Monday, 14 July 2014

Cerpen : Macaroons Love Story Ramadhan Spesial 5



Aqhar pandang Datin Hashima sekilas. Disebabkan dia menghormati wanita itu, dia cuba bersabar.
“Datin, perkahwinan saya baru dua tahun lebih. Masih baru lagi. Mungkin bagi Datuk dan Datin… Hajar juga, perkara ni mudah. Tapi, bukan saya yang masih punya jati diri dan punya tanggungjawab pada isteri dan anak saya. Sayang saya pada isteri tak mampu untuk saya khianati dia. Saya harap Datuk dan keluarga faham. Hajar, awak fikirlah sekali lagi. Awak kenal saya dan Adra, mintalah doalah dengan hati yang bersih dan suci. Bukan dengan hati yang alpa. Minta diri dulu. Assalamualaikum…” Tidak mampu lagi dia berada di sini.
Altaf beredar. Tinggalkan Datuk Kareem, Datin Hashima dan Hajar yang terkedu dan terpaku akan kata-kata Altaf.
“Shima, tolonglah jangan bertindak melulu. Aqhar bukan lelaki yang mudah untuk ditundukkan. Hajar, betul Hajar sayangkan Aqhar?”
Hajar angkat wajahnya. Suram.
“Mungkin betul kata Aqhar, ayah. Istikharah Hajar banyak cacat celanya. Ayah dan ibu beri Hajar masa lagi,” jawab Hajar lembut.
Datin Hashima mendengus.
Marah pula dia pada suami dan anak perempuannya itu. Memanglah Altaf sudah punya isteri dan anak, tetapi apa salahnya lelaki itu berkahwin dengan Hajar. Lelaki boleh berkahwin empat apa. Cantik sangatkah… baik sangatkah isteri Altaf itu? Sehinggakan bos Hajar itu tidak mahu menduakan isterinya. Huh!
*****
TALI leher dirungkai kasar. Tubuh dihempas ke sofa. Kepala disandarkan ke belakang sofa, mata menadah ke syiling. Semak fikirannya dek peristiwa tadi. Hatinya memberontak. Siapa yang tidak geram jika diminta berkahwin dengan perempuan yang langsung tidak disukainya.
Lain kisahnya dengan Adra. Pertama kali dia bertemu dengan isterinya itu, sudah wujud perasaan suka. Jika tidak, tiada maknanya dia menerima cadangan ibunya dulu. Innocent girl yang terlanggarnya tanpa sengaja. Dia belum pernah lagi mengungkit soal itu kepada Adra. Manalah tahu jika isterinya itu tidak perasankannya.
“Abang,” panggil Adra. Kerutan jelas di dahi.
Altaf masih memandang ke syiling.
Adra melangut. Kosong sahaja syiling itu. Apa yang dipandang Altaf?
Dek geram sangat panggilannya tidak berjawab, Adra duduk di riba suaminya. Hampir sahaja Altaf menolak tubuh Adra disebabkan terkejut. Adra ketawa lucu.
“Abang fikir apa? Adra panggil banyak kali tak dengar…”
“Iya ke? Sorry. Abang tak perasan. Penat sangat kot,” Adra cebik. “Anaqi mana?” soal Altaf apabila tidak nampak anak lelaki dia yang seorang itu.
“Tidurlah dia. Awal pulak abang balik hari ni. Ada apa-apa ke?” Altaf geleng laju.
Jujur itu perlu tetapi sekarang bukan masanya untuk memberitahu tentang Hajar. Adra sendiri pernah mengusulkan hal yang sama beberapa hari lepas. Kuat juga firasat seorang isteri rupanya.
“Abang tak sihat sikit, itu yang balik awal,” Adra usap dahi Altaf yang berpeluh. Sambil itu dia berdoa, janganlah Altaf disinggahi penyakit.
Altaf kalau sudah sakit, susah nak sembuh.
“Iya ke ni? Tak apalah, abang rehat. Naik mandi dulu ke apa. Adra nak pergi masak,” Belum pun Adra sempat bangun, tangan Altaf cepat menangkap pergelangan tangan isterinya.
Adra tenung suaminya pelik.
“Sayang, abang nak buat pengakuan,” Erk, bertambah peliklah Adra dibuatnya.
Just say it…”
Altaf renung wajah comel Adra dengan pandangan redup. Mata ke mata, hati ke hati. Ehek.
I love you now and forever. No one can replace you. Sayang, percayakan abang sekarang dan selamanya,” kata Altaf bersungguh-sungguh.
“Kenapa abang ni? Adra tahulah. Abang tak cakap pun Adra percayakan abang. Dahlah. Abang pergi naik atas, mandi. Biar segar sikit. Dah macam asam jawa dah Adra tengok,” Ditekap telapak tangan ke pipi Altaf dan digelengkan perlahan.
Terletus tawa Altaf. Comel sangat Qutnina Khadra kepunyaan dia ni.
“Iyalah. Jom, abang hantar pergi dapur…” Erk?
Adra gelak. Haih, encik suami. Sweet sangatlah awak ni. Sayang… sayang… sayang. Sayang sangat. Terbuai Adra dibuatnya sepanjang dicempung Altaf ke dapur. Matanya asyik pandang suami terchenta sahaja. Angau tahap… tak mampu nak huraikan lagi dah. Eheh.
*****
PERGERAKAN Altaf mengganggu lena Adra. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. Selalunya, letak sahaja kepala di bantal… Altaf sudah lena. Malam ini, payah pula. Pasti ada sesuatu yang mengganggu fikiran suaminya itu. Adra bingkas duduk. Ditoleh ke sebelah kanannya.
“Abang nak milo atau susu panas? Adra buatkan,” Lembut Adra menyoal. Altaf bangun.
“Tak susahkan Adra ke?”
“Ish, abang ni. Macamlah baru kenal Adra semalam. Abang tunggu sini, Adra turun bawah kejap. Kalau tak boleh sangat, abang solat sunat. Okey?” Altaf angguk kecil.
Betul juga kata Adra. Lebih baik dia bersolat sunat. Menghilangkan sedikit keresahan hati.
Adra pantas melangkah ke dapur.
Altaf pula menapak ke bilik air. Sebelum itu, dia melihat Anaqi yang sedang tidur nyenyak itu. Lena sungguh. Padahal menurut Adra, Anaqi banyak tidur sahaja hari ini. Penat apa pun tidak tahu. Baba dia juga yang tak boleh lena. Gara-gara memikirkan tentang Hajar.
Huh, itu satu hal. Mahu jujur pada Adra atau menyelesaikan sendiri sahaja masalah itu. Ugh! Stress. Air yang mengalir di celahan jemari, menenangkan sedikit hati yang walang.
Takbir diangkat penuh keinsafan.
*****
16 Ramadhan 1435
TELEFON bimbit dipandang sepi. Nafas yang semput dihela perlahan. Panggilan dari seseorang tadi, menyesakkan dada. Patutlah semalam Altaf kelihatan resah dan serba tidak kena. Rupanya ini yang berlaku. Anaqi yang sedang bergolek di totonya menangis kecil.
“Ala, kenapa menangis ni sayang ummi?” Bertambah kuat Anaqi meraung. Haish, macam tahu-tahu pula ummi dia ni tengah menangis. Dalam hati yang paling dalam.
Mahu meraung seperti Anaqi, Altaf sudah berpesan agar mempercayai dirinya. Sudahnya, dicekalkan hati sehingga dia mendapatkan penjelasan dari Altaf sendiri.
Ditepuk-tepuk belakang Anaqi untuk menghentikan tangisan si kecil itu. Ada tiga sebab sahaja Anaqi menangis. Lapar. Pampers. Rindukan baba dia. Lapar dan pampers rasanya tidak. Rindu babalah ni. Ummi pun rindu juga.
Beberapa saat kemudian, telefon bimbit Adra berdering. Abang!
“Assalamualaikum…” sapa Adra terlebih dahulu.
“Waalaikumsalam. Sayang, abang nak buat video call. Kejap,” Adra tergelak kecil. Terus senyap Anaqi yang bising tadi.
“Anaqi sayang baba, buat apa?” Anaqi gelak comel. Tangannya digawang ke dada telefon yang dipegang Adra.
Bayi yang sedang meniarap itu cuba menggapai telefon bimbit umminya. ‘Nanak baba, jerit hati Anaqi.
“Anaqi menangis ke, sayang?”
“Ha’ah. Dengar aje suara abang terus aje senyap. Rindu abanglah tu,” balas Adra.
“Alolo, sayang anak baba ni. Baba dah nak balik ni, Anaqi tunggu tau…”
“Eh, awalnya abang nak balik. Baru tengah hari,” Adra pandang jam dinding. Ataupun… Altaf sudah mengetahui tentang itu? Mungkin juga. Tiba-tiba sahaja hendak pulang awal.
“Ada benda abang nak selesaikan dengan Adra. Setengah jam lagi abang sampai rumah. Babai, Anaqi sayang. Tunggu baba tau. Sayang, jangan fikir bukan-bukan eh,” Sempat lagi dia berpesan.
“Iyalah. Bawa kereta elok-elok. We love you, abang,” kata Adra sebelum talian dimatikan.

Nampak gayanya Altaf memang sudah tahulah tentang panggilan yang diterimanya tadi. Sudah pasti Hajar yang melaporkan pada Altaf. Sabar sajalah sehingga Altaf pulang. Jawapan yang nyata dan jelas akan diperolehnya. Dia bukanlah perempuan yang sempurna. Punya perasaan iri hati, cemburu… tidak senang hati juga.

to be continued...

p/s : no caption. hehehe. SELAMAT MEMBACA! :D.

4 comments:

  1. Alalaaa....adoiii2... sesak nafas tgatkan altaf n adra ni...suspen2... xsabar nk tggu ending nih... nk hepi ending yer CIA...;)

    ReplyDelete
  2. Xmo la dgn hajar .sebok j mak hajar tu . Huh . Mungkin ishtikarah hajar tu tesalah kod . Or mmg betol but ngn org lain . Bukan ngn altaf . Maybe org yg muka same ngn altaf . Hehe . Pendapat saye j .

    ReplyDelete
  3. Hmm... x de update e novel ke bln ramadhan nie??

    ReplyDelete