Monday, 7 July 2014

Cerpen : Macaroons Love Story Ramadhan Spesial 2



8 Ramadhan 1435

Fail ditangan dihempas ke meja. Dugaan sungguh bulan puasa ini. Satu kerja pun tak menjadi, dia pula yang naik angin. Intercom ditekan dan meminta setiausahanya memanggil pembantu projek untuk kali ini. Raut Altaf yang jarang sekali tegang bertukar tegas dan marah.
Ketukan pintu menyedarkan Altaf. Dia duduk di kerusinya. Beberapa saat kemudian, muncul Hajar bersama sebuah buku diari.
“Duduk, Hajar,” arah Altaf tegas. Hajar menurut. Dia pelik kenapa orang atasannya itu memanggilnya, tiba-tiba. Mulalah hatinya berbunga-bunga.
“Errr… kenapa bos nak jumpa saya?”
“Awak pasti awak tak tahu kenapa saya panggil awak?” Hajar geleng. Manalah dia tahu.
Altaf hela nafas. Fail warna hitam ditolak kepada Hajar.
“Tak tahu pulak saya yang Kareema Holding ni family awak punya. Sepatutnya benda awak perlu beritahu saya, Hajar. Maklumat syarikat sangat confidential. Apa jaminan awak tak bocorkan maklumat kita?”
Hajar tergamam.
“Bos, memanglah Kareema Holding milik keluarga saya… tapi saya takkan bocorkan maklumat syarikat pada sesiapa. I know our companies rules, boss. Bos sendiri tahu saya macam mana kan…” Bengang pula dituduh sebegitu.
Ayahnya langsung tidak pernah bertanyakan perihal syarikat kepadanya. Apabila berada di rumah, hal-hal kerja perlulah diletak ke tepi. Tiada sesiapa akan mengungkit soal kerja melainkan hal itu penting. Masa di rumah hanyalah untuk keluarga, bukannya perkara lain.
“Kalau dah itu kata awak, saya nak awak undur diri dari projek ni. Saya akan letakkan awak di projek yang lain. Jadi, saya harap awak faham,” Suara Altaf kembali tenang. Rautnya juga tidak setegang tadi.
“Terima kasih, bos. I will make sure that I won’t leak our project details to others. So, you don’t have to worry, boss,” Altaf mengangguk perlahan.
“Baiklah. Awak boleh keluar…”
Hajar pandang Altaf. Segak. Uhuk!
“Bos, maaf. Hari ni bos berbuka dengan staf tak?” tanya Hajar, penuh harapan. Altaf senyum dan geleng.
“Saya berbuka dengan keluarga saya, Hajar. Kenapa?”
“Tak ada apa-apa. Saya keluar dulu ya,” Hajar pantas menghilangkan diri dari bilik bosnya itu.
Uish, lagi lama dia berada dekat dengan Altaf… mahu tercabut jantung dia. Nauzubillah. Sekali lagi dia menegaskan bahawa Altaf adalah suami orang. Dia tidak akan sesekali merampas kebahagiaan orang lain. Tidak sesuai dengan personalitinya. Mungkin istikharahnya masih belum sempurna.
*****
Adra menghulurkan mug berisi milo susu panas kepada Altaf yang baru pulang terawih. Mereka berehat di ruang tamu. Anaqi pula sibuk bergolek berkuak lentang di atas permaidani gebu di tengah-tengah ruang tamu. Buas.
“Abang, ibu telefon tadi…” Adra duduk di sisi Anaqi. “…ibu nak buat kenduri doa selamat sikit. Ibu nak abang jemput staf-staf abang tu,” maklum Adra.
“Bila?”
“Lusa ni. Beriya aje ibu, siap ajak Adra pergi beli barang-barang nak masak. Esok ibu datang ambil. Abang izinkan tak?” Adra pandang suaminya di sofa.
“Bolehlah. Tak kasi karang, lebam bahu abang ni ibu tumbuk. Nak ajak Aisar, sibuk memanjang. Lagipun, esok abang ada meeting sampai petang,” balas Altaf sebelum menyisip minumannya itu.
“Abang, Hajar yang kita jumpa hari tu kan, dah berpunya ke?” tanya Adra sambil membaringkan Anaqi di tilamnya.
“Hah? Manalah abang tahu sayang oi. Kenapa tiba-tiba tanya ni?” Pelik juga Altaf, Adra mengungkit soal Hajar.
Bertemu pun cuma sekali, takkan sudah kamcing kot.
“Tak ada apa-apalah, abang. She’s beautiful. Muslimah sejati. Adra suka tengok dia. I thought… boleh buat kawan,” Altaf gelak lepas.
Diletakkan mug di meja di sisi sofa. Dia duduk di sisi Adra. Tangannya sibuk mengusik pipi tembam Anaqi yang sedang bermain itu.
“Tengoklah keluarga dia macam mana, sayang. Alim-alim belaka. Abang respect ayah dia. Jujur dan ikhlas aje buat kerja. Yang tak berkenannya staf syarikat ayah Hajarlah. Buat kerja culas, main-main…”
“Apalah abang ni. Tak habis lagi emo abang tu. Janji abang tahu kan macam mana ayah Hajar tu buat kerja. Positif, abang,” Tangan Adra mengusap bahu Altaf.
“Iyalah.”
“Hah, sahur jap lagi abang nak makan apa?”
“Emmm, Adra masak something yang simple dahlah. Abang makan aje,” Senyuman terukir lebar.
Dek geram, Adra kucup pipi Altaf. Apa lagi, berdekahlah Altaf ketawa. Tergeleng dia dengan sikap selamba Adra. Selalu sangat buat riak who-cares dia tu.
“Abang, simple Adra tu macaroons aje tahu. Tak pasal aje tengahhari abang balik minta lunch kat Adra. Haish, tak naklah bersekongkol dengan orang tak puasa,” seloroh Adra.
“Janganlah macaroons, sayang. Kebulur abang nanti. Sayang…”
“Hmmm…”
“Kenapa suka macaroons?”
“Abang…”
“Ya…”
“Kenapa suka coffee latte?”
Altaf usap kepala Adra lembut. Anaqi pula dengan dunianya sendiri. Malaslah dia mahu mengganggu baba dan umminya.
“Sebab abang suka coffee campur susu tapi tak berapa nak sedap dan kelat. Jadi, abang tukarlah kepada coffee latte. Just nice,” Jawapan Altaf membuatkan Adra terangguk.
Jadi, alasan Altaf semudah itu. Sungguh, inilah kali pertama mereka mengungkit soal kegemaran masing-masing. Hanya soal macaroons dan coffee latte sahaja tidak dibangkitkan sejak berkahwin.
“Adra suka macaroons sebab Adra bayangkan macaroons tu ibarat perkahwinan. Couple. Just like us…” Adra peluk lengan Altaf erat. “… cantuman macaroons tu macam ikatan. They complete each other. Dan, macaroons tu lembut. Abang kan pernah cakap… hubungan suami isteri memerlukan kelembutan dan toleransi. Itulah sebabnya Adra suka macaroons,” jelas Adra.
“Oh. Sayang ni fikir jauh. Bukan setakat kelembutan aje, sayang. Memahami pasangan sangat penting. Abang nak Adra kuat nak tempuh sepuluh tahun pertama perkahwinan kita ni. Bukan mudah nak kekalkan sesebuah hubungan tanpa kefahaman. Banyak dugaan yang menunggu kita. Mungkin sekarang… kita bahagia bertiga. Ke depan kita tak tahu lagi apa akan jadi,” hujah Altaf.
Tidak mahu Adra leka.
“Terima kasih, abang. Adra akan ingat pesanan abang. Abang pun sama eh. Jangan nak menggatal pulak ya,” Dicubit lengan Altaf. Geram!
“Iyalah. Abang sayang Adra aje tahu. Eh, tak. Anaqi sekali. Alolo, tak mengantuk lagi anak baba sorang ni,” Diangkat tubuh debab Anaqi.
Hish, geram sungguh dengan anak lelaki dia seorang ni. Mahu dicubit-cubit isi yang berketul-ketul itu. Adra tergelak tatkala Anaqi ketawa dek dicium bertalu-talu oleh Altaf. Gelilah tu. Haihlah anak. Semoga dia mengikut jejak Altaf yang penuh kelembutan dan ketenangan itu. Senang hatinya.
*****
“Astaghfirullahalazim…”
Hajar mengusap dadanya yang berombak kuat. Mimpinya seakan-akan benar. Bibir Hajar berzikir. Tidak mahu terbawa-bawa dek perasaan.

“Ya Allah, Kau tunjukkanlah padaku kebenaran-Mu, petunjuk-Mu. Aku tidak mahu tersilap langkah. Kau jauhkanlah aku dari fitnah dunia dan juga fitnah perasaan manusia. Amin,” Kedua belah telapak tangan diraup ke wajah.

to be continued...

p/s : hai, semua. pendek ja eh entry pagi ni. mood down sikit, jiwa kacau. semangat dina bagi petang semalam hilang. hehe. tapi, CIA cuba update MLS Ramadhan sepanjang bulan puasa ni. setuju tak? heeee. pendek-pendek CIA mampulah nak buat. busy nak masak semua. sorry sebab tak update selalu dah. thanks pada yang masih sokong CIA. love you all. :D. SELAMAT MEMBACA. :D.

4 comments:

  1. Best .buat smbgan byk2 tau.... hehehhhe... semoga ada mood nak tulis lagi... heheehee..love you too!!

    ReplyDelete
  2. yup update lagi
    but please jngan la buat ending dia bermadu ke mati ke
    sedih sangat
    sian dngn adra
    tak nak lah hero tu dengan hajar
    serius tak sanggup mati or bermadu
    tsk tsk tsk
    please please

    ReplyDelete