Thursday 5 June 2014

Cerpen : Macaroons Love Story 1


“Aduh!”
Seorang gadis sudah terjelopok jatuh dek satu perlanggaran.
Miss, are you okay?” tanya satu suara garau. Adra menekur ke lantai. Apalah nasibnya hari ini? Tadi… gelas di cafeteria kolej dia pecahkan. Kerusi kelas patah, gara-gara tendangannya yang disangka lembut itu. Dan… sekarang terlanggar orang pula.
I’m okay,” Adra pantas berdiri. Segan pula berlama-lama di lantai.
Are you sure, miss?” Adra mengangguk perlahan. Wajahnya ditundukkan. Haruman Hugo Boss menyapa hidungnya. Emmm, wangi. Oppsss!
I’m sorry. I’ll go first,” Adra terus berlalu tanpa menoleh.
Lelaki yang berlanggar dengan Adra hanya menjongket bahu.  Dia ada juga cuba mencuri pandang wajah gadis itu. Namun, hampa. Gadis itu hanya menunduk sahaja.
*****
Altaf menyelak helaian akhbar sambil menikmati minuman kegemarannya, coffee latte buatan ibu tersayangnya. Dia segak dengan mengenakan kemeja kosong berona ungu dan turut mengenakan tali leher yang sepadan berbelang ungu. Rambutnya kemas dengan Elite Edgy EFX Spiky Web Fibre, memang berkilau. Ambil kau! Memang smart habislah.
“Petang ni Aq balik awal sikit ya,” Altaf memandang Hajah Maryam dengan penuh tanda tanya.
Uncle Han dan auntie Jia nak datang rumah…”
“Buat apa?”
“Aq ingat tak… anak dia orang yang dulu study kat Ireland tu? Alah, pernah sekali dia datang sini… masa raya,” Altaf mengerutkan dahinya. Namun dia gagal mengingati siapa yang dimaksudkan ibunya itu.
“Tak ingatlah, bu. Kenapa dengan dia?” Altaf melipat surat khabar dan diletakkan di tepi meja.
“Dia dah jadi doktor sekarang ni. Jadi, ayah rancang nak melantik dia sebagai doktor keluarga. Itu yang uncle Han dan auntie Jia nak datang tu. Ibu tak pastilah dia orang datang sebab itu ke sebab lain,” Hah, lagilah Altaf pening. Apa yang ibunya cuba sampaikan? Langsung tak dapat meneka.
“Insya Allah, Aq balik awal. Okeylah, bu. Aq pergi kerja dulu,” Altaf menyalami dan mencium pipi Hajah Maryam. Dia memang seorang anak yang manja. Tak padan dengan lelaki.
*****
“Adra!” panggil Puan Najihah dari meja makan.
Adra kelam kabut bersiap. Dia sempat menilik diri di cermin seketika. Kemudian, dia mengulas senyuman manis. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dicapainya beg sandang, buku teks, kunci kereta, handphone… dan juga glassesnya. Dia menuruni anak tangga dengan perasaan ceria.
Morning, ma,” Pipi Puan Najihah diciumnya mesra. Puan Najihah tersenyum manis melihat keceriaan anak bongsunya.
Morning, sayang. Your breakfast. Macaroons,” Adra meletakkan barang-barangnya dan duduk di kerusi meja makan. Rajin Puan Najihah menyediakan macaroon kegemarannya pagi-pagi macam ini.
“Abah dah pergi kerja, ma?”
“Dah. Hari ni kelas sampai pukul berapa?” Adra melihat jam tangannya.
Last class, pukul dua. Then, sampai rumah pukul dua setengah macam tulah. Kenapa, ma?” Adra menyuap macaroon kegemarannya ke mulut.
“Jom ikut abah dengan mama pergi rumah uncle Shah,” ajak Puan Najihah.
Okay,” setuju Adra tanpa berfikir panjang. Dia kalau bab mengekor abah dan mama dia, memang nombor satu. Tidak diajak pun, dia akan mengikut juga.
*****
“Jemput masuk, Han, Jia,” jemput Haji Aqashah.
“Dah masuk pun, hah…”
Encik Farhan, Puan Najihah, Adra dan juga Nayli duduk di sofa di ruang tamu. Satu family Encik Farhan bawa ke rumah saudara jauhnya. Entah sepupu kepada sepupu kepada… Entahlah.
Anyone… nak tolong auntie kat dapur?”
“Adralah, Mar. Nayli baru balik makmal,” Adra bangun dan membontoti Hajah Maryam ke dapur.
*****
Di dapur…
 “Adra buat apa sekarang? Lama tak jumpa sejak dah besar, dah jadi anak dara dah hah…”
Study lagi, auntie. Degree,” balas Adra. Tangannya mengambil beberapa biji cawan yang tersangkut di tempatnya dan diletakkan di atas dulang.
“Dah tahun ke berapa?”
“Tahun kedua. Lagi setahun habislah,” jawab Adra sambil tersenyum. Kekok pula berada berdua dengan orang yang jarang berjumpa. Macam tak ada topic saja nak berbual.
“Ibu, dia orang dah sampai?” Muncul Altaf di dapur. Hajah Maryam dan Adra berpaling serentak ke pintu dapur.
“Dah, baru aje. Adra, ni sulung auntie… Aqhar Altaf,” Adra menunduk sedikit, tanda hormat. Dia terkesima sebentar. Tapi pandai cover. Expert sangat dah semua tu. Adra kan. Handsome pula anak auntie Mar ni. Tsk.
“Oh, ibu dah ada pembantu,” Altaf meletakkan plastic berisi beberapa jenis kuih tradisional yang dibelinya di atas meja.
“Eh, mestilah. Adra ambil piring kat rak tu, letakkan kuih-kuih tu semua kat situ,” Adra berlalu ke rak yang dimaksudkan Hajah Maryam. Saat melintas di hadapan Altaf, hidungnya menangkap haruman Hugo Boss. Err…
“Lambat lagi ke, ibu?” tanya Altaf sambil terjenguk-jenguk ke ruang tamu.
“Apanya?”
“Aq segan nak keluar sorang,” Adra menyembunyikan senyumannya. Pemalu rupanya mamat ni. Muka handsome dah tapi… pemalu! Bukan main kau ketawakan orang ya, Adra. Macamlah kau tu tak malu. Malu ke?
“Bertuah punya anak. Awak tu lelaki… segan apanya. Bukan tak pakai baju. Ya idak, Adra?”
“Hah? Ha’ah,” Adra tersenyum nipis. Altaf mengecilkan matanya memandang Adra. Nasib baik comel. Kalau tak, makan cili kau.
“Aq bawak dulang ni. Jom…”
Hajah Maryam berserta dua orang pembantunya, Altaf dan Adra bergerak ke ruang tamu.
“Amboi, Mar. Ramai pembantu awak,” perli Haji Aqashah.
“Eh, jealous ke?” Encik Farhan dan Puan Najihah ketawa kecil.
“Jemput makan. Nanti kita makan nasi pulalah ya. Bukan main banyak lagi Mar masak hari ni,” kata Haji Aqashah.
“Lah, dah siap masak ke? Baru ingat nak tolong,” Puan Najihah mencuit Hajah Maryam di sebelahnya.
“Tolong apanya. Tolong makan bolehlah. Alah, bukan selalu Jia dengan Han datang sini…”
“Kak, apa yang dok pandang handphone macam nak telan tu?” Nayli tersentak. Dia mengerutkan hidungnya.
“Hah, makan Nayli. Dok tenung handphone tu bukan boleh makan pun,” sampuk Hajah Maryam. Adra menghadiahkan senyuman lebar kepada kakaknya. Nayli tersengih. Malu pula. Ingatkan tak ada yang perasan.
On call ke?” tanya Encik Farhan. Nayli menggeleng.
“Abah ni. Tunggu buah hati calllah… apa lagi,” Adra memang suka mengusik Nayli. Pipi kakaknya pasti merah.
“Eh, tak adalah. Saja aje pandang phone ni,” sangkal Nayli. Padahal dah berpeluh satu badan ni hah. Malu satu hal. Angin dengan kekasih hati satu hal.
“Nak air?” Nayli mengangguk. Adra menghulurkan cawan berisi air milo panas kepada Nayli. Yang lain semua duduk atas sofa, Adra seorang saja duduk di atas karpet. Tak selesa pula nak duduk di sofa. Sudah terbiasa agaknya.
“Ramah rupanya. Ingatkan pemalu tadi, si Adra ni,” celah Haji Aqashah.
“Orang tengah nak panas, uncle. Lagi dua tiga minit… mulut dia mula dok potpetpotpetlah,” Adra berpaling ke belakang pantas. Ada orang nak kena sakat lagi ni. Nayli buat gaya mengunci mulutnya. Haji Aqashah tergelak. Terubat juga rindunya pada anak perempuannya yang sedang menyambung pelajaran di luar negara.
“Mesti riuh rumah Han dan Jia kan. Dua-dua ceria aje. Rapat pula tu…”
“Riuh jugaklah, Mar. Tapi bila tak ada tu… memang sunyi sungguh. Tambah pula sekarang ni jarang nak ada kat rumah,” balas Puan Najihah.
“Okeylah juga tu. Sekarang ni… saya musykillah. Apa jadi dengan anak teruna kita sorang ni ya, Mar. Diam aje dari tadi,” Altaf yang dari tadi hanya mendengar perbualan mereka tersentak. Bukan diam tapi… tak boleh sampuk.
“Kena sampuk masa on the way balik tadi kot, bang,” Seisi ruang tamu ketawa. Wah, ini bikin den malu.
“Pandai aje, ibu ni,” Keluar juga suara garau dia yang mahal tu. Erk? Ada aku kesah.
“Ingat hilang dah suara tu,” usik Haji Aqashah. Altaf melemparkan senyuman nipis. Memang seronok pun kena usik dengan mak bapak sendiri kan. Sedap macam goreng pisang.
“Akak ni kenapa? Dari tadi gelisah aje,” bisik Adra. Nayli menunduk sedikit.
“Akak ada date dengan abang Zaidlah…”
“Nak Adra tolong tak?” Laju saja Nayli mengangguk.
“Ehem…”
Semua mata kini pada Adra yang seakan ingin membuat pengumuman.
“Doktor Nayli kita ni… kena balik sekarang. Takut pulak nanti tak dapat makan nasi minyak kita tahun ni,” Nayli menjegilkan matanya. Nak sangat Adra yang nakal ni tolong kan.
“Lah, ada date ke?” Nayli mengangguk perlahan.
“Nak pergi macam mana? Zaid datang ambil?” tanya Encik Farhan. Dia sudah sedia maklum akan hubungan Nayli dan Zaid.
“Ha’ah. Boleh tak… Nayli balik dulu?”
“Sila… sila. Kang masin pulak mulut si Adra ni,” kata Hajah Maryam. Puan Najihah tergelak kecil.
Selepas menyalami Hajah Maryam, Nayli menarik tangan Adra untuk mengikut keluar.
“Teman akak kejap. Nanti masuk balik,” pinta Nayli. Segan pula nak keluar seorang tadi.
“Abang Zaid dah on the way ke?”
“Nak sampai dah pun…”
Tiba-tiba alarm kereta BMW 520i yang terparking elok di hadapan rumah itu berbunyi kuat. Terloncat Adra memeluk Nayli. Kurang asam punya kereta. Terkocoh-kocoh Altaf keluar. Dia menekan alarm di kunci kereta bagi menghentikan bunyi bising itu.
Miow! Miow! Loh, kucing rupanya.
Adra mengurut dadanya yang terkejut gila tadi. Nasib baik bernafas lagi. Altaf mendukung kucing itu dan menghampiri Adra dan Nayli.
“Tak sampai lagi ke?” tanya Altaf kepada Nayli.
“Belum. Semakin pendiam kau sekarang. Perempuan mana yang ajar?”
“Perempuan apanya? Tak ada point nak sampuklah,” balas Altaf. Adra mengusap kepala kucing bermata bulat itu. Macam matanya juga. Bulat!
“Hah, elok sangat. Jumpa dah kawan dia,” Adra menjeling kakaknya.
“Memang pun. Awak jadi kawan kita eh,” Adra bercakap dengan kucing dalam dukungan Altaf.
“Eh, dik. Mata dia memang macam mata kaulah,” Nayli ketawa.
“Kecil besar… kecil besar aje Adra tengok kau, kak. Kang Adra provok si Zaid tu tak payah pinang akak baru tahu,” Nayli menampar bahu adik kesayangannya. Altaf hanya melihat sahaja pergaduhan manja di hadapannya.
“Okey… okey. Hergh, kesian laki kau nanti, dik. Dapat bini nakal macam kau ni,” Ya Allah. Serentak itu Zaid tiba. Dia keluar dari kereta dan menghampiri Nayli.
“Cari pasal eh. Hah, dah sampai pun buah hati pengarang jantung Nayli Syakira ni. Abang Zaid…”
Nayli menekup mulut Adra dengan kedua tangannya. Adra berdiri statik. Selepas tiada reaction dari Adra, Nayli melepaskan tangannya. Zaid hanya memandang pelik kedua beradik itu.
“Akak tak nak kahwin dengan abang Zaid,” kata Adra pantas. Cepat-cepat dia menyorok di belakang Altaf.
“Sabar ajelah ada adik macam ni. Jomlah, you. Pergi dulu, Taf,” Altaf mengangguk dan bersalam dengan Zaid.
“Aik,” Altaf menoleh ke belakang. Kucingnya sedang elok saja bermain dengan Adra. Bila masanya budak nakal ni ambil dari tangan dia?
“Pinjam kejap,” Adra tersenyum lebar.
Make sure, sebelum masuk basuh tangan dulu. Kang kena bebel dengan Hajah Maryam,” pesan Altaf.
“Okey,” balas Adra lembut.
*****
“Aq, ibu nak tanya sikit,” Altaf meninggalkan kerjanya dan duduk di birai katil.
“Macam penting aje,” duga Altaf. Hajah Maryam mengangguk perlahan.
“Apa pandangan Aq pada Adra?” Straight to the point terus hajah seorang ni. Malas hendak berkiasan lama-lama. Lebih baik berterus terang, tak adalah membazir air liurnya. Eheh.
“Adra? Cute girl, ramah, pandai bawa diri kat tempat asing… emmm yang ni penting, hormat orang tua,” Hajah Maryam mengukirkan senyuman. Dia mengusap rambut tebal anak lelaki sulungnya itu.
“Aq suka dia?”
“Maksud ibu?”
“Ibu berkenanlah dengan Adra tu. Ibu tak tahu nak jelas macam mana. Tapi… ibu senang bila berbual dengan dia. Macam dah rapat sangat,” jelas Hajah Maryam. Altaf berfikir seketika.
“Ibu nak pinangkan Adra untuk Aq?” Sahlah untuk dia. Dia mana ada saudara lelaki lain lagi dah. Aduh!
“Kalau Aq setujulah. Ayah okey aje dengan cadangan ibu ni. Lagipun umur Aq dah nak masuk dua puluh tujuh tahun pun. Muda-muda nilah nak plan family,” ujar Hajah Maryam lembut. Altaf memeluk bahu ibunya.
“Aq ikut aje apa yang ibu rasa terbaik untuk Aq…”
“Ibu tak paksa tau. Kalau Aq ada pilihan lain, beritahu ibu. Ibu faham…”
“Tak ada, ibu. Siapalah yang nak anak mak macam Aq ni,” balas Altaf sambil tersenyum. Altaf boleh dikategorikan sebagai ‘anak mak’, okey. Kalau boleh dah kahwin pun nak tinggal dengan ibu dia juga.
“Ish, ke situ pulak. Ayah cadangkan pergi merisik dulu.  Lusa rasanya,” kata Hajah Maryam. Altaf mengangguk faham.
*****
Adra pulang awal hari itu. Dia kan anak yang mendengar kata. Sudah pastilah menurut pesanan mamanya yang inginkan dia pulang awal. Kebetulan pula kelas sebelah petang dibatalkan.
“Adra tahu tak kenapa mama suruh balik awal ni?” Adra menggeleng. Dia menutup novel yang sedang dibaca. Dia memberikan sepenuh perhatian terhadap mamanya.
Uncle Shah dan auntie Mar nak datang merisik Adra untuk Aqhar Altaf,” Adra menjegilkan matanya yang sedia bulat itu. Merisik? Serius? Gawat ni.
“Merisik, ma?” Puan Najihah mengangguk. Dia memegang tangan Adra yang sengaja diletakkan di atas meja batu.
“Kalau Adra setuju… mungkin bertunang terus,” kata Puan Najihah jujur. Biar tuan punya badan sendiri maklum tentang itu.
“Orang yang di sebelah sana setuju ke?”
Auntie Mar bagitahu Altaf okey aje. Jadi, mama nak tahulah anak gadis mama ni setuju atau tak?”
“Emmm…”
Nak setuju tak ni? Mamat tu handsomelah, Adra. Untung kau dapat kahwin dengan dia. Bukan selalu dapat peluang macam ni. Comel anak-anak kau orang nanti. Anak? Grrr.
“Adra…”
“Tak ada sebab yang munasabah pun kan Adra nak tolak,” Puan Najihah memeluk anak bongsunya erat. Alhamdulillah. Gatal kau, Adra. Study pun tak habis lagi… nak kahwin dah. Bukan main seronok kau kan.
*****
Kedua belah keluarga mencapai kata sepakat, Altaf dan Adra hanya bertunang dua bulan sahaja. Kebetulan, Zaid juga telah meminang Nayli. Dan, Adra bukan main meloncat lagi apabila semua setuju nak mengadakan majlis akad nikah dan sanding serentak. Zaid-Nayli. Altaf-Adra. Senang kerja mak bapak kau orang kan. Sekaligus saja.
“Dik, akak takutlah,” kata Nayli kepada Adra. Ketika itu mereka sedang menunggu pasangan masing-masing untuk menghadiri kursus perkahwinan.
“Takut apanya, kak?”
“Iyalah. Segan tahu tak pergi kursus kahwin dengan bakal suami. Bukan Adra tak tahu… ustaz yang bagi talk tu mesti sentuh hal-hal sensitif kan,” Lah, sebab itu ke?
“Adra pun segan jugak. Tapi, dah nama pun bakal suami. Dah tentu-tentu orang yang nak hidup dengan kita, kan. Adra fikir macam ni aje. Kalau tak pergi sekali… nanti susah, kak. Biar sama-sama tahu apa yang penting dalam kehidupan rumah tangga ni…”
“Amboi, pakar motivasi bagi talk kat doktor pulak,” sampuk Altaf yang baru tiba. Bayang Zaid tak nampak lagi.
Adra tersengih.
“Dah akak malu sangat. Kita cuba nak… positifkanlah. Takut lagi, kak?” Nayli tersenyum nipis. Adiknya tak ada apa-apa. Dia pula yang terlebih gelabah.
“Kau malu kat Zaid, Kira?”
“Seganlah. Bukan kau tak tahu. Aku ni kan pemalu sikit,” Mereka lebih senang beraku-kau. Umur sebaya kan.
“Lambatnya bakal abang ipar ni,” rungut Adra. Gila tak merungut. Nanti lambat masuk, lambatlah balik. Perutnya sudah bergendang ni. Lapar! Tadi sempat makan roti saja.
“Kejaplah,” Adra menarik tangan Nayli untuk melihat jam. Nak tarik tangan si Altaf, tak halal lagi.
“Sejuknya tangan kau, kak. Salji kat Pergunungan Alps sana pun tak sejuk macam ni,” Nayli mencuit perut Adra.
“Kau ni, relakslah. Bukannya ada apa pun. Kursus aje. Bukannya suruh practice,” tukas Altaf. Dia tengok bakal isteri dia cool saja. Si kakak yang terlebih. Padahal si adik baru nak masuk dua puluh tiga tahun. Belajar pun tak habis lagi.
“Kau orang cakap senanglah. Aduh, selalu tak macam ni pun,” Nayli melaga-lagakan tangannya. “Hah!” Adra dan Altaf tersentak. “Patutlah kau tak segan, dik. Lupa pulak akak,” Nayli memeluk bahu Adra.
“Apa?”
“Jangan kau tak tahu, Taf. Budak ni dah ada sijil kursus kahwin dah, hah. Akak terlupa yang kau dah pergi time diploma dulu, kan…”
“Tahu tak apa…”
“Dah tu datang buat apa lagi?” tanya Altaf.
“Mama punya pasal. Saja nak suruh kita berkursus kahwin dengan bakal suami. Kononnya, nak sweet-sweet,” Adra buat muka.
“Pandai mama kita tu kan. Akal banyak,” Mereka bertiga ketawa serentak.
Sorry lambat. Ada accident kat depan tu tadi. Jalan jammed sikit,” Nayli tersenyum paksa. Weh, malu! Merah dah rasanya muka dia tika ini. Mereka beriringan masuk ke dalam bilik yang telah disediakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri.
*****
Dua hari selepas itu, kedua-dua pasangan ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan iaitu ujian saringan HIV. Memandangkan Nayli merupakan doktor di hospital tersebut, jadi senang kerja mereka. Pada hari yang sama juga, mereka membuat permohonan kebenaran berkahwin yang telah ditetapkan oleh JAIN mengikut peraturan dan undang-undang keluarga Islam. Segala jenis sijil yang telah ditetapkan perlu ditampilkan bersama borang permohonan itu. Mereka juga perlu menentukan tempat perkahwinan kerana perkahwinan hendaklah dilakukan di tempat pengantin wanita bermastautin.
Sepanjang tempoh pertunangan, Altaf dan Adra hanya bertemu jika ada perkara yang perlu dibincangkan sahaja. Selain itu, masing-masing menguruskan hal sendiri. Tiada panggilan telefon yang menemani mereka sehingga majlis akad nikah. Pemilihan baju juga dibuat asing-asing. Altaf sendiri sibuk dengan kerjanya memandangkan dia akan mengambil cuti kahwin tak lama lagi. Adra pula sibuk dengan peperiksaan akhirnya.
*****
D-Day…
Adra berdiri di hadapan cermin biliknya. Senyumannya dilebarkan. Mulutnya tak henti-henti bersenam. Dah lima minit asyik; A-E-I-O-U. Gaya macam dia pula nak akad beberapa jam sahaja lagi. Semakin berdebar-debar jantungnya ni, hah. Macam-macam lagu dah. Dia duduk di birai katil dan membelek buku yang disediakan oleh JAIN ketika berkursus kahwin hari itu.
“Adik,” Terjengul kepala Nayli di muka pintu.
“Akak,” jawab Adra ceria. Macam budak-budak dua orang ni. Sekejap lagi dah nak jadi isteri orang. Tak boleh jadi kanak-kanak dah. Masa inilah pun nak bermanja bagai. Selepas ini, bermanja dengan suamilah pula.
“Jantung akak ni macam nak pecah dah, hah,” Nayli melabuhkan punggungnya di sebelah Adra.
“Samalah kita…”
“Buku apa ni? Eh, akak pun baca buku ni tadi. Saja nak ingat balik,” kata Nayli sambil tangannya menyelak helaian buku itu.
“Nak kahwin dah pun kita, kak. Sekali pula tu. Nanti siapa nak teman mama dengan abah?” Keduanya mengeluh serentak.
“Dia orang punya kerja, kan. Biarlah. Entah-entah dapat adik kita tahun depan kan, dik,” Adra menampar bahu Nayli kuat. Agak-agaklah.
“Akak ni tak senonohlah…”
“Gurau ajelah. Adra tak takut ke? Iyalah, adik bukan kenal sangat dengan si Aqhar Altaf tu,” Adra mengembungkan pipinya.
“Takut jugak, kak. Tapi, bila jumpa dengan dia, Adra rasa macam dah lama kenal. Segan tu segan tapi tak adalah teruk macam akak ni,” Nayli tersengih nipis.
“Itu namanya jodoh, dik. Adra kira untunglah sebab senang aje nak kahwin. Taf dah berduit. Mampu tanggung Adra. Tak macam sesetengah orang yang nak kahwin tapi duit tak cukup lagi,” ujar Nayli.
“Macam tak percayalah Adra nak kahwin dah. Nak jadi isteri orang, mak orang. Rasa macam baru semalam aje main teng teng dengan akak,” Nayli tersenyum. Mereka saling berpelukan.
Mereka sangat rapat memandangkan mereka hanya dua beradik sahaja. Pergi mana pun… balik jumpa orang yang sama juga.
*****
Altaf dan Zaid sama-sama segak dengan sepersalinan baju melayu. Altaf selesa dengan baju melayu berona putih sedondon dengan bakal isterilah. Zaid pula memilih baju melayu berona krim cair. Orang kata, pada hari akad nikahlah pasangan mempelai kelihatan kacak bergaya, cantik berseri. Aura nak masuk ke alam rumah tangga kan.
Tok kadi sudah bersiap sedia untuk memulakan majlis. Nayli dan Adra akan diakadkan sendiri oleh abah mereka, Encik Farhan. Zaid-Nayli akan di akad nikah dahulu. Altaf dan Adra pula sudah berdebar menunggu giliran. Nayli dan Adra saling berpegangan tangan erat. Sejuk tangan keduanya. Para ibu hanya menanti di sebelah. Menunggu anak-anak mereka dikahwinkan.
“Aku terima nikahnya Nayli Syakira binti Farhan dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai…”
Alhamdulillah. Selesai sudah satu pasangan. Mereka mengangkat tangan untuk mendoakan kesejahteraan rumah tanggan Zaid-Nayli. Kini, giliran Altaf pula akan berjabat tangan dengan Encik Farhan.
“Sejuk tangan kamu,” kata Encik Farhan separuh kuat. Altaf tersenyum nipis. Tersenyum-senyum saudara mara yang hadir. Pengantin yang ni berdebar sakan. Adra mengerling bakal suaminya. Kacak!
“Aqhar Altaf bin Aqashah.”
“Saya…”
“Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku, Qutnina Khadra binti Farhan dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai…”
“Aku terima nikahnya Qutnina Khadra binti Farhan dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai,” Sah!
*****
“Nara!” jerit Balqish ceria. Dia menghampiri sahabatnya.
“Aqish,” Adra memeluk sahabatnya itu.
Sorry, datang lambat. Aku punya cousin pun kahwin hari ni…”
“Tak apa. Janji kau datang jugak kan,” balas Adra. Berseri-seri wajahnya hari ini. Adra menarik tangan Balqish dan mereka duduk di meja berhampiran.
“Laki kau mana? Eh, yang mana satu?”
That one… in black suit. White suit tu, kakak aku punya,” Adra menunjukkan Altaf yang sedang rancak berbual dengan rakan-rakannya di sebuah meja.
Handsome kot. Mana kau kutip, weh,” Adra menampar bahu Balqish.
“Elok sikit kau. Dia datang sendiri okey. Family kita orang punya pasal. Kenapa tak bawa Ririn sekali. Rindu pulak aku nak cubit-cubit pipi dia,” kata Adra. Balqish sudah pun berkahwin. Sebelum masuk ke kolej lagi. Itu lagi awal.
“Ada dengan husband aku kat sana. Terjumpa sedara dia. So, baik aku cari kau dari dok tunggu dia berbual,” balas Balqish.
“Ingat tak bawa tadi…”
“Eh, beb. Kau dah…”
Balqish merapatkan jari telunjuk kanan dan kirinya. Cepat-cepat Adra menjatuhkan tangan itu.
“Gatallah kau. Tahulah kau tu dah expert pasal ni semua kan. Kita kena bersabar, okey,” Berhemah sekali jawapan kau, Adra.
“Betullah. Aku naklah bagi tips. Itu pun kalau kau nak,” Laju saja Adra mengangguk. Sama-sama gatal!
“Macam yang kau kata, bersabar itu penting. Dalam kes kau ni kena take time. Faham maksud aku?”
“Faham, mem…”
“Aku nak pesanlah sikit. Kau kena pandai sesuaikan diri since kau orang bukan couple before this kan. Banyak lagi benda yang kena tahu pasal diri masing-masing. Kau kena faham kerja dia. Ini pun dalam kursus kahwin dah terangkan. Baca balik buku yang kita dapat dulu tu ya…”
Thanks, beb…”
“Adra,” Altaf sudah tercongok di belakang isterinya.
“Aqish, ni Aqhar Altaf… my sweet husband. And abang, this is my super duper bestfriend, Balqish,” Mereka membalas senyuman. Melting jugak aku kang, getus Balqish. Tadi jauh tak perasan sangat kehandsomeman suami si Adra ni.
You suits together,” puji Balqish ikhlas.
“Terima kasih. Abang tahu tak, Aqish ni dah kahwin tau. Anak sorang dah pun…”
“Lah, ye ke? Awalnya kahwin…”
“Ha’ah. Jodoh sampai awal kan. Nak buat macam mana,” balas Balqish sambil melemparkan senyuman.
“You kenapa tak kahwin awal?” Eh, eh.
If Adra kahwin awal, tak adalah majlis sanding ni kan,” Altaf tersengih. Ya tak ya juga.
“Eh, kau dah makan ke belum?”
“Dah. Kau ingat aku nak tunggu habis jumpa kau baru nak makan. Kesian anak aku ni lapar,” Adra sembunyikan senyumannya. Tetapi, kemudian mata dia membulat.
“Hoi, berangan nak tambah anak lepas habis study. Cakap kosonglah kau,” Balqish menggaru keningnya. Kantoi!
“Alah, dah rezeki…”
“Iyalah. Apa pun boleh…”
“Kau ni kan. Eh, cepatlah sikit mengandung. Mana tahu jadi kawan anak kita ni,” Adra buat muka selamba. Padahal cat merah dah tersimbah, hah.
“Tak pelik ke pregnant time study?” tanya Altaf.
“Taklah. Sekarang ni ramai macam tu. Dalam kelas kita orang pun ada dua tiga orang yang pregnant,” Altaf tersentak. Zaman dia dulu mana nak ada macam ni.
“Adra pun nak join ke?”
“Apa, bang?”
“Tak ada apa,” Macam Adra tak dengar wahai Encik Aqhar Altaf. Nasib baik depan public. Kalau tak dah selamat agaknya suaminya ini di atas lantai. Ceh, berani kau ya.
“Eh, dahlah. Laki aku dah panggil tu. Next next next week jumpa lagi. Jangan lupa bagitahu berita baik,” Grrr, aku makan jugak minah bunting ni kang, getus Adra.
*****
Jeng jeng jeng. Macam biasalah. Dah tunang, akad nikah, majlis sanding pun settle. Kini, saat yang ditunggu oleh setiap pasangan pengantinlah. Tapi, si Adra ni memang cool saja. Buat macam tak ada apa-apa. Si Altaf pula memang dengan sikap slumber dia. Dua-dua macam tak kisah saja. Si Zaid dengan Nayli dah selamat masuk bilik pun. Uhuk!
“Abang buat apa kat bawah ni?” soal Adra. Dia turun semula kerana haus. Seharian melayan tetamu, minum air pun tak sempat.
“Minum,” jawab Altaf sepatah. Tadi selepas berbual dengan bapa mertuanya terus dia ke dapur.
“Macam stress aje,” Adra melabuhkan punggungnya di kerusi, berhadapan dengan Altaf.
“Taklah. Penat sikit aje,” balas Altaf senada. Adra mengerutkan dahinya. Kenapa mendung saja muka suaminya itu?
“Hai, pengantin baru. Kenapa tak naik lagi?”
“Hauslah, mama,” jawab Adra jujur. Altaf hanya diam sahaja.
“Iyalah. Adra punya kain batik, mama dah letak kat tepi almari tepi tangga. Nanti nak naik, ambil sekali…”
“Baiklah, mamaku sayang…”
Puan Najihah sudah menghilang ke biliknya di tingkat bawah.
“Buat apa kain batik?” tanya Altaf tiba-tiba.
“Hah? Kain batiklah. Adra memang selalu pakai kain batik pun,” Mata Adra memanah ke anak mata Altaf yang sedang memandangnya dengan pandangan menggoda. Gulp! Telan air liur sendiri.
“Oh…”
“Eee, otak kotor. Tak nak kawan dengan abanglah. Naik dulu,” Adra bangun. Dia melangkah laju mengambil kain batik yang terlipat elok di atas almari. Belum sempat kaki nak jejak anak tangga, ada tangan yang melingkar di pinggangnya.
“Kotor tak kotor. Jom…”

Mama! Abah! It can’t be! Siapa saja yang dengar hati kau jerit, Qutnina Khadra oi? Badannya sudah melayang dicempung Altaf.

to be continued...

4 comments:

  1. Bestttt....sambung lg eh....update selalu tau....hehehe......muahhhhhh3....;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :D. inshaAllah. muaaahhhh3 balik. hahaha.

      Delete
  2. Bestnya.... mlm ni nak lagi n3 ni ye ♥

    ReplyDelete