Tuesday, 15 July 2014

Cerpen : Macaroons Love Story Ramadhan Spesial 6


WAJAH comel Adra dipandang. Adra tetap tenang. Ada masanya Altaf keliru. Benarkah isterinya itu sayangkan dia? Tambahan pula, Adra masih muda. Pasti punya banyak impian. Takkanlah tiada sekelumit rasa cemburu atau marah pun pada dia. Iyalah. Sekarang ini… Adra sudahpun mengetahui perkara sebenar tentang hajat keluarga Hajar.
“Adra, abang tak pernah tanya Adra pasal benda ni. Tapi, hari ni… abang nak Adra jujur dengan abang,” Altaf memulakan terlebih dahulu.
“Tanyalah, abang. Adra akan jawab secara jujur selagi benda tu tak menyakitkan hati Adra,” balas Adra.
Dia memang tenang. Tetapi bukan hatinya. Habis berkeladak sudah. Jika keputusan yang dibuat Altaf mampu memusnahkan rumah tangga mereka, tak mustahil dia akan hamburkan segala kemarahannya yang disimpan sejak mendapat panggilan dari Datin Hashima tadi.
Altaf capai tangan Adra, digenggam erat tangan yang lembut itu.
“Abang tak pernah terfikir nak duakan Adra. Sekalipun tak pernah walaupun perempuan seperti Hajar yang muncul. Cuma, abang keliru dengan Adra. Adra tak pernah tunjuk Adra cemburu. Explain…”
Adra kerut dahi. Tidak pernah?
“Abang, Adra sayangkan abang. Tak cemburu tak semestinya Adra tak sayang abang. Adra cemburukan Hajar, abang. A lot. Cuma, Adra tak nak abang susah hati atau fikir bukan-bukan kalau Adra terlalu cemburukan mana-mana perempuan yang dekat dengan abang. Pertama kali Adra jumpa Hajar, Adra dah sakit hati. Dia pandang abang penuh kasih sayang. Adra pernah bincang dengan abang pasal ni kan. Abang aje yang ingat Adra main-main. Tak serius,” Adra menarik tangannya dari genggamannya dan memeluk tubuh.
Altaf terkedu.
“Ikut suka abanglah nak fikir apa pun. Kalau abang memang nak sangat Hajar jadi isteri kedua abang, Adra terima. Tapi… lepaskan Adra. Fullstop,” Tergamam terus Altaf dibuatnya.
Altaf tarik kedua belah bahu Adra agar menghadapnya.
“Apa Adra cakap ni? Abang tak pernah sayangkan Hajar. Adra dah lupa apa yang Adra janji dengan abang? Adra akan percayakan abang kan walauapapun yang jadi. Takkanlah sebab Hajar, Adra nak abang lepaskan Adra. Nonsense. Cuba berfikir dengan akal bukannya dengan lutut,” marah Altaf. Dadanya berombak.
Adra diam.
Pada awalnya, dia memang sudah boleh bertenang. Tetapi apabila teringat akan kata-kata Datin Hashima, dia gagal mengawal perasaannya.
“Istikharah Hajar tunjukkan abang orangnya. Apa yang kita boleh buat? Mustahil nak pertikaikan petunjuk Allah. Abang sendiri tahukan benda ni?”
“Adra… Enough. Hajar mungkin silap. Pandang abang. Adra…”
Adra masih berkeras. Matanya hanya menekur ke permaidani. Mujur sahaja Anaqi tidur, tidak perlu dia melihat baba dan umminya bergaduh.
“Qutnina Khadra, listen to me. Please. We have to make it this matter clear. Abang langsung tak sayangkan Hajar. Believe me. Adra kenal abangkan. Since the first we met, I’ve fall in love with you. No other women but you… Qutnina Khadra Farhan. Only you,” Altaf kembali bernada perlahan dan lembut.
Adra statik. Tanpa perasaan. Air mata yang tiba-tiba mengalir, disapu kasar.
Altaf mengeluh berat.
“Adra… abang tak tahu apa yang Datin cakapkan pada Adra. Tapi, abang harap Adra fikirlah betul-betul. Dari awal lagi, abang dah tolak permintaan keluarga Hajar untuk satukan kami. Abang ada prinsip abang. Abang takkan sesekali duakan Adra. Not even once…”
Lirih suara Altaf. Adra terkaku apabila belakang tangannya merasakan titisan air. Altaf menangis. Wajah tampan yang menunduk itu dipandang Adra. Sungguhlah Altaf menangis. Hidung lelaki itu merah.
“Abang tak salahkan Adra kalau Adra masih tak percayakan abang. Ikut suka Adralah nak fikir apa, abang rela. Satu aje yang abang mintak, jangan pernah berhenti sayangkan abang. Kali pertama abang pandang Adra… selamanya hanya Adra di hati abang,” Sebak suara Altaf menutur kata.
Adra mati kata.
“Awak Adra kan, isteri Aqhar? Saya Datin Hashima, ibu Hajar. Saya tak nak habiskan masa, terus saja ke agenda utama ya. Selama saya besarkan anak saya, Hajar… belum pernah saya tengok dia terseksa seperti hari ni. Dia sayang dan cintakan suami awak. Saya harap awak pertimbangkan soal bermadu. Mungkin berat bagi awak, tapi tolonglah. Fikirkan demi seorang perempuan yang terseksa kerana terlalu mencintai seorang lelaki. Hajar mungkin mampu untuk membahagiakan Aqhar. Who knows right? Awak fikir-fikirkanlah, nanti saya hubungi awak lagi…”
Kata-kata itu kembali berputar di minda Adra. Semudah itu Datin Hashima meminta dia bermadu dengan Hajar. Seperti memasukkan secubit garam ke dalam kari.
Adra capai jemari Altaf. Dilagakan dahi ke dahi Altaf yang menunduk itu.
“Adra percayakan abang. Cuma, Adra perlukan masa untuk berfikir. Adra buntu bila Datin macam mendesak. Abang langsung tak bagitahu Adra pasal pertemuan dengan keluarga Hajar. Abang… Adra tenang sebab Adra tak nak abang susah hati. Abang hero Adra, takkan senang-senang Adra lepaskan abang untuk orang lain. Adra tak boleh terima Datin serbu Adra macam tu…”
Lembut Adra bersuara.
Pantas Altaf menarik Adra ke dalam pelukannya. Dia lemah. Lemah dalam menegakkan kemahuan hatinya.
“Sudahlah, abang. Tak elok menangis dalam bulan puasa ni. Terbatal pulak puasa nanti. Malam nanti kita bincang lagi pasal ni. Adra minta maaf, abang. Bukan niat Adra nak marahkan abang atau tak percayakan. Maafkan Adra eh,” Altaf usap kepala Adra.
“Abang maafkan. Tapi, lain kali jangan pernah pertikai kesetiaan abang pada sayang. You always in my heart. Abang tak sukakan perubahan. Kita bersemuka dengan Hajar. Only Hajar. Boleh?”
Adra angguk dalam pelukan.
*****
17 Ramadhan 1435
“HAJAR, awak yakin dengan istikharah awak?” tanya Adra terus. Dia malas mahu bengkak bengkokkan lagi keadaan. Biar semuanya selesai sekali gus.
Hajar diam. Menekur ke lantai. Mereka bertiga bertemu janji di sebuah taman rekreasi.
“Awak berdiam macam ni, perkara takkan selesai. Apa yang hati awak nak berkaitan dengan masa depan kita. Awak sanggup biarkan semua ni jadi teka teki? Tanpa jalan keluar?” Altaf pula bersuara.
“Sa… saya sendiri tak tahu macam mana nak cakap. Istikharah saya selama sebulan menunjukkan awak, Aqhar. Maafkan saya, Adra. Tapi, inilah petunjuk yang bagi saya adalah realiti…”
Sesak nafas Adra. Soal istikharah bukannya boleh dibuat main.
Okay, let’s say your istikharah is true. Awak masih nakkan suami saya? Hajar, semua perempuan takkan sanggup bermadu… termasuk saya. Maafkan saya kalau saya berkurang ajar memandangkan awak lebih senior dari saya. Saya terpaksa tegas. Ini perkahwinan saya dan permintaan awak sekeluarga boleh meranapkan rumah tangga kami yang masih baru ni. Masih dalam fasa saling mengenali satu sama lain,” hujah Adra panjang.
Altaf sendiri terkejut dengan ketegasan isterinya itu. Riak comel itu juga serius.
“Tapi, saya sanggup bermadu,” Lancar sahaja Hajar bersuara. Tiada langsung nada perasaan bersalah.
Adra hela nafas lembut. Tangannya erat dalam pegangan Altaf.
“Hajar, awak sanggup bermadu sedangkan awak tahu dan jelas yang saya takkan berlaku adil. Awak tak kisah kalau saya lebihkan Adra berbanding awak? You clear enough about this, Hajar. I love my wife very much. No one can replace her. No one can share my love besides her. Don’t even make any assumption about future. You will regret it. Saya anggap awak hanya sebagai staf sahaja. Tak pernah lebih. Kalau betullah istikharah awak menunjukkan saya adalah orangnya, awak tunggu pula istikharah saya. Saya dah habis cakap. Jom Adra,” tegas sekali Altaf menegakkan keadaannya.
Hajar terpaku.
“Hajar, kosongkan hati ketika beristikharah. Jangan meletakkan harapan terlalu tinggi pada Aqhar. You’ll ruin the answer. Kalau hati awak penuh dengan rasa cinta pada Aqhar, keputusannya juga akan menunjukkan apa yang hati awak nak. Tell yourself to feel other women feeling too. Jangan terlalu meninggi diri, itu ego namanya,” tukas Adra sebelum beredar.
Air mata Hajar mengalir menghantar pemergian Altaf dan Adra.
Benarkah apa yang dikatakan oleh Adra itu? Dia ego. Terlalu memandang tinggi pada kelebihan diri. Ya Allah, apa yang sebenarnya aku mahukan? Kau bantulah hamba-Mu yang lemah dan tidak berdaya ini. Jika aku tersesat, Kau sedarkanlah aku. Ya Robb, aku berserah pada petunjuk-Mu. Amin.
*****
ALTAF memandu tenang membelah jalan raya. Tangan kirinya erat memegang jemari Adra sementara tangan kanan mengawal stereng. Dibiarkan isterinya itu menangis, mungkin hati Adra akan tenang sedikit.
“Abang, tak nak balik rumah ibu dulu. Adra tak kuat nak facing dia orang. Please,” rayu Adra dalam tangis yang masih bersisa.
“Iyalah. Kita balik rumah dulu. Abang call ibu minta jagakan Anaqi dulu untuk malam ni. Okey?”
Adra angguk lemah.

Sebelum pulang, Altaf membeli makanan untuk berbuka puasa dahulu. Sudah tentu Adra tiada mood untuk memasak.

to be continued...

p/s : macam takda kena mengena pulak dengan macaroons kan cita ni. haha. rasanya part 8 dah ending kot. inshaAllah. Full Version pulak CIA akan cuba siapkan sebelum raya. atau kalau CIA ada idea lagi bernas, cepatlah CIA update FVnya ya. harap semua bersabar. sorry pada yang tanya kenapa tak update story lain. because of CIA memang takda mood langsung nak menulis.
p/s/s : susah jugaklah nak menulis bila mood hilang entah ke mana. manuskrip Rahsia Arianna pun terkontang kanting tak berpenghujung. inshaAllah CIA cuba yang terbaik. maaf kalau CIA dah jarang update ke hapa. tapi, jujur CIA cakap i miss the old me. huhu. doakanlah CIA mampu nak update banyak banyak lagi. hihi. :D. no harm. SELAMAT MEMBACA! :D. love you all.

7 comments:

  1. Love u too jugak.... hehe... TQ CIA...sbb selalu update ...hope story ni hepi ending...rindu jugak dekt rahsia ariana...n harap CIA dpt buat ending yg best2... xpa lambt ke cepat kami tunggu story2 dr CIA...;)

    ReplyDelete
  2. Uish kurang ajar jugak en Hajar tu. Hoho. May Allah give you the chance to write more, and update more In Shaa Allah sebab kami ni macam.singa kelaparan menunggu mangsa. Ehhh hehehe peaceeee. Ramadhan Mubarak ;)

    ReplyDelete
  3. Wah..xsbrnye nk tggu ending..hehe
    nervous..pls xnk hajar..=)

    ReplyDelete
  4. Wah!! Bila nak sambung?.dah nak raya ni.... oh.. SELAMAT HARI RAYA buat CIA dan fans. Oh ya... jemput baca blog karya sya... http://misszulaikhadancerpens.blogspot.com/?m=1
    *tak sabar nak baca sambungannya.. nak tgk betapa teguhnya cinta Altaf dan Adra.. ah saya dah macam Datin Hashima pula*

    ReplyDelete
  5. Elok sngt crta. Cma bla ending tu ttbe kluar soalan. Itu je? Smbunggg lgggg ehh doakn cpt2. 😁

    ReplyDelete