Sunday 8 June 2014

Cerpen : Si Amor Me Si Amor 3


Penuh debaran Darwisya melangkah ke dalam dewan. Suasana yang hingar tidak mampu menghilangkan getaran di hatinya. Entah kenapa, dia berasa luar biasa. Ini bukanlah kali pertama dia menghadiri majlis sebegini. Ah, stress. Ya Allah, Kau redakanlah perasaan gementar ini, doa Darwisya di dalam hati.
Senyuman dilirik agar tiada yang perasan akan rasa hatinya ketika ini. Dilabuhkan punggung bersebelahan Datin Emma. Nasya dan Arif juga turut mengambil tempat mereka. Adib di dalam dukungan Nasya meliarkan pandangan, barangkali tidak biasa dengan keadaan yang hingar bingar ini.
“Adib okey ke tu, Awisy?” tanya Datin Emma, mata memandang cucu lelakinya.
“Macam tak okey, tapi mama tengoklah. Mata bulat tu kalau tak pandang orang macam nak makan, memang tak sah. Tajam,” Datuk Adnan yang mendengar tergelak.
Sama seperti pandangan tajam Rifqi. Ingatan pada Rifqi kerap kali mengganggu fikiran Datuk Adnan kebelakangan ini. Projek Hotel Trendy juga semakin ke kemuncak, menambah duka di hati tuanya. Sungguhpun dia seorang yang agak tegas, tidak pernah pula dia menyimpan dendam atau rasa tidak senang hati terhadap menantunya itu.
“Iyalah, dia pun nak kenal-kenal orang. Nasya tak bawa Irfan?”
“Tak, auntie. Ada dengan mak Arif,” jawab Nasya sambil tersenyum. Anak sendiri ditinggalkan, anak orang juga dia kelek. Ahah.
“Ada orang menjaga tak apa, Nasya. Tapi, elok jugaklah tak bawa Irfan, kecil lagi budak tu…”
“Ha’ah, auntie. Itu yang mak nak mengasuh kejap. Kalau boleh, nak aje bawa datang sini,” celah Arif di sisi Nasya.
“Aceh, orang matang dah sekarang ni. Semuanya nak include anak, kan,” usik Darwisya. Nasya dan Arif cebik serentak. Suami isteri, perangai sebijik.
Of course, kita ada anak kan,” Darwisya kerut hidung.
Saat itu, muncul pasangan suami isteri menyertai meja mereka. Datuk Zali, sahabat baik Datuk Adnan mengalu-alukan pasangan itu.
“Nan, aku kenalkan, Naqib dan Auni. Dia orang ni orang kepercayaan aku. Kerja-kerja dia orang pun tip top, superb,” Naqib dan Auni saling berpandangan sebelum menunduk, tanda hormat.
Semua mata di meja VIP itu memandang Naqib dan Auni. Naik segan pasangan itu dek direnung begitu. Maklumlah, ini merupakan kali pertama Datuk Zali menjemput mereka ke annual dinner yang diadakan oleh sebuah syarikat yang turut bekerjasama dengan syarikat Datuk Zali. Sebelum ini, Datuk Zali hanya menghadiri majlis seperti ini bersama isteri dan anak-anaknya.
“Untunglah kau, Li. So, macam mana kerja dengan Datuk Zali? Okey?” Datuk Adnan sekadar bertanya.
“Alhamdulillah,” balas Naqib, seraya tersenyum. Auni turut senyum, namun bukannya orang boleh nampak pun memandangkan dia mengenakan niqab.
“Naqib, Auni, inilah Datuk Adnan. Dia peneraju utama Hotel Trendy yang berkonsepkan islamik tu. Yang di sebelah tu, Datin Emma. Dan wanita cantik di sebelah Datin Emma tu pulak, Darwisya, anak perempuan mereka. Darwisya ni pengarah urusan NR Holding,” Ketiga-tiga mereka menghadiahkan senyuman, salam perkenalan.
Belum sempat mereka berkenalan secara peribadi, emcee sudah memulakan majlis. Kini, sepenuh tumpuan diberikan pada dua orang emcee yang telah dilantik yang elok berdiri di tengah-tengah pentas. Bacaan doa dialun lembut oleh seorang kakitangan NR Holding, penuh kusyuk para hadirin mengaminkan doa bagi memberkati majlis makan malam tahunan syarikat pada malam ini.
*****
Darwisya mengusik Adib di pangkuan Nasya, mengekek dia ketawa. Riuh meja itu dengan tawa Adib yang comel itu.
Naqib dan Auni saling berbalas pandangan. Resah di hati kian membukit. Auni mendekatkan dirinya dengan Naqib, senang mahu bercakap.
She doesn’t recognize you,” kata Auni perlahan. Naqib senyum nipis.
I’ve changed. Tentulah dia dah tak boleh nak ingat saya. Awak tak payah risaulah…”
“Masalahnya, dia masih isteri awak,” bidas Auni dalam kelembutan. Tidak sopan pula mahu berbicara kuat di majlis ini.
We talk about this later, okay? More privation,” Auni mengeluh kecil. Dia menyambung menjamu selera.
Naqib melarikan pandangannya, tepat pada Darwisya yang sibuk mengusik Adib. Terlalu banyak perubahan isterinya itu berbanding dulu. Darwisya kelihatan berseri-seri. Penampilan muslimah moden yang dibawakan oleh Darwisya sedikit sebanyak melegakan hati Naqib. Sekurang-kurangnya, isterinya itu telah kembali ke jalan yang diredhai Allah. Biarpun tidak sepenuhnya seperti Auni, Darwisya tetap melabuhkan pakaiannya.
Ah, hati. Kedua-dua isterinya begitu sempurna untuk dia yang terlalu banyak dosa. Apakah reaksi keluarga mertuanya jika mereka tahu dialah Rifqi? Kehadirannya ke annual dinner ini seumpama mencuba menjerat dirinya, manalah tahu jika ada staf atau sesiapa yang mengenalinya. Namun, dia sudah bersiap sedia jika sesuatu berlaku.
*****
Siaran televisyen yang terpasang, dibiarkan. Remote control digenggam erat. Auni memandang almari kaca yang boleh membiaskan imej. Tangan kanannya naik ke pipi. Matanya mula berkaca, keadaan biasa tatkala matanya menyapa parut yang tertinggal kerana kemalangan dulu.
“Auni, I’ve said much time. Don’t ever look at your face like that,” Naqib berdiri betul-betul di hadapan Auni.
Auni menyapu matanya yang berlinang dengan air mata.
She’s better than me, Rifqi. She’s beautiful and she is your type. Right?”
“Hey, tengok saya. Pernah tak saya bezakan awak dengan dia?” Auni menggeleng. “Setiap orang ada kelebihan dan ada kelemahannya, Auni. Saya pun tak sempurna. Awak sendiri nampak kan, dia orang tak perasankan saya. So, you don’t have to worry,” Naqib menarik Auni ke dalam dakapannya.
Kepala isterinya itu diusap lembut.
I love you. I can’t lose you, Riqi. Promise me,”kata Auni dengan suara sedikit serak, menahan tangis.
Remember this, honey. Everyday, I do love you. I won’t leave you…”
Auni senyum. Terasa lega mendengar kata-kata itu. Dia percayakan Naqib, dulu dan sekarang juga begitu. Tiada insan lain yang boleh menerima kelemahannya. Dia cukup bersyukur, Naqib sanggup mengahwininya walaupun dia sudah tidak secantik dulu. Kisah silamnya juga tidaklah mengagumkan. Naqib sendiri sedia maklum tentang itu.
Untung sahaja, Encik Johar sekeluarga menerima baik buruk mereka seadanya. Segala kisah mereka sebelum kemalangan diceritakan tanpa ragu. Sokongan daripada keluarga itu membuatkan mereka yakin, insan berdosa seperti mereka juga punya masa hadapan. Dan, peluang kedua yang diberikan Allah tidak akan pernah mereka sia-siakan. Perubahan yang berlaku di dalam kehidupan mereka memberikan seribu satu perasaan yang tidak mampu untuk digambarkan.
Sudah tentu, perasaan tenang mula menghuni hati mereka yang dulunya hitam. Setiap insan yang melakukan dosa, wajib bertaubat kepada Allah. Taubat, pembersih hati paling mujarab. Insha Allah.
*****
Fail projek terbaru NR Holding disemak. Nasib baiklah, Darwisya mempunyai asas tentang dunia perniagaan. Tidaklah kekok sangat mahu berurusan dengan rakan kongsi syarikat milik Rifqi itu. Namun, perniagaan tetap bukan jiwanya. Hampir setahun mengambil alih syarikat Rifqi, langsung membuatkan dia bosan. Bosan akan urusan yang sama setiap kali tender berjaya diraih.
Ketukan pintu membuatkan tumpuan Darwisya terganggu.
“Masuk!” laung Darwisya, kuat.
Kila terjengul di muka pintu.
“Puan, wakil Datuk Zali datang. Boleh dia masuk?” Darwisya berfikir seketika, kemudian dia mengangguk.
Kila berlalu dari bilik Darwisya. Beberapa minit kemudian, muncul seorang lelaki yang segak di dalam sut rasmi kakitangan pejabat; kemeja biru muda dan slack hitam. Mampu menggoyahkan hati dan jiwa Darwisya. Tsk.
“Jemput masuk, Encik Naqib,” Darwisya bangkit dari kerusinya.
Tetamu yang hadir dijemput dengan senyuman mesra. Dia turut menjemput tetamunya duduk. Pelik juga Darwisya kerana lelaki itu tiba-tiba muncul di pejabatnya. Setahu dia, tiada pula temu janji yang sepatutnya dia uruskan yang berkaitan dengan syarikat Datuk Zali. Lebih-lebih lagi, kehadiran Naqib di sini. Sungguh pelik.
“Maafkan saya, Puan Darwisya sebab mengganggu masa puan,” Darwisya senyum nipis. Haish, nasib baik laki orang. Dan, untung saja aku ni bini orang, desis Darwisya. Sempat lagi dia mengelamun, huh.
It’s okay. Jadi, apa tujuan Encik Naqib ke sini?” Skema punya soalan Darwisya. Hah, apa dia kisah.
Naqib cuba pandang mata Darwisya. Aura isterinya seakan menariknya untuk terus menatap wajah itu. Ada sinar bahagia di situ. Erk?
Just call me, Naqib or you may call me as usual,” As usual? Darwisya kerutkan dahi. Macam biasa? Apa yang biasanya?
“Tak faham…”
“Rifqi,” Darwisya yang sedang elok bersandar di kerusi empuk itu, menegakkan badan. Dia tak salah dengar, kan? Memang Naqib sebut Rifqi, kan? Ya, Amni Darwisya.
Wha… what are you talking about? Rifqi?”
Naqib angguk.
Yes, I am…”
Okey, Darwisya tarik nafas dan dilepaskan perlahan. Oh no, dia masih gagal menerima kenyataan itu.
Look, Mr Naqib. Awak… emmm. I mean, what are you trying to tell me?”
Naqib renung Darwisya dengan pandangan tajamnya. Hanya itu yang mampu dia lakukan bagi meyakinkan Darwisya. Renungannya tidak pernah berubah.
Don’t you remember me, Wisya?” Gulp!
Darwisya menenangkan dirinya seketika. Perkara ini berlaku terlalu mendadak. Tetapi, renungan Naqib sebentar memang sama dengan renungan tajam milik Rifqi. Dia tidak pernah lupakan renungan itu.
“A… awak, Rifqi?” Naqib angguk perlahan. Darwisya bersandar ke kerusi kembali. “Kenapa awak bagitahu saya? Kenapa sekarang awak muncul?”
Banyak lagi persoalan yang ingin Darwisya soalkan, tetapi memandangkan mereka masih di pejabat, niat itu dibatalkan.
Are you sure, we will discuss about this in here?”
Darwisya mengemaskan barang-barangnya. Beberapa fail yang perlu dia semak diambil dan dimasukkan ke dalam beg besarnya. Ah, fikirannya kusut. Jika boleh, mahu sahaja dia kerutkan terus dahinya itu. Biarlah orang hendak cakap apa pun, dia tidak kisah. Lelaki yang kini muncul dan mengaku dirinya sebagai Rifqi memeningkan kepalanya tika ini.
*****
“Soalan saya masih sama,” kata Darwisya tanpa nada. Matanya memandang gelas carrot juice yang dipesannya tadi.
“Sudah tiba masanya untuk awak tahu. Bukan niat saya nak bersembunyi, tapi saya ada sebab kenapa kehilangan saya dirahsiakan,” Tak berkelip Darwisya pandang Naqib. Ommo, betulkah Rifqi di hadapannya ini? Cara percakapan mereka sangat berbeza.
“Okey. Dua tahun awak hilang, dan sekarang awak muncul. Isn’t too much? So, who is Auni?”
Yusra, the girl I used to hang out with before…”
So, she was your wife too, right?” Anggukan Naqib menyenakkan hati Darwisya. Kenapa? Amni Darwisya sendiri gagal menebak hatinya sendiri.
“Awak sendiri tahu apa hubungan kami dulu, sepatutnya awak juga tahu alasannya, kan?”
“Ya. Tapi, di mana awak dan Yusra dua tahun ni? Tak ada langsung laporan pasal awak berdua. I can’t just believing you without any evidence,” Naqib melepaskan keluhan perlahan.
Susah juga rupanya mahu meyakinkan Darwisya. Degil! Naqib mengeluarkan dompetnya, kad pengenalan yang terselit di salah satu poket dikeluarkan.
This is my IC, you can see it. It’s more than enough to proving that I am your husband, Amni Darwisya,” ujar Naqib setenang yang mungkin.
So, the reason you are telling me is…?”
I want you to know that your husband still alive,” Darwisya senyum sinis. Mudahnya lelaki itu menuturkan kata.
“Ya, he’s alive and he also has the second wife. What make you want me to know about you?”
Because I know, you do wish to know about me. If not, you won’t take over my company even you don’t like that job, right?”
“Huh, isteri mana yang tak risaukan suami dia? You tell me, Mr Naqib. Dua tahun awak hilang dan dua tahun juga operasi pencarian awak dan Yusra tak pernah dihentikan. Dua tahun mungkin sekejap bagi orang lain, tapi bukan saya. It was such a long time for me to adapt the situation. Now I know both of you were safe. You both were happy together when I’m suffered,” Darwisya bangkit.
Berita gembira yang membawa duka. Sesungguhnya, dia masih belum cukup kuat. Baginya, ini adalah mimpi yang tidak mungkin boleh disedarkan kerana mimpi ini juga sebuah kenyataan.
I need some time,” Naqib hanya membiarkan Darwisya beredar.

Memang patut pun Darwisya bertindak sebegitu. Mana mungkin seorang isteri mampu menerima kehadiran suaminya yang hilang dan tiba-tiba muncul dalam keadaan tidak diduga. Lebih-lebih lagi, penantian yang disangkakan sebuah berita gembira bertukar menjadi berita sedih apabila mengetahui yang dirinya dimadukan.

to be continued...

p/s : sory sebab CIA lambat update. sibuk dengan family matter. :). nak buka lappy pun tak sempat. buka tapi tak ada idea nak menulis. huhu. inshaAllah kalau CIA free ja, laju-laju CIA update eh. sory sangat-sangat tau. :(. apa pun, enjoy reading SAMSA part 3. SELAMAT MEMBACA! :D

8 comments:

  1. Akhirnya....TQ....alaaahaiii siannya darwisya......xsuka...xsuka...pasni update laju2...terseksa rasa mggu lm......hehe...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. WELCOME. :). haha. kalau tak dak hal, laju ja update. :D

      Delete
  2. wa kesian dkt Wisya... Next n3 please ;)

    ReplyDelete
  3. Kesiannya Darwisha...klu x suka let her go..

    ReplyDelete
    Replies
    1. :). let her go let her go. gitu? haha

      Delete