Lima bulan kemudian
“ Sayang,” jerit Zhafran kuat dari
dapur.
“ Ya Allah. Kenapa dengan abang ni?”
soal Aleesya. Dia membawa Zhafran ke ruang tamu.
“ Aduh. Sakitnya,” Zhafran memegang kakinya
yang terluka. Aleesya berlari ke dapur semula untuk mengambil peti kecemasan.
“ Kaki abang kena apa ni?”
soal Aleesya. Dia membuka peti kecemasan yang diambil di dapur tadi.
“ Kena kaca kat dapur tu. Abang terpecahkan
pinggan tadi,” jelas Zhafran sambil menahan kesakitan. Darah
di kakinya keluar semakin banyak.
“ Sini. Sya cuci dulu darah tu,”
Aleesya mengangkat kaki Zhafran lalu diletakkan di atas pahanya yang telah
dilapikkan kain batik.
“ Auwww. Perlahan sikit sayang. Sakitlah,”
adu Zhafran manja. Aleesya tersenyum. Geli hati pula tengok muka suaminya yang
cemberut menahan sakit itu.
“ Abang ni. Dah macam perempuan Sya tengok. Luka
sikit je pun,” kata Aleesya. Zhafran menyandarkan badannya ke
sisi sofa. Biar isterinya lebih selesa mencuci lukanya.
“ Memanglah luka sikit je. Tapi sakit gila
sayang tahu tak,” manja sahaja suara Zhafran.
“ Iyalah, suamiku sayang,”
Aleesya meniup pada luka di kaki Zhafran.
“ Gelilah, sayang,” Zhafran menggeliat kegelian.
“ Ish, abang ni. Duduklah diam-diam. Orang nak
balut luka abang ni,” Aleesya mengambil antiseptic dan disapukan ke
luka. Dia membalut kaki suaminya dengan berhati-hati. Tak pasal-pasal saja kena
tendang pula dengan mamat tak cukup umur ni. Eh, terkutuk pula. Sorry, abang,
desis Aleesya.
Aleesya menurunkan kaki Zhafran dari ribanya. Dia
mengemas peti kecemasan kan berlalu ke dapur. Dia mengemaskan kaca yang
bersepah di lantai dapur sebelum membancuh air susu panas untuk Zhafran.
Menjadi rutin Zhafran untuk minum susu selepas makan malam. Macam kanak-kanak
saja gayanya.
“ Sakit lagi tak?” soal Aleesya. Dia
menghulurkan mug berisi air susu panas kepada Zhafran.
“ Sakit sikit-sikit,”
jawab Zhafran. Dia meletakkan mug di meja kopi. Zhafran meletakkan kepalanya di
riba Aleesya. Mula nak bermanjalah tu.
“ Nanti hilanglah tu. Harap badan je tegap, tapi
manja gila,” usik Aleesya. Zhafran menarik tangan Aleesya
dan di bawa ke kepalanya. Ingin dibelai.
“ Alah. Bermanja dengan isteri sendiri. Apa
salahnya,” balas Zhafran. Dia memalingkan wajahnya ke
perut Aleesya.
“ Assalamualaikum, baby papa. Sihat?”
Zhafran mengusap perut Aleesya yang berusia tiga bulan itu. Perut Aleesya masih
belum nampak memboyot. Aleesya tersenyum.
“ Abang, tadi masa pergi check up dengan mummy,
Sya terjumpa dengan Harris,” beritahu Aleesya. Zhafran mendongak memandang
Aleesya.
“ Mesti dia kacau sayang, kan? Dia buat apa kat
situ?” tanya Zhafran. Cemburu dibuatnya.
“ Tak kacaulah. Dia bawa wife dia check up. Dulu
bukan main kacau Sya. Alih-alih kahwin juga dengan orang lain,”
Aleesya mengusap rambut Zhafran.
“ Sayang jealous ke?”
soal Zhafran. Aleesya tersenyum.
“ Jealous? Tak kot. Buang masa Sya je nak
jealous bagai,” jawab Aleesya.
“ Manalah tahu. Harris tu kan baik. Tak macam
abang. First time jumpa Sya, dah mabuk-mabuk. Siap sayang nampak abang kena
belai dengan awek lagi,” kata Zhafran selamba.
“ Sekarang kan abang dah tak macam tu. Lagipun,
hari tu abang baru first time minum air tu. Sya tak kisah pun. Yang penting,
abang baik di hati Sya,” balas Aleesya sambil mencubit pipi Zhafran.
Zhafran tersenyum.
“ Terima kasih, sayang. You’re
the best wife I have now and forever,” ujar Zhafran. Dia mencium
lembut perut Aleesya.
“ Cakap Sya best wife tapi cium anak. Apa kes,”
rajuk Aleesya. Zhafran tersengih. Dia bangkit sedikit dan mengucup bibir merah
Aleesya. Aleesya membalas kucupan Zhafran.
“ Kali ni abang outstation berapa hari?”
tanya Aleesya sambil menyalami Zhafran. Sudah menjadi kebiasaan dia menyambut
suaminya itu balik dari kerja. Zhafran memeluk bahu Aleesya. Mereka beriringan
ke ruang tamu.
“ Sebulan, sayang. Kali ni jauh sikit. Abu
Dhabi,” beritahu Zhafran sambil melabuhkan punggungnya
ke sofa berangkai dua.
“ Lamanya. Tak boleh bagi orang lain ke?”
Aleesya memandang Zhafran sayu. Zhafran mencium pipi Aleesya.
“ Tak bolehlah, sayang. Abang kena pergi juga.
Nanti sayang pergi rumah mama atau mummy, eh. Don’t you dare nak tidur seorang
dekat sini,” jawab Zhafran. Siap memberi amaran lagi agar
Aleesya tak tinggal di rumah mereka seorang diri. Aleesya mencebik.
“ Kalau Sya rindu abang macam mana? Ni first
time abang nak tinggal Sya lama-lama,” Aleesya memeluk Zhafran.
“ Ya Allah. Nanti abang call selalulah. Tak pun
kita skype. Hmmm,” pujuk Zhafran. Aleesya menggeleng. Air mata
sudah meleleh di pipinya. Zhafran kaget.
“ Tak nak. Nak abang juga,”
rengek Aleesya sambil memeluk Zhafran erat. Zhafran membalas pelukan isterinya.
Sejak Aleesya mengandung, seringkali isterinya itu bersikap manja. Sensitif
lagilah.
“ Sebulan tu kejap je, sayang. Pejam celik abang
dah balik sini,” pujuk Zhafran lagi. Dia juga turut berat hati
ingin meninggalkan isterinya itu.
“ Tak nak kawan dengan abang dah,”
rajuk Aleesya. Dia melepaskan pelukan dan berlalu naik ke bilik mereka. Zhafran
mengeluh. Dia berlari naik ke tingkat atas untuk memujuk Aleesya.
“ Sayang. Tak naklah macam ni. Abang pergi
sekejap aje,” Zhafran naik ke atas katil. Aleesya berpaling.
Tak mahu pandang wajah Zhafran. Zhafran mencapai tangan Aleesya dan mengucup
tangan itu.
“ Tak baiklah macam ni, sayang. Nanti turun kat
baby perangai sayang ni,” tangan Zhafran mengusap perut Aleesya yang
membuncit itu. Dah masuk enam bulan bayi mereka berada di dalam perut Aleesya.
“ Abang tahukan, Sya tak boleh jauh dari abang,”
kata Aleesya. Dia memandang Zhafran sayu. Berharap agar Zhafran tidak pergi
outstation.
“ Abang pun tak boleh jauh dengan sayang and
dengan baby juga. Tapi, inikan kerja abang,” balas Zhafran. Zhafran menarik Aleesya ke dalam pelukannya.
Tugasnya sebagai arkitek di firma milik Dato’ Amran menjadikan dia seorang
yang agak sibuk. Setiap bulan dia pasti akan bertugas di luar kawasan.
“ Tapi kali ni je tau. Lepas ni dah tak boleh
outstation jauh-jauh,” setuju Aleesya. Zhafran tersenyum. Akhirnya,
Aleesya benarkan dia ke Abu Dhabi.
Sembilan bulan kemudian
“ Aryan, come to mama,”
gamit Aleesya sambil mendepakan kedua tangannya. Aryan yang berusia enam bulan itu merangkak menuju ke arah Aleesya.
Mengekek Aryan ketawa. Aleesya mendukung Aryan dan di bawa ke katil.
“ Anak mama ni dah besarlah. Hari ni kita pergi
rumah tok mummy ye,” Aleesya mencium dahi Aryan.
“ Dah siap, Aleesya? Pak Nan dah tunggu kat bawah,”
muncul Datin Zahira di pintu bilik.
“ Dah, mama. Nak turunlah ni,”
Aleesya memberikan Aryan kepada Datin Zahira. Dia mencapai begnya dan beg
keperluan Aryan lalu turun ke tingkat bawah. Barang-barang yang lain sudah
diangkut semalam ke rumah mummy Aleesya, Puan Aziah.
“ Cucu tok ma ni jangan nakal-nakal tau. Kesian
mama,” pesan Datin Zahira kepada anak kecil itu.
Aryan menayangkan sengihannya. Pipi tembamnya dicubit Datin Zahira. Wajah Aryan
agak mirip dengan anaknya, Zhafran.
“ Meh sini dekat mama,”
Aleesya mengambil Aryan dari dukungan Datin Zahira.
“ Kalau Sya ada masa, datanglah sini. Mama harap
Sya tak ambil hati dengan sikap Zhafran,” kata Datin Zahira. Aleesya
tersenyum.
“ Insya Allah, mama. Nanti mama kirim salam
dekat papa, abang and Zarra ye,” pesan Aleesya.
“ Yelah. Mama minta maaf sangat-sangat,”
pohon Datin Zahira. Dia berasa sangat bersalah ketika ini.
Selepas sebulan Zhafran di Abu Dhabi, Zhafran tidak
memunculkan dirinya di airport ketika Aleesya dan ahli keluarga lain datang
untuk menjemputnya. Mereka buntu bagaimana ingin mencari Zhafran apabila pihak
di Abu Dhabi sendiri telah sahkan Zhafran sudah meninggalkan negara itu.
Dato’ Amran juga mengarahkan orang untuk menjejaki
anak lelakinya itu, namun sia-sia. Langsung tiada berita. Alih-alih, Zhafran
muncul bersama seorang perempuan yang mendakwa dirinya sebagai isteri Zhafran
selepas enam bulan menghilang. Pada mulanya mereka tidak percaya tetapi setelah
melihat surat pernikahan Zhafran dan perempuan itu, mereka terpaksa percaya.
Aleesyalah yang paling terkilan apabila
Zhafran langsung tidak mengendahkannya. Dia juga tidak mempedulikan anak
mereka, Aryan. Beberapa kali juga Aleesya cuba merapatkan Zhafran dengan Aryan
tetapi lelaki itu menjauhkan diri.
“
Aleesya,” panggil Zarra. Aleesya berpaling.
“
Kenapa Zarra?” tanya Aleesya kepada madunya itu.
“
Zarra minta maaf sebab dah hancurkan rumah tangga Aleesya,”
Zarra menggenggam tangan Aleesya. Aleesya tersenyum. Mereka selesa menggunakan
nama masing-masing memandangkan usia mereka sebaya. Dua puluh lima tahun.
“
Tak hancur lagilah. Kami kan belum bercerai lagi. Zarra janganlah risau.
Aleesya okay je,” Aleesya menenangkan hati Zarra.
“
Tak apa. Nanti Zarra pujuk abang. Zarra janji abang akan cari Aleesya and baby
Aryan,” janji Zarra bersungguh-sungguh.
“
Ish, Aleesya tak kisahlah. Awak tu yang kena jaga diri. Baby kat dalam perut tu
jaga elok-elok. Jangan lupa kasi air susu panas kat abang sebelum dia tidur.
Nanti angin satu badan pak cik tu,” pesan Aleesya panjang.
Tangannya mengusap perut Zarra yang berusia sembilan bulan itu. Hanya menunggu masa sahaja. Zarra
mengangguk.
Aleesya berlalu ke kereta. Dia memandang ke
tingkat atas. Zhafran sedang merenung ke arahnya. Aleesya melawan renungan
Zhafran tanpa riak. Dia sungguh terkilan. Dia tahu Zhafran ada alasan yang
kukuh perihal kehadiran Zarra. Aleesya berpaling dan masuk ke dalam kereta. Dia
perlu kuat.
No comments:
Post a Comment