Wednesday, 19 November 2014

Cerpen : Cinta Pokok Kaktus (Sekilas Secoet)

Assalamualaikum... Hye!

Lagi. Hanya sekilas. Memang tak menepati janji sungguhla CIA ni. Tahu. Layankan sajalah dulu sekilas secoet ni. Huhu. Line internet sangat susah nak dapat kat sini. Plus, sibuk dengan exam & assignment. Tak boleh janji bebanyak, kang dicapati pulak. Ada masa, ada line, adalah CIA lelepak kat sini tau. :). Jangan marah naaaaaaa. Bawa bersabar. Hehe. SELAMAT MEMBACA! :D. (SEKILAS) - Betul-betul secoet ni tau.



Al tarik pintu 7Eleven. Langkah terus menghala ke peti minuman sejuk, dua botol jus orange dia ambil. Setelah itu, dia bergerak ke kaunter. Tekak yang terlalu dahaga membawa dia ke sini. Kalau tidak, jangan harap dia mahu ke tempat minah merenyam yang selalu mengganggu hidupnya itu. Uih, tegak bulu roma.

“Lama tak nampak, bro?”

Al angkat kening sebelah. Dihulurkan not sepuluh ringgit kepada mamat cashier berambut perang yang sedang senyum manis itu.

“Agak lama jugak la. Kau kenapa kat sini lagi? Supposedly, kau patut balik kolej dah kan?” Mamat cashier yang sedang mengira baki wang itu terbatuk kecil.

“Kena buang kolej dah. Aku malas la fikir, buat sakit kepala…”

Amboi, senangnya. Al senyum senget.

“Sakit kepala tu sebab kau sendiri yang cari. Aku belah dulu. Jangan pulak kau pandai-pandai kasi tahu kat minah gedik tu, aku datang sini,” Al memberi amaran. Serius.

“Insha Allah. Itu pun kalau aku baik sikit,” Ngek. Sempat lagi mengusik Al. Dia sudah biasa dengan lelaki yang tua setahun darinya itu.

Dulu, kerap jugaklah Al singgah di sini. Tetapi, sejak Al sudah pindah ke tempat lain, lelaki itu sudah jarang ke mari.

Al melangkah ke kereta Satria Neo hitamnya. Cepat-cepat dia memboloskan diri ke dalam kereta apabila dia terperasan susuk tubuh si minah gedik yang paling dia anti.

“Kenapa?” soal si penumpang.

“Itu hah, minah gedik…” Bibir terjuih ke arah seorang gadis tinggi lampai yang sedang menarik pintu 7Eleven.

“Minah gedik? Siapa?” Al toleh ke sebelah. Bibir mendecit.

Haih, kantoi pulak dah. Sengih ajelah dulu.

“Abang, siapa minah gedik tu?” Lengan Al dicubit oleh si penumpang. Sebelum ini, mana pernah dia mendengar perihal tentang gadis tinggi lampai itu.

“Tak ada sesiapalah. Dah, jom. Ni hah, jus orange,” Dihulurkan beg plastik kepada penemannya hari ini.

“Ada la tu nak kelentongkan kita. Hari ni, Ari diamkan. Lain kali, siaplah abang,” Al senyum nipis. Sumpah, takkan dia sebut lagi pasal minah tu. No… no.

“Iyalah. Kita dah boleh gerak kan, sayangku Areena?” Areena sengih comel.

“Boleh, abang,” Al usap kepala Areena sebelum memasukkan gear dan meneruskan perjalanan pulang ke rumah.


Areena bukanlah cemburu mana pun. Sengaja dia mahu mengusik Al. Iyalah, selalunya dia yang sering diusik. Tapi, Al macam ambil seriuslah pula. Ah, biarkan saja. Setidaknya, lelaki itu tak berani lagi mengungkit perihal perempuan lain di hadapannya.



p/s : Kalau rajin, teka la apa kaitan Al & Areena. Peace. :)

5 comments:

  1. husband and wife...maybe.. kalau x..x hancur remuk hati hehe...good job cik writer^^

    ReplyDelete
  2. Adik beradik tiri tapi rapat. Maybe lah

    ReplyDelete