Sunday, 15 September 2013

novel : secret that nobody knows 4


“ Hoi, hidup lagi kau,” terdengar suara seorang perempuan yang sedang menghampiri Arianna sambil mendukung baby comel. Tak ada insurans betul mulut perempuan ni. Detik hati kecil Fariq.

“ Ada jugak orang makan dengan tiub karang,” balas Arianna sambil mengambil bayi comel itu yang sudah menghulurkan tangannya untuk disambut Arianna.

“ Gurau ajelah. Aku sayang kau. Tak nak sebut lagi benda ni, okay,” kata gadis itu.

Matanya memandang Fariq. Sepanjang dia berkawan dengan Arianna belum pernah dia kenal lelaki kacak ini. Memang tak dinafikan lelaki itu sememangnya kacak. Macam model pun ada. Untunglah siapa yang dapat mamat ni. Jangan cakap Rianna punya. Desis gadis itu di dalam hati.

“ Baby Zarra rindu mama, eh. I'm here, sayang,” kata Arianna lembut sambil memandang bayi comel itu dengan penuh sayang.

“ Babe, lelaki handsome ni siapa? Tak pernah tengok pun,” soal gadis itu memuji Fariq terang-terangan.

“ Oh, lupa pulak. Awak, ni kawan saya, Amani. Ni Rayyan, kawan baru aku,” Arianna memperkenalkan kedua-duanya. Masing-masing menganggukkan kepala.

“ Saya nak pergi surau, nak solat zohor. Then nak pergi kantin. Nak pesan apa-apa tak?” soal Fariq kepada Arianna.

“ Kejap. Mak cik, anak aku dah makan ke belum?” soal Arianna kepada Amani. Amani menggeleng. Dah agak dah. “ Awak tolong belikan bubur kosong boleh tak?” Arianna memandang Fariq yang sudah berada di pintu. Dia hanya mengangguk sebelum menghilangkan diri.

“ Eh, nenek. Macam mana kau boleh kenal mamat handsome tu, huh?” soal Amani apabila pasti Fariq sudah jauh.

“ Kau ni kan. Tak habis-habis nak bergosip. Tak adanya kenal-kenal bagai. Aku pun baru jumpa dia hari ni,” jawab Arianna jujur. Dari A sampai Z, dia ceritakan kepada Amani. Tak tinggal sedikit pun.

“ Untunglah kau. Boleh dapat suami handsome macam tu. Ada hikmah jugak la bakal isteri dia meninggal,” ujar Amani selamba.
       
“ Mulut tu aku sumbat baby Zarra ni baru kau tahu. Tak baik tahu tak. Mungkin aku tak kahwin pun dengan dia lepas dia tahu aku bukan penyebab bakal isteri dia kemalangan,” balas Arianna.

Dia tahu Fariq akan menarik balik lamarannya pagi tadi. Masakan lelaki itu sanggup berkahwin dengan perempuan yang langsung tak ada kena mengena dengan dia. Tambahan pula, gadis kesayangan dia baru sahaja meninggal dunia.

“ Yelah. Aku nak balik dah ni. Kau rehatlah. Nak aku bawak Zarra balik ke?” Amani membetulkan tudungnya.

“ Tak payahlah. Nanti aku suruh orang datang ambil dia. Tak puas lagi lah main dengan dia. Lagipun dia tak makan lagi,” Arianna menjeling sahabatnya itu. Macam manalah agaknya anak-anak Amani nanti kalau asyik terlupa sahaja nak bagi makan.

“ Okay,” balas Amani pendek.

“ Kau dah buat apa yang aku suruh tu?” tanya Arianna serius.

“ Dah. Polis dah tangkap lelaki tu. Sekarang ni dia tengah kena soal siasat. Kalau ada apa-apa hal, pihak polis akan call aku,” beritahu Amani.

“ Thanks, Amani. Akhirnya dia tertangkap jugak,” kata Arianna. “ Kalau ada apa-apa hal, kau bagitahu aku, ya,” pnta Arianna. Amani mengangguk.

“ Okaylah. Aku balik dulu, eh. Nanti bila-bila aku datang lagi. Ni beg Zarra aku letak kat kerusi,” kata Amani sebelum memeluk sahabatnya itu. Amani sudah keluar dari bilik wad Arianna. Tinggallah Arianna berdua dengan Zarra.

       
Dicium-ciumnya anak kecil itu. Sejak Zarra lahir, Arianna tidak pernah meninggalkan bayi itu lama-lama. Diagahnya bayi itu. Mengekek ketawa Zarra diusik begitu. Comel. Sedang bermain-main dengan Zarra, muncul Fariq di muka pintu. Tangannya memegang satu bungkusan. Bubur pesanan Arianna agaknya. Fariq menghulurkan bekas itu kepada Arianna. Arianna mengambilnya dan meletakkan bekas itu di atas almari kecil di sebelah katil. Dia membaringkan sedikit Zarra agar senang untuk menyuap bubur.

“ Awak, tolong tuangkan air suam kat dalam cawan tu, “ pinta Arianna. Fariq hanya mengikut tanpa merungut apa-apa. Mana pergi belangnya pun tak tahu. Tak sampai dua puluh empat jam pun, Arianna dapat melihat bermacam-macam watak dalam diri Fariq. Disebabkan kaki Arianna tak dapat digerakkan, dia perlukan bantuan untuk membantunya.

“ Siapa baby ni? Anak awak ke?” soal Fariq ingin tahu. Arianna yang sedang menyuap bubur ke mulut Zarra memandang Fariq sepintas.

“ A'ah. Anak saya, Zarra Adya,” jawab Arianna.

“ Awak dah kahwin?” soal Fariq lagi. Tergelak Ariana dibuatnya. Kalau den sudah kahwin, macam mana den boleh setuju nak kahwin dengan awak tadi, Encik Fariq Rayyan oi.

“ Belum. Ni anak saudara saya. Anak arwah abang saya,” beritahu Arianna. Dia meneruskan suapan. Berselera sekali Zarra makan. Lapar barangkali.

“ Owh, comel. Muka dia macam awak je,” kata Fariq ramah.

“ Orang tua-tua cakap budak-budak akan ikut muka pengasuh dia. Maybe sebab itulah kot. Tapi dah nama pun anak arwah abang saya, mungkin ada iras-iras la kot,” jawab Arianna.

“ Mana ibu dia? Satu lagi, kenapa awak namakan baby tadi dengan Syafa Akira?” akhirnya terkeluar juga benda yang berlegar di mindanya.

“ Entahlah. Dah agak dah awak nak tanya. Arwah bakal isteri awak yang namakan. Saya cuma sampaikan,” balas Arianna sambil tangannya sibuk menyuap Zarra.

“ Tadi awak cakap awak tak ingat pasal kejadian tu,” Fariq sudah melabuhkan punggungnya di kerusi di sebelah kanan Arianna.

“ Saya malas nak bercerita lebih. Saya takut kalau awak tahu, awak berdendam dengan Encik Murad pulak. Dia masih ada tanggungjawab,” jawab Arianna. Dia takut untuk bertentang mata dengan Fariq.

“ Habis, kau tak ada tanggungjawab? Ni baby Zarra siapa nak jaga?” tegas Fariq berkata-kata.

Geram kerana gadis itu sanggup menipunya. Dia bukannya kejam sangat. Sejak mengetahui hal sebenar sebentar tadi, segala kemarahan dan dendam telah hilang. Dia tidak sepatutnya terburu-buru menyalahkan sesiapa. Mungkin sudah tiba masanya Airis pergi meninggalkan mereka.

“ Baby Zarra ni ada mak dia lagi. Atuk and nenek pun dia ada. Saya yang salah sebab tak nampak ada motorsikal yang melintas,” jawab Arianna perlahan. Mereka diam seketika. Masing-masing melayan perasaan.

“ Saya ada pesanan untuk awak,” Arianna memandang Fariq yang ralit merenung Zarra.

“ What?” soal Fariq pendek tanpa memandang Arianna.

“ Saya sempat dengar arwah suruh saya cari Fariq and orang itu adalah awak kan? Dia cakap dia... dia sayang awak sangat-sangat,” akhirnya selesai sudah tanggungjawabnya kepada arwah Airis. Dia tidak perlu mencari lelaki itu kerana lelaki itu sendiri yang datang kepadanya.

“ She said that?” Fariq memandang Arianna dengan perasaan yang terkejut. Arianna mengangguk.

“ Dia tak cakap pun saya tahu dia sayang saya. Tapi kenapa dia pergi dulu?” lirih suara Fariq. Timbul rasa simpati terhadap Fariq.

“ Awak ni. Tak baiklah cakap macam tu. Dah takdir dia pergi hari tu. Awak kenalah redha,” Arianna cuba menenangkan Fariq. Sudahlah baru kenal, pandai-pandai pula dia nasihatkan lelaki itu. Masa arwah abangnya meninggal dulu pun makan masa berbulan juga dia bersedih.

“ Terlalu pantas benda ni jadi. Kami dah berjanji untuk membesarkan anak-anak kami. Nak melancong bersama,” rintih Fariq lagi. Entah kenapa dia berasa selesa menceritakan perasaannya kepada Arianna.

Akhirnya menitis juga air mata yang ditahannya sejak hari arwah Airis meninggal. Dia menangis? Whooaa! Arianna membiarkan sahaja Fariq menangis. Biarlah dia meluahkan segala yang terbuku supaya lega hati lelaki itu. Fariq menunduk sedikit. Malu kerana menangis di hadapan Arianna yang baru sahaja dikenalinya.

Zarra menolak apabila Arianna ingin menyuapkan bubur nasi. Mungkin sudah kenyang. Arianna meletakkan bekas bubur dan mencapai cawan yang berisi air suam dan disuapkan ke mulut Zarra. Kemudian, Arianna mendudukkan Zarra dan menggosok lembut belakang Zarra. Errrgggkkk! Zarra bersendawa. Arianna cuba menahan ketawa. Kelakar pula apabila Zarra sendawa kuat.

Fariq menyembunyikan senyumannya. Dia turut terkesan mendengar sendawa si kecil comel itu. Dia mengangkat mukanya setelah pasti air matanya sudah disapu. Zarra tersenyum comel memandangnya. Sebentar tadi sempat tangan comel Zarra mencapai rambut Fariq. Keletah si kecil juga yang menenangkannya.

“ Boleh saya dukung?” tangan Fariq sudah bersedia untuk mengambil Zarra. Zarra turut berbuat demikian. Arianna meyerahkan Zarra kepada Fariq. Dia membetulkan duduknya. Berbaring sedikit. Lenguh sangat. Bilalah agaknya kakinya itu akan sembuh. Mahunya makan masa berbulan. Kena selalu buat fisioterapi lagi. Malasnya.

“ Nasib baik awak pakai perfume favourite dia. Kalau tak memang dia takkan bagi awak pegang dia punyalah,” kata Arianna. Si comel ini memang agak memilih orangnya. Tak padan dengan kecil. Sesiapa yang ingin berkahwin dengan Arianna sudah diletakkan syarat iaitu Zarra mestilah suka akan lelaki itu. Fariq? Lulus? Tak boleh! Hati Arianna sudah mula gelisah.

“ Perfume saya? Boleh pulak macam tu. Kenapa cute sangat ni? Geramlah,” Fariq mencubit lembut pipi tembam milik Zarra.

       
“Assalamulaikum. Boleh kami masuk?” Terkejut Fariq dan Arianna dibuatnya. Siapakah gerangan pemberi salam itu. Arianna terjenguk sedikit. Fariq sudah macam cacing kepanasan. Tak senang duduk. Apa tidaknya. Mereka adalah ibu bapanya dan ibu bapa arwah Airis.

“ Waalaikumsalam. Masuklah," jemput Arianna. Dia menoleh ke arah Fariq.

“ Parent saya and arwah,” beritahu Fariq perlahan. Datuk Rasyid, Datin Katrina, Encik Halim dan Puan Sarimah sudah masuk dan berada di hujung katil Arianna. Fariq masih mendukung Zarra memandangkan Arianna kelihatan penat. Dia bangun dan bersalaman dengan keempat insan kesayangannya itu.

“ Papa, mama, ibu and babah buat apa kat sini?” soal Fariq.

“ Tak nak kenalkan orang yang bertanggungjawab dalam kemalangan Airis kat kami ke?” Datuk Rasyid sudah berang dengan anak lelakinya. Orang lain sibuk berkabung tapi dia di sini menggatal dengan perempuan lain.

“ Ni Arianna. Dia bukan penyebab kematian Airis,” Fariq cuba membela Arianna. Arianna hanya diam tidak berkutik. Dia tidak mahu bergaduh dengan empat orang penting Fariq.

“ Amboi, dia bela pulak perempuan ni. Habis tu siapa yang sebabkan Airis tinggalkan kita semua?” Datin Katrina bersuara. Geram pula apabila anaknya beria-ia membela Arianna. Encik Halim dan Puan Sarimah hanya diam. Mereka sangat bersedih dengan pemergian satu-satunya anak perempuan mereka.

“ Mama, Arianna bukan penyebab kematian Airis. Siapa penyebabnya? Papa, Mama, Babah, Ibu kena tanya Allah. Dia yang tentukan hidup, mati dan jodoh setiap manusia di muka bumi ini,” Fariq menyerahkan Zarra kepada Arianna yang sudah duduk bersandar kembali. Tertidur rupanya. Berhati-hati Arianna memangku Zarra dengan kedua tangannya. Dia tak boleh meriba bayi itu. Memang lenguhlah nanti.

“ Jomlah kita balik. Betul juga cakap Fariq tu. Tak ada gunanya kita salahkan budak perempuan ni. Dah takdir Airis pergi dulu,” kata Puan Sarimah. Dia sudah redha sebaik mendengar kata-kata Fariq sebentar tadi. Betapa jahilnya mereka bertanya akan penyebab kematian Airis. Macam orang tidak mempunyai ilmu agama.

“ Tapi...,” Datin Katrina memandang Puan Sarimah.

“ Betul tu, Ina, Syid. Mungkin sudah takdir anak kami pergi dulu. Cukuplah. Saya malas nak membesarkan perkara ni,” ujar Encik Halim senada. Dia sudah penat.

“ Apa yang babah and ibu cakap tu betul, mama, papa. Riq juga bersalah sebab tuduh Arianna. Riq datang sini sebab Riq nak balas dendam. Tapi Riq tak sangka Arianna bukanlah penyebabnya. Riq redha. Kuasa Allah lebih hebat,” ujar Fariq sayu. Mereka yang berada di situ agak terkejut dengan kata-kata Fariq. Mereka tidak menyangka Fariq akan turut berdendam terhadap Arianna.

Encik Halim dan Puan Sarimah meminta diri untuk pulang dahulu. Fariq merapati mama dan papanya. Dia memandang orang kesayangannya. “ Riq minta maaf sebab buat keputusan melulu. Riq dah melamar Arianna di depan orang tua dia. Riq cuma tahu nak balas dendam saja tapi lepas tahu kebenaran, Riq tak tahu nak buat apa,” luah Fariq perlahan. Namun Arianna masih mendengarnya. Dia menanti keputusan seterusnya daripada Fariq dan ibu bapanya.

“ Apa yang Fariq dah buat ni. Airis baru saja meninggal, kamu dah nak berkahwin dengan orang lain pula,” ujar Datin Katrina sayu.

Sungguh dia tidak faham sikap anaknya sekarang. Sudahlah dilamarnya perempuan itu di hadapan ibu bapanya. Takkan mahu membatalkan pula. Haru betul. Datin Katrina memandang suaminya. Mungkin suaminya ada jalan keluar. Nasib baik ibu bapa arwah Airis sudah pulang. Kalau tidak memang nahas. Mereka akan menganggap Fariq tidak serius akan hubungannya dengan arwah Airis.

“ Kamu setuju Arianna?” Datuk Rasyid merenung ke arah Arianna. Arianna memandang insan-insan yang tiba-tiba muncul di dalam hidupnya dalam masa sehari.

“ Hmmm, tadi saya dah bersetuju,” jawab Arianna perlahan. Dia membetulkan duduknya.

 “ Macam ni lah. Papa nak Fariq balik dan fikir semula keputusan Fariq untuk kahwin dengan Arianna. Papa tak mahu kamu menyesal pulak. Airis baru sahaja pergi. Tak adil untuk Arianna. Arianna pun cuba berbincang semula dengan ibu bapa kamu,” ujar Datuk Rasyid. Ini yang terbaik buat masa sekarang. Dia tidak mahu anak tunggalnya itu tersilap langkah. Kalau tersungkur, sakit rasanya.

“ Mama and papa balik dulu. Biarlah mereka berdua berbincang, bang. Kita tak payah masuk campur. Kami ikut aje apa pun keputusan kamu,” kata Datin Katrina. Datuk Rasyid mengangguk. Bersetuju dengan cadangan isterinya.

“ Bincang elok-elok. Baby ni anak kamu ke, Arianna?” tanya Datuk Rasyid ingin tahu.

“ Hah? Anak saudara saya,” jawab Arianna. Dia agak takut juga walaupun Datuk Rasyid dan Datin Katrina sudah tidak marah-marah.

“ Owh, comel. Kami balik dulu. Fariq, papa tunggu kat rumah,” kata Datuk Rasyid. Sempat lagi dia memuji kecomelan Zarra.


Fariq masih diam sambil memandang ke luar jendela hospital. Sudah sejam sejak Datuk Rasyid dan Datin Katrina pulang, Fariq dan Arianna diam. Tidak langsung membincangkan hal perkahwinan yang tergesa-gesa itu. Zarra sudah terjaga dari tidurnya. Arianna pantas mencapai beg dan mengambil botol susu lalu disuakan ke mulut Zarra. Diusap rambut Zarra.

“ Encik Rayyan,” panggil Arianna. Fariq berpaling ke arah suara lembut yang memanggilnya itu. Dilihatnya Arianna sedang menyusukan Zarra. Comel sungguh baby itu. Tembam. Fariq mengangkat keningnya. “ Tolong panggilkan nurse kat luar tu boleh tak? Saya nak pergi toilet,” pinta Arianna. Tanpa kata, Fariq berlalu keluar dan menuju ke kaunter yang tidak jauh dari bilik Arianna. Fariq kembali dengan seorang jururawat perempuan.

“ Cik nak pergi toilet?” soal jururawat itu sopan. Arianna mengangguk. Dia menyerahkan Zarra kepada Fariq. Fariq menyambut Zarra dan berlalu ke sofa yang terletak di dalam bilik itu. Dia membaringkan sedikit Zarra dan menyambung susukan baby comel itu. Arianna sudah berlalu ke tandas bersama jururawat muda itu. Agak susah juga Arianna ingin bangun untuk duduk di kerusi roda itu namun digagahkan juga.


       

cerpen : Baby's Breath with roses love 3


Keesokannya, selesai sahaja kerja di pejabat, Adam terus memecut kereta ke kedai bunga untuk berjumpa dengan Airisy. Bagaikan mengantuk disorongkan bantal, Airisy sudah tercongok di hadapan kedai. Macam tahu-tahu sahaja Adam nak datang lagi.

“ Damask rose again, sir?” tegur Airisy. Memang dia sengaja berdiri di luar kedai. Berpura-pura melihat bunga-bunga di luar.

“ Hmmm…boleh jugak. Tapi, kali ni saya nak add up baby’s breath pulak,” jawab Adam.

“ Sure. I’ll make it you. Errr..untuk your mum jugak ke?” Airisy tersengih.

“ Nope. For today…it should be for my room,” jawab Adam senada.

“ Oh…okay. Tunggu sekejap ya,” Airisy melakukan kerjanya dengan penuh komited. Jantungnya berdebar-debar. Kalau lagi lama dia berhadapan dengan Adam, boleh terloncat keluar jantungnya itu.

“ Cik Airisy tutup kedai pukul berapa ya?” soal Adam. Airisy mengangkat wajahnya.

“ Enam petang. Kenapa ya, encik?” soal Airisy kembali. Dia kembali menumpukan pada balutan bunganya.

“ I want borrow your precise time…if you do care about your life,” Bertambah pelik Airisy dibuatnya.

“ About my life? Tak faham,” kata Airisy.

“ Macam ni.  My mum teringin sangat nak berjumpa dengan Cik Airisy. No…pembalut bunga semalam. Dia suka dengan sentuhan those roses. So, she want to meet you,” Hah, ambil kau. Kesian ummi jadi mangsa. Sorry ummi, getus Adam. Tapi memang Hajah Zaharah ingin sangat bertemu dengan Airisy.

“ Your mum wanna meet me? Are you serious? Saya tak ada masukkan ubat pengasih ya,” Sempat lagi Airisy berseloroh. Adam hanya bersahaja. Ubat pengasih pula yang difikirnya, getus Adam.

“ I’m serious. So, if you don’t care, I’ll wait until you close the shop. And, we can go to my house after that,” Mahu terjerit Airisy ketika itu. Dia mencubit pahanya. Mungkin itu hanya mimpi atau…ilusi. Sakit! Jadi, ini bukan mimpi.

“ Erm, here your flowers. You give me another…thirty minute. And, why not you…pergi minum coffee di kafe sebelah dulu. Nanti, saya pergi dekat awak…after tutup kedai,” ujar Airisy sambil melihat jam tangannya.

“ Okay. Saya pergi kafe dulu. Ni…for this flowers,” Adam menghulurkan dua not lima puluh kepada Airisy dan berlalu ke kafe sebelah.

Airisy menghubungi Puan Sri Nisa dan Haris terlebih dahulu tentang pemergiannya ke rumah Adam. Puas juga Airisy memujuk keduanya untuk membenarkannya mengikut jejaka pujaannya itu ke rumahnya. Nasib baik akhirnya keduanya mengalah.

Seperti biasa, tepat pukul enam Airisy menutup kedai bunga itu. Nasibnya baik kerana hanya beberapa pelanggan sahaja yang berkunjung. Jika tidak, jenuh juga dia ingin melayan. Tambahan pula, Lily tidak dapat datang hari ini kerana tidak sihat. Hanya dia seorang sahaja menguruskan kedai bunga itu memandangkan Azie masih sibuk dengan hal lain.

“ Banyaknya minum. Hantu caffien ke awak ni?” Airisy duduk di hadapan Adam. Adam tersenyum nipis. Matanya baru perasan akan empat cawan di atas meja. Kalau Hajah Zaharah tahu dia minum coffee melebihi secawan, mahu kena bebel empat hari empat malam.

“ Taklah. Hujan macam ni buat saya dahaga. So, I keep order the coffee,” balas Adam. Airisy memandang sekeliling.

“ Kak Anis,” panggil Airisy.

“ Yes, darling,” sahut Anis dari kaunter.

“ Esok Risy tak buka kedai tau. Nak pergi…dating,” maklum Airisy. Anis cepat-cepat menghampiri meja Adam dan Airisy.

“ Dating? Ehem, selalunya susah betul Risy nak pergi dating. Sampai kena ugut baru nak pergi,” Airisy tersengih. Malu pula dengan lelaki di hadapannya itu.

“ Alah, dating dengan Aniq aje. Saja nak bawa dia pergi shopping. Dah lama tak jumpa dia,” balas Airisy. Anis memberikan senyuman kepada Adam. Saja nak menggatal.

 “ Aniq? Kak Anis ingatkan dia dah balik New York. Abang Risy balik sini ke?” soal Anis.

“ Mama Risy pergi ambil dialah ni dekat airport. Baru sampai dari kampung. Atuk dengan nenek Risy pun datang sekali. Abang Ammar mana balik Malaysia lagi, kak Anis. Kenapa? Kak Anis nak Risy offer kak Anis...jadi mama Aniq ke?” Anis menampar bahu Airisy.

“ Mulut dia ni kan. Tapi…kalau abang kesayangan Risy tu nak kahwin dengan kak Anis, apa salahnya,” balas Anis sambil tersenyum penuh makna.

“ Gatallah, kak Anis ni. Bila abang Ammar ada kat depan mata, reti pun nak control ayu bagai. Tersipu-sipu aje Risy tengok. Tapi…kat belakang. Hancur,” Sekali lagi bahu Airisy terpaksa tahan perit terkena tamparan dari Anis.

“ Nasib baik ada cik abang handsome kat depan ni. Kalau tak, kak Anis dah masukkan dalam blend coffee tu. Biar hancur,” Adam hanya melihat telatah kedua perempuan yang baru dikenalinya itu. Macam-macam hal.

“ Tak takutlah. Awak dah bayar ke belum semua ni?” soal Airisy kepada Adam. Adam hanya mengangguk. Eh, tak nak cakap pulak dah, getus Airisy.

“ Risy, nak pergi jumpa bakal mertua ke? Pakai baju kurung cantik-cantik ni,” Airisy tersedak sendiri.

“ Huish, cakap tu tapis sikit ye cik kak. Orang pakai baju kurung sebab…tadi pergi pejabat agamalah,” tukas Airisy.

“ Pergi pejabat agama buat apa? Risy nak kahwin dah ke?” soal Anis ingin tahu. Adam sabar sahaja menunggu kedua perempuan itu menghabiskan perbualan mereka. Dia membelek email-email dari kliennya. Tidaklah terbuang masanya di situ.

“ Hal kahwin pun iya jugak. Tapi, Risy pergi jumpa dengan ustazah dekat sana. Nenek Risy yang nak sangat jumpa ustazah tu,” jelas Airisy. Dia dan Anis agak rapat sejak dia kerap bertandang ke kafe itu tahun lepas.

“ Hal kahwin pulak?”

“ Daddy and mummy dah turunkan perintah untuk….cari calon ibu…untuk…Aniq. Kak Anis pun boleh jadi salah seorang calon juga kalau nak,” usik Airisy.

“ Boleh jugak,” Malu-malu Anis berkata.

“ Tengoklah dulu. Kita orang gerak dululah. Dah lewat ni. Sembang dengan akak, tahun depan pun tak habis lagi. Awak, jomlah,” Adam mendongak memandang Airisy yang sudah berdiri itu. Memang terserlah keayuan gadis itu dengan baju kurung kain kapas bercorak simple berwarna coklat. Sesuai dengan kulit putih Airisy.

“ Yelah. Nanti kak Azie balik, tak adalah Risy nak menempel dekat situ lagi kan. Encik, drive elok-elok ya,” Sempat Anis berpesan kepada Adam.

“ Yang awak tak bangun lagi ni kenapa? Dah mabuk coffee ke apa? Tak nak ikut kang baru tahu,” Terus Adam bangun.

“ Jomlah. Ingat nak sambung berborak lagi,” perli Adam. Airisy mengetap bibirnya.

“ Habis dah,” Airisy mengekori Adam ke keretanya. Mak ai, kayanya mamat ni. Anak orang kaya ke? BMW 5-series sedan putih di hadapan Airisy membuatkan gadis itu terkaku.

“ Masuk,” arah Adam. Airisy hanya menurut. Dia mengambil tempat di sebelah pemandu. Pertama kali dia ikut seorang lelaki ke rumahnya. Naik kereta idaman dia pula tu.

“ Errr, jauh ke rumah awak tu? Sempat tak sampai sebelum maghrib? Sebab saya tak solat asar lagi,” Airisy memandang Adam di sebelahnya sekilas. Sekarang pun dah pukul enam lima belas minit.

“ Lah, ingatkan dah solat. Asyik sangat berborak tadi,” tebak Adam.

“ Isy, biasalah tu. Sempat tak?”

“ Sempat,” jawab Adam sepatah. Airisy terpandang tasbih berwarna hitam yang tersangkut di cermin pandang belakang. Macam ustaz pun ada mamat ni, getus Airisy. Tambah satu point sebab…bakal imam yang baik.

Telefon bimbit Airisy berdering. Pucat sekejap.

“ Assalamualaikum,” Airisy memberi salam terlebih dahulu.

“ Waalaikumsalam. You dekat mana ni? Tadi I pergi kedai, you dah tutup,” marah si pemanggil.

“ Call orang. Lepas tu nak marah-marah. I’m not your wife, Encik Daffi. You nak apa?” marah Airisy kembali. Tapi cuma perlahan sahaja. Tak sopan pula nak marah dengan suara yang kuat.

“ I just risau kalau ada apa-apa jadi dekat you, sayang. If anything happen to you…I’m dying,” kata Daffi, peminat Airisy.

“ Dying aje pun. Bukan mati pun kan. Apa kata Encik Daffi berhenti hubungi saya. Kalau Encik Daffi nak saya report polis pun boleh jugak,” ugut Airisy. Meluat pula dia melayan Daffi yang dirasakan terlalu obsess dengan perempuan.

“ Okay…okay. You take care, okay. Bye,” Airisy mengembungkan pipinya sambil menekan sesuatu di dada telefonnya.

“ Boyfriend?” teka Adam.

“ Hah? Ha’ah, boyfriend. But, not special boyfriend,” jawab Airisy. Tiba-tiba moodnya berubah. Tetapi, cepat-cepat dikawalnya agar orang di sebelahnya tidak terganggu.

“ Okaylah tu. Ada juga orang yang minat dari tak ada langsung,” kata Adam.

“ Agaklah. Tapi, saya tak sukalah kalau dah selalu sangat ganggu saya. Rimas. Lagipun, saya tak suka cara dia yang suka paksa orang. Padahal, kita orang bukan husband and wife pun,” luah Airisy.

“ Itu maknanya, dia terlalu sayangkan awak. Dia takut awak hilang,” balas Adam. Airisy memandang lelaki di sebelahnya yang kacak itu.

“ Entahlah. Tukar topic. Boring,” Airisy mencapai buku di dashboard kereta Adam. Buku doa mini untuk lelaki. Senang dibawa ke mana-mana. Tambah satu point lagi.

“ Doa untuk lelaki dan perempuan tak sama ya?”

“ Uhuh. Sama aje. Cuma mungkin ada sesetengah doa special untuk kaum lelaki dan untuk kaum wanita,” Airisy mengangguk faham. Dia melihat senarai doa-doa yang terdapat di dalam buku kecil itu.

“ Actually…saya tak tahu…nama awak,” kata Airisy sambil meneliti setiap doa-doa di buku kecil itu. Adam berpaling ke kiri sekilas.

“ Ye ke? Bagi awak, apa nama yang sesuai untuk saya? Yang ada dalam kepala awak sekarang ni?”

“ Adam Arsyil,” Adam terdiam. Airisy mengangkat wajahnya dari buku kecil itu dan memandang Adam dengan kerutan di dahi.

“ Nama lain?”

“ Hisy. Nama itu aje dalam kepala saya ni. Tak ada nama lain. Cepatlah bagitahu nama awak apa?”

“ That’s my name,” beritahu Adam.

“ What? Adam Arsyil? Is that your real name?” Adam mengangguk. Membulat mata Airisy. Betul? Dia hanya melontarkan nama yang terlintas di kepalanya sahaja.

“ I must be…crazy. Tak adalah. Gurau aje. Dekat tasbih tu ada tag nama awak. Tapi, saya ternampak  Arsyil aje. Adam tu saya tambah sendiri,” sambung Airisy.

“ Call me Adam. Or abang Adam pun okay…”

“ Adam is better,” Lepas kahwin baru boleh panggil abang. Jauh kau berangan, Airisy.

“ It’s up to you. Kita dah sampai. My mum is on the way. So, awak pergi solat dulu. Then, nanti my mum balik…baru boleh jumpa,” Adam memberhentikan keretanya di garaj. Airisy menanggalkan tali pinggang keledar. Dia turun dari kereta dengan perasaan yang kagum.

Dia suka dengan dekorasi rumah Adam. Hijau sahaja persekitarannya. Tidak serabut. Banyak kawasan lapang. Adam mengambil beg bimbitnya di tempat duduk belakang.

“ Come,” Airisy mengikut di belakang Adam.

“ Abang!” Muncul seorang gadis memeluk Adam. Airisy hanya tersenyum.

“ Bila sampai?” soal Adam.

“ Pukul tiga tadi,” jawab gadis itu sambil melepaskan pelukan.

“ Oh…before that. Ni, abang kenalkan Airisy. Dia kawan abang and…tetamu ummi hari ni,” Airisy bersalaman dengan gadis itu.

“ Hai, saya Kasih Izara. Adik abang Adam,” Izara memperkenalkan dirinya sendiri.

“ Oh. Nak panggil apa ya? Kasih? Izara?”

“ Ikut suka akaklah…”

“ Then, I call you…Zara. It suit you,” Izara tersenyum.

“ Pandai awak pilih. Kita orang memang panggil dia Zara pun. Okaylah, abang dah penat. Nak naik mandi. Zara tunjukkan bilik kat kak Airisy. Dia nak solat.”

“ Patik menurut perintah. Jom, akak. Zara bawa pergi bilik Zaralah. You can use my telekung,” ramah Izara melayan Airisy walaupun baru sahaja bertemu. Adam terus naik ke biliknya untuk membersihkan diri. Dia sendiri belum solat Asar.



“ Zara tinggal dekat hostel ke?” soal Airisy sambil melipat kembali telekung Izara.

“ Ha’ah. Baru adventure sikit. Itu baru ada student life,” jawab Izara.

“ Bagus tu. Boleh berdikari. Tak adalah nanti kekok bila jauh dengan family,” kata Airisy.

“ Tapi dua minggu sekali, Zara balik rumahlah. Tak tahanlah kalau lama-lama tak balik,” balas Izara.

“ Ada maid ke kat rumah ni?” soal Airisy ingin tahu.

“ Ada. Dua orang. Kenapa akak?”

“ Saja nak tahu. Sebab rumah ni nampak loaded but nice. Luas and tak terlalu banyak perabot. Barulah tak memeningkan kepala.”

“ Ini semua idea ummi. Ummi tak suka letak something yang nampak serabut. Biar banyak space tak apa. Senang sikit nak buat kenduri apa-apa. Lagipun, saudara ummi ramai jugak,” cerita Izara.

“ Ye ke? So, tak balik raya kat kampunglah?” tanya Airisy ingin tahu.

“ Kita orang dah lama tak balik kampung sejak arwah atuk dengan nenek meninggal. Tapi kita orang still ada grandparent sebelah walid lagi. Dia orang tinggal dalam rumah ni jugak. Sekarang, dia orang tengah buat umrah. Minggu depan baru balik,” jelas Izara panjang.

“ Janji dapat berkumpul ramai-ramai. Itu pun dah seronok.”

“ Ha’ah. Akak, Zara nak tanya something ni. Akak jangan marah tau,” Izara membetulkan duduknya.

“ Tanyalah…”

“ Akaklah yang malam dinner tu kan. Yang nyanyi lagu duet dengan Kher and budak kecil tu,” Airisy terkedu. Segan pula ingin mengaku.

“ Zara rasa?”

“ Zara tahu akak ni Airisy Danielle. Anak orang kaya tu,” Airisy menampar lembut paha Izara.

“ Alah, tak naklah sebut lagi pasal tu. Akak tak suka kena label macam tu,” Airisy pura-pura merajuk.

“ Okay. Sorry…sorry. Zara janji tak sebut lagi. Jom turun bawah. Rasanya walid and ummi dah balik. Mesti nanti kita kena berjemaah maghrib dekat bawah,” Izara memeluk Airisy mesra. Alangkah seronoknya kalau Airisy menjadi kakak iparnya.

“ Jomlah. Segan pula tak bertegur dengan tuan rumah,” balas Airisy.

“ Ala, relaxlah akak. Walid dengan ummi okay aje. Jom.”

Mereka beriringan ke tingkat bawah. Izara membawa Airisy ke dapur.

“ Abang buat apa dekat dapur ni?” tanya Izara sebaik ternampak Adam di dapur. Airisy makin tak keruan tengok Adam berpakaian santai begitu. Hanya baju T dan kain pelikat. Selalunya, dia hanya melihat Adam berpakaian formal.

“ Hauslah,” jawab Adam perlahan. Nasib baik dia tak tersedak disergah begitu.

“ Elle?” tegur salah seorang daripada orang gaji keluarga Adam. Mata Airisy terpaku pada orang yang menegurnya itu.

“ Elle?” Aku ke tu? Getus Airisy sendiri.

“ Ya Allah. Elle tak ingat mak cik lagi?” Airisy mampu tersenyum juga setelah meneliti wajah mak cik itu betul-betul.

“ Mak Cik Haida?” Baru dia teringat akan perempuan separuh umur itu. Mak Cik Haida merupakan bekas orang gajinya yang dibawa oleh Puan Sri Hajah Imani, mummy Airisy ke rumah mereka di New York.

“ Kenal pun. Tak sangkanya dapat jumpa Elle kat sini. Bila balik Malaysia?” Mak Cik Haida memeluk Airisy erat. Airisy membalas pelukan itu.

“ Ha’ah. Dah nak dekat tiga tahun pun Elle balik sini,” jawab Airisy. Mak Cik Haida masih belum puas membelek Airisy.

“ Baru lagilah ya. Macam mimpi pulak dapat berjumpa dengan Elle. Dulu…bukan main susah lagi nak jumpa kamu. Kiri kanan…bodyguard,” Airisy tersenyum pahit. Memang kehidupannya dulu terkongkong. Ke mana sahaja dia pergi pasti ada pengawal yang akan mengikutnya.

“ Bukan Elle lagi dah, mak cik. Panggil Risy. Tak pun Airisy. Tak selesalah orang kat sini panggil Elle. Macam budak nakal,” Mak Cik Haida melepaskan tawanya.

“ Iyalah. Mak cik nak sambung buat kerja dulu,” Airisy hanya mengangguk. Dia kemudiannya berpaling ke kanan. Adam dan Izara sedang bersandar di peti ais sambil merenungnya.

“ Tak payah nak tengok sampai macam tu sangatlah. Macam tak biasa aje dengan jejak kasih ni semua,” tutur Airisy. Kalau Izara yang pandang dia lama-lama, dia tidak kisah. Ini, sekali dengan abang Izara. Boleh mati tak cukup tak nafas dia kat sini.

“ Cutelah orang panggil akak, Elle. Macam manja but sweet,” Airisy melepaskan keluhan berat.

“ Cutelah sangat. Itu zaman muda remaja dulu, bolehlah. Sekarang ni usia dah meningkat. Dah tak cute dah,” tukas Airisy.

“ Eleh, coverlah tu. Jangan malu-malu, kak. Bukan ada siapa pun. Alah, abang ni belakang kira. Kan, bang,” Izara menyenggol perut Adam dengan sikunya. Senak Adam dibuatnya.

“ Tak malu pun. Tapi, segan. Tak sama kan,” Pandai Airisy memutar belitkan ayat.

“ Assalamualaikum,” Serentak seisi dapur menjawab salam yang diberi. Airisy bersalaman dengan pemberi salam.

“ Ummi, nilah Airisy aka si pembalut bunga ummi,” ujar Adam sambil membasuh mug yang digunakannya tadi.

“ Oh, tak sia-sia ummi berdebar nak jumpa si pembalut bunga ummi ni. Cantik orangnya,” Hajah Zaharah menggenggam tangan Airisy.

“ Biasa aje, auntie,” Airisy menunduk sedikit. Segan pula dipuji begitu.

“ Ummi…bukan auntie. Kita jemaah maghrib dulu. Lepas tu, kita makan sama-sama. Boleh berborak sekali,” cadang Hajah Zaharah. Airisy mula selesa berada dalam keluarga Haji Zainal.


Mereka berjemaah maghrib dan sempat juga Haji Zainal memberi sedikit tazkirah. Kemudiannya, mereka makan malam bersama-sama sambil berborak sakan. Macam-macam cerita yang dikongsikan. Airisy langsung tidak kekok bersama keluarga itu. Tambahan pula, dia memang sudah mula menyukai keluarga yang baginya sangat bahagia itu.