Thursday, 10 July 2014

Cerpen : Macaroons Love Story Ramadhan Spesial 3



Assalamualaikum... Hye!

Salam Ramadhan. Macam biasalah. Pendek ja untuk setiap kali CIA update. Rasa bersalah sangat tapi ini ja yang boleh CIA buat. Langsung tak ada mood nak menulis. Kalau ada, cuma sikit-sikit ja. CIA minta maaf eh sebab tak boleh nak bagi commitment macam dulu. Insha Allah, bila dah okey semua... CIA update selalu balik macam dulu. :D. Untuk 12 Ramadhan ni, CIA boleh post ciput ni ja. Harap semua masih sokong CIA. :D. Insha Allah. SELAMAT MEMBACA! :D

11 Ramadhan 1435

Hajar memerhatikan Altaf dan Adra yang sibuk melayan Anaqi yang meragam. Entah mengapa hatinya bagaikan tertarik untuk terus melihat adegan itu. Adakalanya dia pening dengan hatinya. Kenapa dia begini? Ya Allah, aku buntu. Saat itu mata Hajar bertembung pandang dengan Adra.
Adra senyum manis.
Dibiarkan Altaf yang memujuk Anaqi, Adra melangkah mendekati Hajar.
“Hai, Hajar…” sapa Adra lembut.
“Hai…”
“Kenapa tak join dia orang berbual? Duduk sorang dekat sini seronok eh?” Hajar senyum.
Dia lebih selesa bersendirian di gazebo berdekatan benteng batu rumah Haji Akasyah. Staf-staf yang lain sibuk berbual riuh di beranda setelah pulang dari menunaikan solat terawih di masjid berdekatan. Alang-alang esok adalah cuti khas bagi syarikat mereka sempena ulang tahun syarikat.
“Saya lebih suka sendiri, Adra. Tadi dah berbual sakan dengan dia orang. Kenapa dengan Anaqi tu? Tak sihat eh?” Mata ditala pada Anaqi di dalam dukungan Altaf.
Sudah tidak meragam lagi. Anaqi melentok sakan di bahu Altaf sambil babanya itu mengusap belakangnya. Manja.
“Biasalah, Hajar. Budak-budak. Macam-macam ragam dia. Tengah nak membesar ni kerja nak bermanja ajelah kerjanya. Hajar bila lagi?”
“Hah?”
Terkejut Hajar dengan soalan cepu cemas itu. Dia faham sangat maksud Adra biarpun sekadar kiasan.
“Insha Allah. Sampai jodoh Hajar, kahwinlah. Buat masa ni, malaslah nak fikir lagi. Single makes me comfortable…”
“Tak elok membujang lama-lama sangat tahu. Sekurangnya, bila dah kahwin ni… stabil sikit perasaan tu,” Hajar senyum nipis.
Terbit kepelikan di benaknya.
Adra seperti memaksudkan sesuatu… tetapi apakah?
“Sayang, Anaqi nak susu ni,” Serentak Adra dan Hajar berpaling ke arah suara garau itu.
Adra bangkit.
“Hajar pergilah berborak dengan dia orang. Tak elok duduk seorang, akal mula berfikir yang bukan-bukan. Insha Allah, bersosial benda yang baik mampu hilangkan resah hati Hajar…” Mendalam sungguh kata-kata Adra.
“Ha’ah, Hajar. Pergilah sana. Dia orang ada tanyakan awak tadi,” sampuk Altaf.
Hajar bingkas berdiri. Tuan rumah sudah menegur, masakan mahu membantah. Betul juga kata Adra itu. Lebih baik dia menyibukkan diri daripada memikirkan perkara yang bukan-bukan.
Altaf dan Adra pula beriringan masuk ke dalam rumah. Haji Akasyah dan Hajah Maryam pula seronok melayan tetamu. Berbual sakan.
*****
Gelak ketawa Anaqi riuh kedengaran di segenap bilik. Bila sudah meragam, mulalah si kecil itu mahu berjaga malam. Haih, anak oh anak. Adra senyum lebar melihat keletah suami dan anak tersayang. Timbul perasaan yang tidak tatkala mindanya terbayang renungan Hajar pada Altaf.
“Abang…”
“Iya… sayang,” Meleret suara Altaf.
Adra yang duduk di kerusi meja solek bergerak ke katil.
“Adra tanya abang sesuatu boleh?” Altaf angkat wajahnya. Dipandang wajah comel Adra. Terkedip-kedip mata Adra. Hai, lemah hati dia.
“Tanyalah, sayang. Banyak-banyak pun tak apa,” Adra meniarap. Dia bermain dengan tangan comel Anaqi.
“Abang perasan tak Hajar macam ada sesuatu?”
“Hah? Apanya?”
“Entahlah, abang. Ni Adra punya pendapatlah eh. Adra pun tak tahu betul ke tak…” Adra jeda. “… I feel like she love… you,” Altaf tersedak.
Apa?
“Hey, sayang. Jangan fikir bukan-bukanlah. Tak baik tahu menuduh orang tanpa usul periksa,” Adra mengeluh berat.
Masalahnya itulah apa yang dia rasa.
“Adra pun tak pasti. Tapi, Adra ni perempuan tahu. Takkanlah setiap masa dia pandang abang… tanpa ada rasa apa-apa. Setiap kali Adra tengok Hajar, mesti dia tenung abang. Tak salahkan kalau Adra ada fikir yang bukan-bukan?”
Altaf meletakkan jemarinya ke pipi mulus Adra penuh kelembutan.
“Adra, kadang-kadang kita perlu butakan mata untuk sesuatu yang kita rasa tak perlu untuk dibahaskan. Macam kes Hajar yang sayang cakapkan ni, abang tak dapat nak komen apa-apa. Hati orang, perasaan orang… abang tak ambil tahu. Apa yang abang tahu, perkahwinan sebuah ikatan murni. Jangan cemarkan dengan sifat buruk sangka. Faham?”
Adra senyum lalu mengangguk.
Dia faham sangat.
“Terima kasih, abang. Cuma, Adra nak abang pertimbangkan soal Hajar. Kalau betul dia ada hati kat abang, abang kenalah betulkan pandangan dia. Adra tak nak nanti ada salah faham. Takdir kita di masa hadapan, mana kita tahukan,” Altaf gelak.
Nampak sangat Adra cemburukan Hajar. Cara Adra bercakap memanglah lemah lembut, tetapi Altaf faham sangat. Ada sesuatu yang tidak kenalah tu.
“Insha Allah. Adra doakan yang baik-baik aje. Hati abang ni kecil aje, sayang. Muat-muat aje untuk sayang dan anak-anak. Mana ada space lagi dah untuk orang lain,” seloroh Altaf bersahaja.
Adra mencebik.
“Iyalah abang tu. Ayat tu cliché lah abang. Semua orang boleh cakap. Tapi, sekarang ni memang Adra percayakan abang. Jadinya…”
Adra bingkas bersila.
Altaf pandang Adra pelik.
“Apa sayang ni?”
Anaqi sudah terkebil-kebil memandang baba dan umminya. ‘Jangan bergaduh, baba, ummi.’ Itulah gamaknya Anaqi fikir. Uhuk.
“Cium sikit…” Pipi Altaf menjadi sasaran bibir Adra.
Ummi ni bermanja tak bertempat.
“Abang ingatkan apalah tadi. Sayang ni. Tidurkan Anaqi dulu, nanti nak sahur pulak,” Seketika kemudian, dibalas kembali kucupan hangat di ubun-ubun Adra. Adra senyum manis.

Semoga kebahagian masih milik mereka. Insha Allah.

to be continued...

p/s 1: Terima kasih sudi baca eh. hehe. sayang semua. <3<3<3


6 comments:

  1. Alaaaaa....pendeknya....adoiii...xsukala hajar...sian adra....xmau la share2... altaf tuk adra je....plzzz update lg....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah, mona. pendek ja. huhuhu. inshaAllah altaf setia kot. hehehe. esok atau lusa CIA update naaaa. biar panjang sikit. nak? haha. :D.

      Delete
    2. nak nak !!! panjang tu biar panjang yg sepanjang-panjangnya :D hahaha baru puas baca.hehehehehe

      Delete
  2. Nak3... hehe..ni sayang kt CIA ni....xpaa...janji update selalu....nk yg suwetttt3 je tau..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. sayang mona jugak. :D. <3<3<3. inshaAllah. :D

      Delete