Friday, 27 September 2013

e-novel : Hello, Mr LA! 4



Keesokannya, Trisha bangun awal. Dia membuat keputusan untuk keluar berjogging di Santa Monica Beach. Boleh juga dia menyegarkan badan dan mindanya. Malah, bukan dia seorang sahaja yang berjogging. Rupanya warga di kawasan itu juga turut berjogging. Ada juga yang mandi di pantai.

“ Hey,” sapa satu suara di belakang Trisha. Trisha menoleh sejenak.

“ Hye. You’re jogging too,” balas Trisha. Dia terus berlari anak tanpa berhenti.

“ That’s my routine…everyday. To freshen up my body. So…my body won’t be swollen,” ujar Lewis.

“ Nice. But…it’s hard for me to do it…everyday. Soooo…hard to get up from my bed every morning. That’s fact,” Lewis ketawa. Mereka jogging beriringan.

“ But…your body is okay. You’re maintain your body even…you doesn’t exercises frequently,” Trisha tersenyum nipis.

“ Sometimes…I tag along my hus…my friend to the gym. So, I’ll take hours to fresh up my body,” Trisha menggigit bibirnya sambil matanya mengerling Lewis. Selalunya, Azaril yang memaksanya untuk bersenam. Kalau tidak, tak ada maknanya dia nak bersenam bagai.

“ Oh…that’s my favorite place. Gym…it’s my life,” kata Lewis dengan senyuman meniti di bibirnya.

“ I can see it. You are tougher than I saw on the ads…”

“ So…what is your plan today?”

“ I…wanna explore around…LA. Where did can I get…the most contentment in LA?” Trisha berhenti berjogging. Dia meregangkan ototnya. Lewis turut berbuat demikian.

“ Contentment? What if…I come with you? Then…I’ll be your tour guide for today. I’ll let you know…the best place in LA,” Lewis menawarkan dirinya untuk menemani Trisha. Trisha berfikir seketika.


“ Then…I’ll go with you,” balas Trisha. Balik nantilah baru beritahu Azaril. Mahu bertambah marah lelaki itu padanya. Siapa kisah?

Lewis mengambil Trisha di hotel. Tempat pertama yang menjadi pilihan mereka adalah Chemosphere House. Trisha terpegun dengan rekaan rumah itu. Sepatutnya mereka tidak dibenarkan masuk ke rumah itu. Tetapi, disebabkan pengaruh Lewis, mereka dapat melihat pemandangan dari rumah yang berbentuk seperti flying saucer daripada 1960s film itu.



“ You know that…this house was designed by the late John Lautner?” soal Lewis kepada Trisha yang ralit mengambil gambar dengan dslrnya itu.

“ Late John Lautner? That famous architect, right?”

“ Yes. From what I knew…this house was made together with special glues. It was requested by the original owner himself. And now…this house owned by the publisher, Benedikt Taschen,” terang Lewis. Trisha mengangguk faham. Seronoknya kalau dapat rumah macam ni, desis Trisha.

“ Are you enough…with this house? Should we go to another place now?”

“ Hah? Oh, okay. I’m just too passionate with this house. It was great if I have the house like this,” Trisha kelihatan ceria sekali.

“ Yaaaa, then…you will say it again when we have a visit to JACCC,” kata Lewis.

Mereka berjalan perlahan meninggalkan kawasan Chemosphere House. Terasa berat kaki Trisha untuk meninggalkan tempat itu. Cantik pemandangannya. Kalau di Malaysia, mungkin cable car di Langkawi atau Bukit Bendera, Pulan Pinang…yang dapat melihat keseluruhan kawasan dengan suasana yang indah.

“ I’ve heard about JACCC. There have a serene sunken garden, right? I love that place since my friend said there have a local plants mix with…bamboo, Japanese wisteria and Japanese maples,” Trisha teruja apabila mengetahui mereka akan ke Japanese American Cultural and Community Center (JACCC).

“ Yupp. They’re offered a books as well as traditional and contemporary cultural events. That serene garden…we called James Irvine Garden,” jelas Lewis. Mereka masuk ke dalam kereta serentak.

“ How about we go through Koreatown. Just drive away. Along Olympic Boulevard between Vermont and Western avenues, we will see the Korean food stores and restaurants,” cadang Lewis.

“ Sure,” jawab Trisha sambil mengeluarkan Iphonenya. Satu mesej belum dibuka. Trisha membuka pesanan mesej dari Azaril.

‘ Sorry for disturbing you, darling. The operation was failed. That old man had died. I feel so stressed right now. That old man was so nice to me before. ’

‘ That’s not your fault, baby boo. Ajal dia dah tiba. I really hope that I was there. So that , I’ll let you borrow my shoulder. But…be professional, Dr Raffiqi. Okay?’

‘ Okay. Thank you, sweetheart. I’ll count to see you ASAP. ’

‘ I’ll be at home…when you’re start to forget me, mr charming. ’

‘ Enjoy your day. Don’t miss me, today. If you do that…you’ve no idea…to see me in your room tonight. ’

“ Trisha, are you okay?” tanya Lewis apabila Trisha seperti hilang dalam percutian sehari mereka ini.

“ I’m okay. Just got message from someone important for me,” jawab Trisha. Dia tidak lupa mengukirkan senyuman agar Lewis tidak mengetahui perkara yang tidak sepatutnya.

“ We just in Koreatown right now,” beritahu Lewis. Trisha melihat di kiri dan kanannya. Mereka seperti berada di negara Korea sahaja. Dia sangat tertarik. Di sepanjang jalan itu Trisha tak berhenti mengetip dslrnya. Suasananya seperti berada betul-betul di Seoul.



“ Someday…I will give a visit to Korean. That was just so nice. I’ve only see this on their movies and dramas before. It’s good to see…the real street like this,” Trisha semakin menyukai Los Angeles. Kalaulah dia tahu Los Angeles banyak tempat menarik...sudah pasti awal-awal lagi dia melancong ke Los Angeles, yang merupakan sebahagian USA.

“ I was there before. And, I’m very very very stressed when…the manager said that we’ve back to LA,” Trisha ketawa kecil. Kelakar pula mendengar luahan Lewis yang tidak puas berada di Korea dalam masa yang singkat.

“ Then…find a time. You’re gonna be there…everytime you want,” balas Trisha.

“ I hope so. JACCC?”

“ Yeah, sure. I’ve enough here,” jawab Trisha.

 Tidak lama kemudian, mereka tiba di JACCC. Lewis membawa Trisha melihat-lihat kawasan di situ. Selepas itu, Trisha meminta Lewis membawanya ke James Irvine Garden. Dia sudah tidak sabar untuk membawa pulang kenangannya di JACCC. Trisha dan Lewis mengambil beberapa gambar mereka di taman itu. Mereka sangat beruntung kerana tidak ramai pelancong di kawasan. Jadi, sangat memudahkan mereka untuk bergambar.



Selepas itu, Trisha dibawa Lewis ke Venice Boulevard untuk mencuba makanan di Sofra Kabab Express. Restoran itu merupakan restoran halal yang terbaik. Trisha mengambil peluang itu untuk mencuba kebab paling cepat disediakan yang pernah dia makan. Pelanggan Sofra Kabab Express tidak perlu menunggu lama.

“ Lewis, I feel a bit dizzy. Can you send me to my hotel?” pinta Trisha.

Dia sebenarnya risaukan Azaril. Walaupun itu bukanlah pengalaman pertama Azaril menghadapi kematian di tangannya, namun lelaki itu jarang menjalinkan hubungan rapat dengan pesakitnya. Tetapi, kali ini pesakit itu sangat rapat dengan Azaril. Jadi, mungkin ini adalah waktu yang sukar bagi Azaril.

“ Yeah, sure. Let’s go…”

“ Thank a lot, Lewis. I’ve enjoyed the day. Maybe, I’ll going back to Malaysia the day after tomorrow,” Lewis tampak terkejut. Mungkin dia tidak menyangka Trisha akan pulang secepat itu.

“ Why so soon?”

“ I have something important that I’ve to do. Actually, I’ve been here…about two weeks already…”

“ Two weeks? And…you just visit the place in LA…only a day?” Semakin terkejut Lewis dibuatnya. Trisha tergelak.

“ I’m here…because of my company project. Since I have more time before get back to my work…I just stay here for a few days,” jelas Trisha.

“ Oh, then I’ll take you to Olvera Street and Rodeo Drive…tomorrow…”

“ Hmmm?”

“ They’re shopping centre. Or…you doesn’t want to buy something to your family…friends maybe?”

“ Okay, I get it. Can we just go by tomorrow morning?”

“ Sure. I’ll pick you up at this place by tomorrow morning,” Setuju Lewis. Trisha menghantar kepulangan Lewis dengan pandangannya. Kemudiannya dia terus naik ke biliknya.


Trisha menghempaskan tubuhnya ke katil. Lega rasanya dapat baring di atas tilam yang empuk ini. Dia mencabut tudung di kepalanya. Ringan sedikit rasanya. Trisha mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg tangannya. Dia mendail nombor seseorang.

“ Assalamualaikum…” Trisha memberi salam dengan suara yang ceria.

“ Waalaikumsalam, sweetheart,” jawab Azaril lemah.

“ Are you okay?” Dengar sahaja suara lemah Azaril, dia sudah susah hati.

“ I’m okay. Wait…I call you back,” Azaril mematikan talian. Trisha meniarap sambil menunggu panggilan dari Azaril. Nampak gayanya…dia perlu merahsiakan dahulu dengan siapa dia keluar hari ini.

Beberapa minit kemudian, Azaril menghubungi Trisha kembali.

“ Are you crying, Doktor Raffiqi?” Trisha terasa ingin ketawa pula mendengar suara serak sang suami.
“ No lah. I’m just feeling a bit…dizzy. Maybe I’ve got a flu,” jawab Azaril.

“ Pergi kerja tak ni?” soal Trisha. Selalunya kalau tak sakit teruk, Azaril tak akan ambil MC.

“ Tak. I ada kat rumah mama. Lagipun…our house tak ada orang kan,” balas Azaril. Sesekali dia terbersin. Semakin lemah lutut Trisha jadinya. Hatinya terasa nak terus terbang saja balik jumpa sang suami di sana.

“ I wish I was there for you. Mama marah I tak…tinggal you lama-lama?”

“ Taklah. Mama okay aje. So…bila nak balik sini?”

“ I kan dah cakap…I balik next week. You tinggal kat rumah mama dululah. Ada jugak orang yang nak tengokkan you,” balas Trisha lembut. Dia menyembunyikan kepulangannya ke Malaysia lusa ini.

“ Okay. Hari ni pergi mana aje?” Trisha menggigit bibir bawahnya.

“ I pergi…tengok rumah yang sangat cantik, Chemosphere House. Cantik sangat you tahu tak. Rumah tu bentuk dia macam flying saucer and kita boleh tengok pemandangan yang cantik sangat-sangat. Kalaulah I boleh dapat rumah macam tu,” Azaril hanya mendengar sahaja celoteh Trisha.

“ Darling, I’m very sure you’re not okay. Janganlah macam ni. I kat sini…risau tau. Miss my sweet husband already,” Trisha pula yang sebak mengenangkan keadaan Azaril yang sedang bersedih itu.

“ I miss you so badly,” kata Azaril dengan nada yang manja. Trisha menggaru dahinya. Parahlah macam ni.

“ Alah, you ni. Hilang terus husband Trisha yang gentlemen tu. Get him back…for me please…”

“ Hmmm,”

“ Encik Azaril Raffiqi Wilson, you sayang I tak?”

“ Tak. You pun bukan sayang I pun,” Aduhai, susahlah dapat suami yang manja macam Azaril ni.

“ Okay, I…tak…sayang…you,” kata Trisha satu-satu. Padan muka!

“ Fine. Memang you tak sayangkan I. Kalau you sayangkan I, you takkan keluar dengan lelaki lain,” Trisha menjegilkan matanya. Pelik. Dia tak bagitahu pun dengan siapa dia keluar hari ni.

“ Where are you?” Belum sempat Azaril menjawab, loceng pintu bilik Trisha berbunyi. Trisha teragak-agak untuk membuka pintu.

Lambat-lambat Trisha memulas tombol pintu. Sebelum itu, dia sempat mencapai selendang untuk menutup kepalanya.

“ Surprise!” Trisha terasa ingin menangis sahaja. Mana tidaknya, Azaril berada di hadapannya kini! Sudahlah datang tak beritahu. Cari pasal!




Azaril melangkah masuk ke dalam bilik Trisha dan menutup pintu bilik. Manakala Trisha pula masih tercegat di hadapan pintu. Dia hanya pandang Azaril tanpa perasaan. Segala kerisauannya hilang begitu sahaja. Azaril memandang Trisha pelik. Dia tak suka aku datang sini ke, desis Azaril.

“ Hey, buat apa kat situ. Come,” panggil Azaril sambil tersenyum. Nampak lesung pipit di pipinya.
Trisha pantas memeluk Azaril erat. Terasa segala beban meninggalkan Azaril sudah terbang entah ke mana. Dia menangis di dalam pelukan suaminya. Azaril membalas pelukan isterinya. Raut wajah Azaril terus berubah apabila dia terasa dadanya basah.

“ Trisha Dania, kenapa ni?” Azaril cuba melepaskan pelukan tetapi Trisha memeluknya semakin erat.

“ I’m sorry. I promise…I takkan tinggalkan you lagi,” janji Trisha dalam sendu. Azaril tersenyum kecil.

“ Okay…okay. I maafkan. Tak payah nangis dah,” pujuk Azaril. Trisha melepaskan pelukannya.

“ Kenapa you datang sini?” tanya Trisha. Dia terus menghumbankan badannya ke katil. Azaril menggelengkan kepalanya. Memang patut Danial sering mengejek Trisha ni hati kering. Menangis sekekap sahaja. Selepas itu, ceria balik.

“ I miss my sweetheartlah. Ingat I saja-saja datang sini ke, huh,” jawab Azaril. Dia berbaring di sebelah Trisha sambil memandang ke luar jendela. Matahari sudah hampir melabuhkan tirainya. Bulan pula yang akan menggantikannya.

“ I miss you too,” Trisha yang sedang baring meniarap meletakkan tangan kirinya di atas perut Azaril. Azaril menoleh ke kirinya.

“ So…tadi you keluar dengan siapa?” Trisha membenamkan mukanya ke tilam. Azaril mengecilkan matanya.

“ Trisha, you nak I marah you ke?”

“ I keluar dengan Lewis. Dia bawa I pergi Chemosphere House, Koreatown, JACCC and kita orang pergi makan dekat Sofra Kabab Express. Esok…I nak keluar dengan dia lagi. Dia nak bawa I pergi shopping kat Olvera Street and Rodeo Drive. Anything else?”

Azaril pantas bangun. Dia turun dari katil dan mengambil beg pakaiannya. Trisha bingkas bangun dan menarik lengan Azaril.

“ I’m no use…here. I’ll go back first…” Azaril cuba meleraikan pegangan Trisha di lengannya.

“ Esok last day Trisha kat sinilah, baby boo,” Trisha melepaskan pegangannya di lengan Azaril. “ Lusa I nak dah balik. Nak temankan you sebab I tahu you sedih pasal arwah pak cik Hashim. I thought…I nak beli something to surprise you. But you dah ada kat sini,” sambung Trisha dengan wajahnya ditundukkan.

Azaril melepaskan beg pakaiannya lantas memeluk Trisha. “ Sorry. Esok kita shopping sama-sama ya. Lewis pun join. Okay?”

“ Okay,” balas Trisha lemah.

“ Dah. I nak mandi dulu. Then, kita pergi makan. I dah lapar…”

“ Hmmm, after you dah habis mandi…kejutkan I. I nak tidur kejap,” Trisha kembali berbaring. 

novel : secret that nobody knows 18


Pagi raya itu, semua ahli keluarga Tok Hanafi dan Tok Piah beratur panjang untuk bersalaman dan saling bermaafan. Kemudiannya, mereka berarak beramai-ramai ke masjid untuk solat sunat hari raya aidilfitri.

“ Comel Zarra pakai baju kurung,” puji Natasya. Suaminya mengangguk setuju.

“ Auntie Tasya puji Zarralah. Zarra kena cakap apa? Terima kasih,” Zarra menggawangkan tangannya di ribaan Arianna. Mulutnya penuh dengan kuih bahulu.

“ Bukanlah. Syukran ya, auntie Tasya,” Arianna ketawa kecil. Tak pernah-pernah Fariq mengajar Zarra bahasa Arab. Tiba-tiba hari ni cakap Arab pula.

“ Abang Riq balik KL bila?” soal Hafizi, suami Natasya.

“ Insya Allah, lusa ni. Beraya rumah mertualah pulak,” jawab Fariq sambil menyuapkan kuih bahulu kepada Zarra.

“ Abang dah bagitahu daddy kita nak balik sana lusa?” tanya Arianna.

“ Dah. Abang call daddy semalam. Nasib baik sempat bagitahu semalam…”

“ Kenapa? Daddy ada plan lain ke? Rasanya semalam Rianna ada bagitahu mummy…kita nak balik raya ketiga,” Arianna memberikan Zarra kepada Fariq. Lenguh pula memangku Zarra lama-lama. Mungkin kerana dia mengandung agaknya.

“ Dia orang nak pergi Johor. Rumah apa nama tu…auntie Sahara,” balas Fariq. Zarra meloncat-loncat di ribaan Fariq, meminta ingin diturunkan ke bawah. Fariq meletakkan Zarra ke bawah. Apa lagi, habis ditawafnya ruang tamu. 

“ Aktif sungguh Zarra dua tiga hari ni, abang. Tak larat nak kejar,” rungut Arianna.

“ Alah, takkan kau tak tahu budak kecil tengah membesar. Nanti dia penat, berhentilah tu,” celah Natasya.

“ Wah, kau cakap macam pernah jaga budak kecil aje. Takpa, belajarlah ya. Nanti nak jaga anak kau senang. Tak adalah kau asyik call mak ngah, minta tolong kan,” gurau Arianna. Natasya menampar lengan Arianna lembut.

“ Kurang gula betul. Aku pandai jaga budak-budak apa. Kau lupa ke aku pernah kerja kat tadika dulu,” Arianna menampar dahinya.

“ Ha’ah, kan. Lupa pulak chek. Biasalah umur dah meningkat ni…”

“ Tau pun hang. Weh, lamalah tak cakap Kedah. Dulu masa dekat universiti…ada jugak orang yang dok cakap Kedah dengan kita,” kata Natasya.

“ Tulah, orang yang dok kat Kedah pun…tak cakap Kedah,” Arianna mengerling suaminya dengan senyuman nakal.

“ Eh…eh. Ada orang cari pasal dengan kitalah. Baru aje kejap tadi minta maaf. Sekarang ni dah mengata kita balik,” Arianna menyembunyikan senyumannya. Natasya dan Hafizi hanya mampu tersenyum.

“ Alah, kita mengata pun orang tu tak boleh marah. Nanti kalau dia marah…”

“ Apa?”

“ Rianna tak nak kasi abang pegang anak Rianna,” bisik Arianna perlahan. Takut Natasya dan Hafizi terdengar. Fariq dan Arianna telah bersepakat untuk merahsiakan dahulu kandungan Arianna. Biarlah kandungan itu sudah mencapai dua atau tiga bulan, barulah mereka akan maklumkan.

“ Anak abang jugak, okay,” balas Fariq perlahan. Zarra menangis tiba-tiba.

“ Okay…okay. Your daughter dah nangis tu. Abang tengokkanlah eh,” Fariq bangun dan mengambil Zarra yang sedang menangis itu.

“ Kenapa ni, sayang? Dah rimas ke?”

“ Abang, kita tukar baju Zarralah. Panas kot. Dia tak biasa pakai baju kurung ni,” ujar Arianna. Kasihan pula tengok Zarra menarik baju kurung yang dipakainya. Budak kecil memang tak tahan panas.

“ Hah, jomlah. Nanti lagi kuat suara sumbang dia ni,” Arianna menjegilkan matanya.

“ Abang mengata anak Rianna! Siap abang,” Fariq tersengih.

“ Risya, kau debik aje abang Fariq ni,” seloroh Natasya.

“ Haih, apa ajar bini abang…benda tak baik ni? Dari ajar kawan Tasya ni buat jahat, baik Tasya ajar dia…” Fariq tersenyum nakal.

“ Abang, jangan melampau okay. Jom, naik cepat,” Arianna mencubit perut Fariq. Natasya dan Hafizi ketawa melihat gelagat pasangan suami isteri itu.


Arianna duduk di birai katil. Tiba-tiba sahaja kepalanya terasa pening. Dia berlalu ke rak baju Zarra dan mengambil baju raya yang lain untuk Zarra. Gaun kanak-kanak. Cantik dengan reben besar di belakangnya. Gaun berona biru laut itu diserahkan kepada Fariq. Mereka bergaya dengan warna yang sedondon, biru laut hari ini.

“ Abang tolong pakaikan, eh,” pinta Arianna. Fariq menyambut huluran Arianna. Dia menukarkan baju Zarra sambil bergurau senda dengan anak kecil itu.

“ Sayang okay ke? Abang tengok sayang macam tak okay aje. Kita pergi klinik nak?”

“ Pening sikit aje, abang. Doctor cakap biasalah tu kalau pening-pening masa awal pregnancy ni,” balas Arianna. Dia memicit kepalanya perlahan.

“ Abang panggil mak tok eh? Mana tahu mak tok boleh tolong,” Arianna memandang suaminya seketika.

“ Boleh jugak. Ni nasib baik Rianna tak muntah-muntah,” kata Arianna. Tangan Zarra menampar lembut tangan Arianna.

“ See, baby Zarra pun tahu mama dia tak sihat,” Arianna berbaring di sebelah Zarra.

“ Anak mama, kan. Mestilah tahu mama dia tak sihat,” Fariq bahagia melihat Arianna dan Zarra. Apa lagi yang dia nak? Semuanya sudah tersedia di hadapan mata.

“ Anak papa ni…jangan buli mama sangat tau,” Fariq meletakkan tangannya di perut Arianna.

“ Okay, papa,” jawab Arianna manja. Zarra ketawa kecil. Fariq dan Arianna mengerutkan dahi mereka sebelum ketawa serentak. Macam-macam kerenah Zarra yang berjaya mencuit hati mereka.

“ Arianna, abang rasa kita pergi jumpa doctor dululah esok. Kita tanya pendapat doctor dulu. Manalah tahu sayang tak boleh naik kereta lama-lama. Kan baru lagi,” ujar Fariq kerisauan.

“ Yang abang formal sangat ni kenapa? Peliklah abang panggil Arianna,” balas Arianna sambil ketawa kecil.

“ Iya ke? Then? Abang rasa macam tak biasa pulak nak berawak-awak ni…”

“ Panggil aje la Rianna. Tak pun abang ikut family sana, Ria aje…”

“ Eyh? Abang call Rianna ajelah…since Rianna pun bahasakan diri Rianna macam tu,” Fariq turut berbaring.

“ Abang tak ajak Airis datang beraya kat sini?” Fariq menoleh ke sebelahnya pantas sambil matanya sengaja ditajamkan.

“ Soalan apa tu?”

“ Hishhh! Abang, Risya Arianna tak takut tau abang buat mata macam tu. Rianna suka lagi ada. Orang tanya aje. Peliklah kalau abang tak invite dia beraya kat sini. Lagipun, tak jauh mana pun Yan dengan Kepala Batas,” ujar Arianna. Tangannya bermain dengan rambut Fariq yang lebat itu. Zarra pula sibuk dok berceloteh seorang. Entah apa yang dia cakap pun tak tahu.

“ Sayang okay ke kalau abang ajak dia beraya kat sini?” tanya Fariq.

“ Taklah. I’m okay. Tapi…hati Rianna ni tak adalah baik sangat ye. Pandai-pandailah abang cover depan Rianna eh,” Fariq menarik hidung Arianna lembut.

“ Kejap lagilah abang call dia. But…abang kena sepakat dengan yang lain dulu. Kang tak pasal aje…pecah tempayan,” kata Fariq.

“ Rianna sukalah tengok Airis tu. Muka dia bersih aje. Setiap kali Rianna pandang dia…rasa tenang sangat. Abang tak rasa macam tu ke? Atau memang abang tertarik dengan dia sebab tu,” Arianna memandang Fariq dengan penuh debaran.

Entah kenapa dia berasa tidak cemburu setiap kali isu Airis dibangkitkan. Arianna tahu suaminya masih menympan perasaan terhadap Airis tetapi disebabkan rasa tanggungjawabnya kepada Arianna, Fariq cuba lupakan semua itu. Dia mengaku dia sudah mula sayangkan Fariq namun dia lebih pentingkan perasaan suaminya yang dulu.

“ Hmmm…maybe. First time abang jumpa Airis…kat Amsterdam. Masa tu dia sesat so abanglah yang tolong dia. Lepas tu abang langsung tak jumpa dia dah until…kita orang terjumpa balik kat kampung sana. Sejak tulah kita orang rapat,” jelas Fariq.

“ Abang still sayangkan Airis?” Fariq merenung mata Arianna. Ada sinar di situ. Tetapi dia tidak pasti apakah punca sinar itu.

“ Yes, abang admit that I’m still love her. Abang tak nak tipu Rianna sebab selama ni pun Rianna tak pernah tipu abang. Mungkin bagi sayang…abang kahwin dengan sayang sebab tanggungjawab kan?” Arianna mengangguk.

“ But…please set this on your mind, sayang. Abang memang kahwin dengan Rianna sebab tanggungjawab tapi…abang sayangkan Rianna jugak. Dan yang paling penting…abang nak masa depan Zarra Adya kita ni cerah. Abang nak dia membesar dalam keluarga yang bahagia. Faham maksud abang?”

“ Terima kasih, abang. Insya Allah, Rianna akan ingat semua tu,” Arianna mencium dahi Fariq lama. Dia akan menghargai apa yang telah dikurniakan Allah untuknya. Dia ada keluarga yang senitasa menyokongnya, suami yang menyayangiya dan juga anak yang memberikan keceriaan dalam hidupnya.

“ Jomlah turun. Nanti apa pulak dia orang cakap. Sayang okay ke?”

“ Okay lagi. Alah, kalau Rianna sakit…abangkan ada…”

“ Iyalah, sayangku,” Fariq mendukung Zarra dan mereka bertiga turun ke tingkat bawah.


Airis dan keluarganya datang bertandang ke rumah Tok Hanafi dan Tok Piah pada hari raya ketiga. Nasib baik yang lain sudah bergerak pulang dan ketika itu hanya tinggal keluarga Fariq sahaja. Jadi, tidak perlulah berpakat dengan banyak pihak.

“ Mana yang lain, Rina?” soal Puan Sarimah.

“ Balik dah pagi tadi. Dia orang cuti pun tak lama kan,” jawab Datin Katrina.

“ Sekarang ni memang dah susah nak cuti lama-lama time raya. Kalau dulu, selagi tak habis beraya…selagi tulah tak balik kerja,” ujar Encik Halim.

“ Betul tu. Tambah pula kalau dapat bos dari kaum lain. Hmmm, memang cuti banyaklah,” sokong Datuk Rasyid.

“ Awat tak bawa Tok Majid sekali, Halim?” tanya Tok Hanafi.

“ Ayah tu, pak cik…bukan senang nak tinggal rumah dia tu. Takut orang curi lembu, kambing…ayam dia tu,” jawab Encik Halim dalam nada bergurau.

“ Biasalah tu. Pak cik hang ni pun apa kurangnya. Huiiii, susahlah nak tinggal rumah lama-lama,” sampuk Tok Piah.

Fariq masuk ke dalam rumah bersama Airis dan Zarra. Mereka terus ke ruang tamu.

“ Pi mana, Riq?” soal Tok Piah. Dia kurang senang cucunya itu terlalu rapat dengan Airis.

“ Bawa Airis pergi rumah sebelah, mak tok…”

“ Rumah kawan lama Airis, mak tok,” beritahu Airis. Dia perasan Tok Piah seakan tidak menyukainya sahaja. Atau mungkin hanya perasaanya sahaja.

“ Lah, ada kawan kat sini ka?”

“ Ada, tok wan. Kawan kat luar negara dulu,” jawab Airis. Airis duduk di sebelah Puan Sarimah. Kalau dia tidak terlibat dalam kemalangan dulu, pasti sekarang dia sudah menjadi sebahagian dari keluarga ini.

“ Riq minta diri kejap, eh. Zarra mengantuk dah ni…nak tidurkan dia kejap…”

“ Pandai orang bujang macam Fariq jaga anak ye. Nanti dah ada anak sendiri…senang,” kata Puan Sarimah selamba. Bukannya dia tak tahu Fariq sudah berkahwin. Cuma mereka perlu pandai memainkan peranan untuk sembunyikan hal itu dari Airis.

Fariq naik ke biliknya. Arianna sedang membaca novel English milik Fariq di atas katil. Dia meletakkan novel itu ke tepi sebaik Fariq masuk ke dalam bilik.

“ Dia orang dah balik ke, abang?”

“ Belum. Sayang tidurkan Zarra. Dah berair mata dia,” Fariq meletakkan Zarra di pangkuan Arianna. Kemudian, dia berbaring…melepaskan lelah.

“ Abang okay tak ni? Tak sihat?” Arianna menyentuh dahi Fariq dengan belakang tangannya. Tak panas pun.

“ Abang dah tak sanggup nak tipu Airis lagi, sayang. Even sayang tak kisah…tapi abang tak selesalah. Lebih baik Airis tahu sekarang…dari mulut abang sendiri. Abang tak nak dia tahu dari mulut orang lain…”

“ Abang minta petunjuk dari Allah. Ask Him…what is the best for us. And…you must think carefully about this. Rianna tak nak abang tersilap langkah. Sometimes…every rose has its thorn, abang. Tak semua benda yang baik…selalu akan baik,” Fariq dan Arianna saling berpandangan lama.

“ Thanks, sayang,” ucap Fariq sambil mengucup tangan Arianna. Dia bersyukur kerana mempunyai isteri yang sentiasa menyokongnya dalam susah dan senang. Walaupun mereka baru sahaja menjalani kehidupan berumah tangga namun mereka saling membantu dalam mencari erti perkahwinan mereka yang sebenar.


“ Pergilah turun. Nanti pelik pula dia orang…abang lama sangat kat atas. Biar Rianna yang jaga Zarra. If…abang still sayangkan Airis, be nice to her. Okay?” Fariq mengangguk. Dia sempat mencium dahi Arianna dan Zarra sebelum berlalu keluar dari bilik.