Sunday, 13 July 2014

Cerpen : Macaroons Love Story Ramadhan Spesial 4



14 Ramadhan 1435
SALING berpegangan tangan pulang dari masjid, romantiklah sangat. Senyuman manis sahaja yang meniti di bibir Altaf dan Adra. Sengaja mereka berjalan perlahan, mahu mengambil angin malam di bulan Ramadhan ini. Indah rasanya… ditambah pula berada dekat dengan orang kesayangan.
Anaqi ditinggalkan bersama Nayli di rumah Encik Farhan. Hari ini giliran rumah Encik Farhan pula makan besar bersama anak menantu dan cucu-cucu. Riuh jugalah walaupun hanya keluarga kecil. Tinggal Altaf dan Adra sahaja di belakang sedangkan yang lain sudah tiba di rumah agaknya.
“Seronokkan abang dapat solat terawih?”
“Mestilah. Abang pernah terfikir, alangkah indahnya kalau terawih tu sepanjang masa. Tapi, abang sedar sebulan di bulan Ramadhan sudah cukup. Barulah kita tahu menghargai bulan indah ni…”
Adra senyum.
“Alhamdulillah. Di bumi Malaysia kita ni memanglah berpuasa di bulan Ramadhan aje, abang. Bukan di bumi saudara Islam kita di Gaza, Syria sana. Teringin Adra nak ke sana,” Altaf pandang ke sisi.
Langkah mereka terhenti.
“Sayang, senjata orang mukmin adalah doa. Kalaupun kita ke sana, tapi tidak mampu menghilangkan kesengsaraan mereka… useless. Abang tak cakap yang kita tak boleh ke sana, cuma abang ada pendapat abang sendiri,” Adra melangut sedikit.
“Apa pendapat abang tu? Kongsilah dengan Adra…”
“Kita singgah taman,” Altaf menarik tangan Adra ke taman permainan berdekatan.
Mereka duduk di kerusi batu yang terdapat di taman itu.
“Abang, sharelah. Manalah tahu ada baiknya Adra boleh kongsi dengan kawan-kawan,” Altaf gelak.
Aduh, bini aku ni. Innocent sangat. Dicubit lembut hidung Adra. Entahlah kenapa, setiap kali dia pandang wajah comel Adra… kasih sayangnya semakin bertambah. Yang pasti tidak pernah berkurang. Benarlah kata Hajah Maryam, bercinta selepas kahwin sangat indah dan ‘bersih’. Bersih dari dosa dan fitnah dunia. Subhanallah.
“Buat apa kita ke sana sedangkan kita tahu di negara sana sedang berlaku peperangan? Bukanlah maksud abang tak boleh membantu. Abang pun kalau boleh nak syahid di sana. Tapi… bagi abang, abang belum cukup kuat fizikal dan mental. Mulut memanglah sanggup untuk membantu, tapi bukan dengan hati yang murni… kosong. Sebelum ni, abang ada berniat untuk ke Syria atas alasan bantuan kemanusiaan. Saat akhir abang tarik diri,” Dihela nafas berat.
“Kenapa?”
“Sebab abang tahu, abang cuma mampu berdoa. Abang tak layak ke sana. Abang lebih sayangkan keluarga abang di sini. Setiap masa abang minta ampun sebab abang tak mampu nak bela saudara Islam kita di sana. Macam abang cakap tadi, doa tu senjata orang mukmin. Insha Allah, doa kita akan sampai… termakbul. Biarpun tak di sana bersama mereka sekurang-kurangnya kita di sini baik-baik sahaja, berusaha untuk mereka. Adra dapat tak maksud abang?”
“Emmm… apa yang Adra faham. Adra bagi contohlah eh. Contohnya Adra ke sana, tapi sampai sana Adra mati. Tak dapat lagi dah nak berjuang dengan mereka. But, if we’re here… kita masih boleh berdoa, menghulurkan bantuan. Sekurang-kurangnya, kita boleh spreadkan dakwah kita di sini,” Kepala Adra diusap dek Altaf.
Bijak juga otak isteri kesayangan dia ni.
“Ini pendapat abang aje tau. Simpan diam-diam. Abang tak ke sana sebab abang pengecut. Abang penakut,” Adra menggeleng laju.
“Taklah. Abang masih ada tanggungjawab di sini. Macam mana dengan Adra, Anaqi dan yang lain kalau abang tak ada. Setakat ni aje kita mampu membantu mereka. Ajal tu kan ditangan Allah. Selagi nyawa kita ni masih ada, berjuang demi agama kita. Abang sendiri yang pernah cakap dengan Adra. Kan?”
“Eee… lama-lama abang tengok sayang ni, geramlah. Rasa macam nak cubit-cubit aje,” Kedua belah pipi Adra sudah pun dicubit lembut Altaf.
Elok sangatlah tu. Altaf geram tengok Adra, Adra pun sama. Sehati sejiwalah sangat. Kononnya.
“Adoi, abang ni. Public ni, tak pasal kena tangkap basah. Naya aje…”
“Apalah sayang ni. Macamlah kita ni tak kahwin lagi. Keluar seorang pewaris dah pun. Jomlah kita balik. Rindu pulak kat teruna seorang di rumah tu,” Adra gelak perlahan.
“Iyalah, abang. Nak abang kendong boleh? Sakit kakilah…” Tak sah kalau tak buat comel si Adra ni.
“Sayang sendiri yang cakap ni tempat public, nak kendong buat apa?”
Adra peluk lengan Altaf erat.
“Alaaaa… nak abang kendong jugak. Abang asyik kendong Anaqi aje, Adra pun nak jugak. Please…” Dikebilkan mata.
Apa lagi, terus berdekahlah tawa si Altaf.
“Iyalah. Cepat,” Altaf membongkokkan badannya.
Adra senyum melebar. Ah, seronoknya dunia. Sayang abang ketat-ketat.
Untunglah Adra punya suami si abang sado gagah perkasa. Setakat badan kecil dia tu, tak sempat nak penat. Eheh.
Love you, abang…” bisik Adra di telinga Altaf.
Altaf senyum.
Love you too, sayang…” Adra jatuhkan kepala ke bahu suaminya. Suami kita romantik, okey.
*****
15 Ramadhan 1435
LANGKAH diatur penuh berhati-hati. Kelibat tiga orang yang mahu bertemunya sudah kelihatan di gazebo taman rekreasi berdekatan dengan pejabatnya. Mahu bertemu di restoran, sekarang ini adalah bulan Ramadhan.
“Assalamualaikum…”
Tiga pasang mata memandang si gerangan pemberi salam.
“Waalaikumsalam…” Jawab ketiga-tiganya serentak.
Datuk Kareem menghulurkan kepada Altaf. Altaf dapat menangkap Hajar di sebelah isteri Datuk Kareem. Gadis itu menekur ke lantai. Kenapakah?
“Maafkan saya. Terpaksa ajak Aqhar bertemu di sini. Hendak ajak Aqhar ke rumah, tidak manis pula. Jadi, di sinilah kita,” ujar Datuk Kareem.
“Tapi kenapa ya?”
“Duduklah dulu, Aqhar. Kita bincang secara damai,” Altaf duduk bersebelahan dengan Datuk Kareem.
Hajar gigit bibir. Dia tidak mampu mahu mengangkat wajah. Panas mukanya dek menahan malu.
“Aqhar sudah beristeri kan?” Altaf mengangguk. “Pilihan sendiri atau keluarga?” tanya Datin Hashima lagi.
“Kedua-duanya…”
Datuk Kareem memberi isyarat pada isterinya agar tidak meneruskan persoalannya.
“Sebenarnya, kami berasa serba salah mahu menyampaikan hajat kami ni. Tapi… keadaan akan jadi teruk kalau benda ni berlarutan,” Datuk Kareem mula masuk ke tujuan asal mereka bersua.
Altaf kerut dahi.
“Ada apa, Datuk? Saya ada buat benda yang salah ke?” Manalah tahu kalau dia ada tersilap dalam menguruskan projek sebelum ni ke. Ataupun, dia ada mengguriskan hati Hajar?
“Susah untuk kami…”
“Hajar, anak perempuan kami ni dah jatuh hati pada kamu. Kami nak kamu berkahwin…” Potong Datin Hashima.
Tergamam Datuk Kareem, Altaf dan Hajar dibuatnya. Yang paling terkejut, Altaflah. Benda mengarut apa ini yang sedang berlaku?
“Shima, biar abang yang bercakap,” tegas Datuk Kareem berkata pada Datin Hashima. Isterinya itu menjeling geram.
Hajar diam tidak berkutik. Dia malu… tersangat malu.
“Macam ni, Aqhar. Saya harap Aqhar bertenang. Mungkin ada jalan lain lagi yang boleh membantu. Sebenarnya… betullah cakap auntie tu, Hajar sudah jatuh cinta dengan kamu. Hajar sudah beristikharah. Jawapannya memang adalah kamu, Aqhar,” jelas Datuk Kareem dengan nada yang tenang.
Tidak mahu menakutkan Altaf.
Altaf pandang Hajar buat seketika. Kes berat ni.
“Kamu jangan main-main ya, Aqhar. Anak kami ni bukan mainan,” Hajar getus pinggang ibunya. Tidak suka Datin Hashima berkata sebegitu.
“Maaf, Datuk, Datin. Saya pun terkejut dengan perkhabaran ni. Tak pernah saya expect benda ni. Tapi, maafkan saya. Mungkin istikharah Hajar punya kekurangan. Sungguh, saya langsung tak simpan apa-apa perasaan pada Hajar. Saya cuma anggap Hajar sebagai staf saya aje. Lagipun, saya dah ada isteri dan anak. Tak sanggup saya nak menduakan isteri saya,” Panjang Altaf berhujah.
Itulah hakikatnya.
Untuk menduakan isteri tercintanya itu, mustahil. Tidak mungkin akan berlaku.
“Senangnya kamu bercakap ya, Aqhar. Yang teruknya anak kami ni. Siang malam asyik teringatkan kamu. Ini jalan terbaik. Kamu nak Hajar menanggung dosa sebab terlalu sayangkan kamu? Fikirlah Aqhar,” balas Datin Hashima tegas.
“Ibu…” Baru kedengaran suara Hajar.
“Shima, sabar kejap. Benda ni kena berbincang secara aman, bukannya begini cara nak selesaikan masalah. Aqhar tak mahu fikir dulu?”
Altaf mengeluh tanpa sengaja.
“Buat masa ni, susah untuk saya buat keputusan. Saya sayangkan isteri saya dan untuk menduakan dia adalah sangat mustahil,” Tergeleng Altaf dibuatnya.
“Ayah… ibu, sudahlah. Jomlah kita balik,” Belum Hajar berdiri, Datin Hashima menahan.

“Aqhar, rasanya lelaki dibenarkan beristeri empat kan? Jadi, apa salahnya?” Datuk Kareem hanya mampu mengeluh. Kesal dengan kegelojohan si isteri.

to be continued...

p/s : jeng jeng jeng. apa jadi selepas ini? klimaks cerita ni. haha. semua boleh guess. hihi. saja nak main teka teki. apa yang Altaf akan buat. Hajar setuju atau dia mengalah?
p/s/s : yg pendapat Altaf tu, CIA punya pendapat ja tau. tak ada kena mengena apa-apa pun. if ada yg salah, tolong betulkan eh. CIA belum cukup sempurna. :D. SELAMAT MEMBACA! :D

5 comments:

  1. Adoiiiii....suspen2... hmm rasa altaf tetap dgn pderiannya....xkn menduakn adra..last choice mayb hajar@ fmly hajar jupe adra....alaaa...xmaula...altaf n adra je...no share2 plzzzz CIA..... xnk sad ending...nk swettt2 je...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. doakan CIA baik hati eh. banyak sangatlah cerpen yg happy ending. mcm takda pulak sad ending. hihi. :D. peace no war.

      Delete
    2. Please please please tamau la ada org ke3 sweet sngt da adra ang altaf .tamau sngt

      Delete
  2. Alaaaaaa...;(....plzzzzzz CIA yg baik hati + yg manisss...feeling hepi plzzzzz.... ;)

    ReplyDelete