kanak sekarang juga turut meminati tiga orang pengintip muda itu.

“ Totally Spies? Are you sure?”


“ Yupp. Why not…you just trying. Maybe she’ll love it. Tak cuba, tak tahu,” Trisha mengambil ketiga-tiga patung itu dan dibawa ke kaunter pembayaran.

“ Wrap this. And put it in the box. Birthday present,” suruh Azaril. Pekerja kedai itu mengangguk dan melakukan kerjanya dengan pantas.

“ Sayang, can I have this?” Azaril membulatkan matanya. Pekerja-pekerja di kedai itu sudah tersenyum-senyum.

“ You want this?” soal Azaril separuh tidak percaya.

“ Yes…”

“ For what? You dah dua puluh lima tahunlah. Tak payah main lagi dah teddybear bagai ni,” Trisha mencebik.

“ Alright. Then…you jangan marah I tau kalau I peluk lelaki lain…”

“ Apa?”

“ Alah, you belikan ajelah. Nanti tak adalah I sorang-sorang kat rumah bila you pergi kerja,” Trisha mengangkat keningnya berulang kali.

“ Yelah…yelah. Herrrggghhh,” Azaril buat muka geram. Trisha tersenyum penuh gembira. Dia meletakkan teddybear yang hampir sama besar dengannya itu di atas kaunter.

“ Wrap ni sekali eh. Terima kasih,” Azaril menggelengkan kepalanya. Nasib baik isteri. Kalau kekasih…tak adanya dia nak belikan.

“ Jarang customer yang macam encik dan puan yang datang kat kedai kami ni,” kata salah seorang pekerja kedai itu.

“ Kenapa?” tanya Trisha ingin tahu.

“ Selalunya yang datang…parent yang belikan anak dia orang teddybear. Itupun lepas anak dia orang paksa. Tak pun…pasangan couple yang selalu keluar macam tu aje. Sebab si boyfriend tak nak belikan teddybear,” jelas pekerja ramah.

Azaril dan Trisha ketawa serentak. Macam-macam ragam orang sekarang ni.

“ Biasalah tu, dik. Bukan semua orang yang sweet macam kita orang ni,” Trisha buat mimik meluat.

“ Sweet sangat. Alah, you all tulis aje kat depan pintu tu. Customer yang ikhlas sahaja dibenarkan membeli di sini…”

“ Amboi…bankruplah kedai ni. You nak tanggung ke?”

“ Suggestion aje, cik abang oi…”

“ Betul jugak tu. Berapa kerat aje sebenarnya orang yang betul-betul nak beli teddybear. Kadang-kadang…ada aje yang menjeling tengok teddybear ni semua. Tapi…hampeh. Dia orang lebih sayangkan duit daripada nak melabur untuk yang tersayang,” Pandai juga pekerja itu berhujah.

“ Dia orang tengah merancang tu. Survey,” gurau Azaril.

“ Maybelah. Alright, dah siap,” Trisha mengambil teddybear yang besar itu sementara Azaril membayar semuanya.


“ Suka?”

“ Suka sangat-sangat…”

“ Lepas ni…I peluk bantal ajelah ye,” Azaril yang sedang memandu itu mengerling si isteri di sebelah.

“ Eh, mana boleh. You kena peluk both of us,” balas Trisha sambil tangannya memeluk lengan Azaril.

“ Alah, you peluk ajelah teddybear you tu,” Azaril berpura-pura merajuk.

“ Ceh, sensitivelah pulak, Doktor Raffiqi ni. Tak nak kawanlah…”

“ Tak nak kawan konon. Tapi…peluk kita jugak,” Trisha tesengih comel.

“ Biarlah. Suami kita,” Tangan kiri Azaril memeluk kepala Trisha dibahunya. Sementara tangan kanan masih mengawal stereng.

“ Nasib baik. Kalau tak…I debush you ke luar,” Trisha mengecilkan matanya.

“ Sampai hati you nak debush I. Malam ni tidur soranglah…”

“ Okay…okay. I tak debush you. I sayang you aje…”

“ I know. Dahlah, tak nak kacau you drive,” Trisha membetulkan duduknya. Dia memeluk teddybear itu.


Trisha kembali ke dunia nyata apabila terdengar pintu biliknya diketuk dari luar. Dia bergerak malas untuk membuka pintu. Dengan baju tidur kartunnya yang separas lutut dan rambut yang berserabut dek bermain dengan Wilbear tadi.

“ Ada apa?” tanya Trisha malas.


“ Miss you,” balas satu suara garau. Trisha pantas mengangkat wajahnya. Azaril!



Tuesday, 1 October 2013

e-novel : Hello, Mr LA! 8


Azaril membuka lampu ruang tamu. Dia menghempaskan badannya ke sofa. Dia memandang kosong sekitar ruang tamu dan dapur sebelum melepaskan keluhan berat. Sepatutnya mereka sedang berehat bersama ketika ini. Trisha pasti akan meyediakan air Nescafe panas untuknya.

“ Arggghhh!” jerit Azaril lantang.

Salahnya juga. Siapa yang cadangkan semua ni? Sendiri yang cari pasal. Elok-elok ada isteri…nak berpisah pula. Stress kerja pun bila tenung wajah isteri…hilang tekanan kerja itu. Ini? Stress…nak pandang apa? Dinding? Nasib kaulah Azaril Raffiqi Wilson!

Azaril melangkah malas naik ke bilik di tingkat atas. Sebaik melangkah masuk ke bilik, hidungnya terhidu wangian Trisha. Sentap lagi! Tekanan ini lebih berat dari tekanan kerja. Azaril berlalu ke almari dan mengambil beberapa helai baju dan seluar kerjanya. Dia kemudiannya masuk ke bilik sebelah. Bilik itu selalu digunakannya jika terlalu stress dengan kerja. Lebih nyaman rasanya dibilik itu.

“All I wanna do is find a way back into love. I can't make it through without a way back into love. Iphone 5 milik Azaril berdering lantang.

 “ Hello, ma…”

“ Dah sampai Malaysia?” soal Datin Seri Laila. Azaril menanggalkan jaket kulitnya dan dilemparkan ke katil.

“ Dah sampai rumah pun,” jawab Azaril malas.

“ Ibu bagitahu mama…Fiqqi dan Trish tinggal asing-asing. Kenapa?” Dah agak dah. Soalan itu pasti ditanya.

“ Yes. I’ve made my mind. Cara ni aje boleh buat kita orang tahu…wether we love each other or not,” balas Azaril sambil merenung bulan di jendela.

“ It’s up to you. Even, sekarang pun mama rasa Fiqqi…feel missing right. Your another cup of tea…is not with you…”

“ Maksud mama?”

“ Mama tak halang keputusan Fiqqi tapi…Fiqqi tahu tak? Maybe ibu dan baba sokong decision Fiqqi dan Trish but not me. Bukan mama dan ayah. Selama Fiqqi berkahwin dengan Trish…kamu berdua get along very fast. And…we don’t ever expect that. That’s mean…Fiqqi dan Trish memang boleh bersama. Both of you had fall in love…since Fiqqi shake hand with the kadi lagi. Cuma…masing-masing selalu fikir yang kamu berdua ni just kawan aje,” ujar Datin Seri Laila panjang. Azaril terdiam.

“ Tapi…”

“ Dengar apa yang mama nak cakap,” potong Datin Seri Laila. “ Fiqqi pernah tanya apa perasaan Trish pada Fiqqi?” soal Datin Seri Laila pula.

“ Tak. Tapi dia mengaku yang dia sayangkan Fiqqi…concern about me,” balas Azaril jujur. Sememangnya Trisha ada mengatakan itu ketika di Los Angeles.

“ Then…that’s the answer. Seorang isteri pasti akan menyayangi suaminya. Tidak kiralah suka atau tidak. Fiqqi pernah fikir apa perasaan Trish bila kamu berdua buat keputusan nak berpisah macam ni? Even mama tak ada kat situ tapi mama tahu Trish tak sanggup. Be matured, Azaril Raffiqi Wilson. You’re thirty already,” Azaril mengeluh kecil. Sepatutnya dia perlu berbincang perkara ini dengan orang yang lebih dulu makan garam. Bukannya membabi buta buat keputusan macam ini.

“ What should I do now, mama?”

“ Nak buat apa lagi? Tunggu ajelah. Ibu takkan benarkan Fiqqi bawa Trish balik pun kalau Fiqqi nak ambil Trish. Buatlah apa yang Fiqqi suka. Asalkan dapat puaskan hati Fiqqi,” kata Datin Seri Laila lalu memutuskan panggilan. Mungkin dia sangat marah barangkali.

Iphone 5 tertiarap di atas katil apabila tuan punya badan membalingnya dengan perasaan marah. Namun, Azaril cepat-cepat beristighfar panjang. Dia kemudiannya berlalu ke bilik air dan mengambil wudhuk. Dengan cara itu, dia akan berasa lebih tenang. Amalan yang sering ditinggalkannya itu ternyata mampu memberinya ketenangan yang tidak pernah dirasainya sebelum ini.

Azaril bertafakkur lama di tikar sejadah. Mungkin mencari sedikit kekuatan dan mencari kewarasan akal agar dia dapat berfikir dengan lebih rasional. Diraup wajahnya perlahan. Dia buntu buat seketika. Azaril bangun dan menghampiri meja belajar yang sudah lama tidak dijengahnya. Tangannya laju mengambil sebuah buku yang bertajuk ‘ Kujemput Jodohku’ hasil nukilan Fadhlan Al-Ikhwani.

Buku itu dibelinya setahun yang lalu. Pada mulanya, dia ingin menghadiahkan buku itu kepada kakaknya, Farisha. Tetapi tidak kesampaian apabila Farisha sudah jumpa pengganti bekas teman lelakinya. Azaril menyelak helaian demi helaian dan matanya terpaku pada satu muka surat.

“ Ibnu Al-Jauzy berkata…Sekiranya kamu tidak mampu menangkap hikmah, bukan kerana hikamh itu tiada, tetapi kerana kelemahan daya ingatan kamu sendiri. Kamu perlu tahu, raja juga memiliki rahsia yang tidak diketahui oleh orang kebanyakan. Bagaimana kamu yang begitu lemah, mampu mengungkap semua hikmah-Nya?” baca Azaril perlahan.

Ya! Mungkin ada hikmah di sebalik perpisahan sementara di antaranya dan Trisha. Cuma cepat atau lambat sahaja hikmah itu muncul. Azaril meneruskan pembacaannya. Dek kerana terlalu ralit membaca…dia terlupa akan dirinya yang belum makan sejak bersarapan dengan Trisha tadi.

Mungkin kerana perubahan masa. Waktu pagi di Los Angeles adalah malam di Malaysia. Azaril tersedar apabila telefon bimbitnya berdering. Tanpa melihat nama pemanggil, dia terus mengangkat panggilan. Mata dan fikiran masih tertumpu pada pembacaannya.

“ Assalamualaikum…”

“ Waalaikumsalam,” jawab Azaril pantas.

“ Buat apa?”

“ Baca buku…”

“ Hah? You baca buku? Tak rehat ke?” Azaril menjegilkan matanya sambil melihat nama si pemanggil. My sweetheart!

“ Tengah rehatlah ni. Kenapa call?” Nada Azaril berubah menjadi dingin.

“ Saja. Miss you. And I know…you don’t miss me,” kata Trisha dalam nada bersahaja. Dia perlu bijak menangani suami yang macam Azaril. Egois!

“ Whatever…”

“ Ceh. You ingat…you buat dingin dengan I, I kisah? I tak kisahlah! I kisah apa you tak suka ke apa ke. Janji…I puas,” balas Trisha. Azaril mengerutkan dahinya.

“ Kalau setakat you call…nak cari pasal dengan I, baik tak payah,” marah Azaril. Trisha tersentap. Kena marah lagi! Pujuk diri sendirilah macam ni, desis Trisha.

“ Hmmm…just nak tanya aje. You dah makan ke? Tadi you makan sandwich aje,” Trisha berkata lembut.

“ Belum,” balas Azaril pendek.

“ Okay. Jangan lupa makan tau. I tak naklah nanti I terjumpa you…kurus kering aje. Nanti orang cakap…apalah Trisha ni tak pandai jaga suami…”

“ Nanti I makanlah…”

“ Makan, eh. Sebelum I letak phone…I nak say something,” Trisha berjeda seketika. “ Mama call I…and she gave me a lecture about us. And…I tahu mama pun call you. I just nak you tahu, hidup kita berdua tak ada siapa yang boleh bantu. Melainkan kita sendiri. Yakin dengan apa yang you buat untuk hubungan kita. I yakin dengan you, okay. You pun kena yakin dengan diri you. Grow up. I know…you can,” ujar Trisha perlahan.

“ Sayang…”

“ Janji dengan I, you’ll never leave me,” pinta Trisha lembut. Azaril terkedu.

“ I’m promise,” janji Azaril tenang.

“ Thanks, baby boo. You always be my baby boo, okay. Dahlah, esok you nak kerja kan. Jangan lupa makan. Tidur awal,” pesan Trisha. Azaril tersenyum. Hatinya berasa sangat tenang kini. Trisha memang pandai menenangkannya.

“ Thanks, sweetheart. You always make me calm. You lupa pesan…iron baju dulu sebelum tidur. Baju yang you ironkan dah habis I pakai,” balas Azaril dengan perasaan yang susah hendak digambarkan.

“ Ye ke? Alolo. Kesiannya hubby I. Hmmm…tak apalah. Dulu pun you buat semua tu sendiri. Boleh aje kan. Jangan fikir sangat hal ni. Nanti terganggu pulak kerja you. Tak naklah nanti ada patient yang saman you,” Sempat Trisha bergurau.

“ Iya. Even you tak kerja…tidur awal jugak,” pesan Azaril pula.

“ Baiklah, suamiku yang handsome. Esok you keluar pergi kerja pukul berapa?”

“ Emmm…dalam pukul sembilan macam tulah. Kenapa?”

“ Just asking. Okaylah. Next time…kita chit chat lagi, eh. I’ll always miss you. And…miss the tango too…”

“ Me too. Assalamualaikum…”

“ Waalaikumsalam,” jawab Trisha dan terus dimatikan panggilan telefon.

Azaril tersenyum nipis sambil memandang wallpaper Iphonenya. Gambar Trisha yang diambil semasa sesi fotogafi gambar perkahwinan mereka dulu. Wajah Trisha sangat ceria ketika itu walaupun dipaksa kahwin.

“ Miss the tango? Or the romantic me?” Azaril bermonolog sendiri.