Tiga
bulan kemudian
Zariff
menghempaskan punggungnya di sofa. Dia memandang kipas yang sedang berputar
laju di syiling. Fikiran serabut. Sejak Arianna pergi tinggalkannya, hatinya
kosong sekosongnya. Dia rindukan bebelan Arianna. Rindukan masakan Arianna.
Sejak peristiwa itu, dia tinggal bersama keluarganya. Dia tidak sanggup untuk
pulang ke rumahnya tanpa Arianna.
Lima
tahun Zariff dan Arianna tidak pernah berpisah lama. Kalau berpisah pun cuma
dua tiga hari. Itupun kerana masing-masing ada kursus atau kerja luar. Zariff
mengeluh perlahan.
“
Riff tak nak pujuk Rianna?” tanya Tengku Nizarul. Dia duduk di sebelah Zariff.
“
Entahlah, pa. Riff takut dia tak nak ikut Riff balik,” jawab Zariff. Tengku
Nizarul mengusap lembut bahu anaknya itu. Pasti Zariff keseorangan.
“
Cuba kamu pujuk dia. Papa yakin dia akan ikut Riff balik. Sepanjang lima tahun
papa kenal Rianna, dia seorang yang bertimbang rasa. Papa tahu dia sayangkan
Riff. Dia perlukan sokongan kamu. Tambah pula dia tengah pregnant. Lagilah dia
perlukan Riff,” ujar Tengku Nizarul.
“
Riff ada kursus dekat Kedah tiga hari. Riff ingat nak pergi rumah babah terus.
Papa dengan mama ikut sekali ya,” Zariff memandang papanya.
“
Eloklah tu. Nanti papa cuba tanya mama kamu. Boleh jugak papa rehat dekat rumah
mertua kamu tu,” balas Tengku Nizarul. Tengku Nizarul seorang ahli korporat
yang menguruskan syarikat perkapalan. Syarikat itu adalah tinggalan nenek
Zariff. Tengku Nizarul menguruskan legasi itu bersama dua orang lagi adik
beradiknya.
“
Rianna tak rindukan Zariff?” tanya Puan Khadijah.
“
Rindu sangat-sangat, ibu,” jawab Arianna. Dia melunjurkan kakinya. Sejak
kandungannya berusia lima bulan, badannya asyik lenguh-lenguh.
“
Dah tu. Kenapa tak balik sana?” soal Puan Khadijah lagi. Tangannya mengurut
kaki anak perempuannya itu.
“
Biarlah, bu. Kalau dia sayang Rianna, pandai-pandailah dia cari Rianna,” jawab
Arianna.
“
Ikut Riannalah. Ibu tak nak masuk campur. Yang penting jaga kesihatan tu.
Rianna dah bagitahu Zariff nak pergi rumah auntie Aisyah?” Puan Khadijah
memandang Arianna.
“
Dah, bu. Dia okay je. Janji jangan lasak sangat,” balas Arianna.
“
See, dia sayangkan Riannalah,” kata Puan Khadijah. Arianna mencebik.
“
Dia sayang anak dia aje, ibu. Kalau dia sayang Rianna, mesti dia dah datang
pujuk Rianna,” tukas Arianna.
“
Ish, anak ibu ni. Tadi mama call. Dia cakap minggu depan dia orang nak datang.
Suami kamu tu ada kursus kat hospital besar tiga hari. Lepas habis kursus dia
orang datang sini,” beritahu Puan Khadijah.
“
Abang Zariff tak bagitahu Rianna pun,” rajuk Arianna. Sejak mengandung ni,
Arianna menjadi seorang yang sensitif. Nasib baik tak teruk. Walaupun mereka
bergaduh, mereka selalu juga berSMS. Hanya untuk bertanya khabar.
“
Dia tak sempatlah tu. Mama kamu bagitahu, kadang-kadang Zariff tak balik rumah.
Sibuk sangat. Kadang-kadang tu dua tiga pagi pun ON CALL. Cubalah faham dia,”
Puan Khadijah cuba menenangkan Arianna.
“
Padan muka dia, ibu,” Puan Khadijah menampar lembut bahu Arianna.
“
Tak baik tau cakap macam tu. Marah-marah jugak tapi jangan sampai cakap benda
yang tak elok dekat suami,” nasihat Puan Khadijah.
“
Yelah. Rianna geram je,” kata Arianna. Dia memeluk bantal peluknya. Dia
memandang barang-barang bayi di satu sudut yang direka khas untuk anaknya di
dalam biliknya. Tak sabar pula nak tunggu anaknya itu lahir.
“
Ibu bagitahu ni Rianna jangan terkejut tau,” Arianna mengerutkan dahinya. Macam
serius saja. Dia mengecilkan mata memandang Puan Khadijah.
“
Apa dia, ibu?” soal Arianna ingin tahu.
“
Semalam Zariff kemalangan sikit. Sebab tak cukup tidur. Kereta dia terbabas.
Tapi Zariff okay aje. Cuma terhantuk sikit dekat stereng,” jelas Puan Khadijah.
“
Kereta dia macam mana, ibu?” soal Arianna. Puan Khadijah menjegilkan matanya.
“
Yang kamu tanya pasal kereta dia tu kenapa? Orangnya lagi penting,” marah Puan
Khadijah perlahan. Tidak mahu anaknya terasa hati.
“
Kan ibu dah bagitahu abang Zariff okay aje tadi. Rianna tanyalah pasal kereta
dia,” kata Arianna selamba.
“
Hmmm, mama kamu bagitahu teruk jugak bahagian depan kereta tu. Sekarang ni ada
kat workshop,” balas Puan Khadijah.
“
Itu maknanya abang Zariff tak okay, bu. Kalau bahagian depan kereta pun dah
teruk. Orangnya mestilah teruk jugak,” kata Arianna. Riak mukanya hanya
bersahaja.
“
Entahlah. Ibu cuma sampaikan apa yang mama kamu bagitahu. Sepatutnya mama tak
benarkan ibu bagitahu kamu. Zariff yang tak nak Rianna tahu. Dia takut Rianna
risau. Tapi ibu tengok Rianna biasa aje,” ujar Puan Khadijah.
“
Abang Zariff sendiri yang tak nak Rianna tahu. Biarlah. Rianna tak kisah pun.
Kalau dia rasa dia masih perlukan Rianna, dia kena tahu apa nak buat,” balas
Arianna. Puan Khadijah mengeluh. Sampai macam tu sekali Arianna merajuk dengan
Zariff.
“
Jemput masuk. Rumah kami tak besar mana pun,” jemput Dr Ehsanuddin. Tengku
Nizarul dan Tengku Sharifah pertama kali datang ke rumah keluarga Arianna di
Kedah. Tiga tahun lepas, Dr Ensanuddin berhasrat untuk pindah ke rumah itu
kerana ingin menghabiskan masa tua dengan isterinya di kampung.
“
Tak besar lagi macam ni? Ni bukan rumah lagi dah. Banglo namanya,” seloroh
Tengku Nizarul. Mereka beriringan ke ruang tamu. Ruang tamu di banglo itu agak
besar. Susunannya juga kemas.
“
Rianna mana? Tak nampak pun,” tanya Tengku Sharifah. Rindu sangat dengan
menantu kesayangannya itu. Tengku Sharifah di sebelah kanan Puan Khadijah dan
Tengku Nizarul duduk di sebelah isterinya. Dr Ehsanuddin pula duduk di kerusi
bujang.
“
Ada kat atas. Nak solat asar katanya tadi,” jawab Puan Khadijah.
“
Zariffnya mana?” soal Dr Ehsanuddin pula.
“
Ada kat luar tu. Angkat beg. Kejap lagi masuklah tu,” jawab Tengku Nizarul. Dr
Ehsanuddin mengangguk.
“
Sampai jugak Zarul dengan Ifah ke rumah kami ya,” kata Dr Ehsanuddin.
“
Itulah. Bagus juga Zariff ajak kami datang sini. Dapat jugak kami rehat-rehat
sambil tengok sawah padi kat belakang tu,” balas Tengku Nizarul.
“
Elok jugak tu. Sekarang ni pun tengah musim buah. Sawah kat belakang tu orang
kampung ni punya. Yang kami cuma yang betul-betul kat belakang ni ja,” ujar
Puan Khadijah.
“
Mesti seronok kan. Tenang aje duduk sini. Tak macam bandar. Sentiasa bising,”
kata Tengku Sharifah.
“
Kat sini pun bising jugak, Ifah oi. Budak-budak muda tu bukan boleh kira. Asyik
merempit aje kat jalan besar tu,” balas Dr Ehsanuddin.
“
At least tak adalah selalu bising. Teringin jugak nak ada rumah dekat kampung
ni,” Tengku Nizarul menampar lembut paha isterinya. Tengku Sharifah mengangguk.
Dia juga teringin nak tinggal dekat kampung.
Sedang
mereka berbual, Mak Nab muncul dengan sedulang air. Dihidangnya kepada tetamu.
Zariff juga turut ke ruang tamu setelah mengangkat beg-beg ke dalam rumah. Dia
sudah biasa di banglo itu. Dia duduk di sofa yang berangkai dua. Sempat dia
menyalami kedua mertuanya.
“
Ni Mak Nab, pembantu kat rumah ni. Dah macam keluarga kami. Mak Nab, nilah
orang tua Zariff, Zarul dan Ifah,” Dr Ehsanuddin memperkenalkan Mak Nab kepada
besannya.
“
Nampak muda lagi Mak Nab ni,” puji Tengku Sharifah.
“
Tua dah, Ifah oi. Kat sini ajalah Mak Nab nak menumpang berteduh. Mak Nab ni
sebatang kara. Mak Nab ke dapur dulu. Banyak kerja lagi tu,” balas Mak Nab
ramah. Dia bangun dan berlalu ke dapur.
“
Kerja apa je kat dapur tu, Dija?” soal Dr Ehsanuddin kepada isterinya.
“
Biasalah Mak Nab tu. Tak ada kerja pun dia buat bagi ada kerja,” jawab Puan
Khadijah. Mereka di situ ketawa dengan jawapannya.
“
Turun pun Rianna. Salam mertua kamu ni,” suruh Puan Khadijah. Arianna menyalami
kedua mertuanya. Sempat Tengku Sharifah memeluk menantunya itu. Dia turut
bersalam dengan Zariff dan duduk di sebelah suaminya itu. Hanya tempat itu
sahaja yang kosong.
“
Rianna sihat?” soal Tengku Sharifah. Matanya jatuh ke perut Arianna yang sudah
membulat itu. Arianna hanya mengenakan dress labuh dan tudung segera.
Petang-petang macam ni tukang kebun di banglo itu selalu datang bersihkan
laman. Jadi, Arianna turun dengan bertudung.
“
Sihat, ma,” jawab Arianna pendek.
“
Makin berseri bakal ibu ni, Dija. Elok jugak duduk kat kampung ni. Tenang
sikit. Sesuai dengan ibu mengandung,” kata Tengku Sharifah.
“
Memang pun, Ifah. Dulu time saya mengandung pun nenek Rianna suruh duduk
kampung. Tambah pula abang Ehsan selalu outstation time tu,” balas Puan
Khadijah.
“
Kamu tak kerja ke Rianna?” soal Tengku Nizarul.
“
Kadang-kadang ikut babah pergi klinik jugak. Kalau tak larat, duduk rumah
ajelah,” jawab Arianna sambil tersenyum.
“
Ada lagi ke morning sickness kamu?” soal Tengku Sharifah pula.
“
Tak ada dah. Awal-awal dulu adalah. Cuma sekarang selalu lenguh-lenguh aje,”
Arianna membetulkan duduknya. Zariff pula hanya diam sahaja. Dah bisu agaknya.
“
Biasalah tu. Tu doctor kat sebelah kamu. Suruh dia urut kamu. Kat sana asyik
teringatkan kamu aje,” usik Tengku Sharifah. Arianna tersengih. Zariff pula
buat selamba. Perangai kayu dialah. Nak jadi bapa pun tak berubah.
“
Mama,” jerit seorang kanak-kanak kecil. Dia berlari dan memeluk Arianna. Semua
yang berada di situ tercengang. Arianna mengerutkan dahinya.
“
Adoi, Isya datang dengan siapa ni?” tanya Arianna kepada kanak-kanak yang
bernama Isya itu.
“
Dengan Pak Mad,” Isya menunjuk ke arah pintu. Kelihatan lelaki separuh umur
sedang berdiri sambil memegang beg sederhana besar.
Pak
Mad masuk ke dalam dan meletakkan beg itu di lantai. “ Maafkan saya. Isya ni
asyik merengek nak jumpa mama dia. Datin marah. Dia suruh Pak Mat hantar Isya
ke mari,” jelas Pak Mad.
“
Tak apalah, Pak Mad. Biar Isya kat sini,” kata Dr Ehsanuddin. Pak Mad
mengangguk.
“
Pak Mad balik dululah. Nanti Datin marah pulak,” Pak Mad memohon diri lalu
keluar dari banglo itu.
Arianna
mengecilkan matanya memandang Isya. Isya turut memandang Arianna sambil
tersengih comel. Dia mengusap lembut perut Arianna.
“
Apa sengih-sengih? Pergi salam semua dulu,” Isya mencebik. Dia berjalan malas
menyalami semua yang berada di ruang tamu. Dan dia kembali kepada Arianna.
“
Anak siapa ni, Dija? Comelnya,” Puan Khadijah tersenyum.
“
Cucu saudara saya, Isya. Cucu adik saya. Tok mummy dia memang garang sikit.
Sebab tu dia selalu datang sini. Kalau nak tahu selebihnya, boleh tanya Isya.
Nanti dari A sampai Z dia cerita,” jelas Puan Khadijah sambil tersenyum.
“
Geram pula saya. Ibu bapa Isya mana?” tanya Tengku Nizarul pula. Dia memandang
Isya dengan mata yang bersinar. Geram melihat pipi tembam Isya.
Isya
memandang Arianna. “ Atuk tu tanya Isya. Jawablah,” suruh Arianna lembut.
“
Dia orang dah takde. Dah pergi jauh. Mama cakap ummi dengan abi dah meninggal.
Tinggal Isya sorang-sorang. Adik pun dah takde. Isya tinggal dengan tok mummy.
Tapi tok mummy tak suka Isya. Sebab tu Isya datang sini. Isya nak main dengan
mama,” becok Isya bercerita. Siap dengan gaya tangan lagi. Sedih pula mendengar
kanak-kanak itu bercakap selamba. Suasana menjadi sayu seketika.
“
Kesiannya. Kalau nenek dia tak nak, biar kita ajelah yang jaga dia. Budak
secomel ni dia orang tak nak. Rugi besar,” kata Tengku Nizarul.
“
Memang Isya selalu kat sini pun. Ini pun baru dua hari dia balik rumah tok
mummy dia,” balas Dr Ehsanuddin.
“
Dah nak azan maghrib ni. Jom, saya tunjukkan bilik,” Dr Ehsanuddin bangun. Yang
lain turut bangun.
“
Rianna, bawa Zariff naik. Mesti dah penat,” arah Puan Khadijah sebelum naik ke
tingkat atas.. Arianna mengangguk. Kini tinggal Zariff, Arianna dan Isya sahaja
di ruang tamu.
“
Isya dah mandi ke belum ni?” soal Arianna.
“
Dah. Achik bagi mandi,” jawab Isya comel. Arianna memandang Zariff yang hanya
diam di sebelahnya.
“
Beg abang mana? Jomlah naik atas,” Arianna menampar lembut lengan Zariff.
Zariff tersedar.
“
Hah? Jomlah,” Zariff bangun dan mengambil beg pakaiannya. Dia turut mengambil
beg pakaian Isya. Tentu Isya akan tidur dengan mereka. Mereka beriringan naik
ke atas. Isya pula becok bercerita itu ini kepada Arianna.
“
Abang pergi mandi dulu. Ni tuala,” Arianna menyerahkan tuala kepada Zariff.
Tanpa banyak bicara Zariff menyambut tuala itu dan menghilang ke bilik air.
Arianna mengeluh perlahan. Merajuk dengan aku ke, desis Arianna. Dia
mengemaskan pakaian Zariff ke dalam almari. Baju Isya juga diletakkan di almari
khas untuk baju-baju kanak-kanak berusia lima tahun itu .
“
Sayang, nanti kita solat maghrib sama-sama tau. Isya dah pandai solat kan?”
Arianna mengusap rambut Isya yang kusyuk main dengan teddy bearnya di atas
katil.
“
Isya dah pandai solatlah. Achik ajar. Mama pun ajar Isya jugak,” jawab Isya.
“
Good girl,” Arianna tersenyum.
“
Mama, kenapa uncle tu diam je? Dia tak suka Isya datang ke? Nanti Isya tidur
dengan neneklah,” Isya memandang Arianna dengan matanya yang bulat.
“
Taklah. Uncle cuma penat je. Esok uncle mainlah dengan Isya,” balas Arianna.
Zariff
keluar dari bilik air dengan hanya bertuala. Serentak itu Arianna dan Isya
memandang Zariff. Zariff mengerutkan dahinya. Dah kenapa tengok aku macam tu,
getus Zariff.
“
Baju abang Rianna dah letak dalam almari,” beritahu Arianna.
“
Mama, badan uncle ada ototlah. Macam badan Adi Putra,” puji Isya. Zariff
terkaku di hadapan almari. Arianna ketawa.
“
Ye ke, sayang? Handsome tak? Atau Adi Putra Isya tu lagi handsome,” Isya
tersengih. Dia merenung Zariff seketika.
“
Uncle handsome lagilah. Uncle handsome sebab…uncle kan doctor,” jawab Isya.
“
Ye ke? Mama tengok biasa je,” Zariff masih tercegat di hadapan almari. Arianna
turun dari katil dan menghampiri suaminya.
“
Abang. Tercegat kat sini aje kenapa? Tak nak pakai baju ke?” tanya Arianna
lembut. Dia tidak berani menyentuh Zariff
kerana takut suaminya ada wuduk.
“
Hah? Tak ada apa-apa. Awak pergilah ambil wuduk. Kita solat jemaah,” Zariff
mencapai t-shirt dan kain pelikat.
“
Yelah. Isya, come. Ambil wuduk,” Isya turun dari katil dan menghampiri Arianna.
Arianna membantu Isya mengambil wuduk.
Arianna
berasa tenang ketika Zariff mengimamkan solat maghrib mereka. Sudah lama tidak
mendengar suara garau itu mengalunkan surah-surah Al-Quran. Dia bersyukur
kerana mereka masih berjodoh sehingga hari ini walaupun Zariff tidak
menunjukkan perasaan sayang dan cinta untuknya.
“
Sayang, salam uncle,” Isya menghampiri Zariff dan menyalami tangan Zariff.
Zariff mengusap lembut kepala Isya yang berlapik telekung.
“
Maafkan Rianna kalau abang terasa hati dengan Rianna. Rianna tak marah pun
abang baik dengan Tania. Cuma Rianna tak suka dia sentuh abang,” kata Arianna.
Dia menyalami tangan Zariff lama.
“
Abang dah maafkan. Rianna tak ada buat salah apa-apa. Abang yang salah sebab
terlalu ikutkan perasaan,” Zariff mengusap kepala Arianna. Isya tersengih. Dia
segan melihat adegan itu.
“
Kita kosong-kosong eh,” kata Arianna sambil tersenyum. Zariff membalas dengan
senyuman nipis.
“
Uncle dah senyumlah, mama,” Isya membuka telekungnya. Arianna membantu Isya.
“
Kenapa dia panggil awak, mama?” tanya Zariff.
“
First day Rianna balik sini, Isya lari and peluk Rianna. Lepas tu dia panggil
Rianna, mama. Rianna pun terkejut. Abang cuba tanya dia kenapa dia panggil
Rianna, mama,” jelas Arianna. Isya mendengar pertanyaan Zariff kepada Arianna.
“
Ish, mama ni. Isya panggil sebab mama cantiklah. Isya nak mama jadi mama Isya
sampai bila-bila. Isya tak nak orang lain jadi mama Isya. Faham, uncle?” Zariff
dan Arianna ketawa. Lucu pula mendengar penjelasan Isya yang bersemangat itu.
“
Tapi uncle kan suami mama. Kenapa tak panggil uncle, papa?” tanya Zariff.
Isya
menggaru kepalanya. “ Hmmm, boleh ke?” Isya membulatkan matanya yang sudah sedia
bulat itu.
“
Boleh aje,” jawab Zariff ringkas.
“
Sekarang Isya dah ada mama dengan papa. Tok mummy tak boleh cakap Isya tak ada
mama dengan papa lagi,” Isya memeluk leher Zariff dan Arianna. Tersentak keduanya
mendengar kata-kata Isya.
Tok!
Tok! Tok!
“
Pintu tak kunci,” kata Arianna kuat. Dia melipat telekungnya dan Isya.
“
Lah, tak habis solat lagi ke? Jom turun makan. Nanti sejuk pulak lauk kat
bawah. Isya, jom ikut nenek,” Isya berlari mendapatkan Puan Khadijah.
“
Yelah,” Arianna bangun perlahan. Dia menyidai telekung dan sejadah di penyidai.
“
Rianna,” panggil Zariff perlahan. Arianna memandang Zariff.
“
Kenapa abang?” tanya Arianna.
“
Abang nak…,” Zariff menunduk. Arianna menghampiri suaminya.
“
Nak apa?” tanya Arianna lagi.
“
Boleh tak kalau abang nak…,” mata Zariff memandang perut Arianna. Arianna
seakan faham maksud Zariff. Dia menarik tangan kanan Zariff dan dibawa ke
perutnya yang membulat itu.
“
Baby pun rindu dengan papa dia,” kata Arianna lembut. Zariff tersenyum.
Akhirnya dia dapat bersama dengan Arianna dan juga anak mereka.
“
Abang minta maaf kalau sebelum ni abang tak berapa nak layan Rianna,” Zariff
mencium dahi Arianna.
“
Ish, Rianna okay ajelah. Jomlah turun makan. Nanti dia orang tunggu pulak.”
Mereka beriringan menuju ke meja makan di tingkat bawah.
“
Abang, bangun. Dah subuh,” kejut Arianna. Zariff masih tidak bangun.
“
Abang,” Arianna menggoyangkan lengan Zariff.
“
Hmmm,” jawab Zariff malas.
“
Dah subuh,” kata Arianna. Zariff membuka matanya. Dia mengalihkan tangan Isya
yang sedang memeluknya. Arianna menarik tangan Zariff untuk bangun.
“
Sayang dah solat?” tanya Zariff garau.
“
Dah, abang,” jawab Arianna. Zariff berlalu ke bilik air.
Usai
solat subuh, Zariff kembali ke katil. Arianna menepuk Isya lembut. Sebentar
tadi kanak-kanak itu menangis.
“
Kenapa Isya nangis?” tanya Zariff. Dia mengusap kepala Isya.
“
Memang pagi-pagi macam ni Isya selalu menangis. Tok mummy dia selalu tengking
maid dia sebab lambat bangun masa Isya kecil lagi. So, sampai sekaranglah Isya
menangis pagi-pagi,” jelas Arianna.
“
Dia tak terjaga pulak,” kata Zariff.
“
Dia nangis tanpa sedar. Selalunya kalau kanak-kanak macam Isya senang alami
benda macam ni. Maybe trauma atau fobia,” balas Arianna. Zariff mengangguk.
“
Kesian. Budak-budak sebaya Isya sekarang ni tengah happy dengan dunia dia
orang. Tapi Isya? Takut-takut nak hadapi dunia sekeliling,” Zariff mengeluh.
“
Macam mana kalau kita ambil Isya jadi anak angkat. Abang mampu. Rianna pun
mampu. Lagipun Isya anak sedara Rianna jugak,” cadang Arianna. Zariff berfikir
sejenak.
“
Boleh jugak. Nanti abang cuba tanya lawyer papa,” kata Zariff.
“
Abang lama ke kat sini?” tanya Arianna. Dia menguap kecil.
“
Abang datang sini sebab nak jemput Rianna. Kalau Rianna sudi nak ikut abang
balik, lusa kita baliklah,” jawab Zariff.
“
Abang, Rianna ingat nak stay kat sini jelah. Sampai habis pantang. Boleh tak?” soal
Arianna.
“
What?” Arianna menekup mulut Zariff.
“
Bolehlah. Kat sini ada jugak teman,” pujuk Arianna. Dia melepaskan tangannya dari bibir Zariff.
Zariff
mendengus. Dia memandang syiling. “ Ikut suka. Biar abang sorang-sorang kat
sana,” Zariff bersuara keras. Seperti sedang menahan perasaan.
“
Abang,” Arianna mengusap lengan Zariff namun suaminya itu menepis.
“
Biar aje abang kat sana. Tak ada beza pun, ada isteri ke tak ada isteri. Baik
tak ada kalau isteri sendiri pun tak nak ikut suami,” Zariff berjauh hati. Dia
cuba merendahkan egonya demi memujuk Arianna untuk kembali ke rumah mereka.
Arianna
bingkas duduk. “ Abang, Rianna gurau jelah. Rianna tunggu aje tau abang datang
jemput Rianna. Tapi lepas tiga bulan baru abang datang,” pujuk Arianna. Dia
sengaja ingin menduga Zariff. Zariff hanya diam.
“
Okay, kalau abang tak nak tengok muka Rianna, Rianna stay kat sini jelah. Biar
abang sorang-sorang kat sana,” ugut Arianna. Laju Zariff duduk bersila.
“
Okay. Janganlah main-mainkan abang. Tiga bulan abang hidup tanpa Rianna, sunyi
tau. Dah tak ada orang nak membebel, nak pujuk abang, nak kiss abang, nak
bermanja dengan abang,” kata Zariff bersungguh-sungguh. Arianna tersenyum.
“
Tahupun abang. Tapi kita bawa Isya sekali boleh? Rianna tak bolehlah nak
berenggang dengan dia,” Arianna memeluk Zariff. Zariff membalas pelukan
isterinya.
“
Boleh. Tapi kena minta izin dengan mak ngah dulu. Nanti tak pasal aje dia tuduh
kita bawa lari cucu dia,” Arianna mengangguk. Arianna melepaskan pelukannya.
“
Rianna dengar abang accident,” Zariff membulatkan matanya.
“
Mana ada. Sayang dengar kat mana?” Ringan mulut Zariff memanggil sayang.
Selalunya Zariff akan mengeluarkan aura romantiknya ketika mereka bersama
sahaja. Arianna tersenyum. Di dalam hatinya, dia mengucapkan syukur kerana Allah
telah membuka pintu hati suaminya untuknya setelah lima tahun.
“
Adalah. Tak baik tau tipu. Nanti baby ikut perangai abang baru tahu,” balas
Arianna. Zariff serba salah nak bagitahu atau tidak tentang kemalangan minggu
lepas.
“
Tak teruk pun. Abang okay je,” kata Zariff.
“
Tak teruk? Yang parut kat lengan abang tu apa?” soal Arianna.
“
Betul. Tak teruk. Ni kena sikit aje,” jawab Zariff.
“
Okay. Aida tipu Riannalah ye. Abang kena tahan dekat wad tiga hari kan,”
Arianna masih belum berputus asa. Dia ingin Zariff berterus terang dengannya.
Arianna menggenggam kedua tangan suaminya.
“
It’s okay kalau abang tak nak cerita. Tapi abang kena janji dengan Rianna. Tak
kiralah sibuk mana pun, abang kena rehat. Kalau ikutkan kerja sampai bila pun
tak habis. Abang kena bagi peluang dekat intern buktikan dia orang pun mampu
jadi macam abang. Abang tak kesiankan Rianna? Tak kesiankan baby? We still need
you, abang,” kata Arianna panjang.
“
Abang…,” Zariff terkelu sebentar. Dia rasa bersalah kerana menyembunyikan
tentang kemalangan itu daripada Arianna.
“
Janji dengan Rianna, hmmm? Kalau abang nak Rianna balik rumah kita, abang kena
luangkan masa kat rumah. Buat apa Rianna balik sana kalau abang selalu tak ada
kat rumah,” Arianna mengeratkan genggaman.
“
Abang cuba,” balas Zariff pendek. Dia memeluk Arianna. Air mata lelakinya
menitis. Arianna mengusap lembut belakang Zariff.
" That's my hubby."
Kemaafan dalam perkahwinan sangat penting. Kenalah salaing bertolak ansur. Insya Allah, perkahwinan itu akan lebih bahagia.
ade jugak suami yang kering hati mcm tue ehhhh... hahahhaha
ReplyDeleteanyway your penulisan is awesome as always !!! Good job ^^
hehe. tak ada kita adakan. terima kasih. :D
DeleteBest sangat3x!! ;)
ReplyDeletetumpang tanya...cerpen ni dh keluar sebuah novel tak?? nak sangatt baca smpai hbis...
ReplyDeleteAsal le kejam sgt doktor aryan tu? Nasib ending best.. keep on CIA
ReplyDelete