“
Assalamualaikum. Aleesya, datang ke hospital sekarang. Zarra dah nak bersalin,”
kalut Dato’ Amran bersuara. Dia memutuskan talian dan
mendekati isterinya.
“
Abang dah call Aleesya?” soal Datin Zahira.
“
Dah. Lima belas minit lagi dia sampai,” beritahu Dato’
Amran.
“
Lama lagi ke Zarra kat dalam tu, bang? Risau saya,”
Datin Zahira memandang pintu bilik kecemasan itu. Zhafran berada di dalam.
Menemani Zarra bersalin.
“
Kejap lagi keluarlah tu,” jawab Dato’ Amran.
Dua puluh minit kemudian, Aleesya muncul. Dia
menghampiri ibu dan bapa mertuanya.
“
Dah lama ke Zarra kat dalam, papa?” soal Aleesya. Dia duduk di
kerusi bersebelahan dengan Datin Zahira.
“
Hampir satu jam setengah dah Zarra masuk,” jawab Dato’
Amran. Aleesya melihat jam tangannya. Dia berdoa agar Zarra dan bayinya
selamat.
“
Zarra ada komplikasi ke?” soal Aleesya lagi.
“
Bayi dalam perut dia songsang,” beritahu Datin Zahira. Aleesya terkedu. Dia
cuba membayangkan bagaimana keadaan Zarra ketika itu. Ketika lahirkan Aryan
dulu pun dia bertarung nyawa hampir dua jam.
Zarra beruntung kerana Zhafran menemaninya di
bilik bersalin. Sebaliknya Aleesya hanya keseorangan melahirkan Aryan. Terselit
juga sedikit perasaan cemburu apabila melihat kemesraan Zhafran dan Zarra. Zarra
juga memenuhi ciri-ciri isteri idaman Zhafran iaitu bertudung labuh. Siap
berniqab lagi. Aleesya juga bertudung tetapi tidaklah selabuh tudung Zarra.
“
Abang, bagitahulah Sya ciri-ciri isteri idaman abang,”
Aleesya memandang Zhafran. Ketika itu mereka baru sahaja berkahwin.
“
Sayang nak abang bagitahu jujur ke tipu-tipu?” soal Zhafran.
“
Jujurlah,” jawab Aleesya. Zhafran tersenyum.
“
Sejujurnya, abang nak seorang isteri yang bertudung labuh. Yang pandai jaga
maruah diri dan juga maruah suami. Yang paling penting, dia mestilah pandai
melayan kerenah abang,” jelas Zhafran. Aleesya mencebik.
“
Sya sorry. I’m not your type,” sayu Aleesya bersuara.
“
Tapi abang bersyukur sebab Sya dah penuhi dua daripada ciri-ciri tu,”
kata Zhafran sambil tersenyum.
“
Hmmm? Apadia?” tanya Aleesya ingin tahu. Dia bersemangat
kembali.
“
Sayang pandai layan kerenah abang yang manja ni. Dan, Sya pandai jaga maruah
diri dan juga maruah abang,” jawab Zhafran. Aleesya memeluk Zhafran.
Terharu.
“
Yelah tu. Tapi yang tudung labuh tu, Sya minta maaf ye. Sya tak nak jadi
hipokrit,” Zhafran tersenyum.
“
Abang tak kisah pun. Tapi, sayangkan pakai tudung. Tak kiralah labuh ke tidak.
Janji tutup aurat,” balas Zhafran.
“
Terima kasih, abang. I love you so much,” Aleesya mengetatkan lagi
pelukannya.
Aleesya tersentak. Hilang kenangannya bersama
Zhafran dulu. Dia melihat Datin Zahira sudah menerpa Zhafran sebaik lelaki itu
keluar daripada bilik kecemasan. Aleesya memandang ke arah suaminya yang
kelihatan kusut itu. Dia tidak berani mendekati Zhafran.
“
Macam mana, Zhaf? Everything okay?” tanya Dato’
Amran. Zhafran menunduk. Air mata yang sedari bergenang di tubir matanya jatuh.
Dia memeluk Datin Zahira.
“
Zarra dah tak ada, mama, papa,” Zhafran sudah teresak. Dato’
Amran dan Datin Zahira terpempan. Datin Zahira mengusap belakang anak
lelakinya.
“
Banyakkan bersabar, Zhaf. Allah lebih sayangkan Zarra,”
Dato’ Amran cuba menenangkan hati Zhafran. Aleesya
mendekati mereka bertiga. Dia turut terkejut dengan khabar itu.
“
Abang,” lembut Aleesya memanggil. Zhafran mengangkat
wajahnya. Tanpa sedar dia sudah menghampiri Aleesya dan memeluk Aleesya. Dato’
Amran dan Datin Zahira berpandangan. Mereka terkejut melihat Zhafran memeluk
menantu mereka itu.
Aleesya mengusap belakang Zhafran. Cuba
memberikan sedikit kekuatan kepada suaminya itu. Basah tudung dan baju Aleesya
dengan air mata Zhafran. Kalau Sya ditempat Zarra, abang macam ni tak? Mesti tak,
kan? Abangkan dah tak suka Sya, desis Aleesya.
“
Abang, jom kita balik. Dah nak malam ni,” ajak Aleesya. Zhafran masih
mengeraskan dirinya di hadapan kubur arwah Zarra. Aleesya duduk bersimpuh di
sebelah Zhafran yang sedang bersila di atas tikar itu.
“
Zarra, your husband ni keras kepalalah. Dulu tak macam ni pun. Could you please
give him a lesson?” Aleesya mengusap tanah yang masih merah itu.
Zhafran terdiam.
“
Jom, balik,” Zhafran sudah bangun berdiri. Aleesya turut
berdiri dan mengambil tikar dan dilipatnya. Aleesya mengikut di belakang
Zhafran menuju ke kereta. Sesekali Zhafran berpaling ke belakang. Melihat kubur
arwah Zarra.
Aleesya sebak. Sebut sahaja nama Zarra, lelaki
itu terus akur dengan ajakannya. Abang dah tak sayang Sya, desis Aleesya sayu.
Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Zhafran dan Aleesya hanya diam. Tidak ada
topik yang ingin dibualkan. Aleesya memandang sejenak ke arah Zhafran yang
serius memandu itu. Pilu hatinya.
Zhafran memasang radio. Alunan lagu Arden Cho,
I’m the one to blame berkumandang. Aleesya
tersentak. Dia membuang pandang ke luar tingkap. Lagu itu menjadi lagu
kegemarannya sejak dia kehilangan Zhafran. Dia dah hilang suaminya.
And I know it’s too
late for me to say this to you,
But I hate myself more
for pushing you out of that door,
Wish I would to say
all this things when I had you in my life,
But you moved on with
another, did not know,
I’m the one to blame.
Aleesya menggenggam kedua belah
tangannya kuat. Dia menahan air matanya dari menitis. Tangannya diangkat ingin
menukar frekuensi. Belum sempat dia menukar, tangannya ditepis oleh Zhafran.
“ Jangan. Aku nak dengar lagu ni.
Zarra suka lagu ni,” marah Zhafran. Aleesya terkedu. Dia memandang Zhafran yang
sedang menahan marah itu. Air mata yang di tahan mengalir juga.
“ Abang, tolong berhenti kat
depan tu,” pinta Aleesya.
“ Nak buat apa?” dengus Zhafran.
“ Berhenti je,” arah Aleesya.
Zhafran memberhentikan keretanya. Aleesya memandang Zhafran seketika.
“ Thanks. Sya balik sendiri. That
song make me hate you. Anggaplah Sya tak pernah muncul dalam hidup abang.
Terima kasih sebab pernah sayangkan Sya. Terima kasih juga sebab hadiahkan
Aryan untuk Sya,” ucap Aleesya dan bingkas turun dari kereta Zhafran. Kebetulan
ada teksi yang lalu dan Aleesya menaiki teksi itu dengan linangan air mata. Dia
terlalu kecewa.
Zhafran terpempan. Dia memandang
kosong ke arah teksi yang sedang berlalu. Dia meraup mukanya. Dia sedar akan
kesilapannya. Tapi dia tidak dapat menahan perasaan bersalahnya terhadap arwah
Zarra.
Aleesya buntu ingin ke mana.
Kalau balik ke rumah Encik Lutfi, daddy Aleesya pasti akan disoal macam-macam.
Mana Zhafran? Kenapa tak balik dengan Zhafran? Kenapa tak pergi rumah mertua?
Dia penat begitu. Tanpa sedar, Aleesya menyuruh pemandu teksi menghantarnya ke
rumah yang mempunyai banyak kenangan bersama Zhafran. Ya, banglo milik Zhafran.
“ Terima kasih, pak cik,” ucap
Aleesya kepada pemandu teksi itu. Pemandu teksi itu mengangguk dan berlalu dari
kawasan banglo itu.
Aleesya mencari kunci dan membuka
pintu utama banglo itu. Dia berjalan perlahan di sekitar ruang tamu, dapur dan
ruang rehat di tingkat bawah. Kakinya sudah melangkah naik ke tingkat atas.
Satu persatu kenangannya bersama Zhafran terlayar di mindanya.
“ Inilah rumah aku. Jom masuk,”
jemput Zhafran ramah. Aleesya mengekori Zhafran.
“ Cantik. Pandai awak decorate
rumah ni,” puji Aleesya. Zhafran tersenyum. Dia mengurut pelipisnya.
“ Biasa je. Tapi sekarang lagi
berseri sebab dah ada puteri yang bakal menyerikan teratak sederhana Ammar
Zhafran,” kata Zhafran. Aleesya ketawa. Zhafran mengangkat keningnya sambil
memandang Aleesya.
“ Jiwang. Tapi comel,” kata
Aleesya sambil tersengih. Zhafran mencubit pipi putih mulus milik Aleesya.
Aleesya membalas dengan mencubit pipi Zhafran kembali. Berlakulah adegan
kejar-mengejar di dalam banglo itu.
Aleesya tersenyum mengingati
kenangan-kenangan romantik yang menjadikan mereka lebih rapat walaupun mereka baru
sahaja kenal. Aleesya menolak pintu
bilik utama. Biliknya bersama Zhafran. Dia memandang foto perkahwinan mereka
yang tergantung di dinding. Keadaan bilik itu masih sama. Masih teratur seperti
dia tinggalkan rumah itu hampir setahun yang lepas.
Aleesya berlalu ke meja kerja Zhafran.
Matanya tertancap pada sebuah diari yang berwarna ungu gelap. Dia mengambil
diari itu dan dibuka. Aleesya tersentak. Ada foto dia dan Zhafran sedang
bercuti di Cameron Highlands. Ketika itu Aleesya sedang mengandungkan Aryan
empat bulan. Aleesya membuka halaman pertama.
5/1/2012
Hari ni aku kahwin. Best gila. Kahwin segeralah katakan.
Nama isteri aku Aleesya Qaisara. Sedapnya nama dia. Diari lama aku dah bakar.
Takut bini aku jumpa kang. Tak pasal je dia mintak cerai. Yelah. Diari lama aku
kan pasal perempuan-perempuan yang aku dok bawa ke hulu ke hilir. Aku nak
berubah. Jadi, aku tak naklah ingat kisah lama. Yang penting, aku nak
happy-happy je dengan isteri aku tu. Aku teringin nak panggil dia sayang tapi
aku segan. Yelah. Aku just bahasakan aku kau je dengan dia. Nanti kalau aku
tukar dia gelakkan aku pulak. Ish, tak nak aku. For my last word, I will love
you forever, my dear Aleesya Qaisara. ( gediknya aku ). Ngeeee…..
Aleesya tersenyum.
10/1/2012
Hari ke enam aku kahwin. Hmmm, hari ni sayang aku nampak
cute sangat. Aku tahu dia nak goda aku. Ada ke patut dia pakai legging dengan
kemeja putih yang jarang. Weh, aku tergoda beb. Dia cantik sangat malam ni. Tak
cukup nafas aku ni bertahan. At last aku dapat hak aku jugak. Tak malu kan aku
cerita kat dalam ni? Tapi tak apa. Nanti cukup tahun aku bakarlah diari ni.
Bukan ada orang boleh baca pun, kan. Aku suruh dia pakai seksi bila aku ada kat
rumah. Gila tak aku? Biarlah. Dia isteri aku. Kepunyaan
aku. Tak sabarnya nak tunggu sayang aku tu
pregnant. Esok aku sambung lagi eyh. Sayang aku dah panggil tu. Auummm…
Aleesya termalu sendiri. Apa
abang tulis ni, getus Aleesya. Dia menyelak helaian seterusnya.
11/1/2012
Sayang aku tanya pasal ciri-ciri isteri idaman aku
tiba-tiba. Aku sebenarnya terkejut. Tapi aku buat relax je. Aku jawab ajelah
jujur pasal ciri-ciri isteri idaman aku.
1. Pakai tudung labuh.
2. Pandai layan kerenah aku yang agak manja ni
3. Boleh jaga maruah diri dan maruah suami
4. Memahami
5. Boleh terima baik buruk aku
6. Tak cerewet sebab aku benci perempuan yang cerewet
7. Bekerjaya (sebab aku takut kalau aku dah tak ada, dia mampu
jaga diri)
Aku cuma bagitahu sayang aku tiga yang teratas je. Dia ada
ciri-ciri yang aku nak. Kecuali yang first and yang last tu dia tak ada. Sayang
aku memang pakai tudung tapi tak labuh sangat. Cuma tutup dada aje. Tapi aku
suka bila dia pakai jubah. Cantik sangat.
15/2/2012
So sad today. Sayang aku marahkan aku. Mungkin sebab aku
selalu tinggal dia kot. Patutkah aku lupakan ciri-ciri isteri idaman aku yang
keempat tu? Dia tak memahami aku . Sayang aku selalu membebel kalau aku balik
lambat. Ya Allah, sabar jelah. Disebabkan dia marah aku, dia tak masak hari ni.
Aku memang lapar gila. Balik-balik je tak ada makanan. Sayang aku dah berani
cabar aku. Tersilapkah aku pilih dia sebagai isteri aku. Arrrggghhh, aku kusut.
Aku, kan arkitek. Selalu kena outstation. Kena jugak tengok-tengokkan site. Aku
biar je dia merajuk. Malas aku nak pujuk. Lantaklah.
Abang kutuk Sya? Sampai hati
abang. Sya bukan marah sebab abang selalu tinggalkan Syalah. Sya marah sebab
abang tak ingat hari lahir Sya, desis Aleesya. Dia mengelap air mata yang jatuh
ke pipinya dengan tangan.
16/3/2012
Dah sebulan aku tak tulis kan? Sebab aku tak ada apa nak
bagitahu. Sepanjang sebulan ni aku tak bercakap langsung dengan sayang aku. Dia
pun sama. Memang benar-benar menguji aku. Tapi aku puji dia sebab dia masih
melayan keinginan aku even kita orang bergaduh. Dia langsung tak tolak, okay.
Aku tabiklah. Tu yang aku suka. Eyh!!! Bukan maksud aku ni buat dia pemuas
nafsu aku. Bukan. Aku kan lelaki. Mana nak tahan. Lagipun dia pakai seksi
sangat. Goyah aku. Hehehe… Aku dah
nekad hari ni aku nak mula cakap dengan dia. Aku sayang dia
beb. Dialah nyawa aku.
30/4/2012
WORLD!!! I’m very happy. Sebab? Sayang aku pregnant!!! Gila
aku tak happy. Aku sayang dia sangat-sangat. Tapi kesian kat dia. Asyik muntah je.
Aku pun tak tahu macam mana nak tolong dia. Pagi-pagi mesti dia uweeekkk. Aku kat tempat kerja pun tak senang. Nasib
baik dia pandai pujuk aku. Dia selalu tenangkan aku. Dia tak merungut lagi dah.
Comel je aku tengok dia. Maybe sebab dia pregnant kot.
7/5/2012
Kaki aku kena kaca. Sakit gila okay. Tapi sakit kejap je.
Lepas sayang aku tiup kat tempat luka tu terus rasa lega. Pandai sayang aku
ubatkan aku. Aku tengok gaya dia ubatkan aku macam orang professional. Muka dia
serius sikit. Lepas tu, time dia ubatkan aku tu dia cuba bercakap dengan aku.
Terus hilang rasa pedih kat kaki aku. Sayang comellah bila serius macam tu. Ni
yang buat abang nak sakit lagi. Tambah pula time macam nilah aku nak bermanja
dengan dia. Sweet, kan.
“ Sweet sangat, abang. Sya rindu
abang,” Aleesya mencium gambar Zhafran yang sengaja ditangkap ketika sedang
mencium perutnya. Dia rindukan Zhafran yang sentiasa menjaga hatinya. Tak
pernah marahkannya.
28/6/2012
Gambar kat atas tu gambar baby aku and sayang aku. Kecil
lagi. Tak sabar pula aku nak tunggu baby kami lahir. Mesti muka dia macam muka
kita orang. Muka aku and sayang aku kan nak sama. Orang cakap kalau muka nak
sama jodoh panjang. Entahlah. Aku nak bagi nama apa ye kat anak kami tu? Aku
sukalah nama Aryan. Aku harap sangat sayang aku suka nama tu. Aku simpan nama
belakang baby kami. Biar sayang aku yang bagi pulak. Panjang sikit nama anak
kami tu. Macam nama papa and mama dia juga.
4/7/2012
Aku busylah sekarang ni. Banyak project masuk. Tak sempat
nak report aktiviti aku kat sini. So, aku tulis bila ada masa jelah. Jangan marah
cik diari. Even aku busy gila, aku tipu sayang aku. Aku cakap aku tak busy. Aku
tak nak dia terlalu fikirkan pasal aku. Kesian kat sayang aku dengan Aryan.
Berangan je aku ni nak dapat baby boy. Kalau yang keluar tu baby girl, mahu
tomboy anak kita orang tu. Ish, tak sanggup. Ganas semacam je nanti.
“ Abang ni kelakarlah. Nasib keluar
baby boy. Nama anak kita Muhammad Aryan Mikhail,” Aleesya tersenyum. Dia
membuka helaian demi helaian. Dan matanya terpaku pada helaian bulan September.
Bulan yang sepatutnya Zhafran balik Malaysia.
26/9/2012
It’s like I was dreaming. Hari ni aku berkahwin buat kali
kedua. Sayang, maafkan abang. Abang bersalah pada sayang. Aku menyesal sangat
sebab ikut Irfan and Syakir pergi kelab. Aku ingat dia orang nak bawa aku pergi
mana. Rupanya kelab malam. Aku dah tolak. Tapi, dia orang ni pandai pancing
aku. Masukkan ubat kat dalam minuman aku. Ubat apa entah. Bila aku sedar aku
dengar ada suara perempuan menangis. Aku ingat aku dah sampai kat rumah aku.
Aku rindu gila dengan sayang aku. Perempuan tu cakap aku rogol dia. Weh, gila
tak gila. Aku tak percaya semua tu. Tapi perempuan tu baik. Dia pakai tudung
labuh. Dia pun terperangkap. Kakak dia jual dia kat ketua kelab ni. Kawan aku
yang ‘bagus’ sangat tu dah hadiahkan aku bala. Disebabkan aku kesiankan
perempuan ni, aku buat keputusan yang memang akan buat sayang aku benci aku.
Apa lagi, bertanggungjawablah. Dia pun setuju kahwin dengan aku. Aku dah
bagitahu dia yang aku dah kahwin. Dia boleh terima. Aku pun takut kalau
perempuan tu mengandung. Haru aku. Perempuan tu nama dia Zarra Aina.
5/11/2012
Betul cakap aku. Zarra pregnant!!! Aku kusut sekarang ni.
Bulan depan sayang aku nak bersalin. Tapi aku tak berani nak balik rumah. Aku
bawa Zarra jauh dari kawasan rumah aku, rumah parent aku and rumah mertua aku.
Aku sekarang ni dekat Sungai Petani, Kedah. Aku menyewa dekat sini dengan
Zarra. Zarra baik sangat. Terlalu baik. Dia jaga makan minum aku. Dia selalu
tenangkan aku. Pendek kata, dia ada semua ciri-ciri isteri idaman aku. Nak tahu tak? Zarra seorang pensyarah dekat UIA.
Aku rasa aku dah mula sayangkan dia. Dia pandai layan aku. Sikit pun dia tak
mengadu. Duit simpanan aku memang cukup nak tampung hidup kami kat sini. Cukup
untuk setahun dua. Tapi aku tak bercadang nak terus tinggal kat sini. Zarra
selalu pesan kat aku suruh balik rumah. Jumpa sayang aku. Jumpa family. Tapi
aku takut dia orang tak boleh terima aku.
31/12/2012
Pengakhiran tahun 2012. Aku rindu sayang aku. Apa khabar
dia? Apa khabar papa and mama? Apa khabar daddy and mummy? Ya Allah. Kuatkanlah
hati aku. Setiap malam aku bangun bertahajjud. Mendoakan sayang aku. Doakan
Zarra. Dan juga doakan family aku. Semoga tahun depan ada sinar baru dalam
hidup aku. Maybe sayang aku dah bersalin. Baby boy or baby girl? Aku pun tak
tahu. Zarra pujuk aku. Dia suruh aku balik temankan sayang aku. Tapi aku tak
sanggup tinggalkan Zarra. Dia juga perlukan aku. Allah titipkan perasaan kasih
dan cinta aku untuk Zarra. Dia anugerah terindah yang hadir dalam hidup aku.
Aku rasa sangat tenang ketika bersama Zarra. Aku janji aku akan jaga dia dengan
sebaiknya.
Aleesya menutup diari milik
Zhafran. Air matanya menitis lagi. Dia tahu suaminya terseksa. Aleesya
mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor seseorang. Belum sempat dia
menelefon orang itu, dia mendengar bunyi deruman kereta memasuki porch banglo
itu. Mungkin Zhafran yang pulang. Aleesya berlari keluar dari bilik itu dan
memasuki bilik tetamu di tingkat yang sama.
Zhafran duduk di sofa. Dia
melepaskan keluhan kasar. Dia buntu. Dalam hatinya masih menyayangi Aleesya.
Tetapi bila terfikirkan arwah Zarra, hatinya sakit. Arwah Zarra terlalu baik.
Walaupun isteri keduanya itu sudah tiada, dia tidak sanggup mengkhianati
cintanya pada isterinya itu.
Zhafran berlalu ke dapur.
Tiba-tiba tekaknya terasa dahaga. Secara tak sengaja Zhafran terpecahkan kaca.
Aleesya yang terdengar bunyi kaca pecah tersentak. Dia nekad untuk bersemuka
dengan Zhafran. Aleesya menuruni anak tangga dengan berhati-hati. Dia turut
memegang diari ungu milik Zhafran.
“ Kali ni abang pecahkan apa
pulak?” Zhafran tersentak. Dia mengangkat wajahnya yang tadinya memandang ke
arah serpihan kaca yang terpecah itu. Aleesya menunduk. Dia mengutip satu
persatu kaca yang bersepah. Dalam masa tiga minit, dapur itu sudah bersih dari
kaca.
“ Kau buat apa kat sini?” tanya
Zhafran keras.
“ Abang dah lupa ye? Ni pun rumah
Sya juga. Barang-barang Sya pun still kat sini lagi,” Aleesya tersenyum. Dia
cuba bertenang.
“ Apa kau nak buat dengan diari
aku ni? Siapa suruh kau ambil?” tengking Zhafran. Bahu Aleesya terangkat.
Terkejut dengan tengkingan Zhafran.
“ Sya…Sya terjumpa kat dalam bilik.
Sorry sebab Sya dah baca diari abang,” takut-takut Aleesya menjawab. Zhafran
menjegilkan matanya. Tanpa sedar, dia menampar kuat pipi Aleesya.
“ Siapa suruh kau baca? Aku tak
suka orang sentuh barang aku. Terutamanya kau,” tengking Zhafran lagi. Aleesya
mengusap pipinya yang terasa sakit. Abang tampar Sya, rintih Aleesya. Air
matanya bagaikan habis. Langsung tidak menitis langsung.
“ Sorry. Sya nak abang tahu. Sya
bukan marah abang sebab abang selalu tinggal Sya. Tapi sebab abang tak ingat
birthday Sya. Sya suruh abang balik awal tapi abang still balik lambat. Sya tak
kisah pun kalau abang nak kerja sampai seminggu tak balik rumah. Tapi abang
lupa tarikh penting untuk Sya. Sya dah ingatkan abang tapi abang langsung tak ingat,”
Aleesya menarik nafasnya dan dilepaskan. Zhafran mendengus.
“ Sya terkilan abang tak ada masa
Sya lahirkan Aryan. Dua jam Sya kat dalam labour room, abang. Sya dah tak kisah
kalau Sya meninggal time tu. Tapi Sya kena kuat. Macam mana dengan Aryan kalau
Sya tak ada. Dia satu-satunya harta yang abang tinggalkan untuk Sya,” luah
Aleesya.
“ Get out from this house. Aku
tak nak dengar apa-apa pun,” halau Zhafran. Dia menekup kedua belah telinganya.
“ No, abang. You have to listen
what I want to say,” Aleesya menarik tangan Zhafran yang sedang menekup
telinganya.
“ Abang berkahwin dengan Sya and
Zarra dalam tahun yang sama. Sya tak sempurna untuk abang. Dan Zarra sangat
sempurna untuk abang. Apa yang abang nampak dalam diri Sya, itulah Aleesya
Qaisara bagi abang. Abang tak pernah
ambil tahu pasal Sya. Abang tak pernah tanya apa kerja Sya. Pasal family Sya.
Abang tak tahu banyak tentang Sya. Tapi, abang tahu semua pasal Zarra. You
deadly love her, abang. Abang lupa tanggungjawab abang pada Sya,” kata Aleesya
sayu. Dia menatap wajah Zhafran. Zhafran kelihatan sangat kusut dan serabut.
Aleesya menggenggam kedua tangan
Zhafran. “ Abang, look at me. Abang tahu tak Sya terseksa sebab Sya tak dapat
nak penuhi semua ciri-ciri isteri idaman abang. Sya cuba tapi semuanya gagal.
Sya tinggalkan dunia Sya dan masuk dalam dunia abang,” Aleesya menarik tangan
Zhafran ke ruang tamu. Baru sahaja Aleesya ingin membuka mulut, telefon bimbit
Zhafran dan telefon bimbitnya berbunit serentak.
Aleesya merampas telefon bimbit Zhafran
dan membuka bateri telefon bimbit itu. Begitu juga dengan telefon bimbitnya.
“ Hey! Kau buat apa ni? Entah dia
orang call sebab nak bagitahu anak aku menangis ke apa ke,” tempik Zhafran.
Aleesya membiarkan. Dia melempar telefon bimbit mereka ke atas permaidani.
“ Abang dengar apa Sya nak cakap.
Abang adalah orang pertama yang Sya jumpa sebaik sampai di KL. Sya tak kenal
sesiapa di sini selain daddy, mummy and abang Aiman. Daddy suruh Sya cari abang
Aiman dekat kelab malam yang Sya jumpa abang tu. Masa tu Sya baru je sampai
dari kampung. Sya cuba cari abang Aiman tapi tak jumpa. So, Sya ingat nak balik
rumah je. Then, Sya terserempak dengan abang. Remember? Abang terlanggar Sya
sebab mabuk,” Aleesya memandang Zhafran yang sedang menunduk itu. Dia tidak
mengendahkan cerita Aleesya. Sekejap dia bermain dengan jari jemarinya. Sekejap
dia mengurut pahanya. Aleesya mengetap bibirnya.
“ Abang dah tak sayang Sya?”
tanya Aleesya tiba-tiba. Dia menunduk. Zhafran mendengus. Tanpa menghiraukan
pertanyaan Aleesya, dia bangun dan berlalu ke tingkat atas. Aleesya mengeluh kasar.
smbng lagiiii... tapi kesian dekat Aleesya..
ReplyDeletezhafran x patut uat mcm 2