Thursday 19 June 2014

Cerpan Special : Unintended Choice (Bukan Pilihan)


TANGAN KANAN menyapu muka setelah salam diberi. Dua telapak tangannya ditadah, berdoa pada yang Esa. Air mata yang jarang sekali terbit, kerap menemaninya setiap kali sunyi sejak peristiwa menyedihkan dalam hidupnya itu berlaku. Entah kenapa, hatinya masih belum kuat. Sesekali timbul ketidakpuasan hati dek hati lelakinya sudah berani merintih kala sedih sedangkan air matanya itu sangat mahal untuk dititiskan sebelum ini.
Usai berdoa, Rayqal melipat sejadah dan dimasukkan kembali ke dalam almari yang sudah disediakan oleh pihak hospital di surau itu. Nafas dihela perlahan, menghilangkan kegusaran hati. Dia tidak mahu orang lain nampak kelemahannya biarpun ahli keluarganya sendiri. Dia perlu kuat demi seorang khalifah Allah yang baru berpeluang melihat dunia ciptaan-Nya ini.
Langkah dihala ke wad di mana si kecilnya berada. Belum sempat dia mendekati bilik kaca itu, matanya menangkap sepasang tangan yang berinai dilekap pada cermin wad yang menempatkan bayi-bayi yang baru lahir itu. Keluhan berat dilepaskan. Kenapa harus gadis itu berada di sini? Tidak sedarkah dia, lelaki yang nikahinya kerana terpaksa itu masih belum bersedia untuk bersemuka dengannya?
“Ray?”
Seraut wajah duka menjamah mata Rayqal. Salam dihulur, menghormati si penegurnya.
“Bila ayah sampai?” soal Rayqal.
“Baru aje. Maafkan ayah, Ray. Aby yang minta kebenaran ayah untuk menjenguk bayi kamu. Dia kata, esok petang dia sudah mahu berangkat. Ray tahu kan, Aby nak sambung belajar di Australia?” Rayqal angguk.
“Mama dah bagitahu Ray semalam. Ayah, Ray nak minta maaf. Bukan niat Ray nak menduakan Ezza, tapi itu permintaan Ezza sendiri,” Tuan Kamarul usap belakang menantunya itu.
“Ayah faham. Ezza pernah bincang pasal benda ni dengan ayah dan mak. Ayah harap Ray redha dan terima Aby. Dia pun terpaksa demi Ezza. Bila cucu ayah boleh discharge?”
“Insha Allah, esok pagi. Ayah datang dengan siapa ni?” tanya Rayqal kembali.
“Ayah datang seorang. Mak sibuk di rumah, kemaskan apa yang patut. Malam ni kan ada kenduri arwah. Ayah call Ray banyak kali, tapi tak berangkat. Aby pun sama. Itu yang ayah datang sini, alang-alang boleh jenguk baby sekali…”
“Maaflah, ayah. Ray tak perasan. Bateri handphone dah habis. Insha Allah, malam nanti Ray balik rumah ayah,” Tuan Kamarul senyum.
Dia menarik Rayqal menghampiri Aafiya. Hampir sahaja Rayqal mahu menepis tangan Tuan Kamarul. Kus, semangat. Tiba-tiba sahaja dirinya ditarik begitu. Sudahlah dia malas mahu bersemuka dengan si Aafiya tika ini. Huh!
“Aby,” sapa Tuan Kamarul.
Uncle, bila sampai?” Aafiya ukir senyum. Biarpun dia langsung tiada mood tatkala mata jatuh pada jemarinya yang masih berinai itu, digagahkan juga bibir mengoles senyum. Ini adalah permintaan arwah Ezza yang mahukan pernikahannya dan Rayqal kelihatan real.
“Baru aje. Aby bukan tak sihat ke? Uncle ingat Aby nak jenguk baby esok,” Tuan Kamarul menunakkan mata pada wajah comel cucu sulongnya itu.
“Memang niatnya nak datang esok, tapi takut Aby sibuk. Flight Aby kan petang, sebelah pagi pulak baby dah boleh discharge,” jelas Aafiya. Dipandang lelaki di sebelah Tuan Kamarul, mulalah dia sebal.
Ugh! Tahulah dia ni cuma isteri di atas kertas sahaja, bukannya keinginan lelaki itu. Dia pun tidak ingin mahu berlakikan mamat muka ketat itu. Jika bukan hajat arwah Ezza, jangan harap dia akan merelakan pernikahan itu berlaku. Tidak jika pengantin lelakinya adalah Rayqal Azzam!
“Hmmm, iyalah. Elok saja arwah mahukan seorang ibu di sisi puteri dia sebagai ganti, kamu pulak perlu berhijrah ke negara orang. Jika di Malaysia, boleh juga Aby tolong tengok-tengokkan,” keluh Tuan Kamarul.
Rayqal yang mendengar, tersentak. Aafiya pula berdecit perlahan.
Uncle, memanglah arwah titipkan baby di bawah penjagaan Ray dan Aby. Tapi, Aby tak expect arwah pergi secepat ni. Uncle tahukan dah lama Aby apply  nak further study?” Tuan Kamarul angguk lemah. “Cucu uncle ni kuat, jadi atuk dia pun kenalah kuat jugak. Papa dia kan ada untuk jaga dia sementara Aby di sana,” Dikerling Rayqal sejenak.
Rayqal membulatkan matanya. Ditajamkan mata memandang Aafiya. Berani-beraninya dia dikenakan di hadapan bapa mertuanya itu. Tsk. Cari pasal sungguhlah minah ni. Rayqal menahan perasaan sendiri. Dia kalihkan mata, direnung bayi yang masih merah itu. Timbul rasa kasih pada bayi itu.
Biarlah orang mahu mengata yang bayi itu bukan anak kandungnya. Dia nekad mahu menjaga anak itu. Arwah Ezza adalah perempuan kesayangannya, sudah tentu anak itu juga adalah kesayangannya. Seribu kali ditakdirkan berkahwin dengan wanita sebaik arwah Ezza juga dia sanggup.
“Hah, Ray. Mengelamun,” Aafiya ketawa kecil. Lelaki juga reti berangan rupanya. Tentu sedang memikirkan cara mahu menjaga bayi yang ditinggalkan oleh arwah Ezza itu.
Betullah kata arwah, Rayqal telah memberikan hatinya pada wanita itu. Biarpun terpaksa menahan telinga dek cemuhan sanak saudara dan orang sekeliling, Rayqal sanggup menerima arwah Ezza sebagai isteri sedangkan lelaki itu tahu dia hanya adalah pak sanggup bagi menutup malu wanita semulia arwah Ezza yang dirogol ketika pulang dari tempat kerjanya.
“Masih di sini, ayah,” Tuan Kamarul menggeleng sedikit.
“Esok Aby pergi airport dengan siapa?” soal Tuan Kamarul kepada Aafiya.
“Siapa lagi, uncle kalau bukan abang Lan. Dia ajelah yang goyang kaki di rumah. Nak harapkan suami, hmmm. Tahun depan pun belum tentu Aby sampai ke Australia, uncle,” Sempat lagi Aafiya menebak Rayqal.
“Kamu berdua ni, tak sudah-sudah gaduhnya. Patutlah arwah minta kamu berdua dikahwinkan. Serasi gitu,” Tersedak Rayqal dan Aafiya serentak.
Begini dikatakan serasi. Huish, silap besar.
“Ayah, Ray hanya sayangkan arwah Ezza, anak ayah aje. Bukannya minah senget ni,” Lembut sungguh tutur kata Rayqal.
Bicara lembut itu mampu menyiat hati Aafiya yang sudah mula membara. Tuan Kamarul gelak, suka melihat pergaduhan sesama musuh itu. Kini dia mengerti tujuan sebenar arwah Ezza mahu Rayqal dan Aafiya bersatu. Kedua-duanya mampu menjaga cucunya sebaik mungkin.
“Orang pun tak inginlah berlakikan awak. Hish, senget. Uncle, Aby balik dululah. Kalau Aby ada masa, Aby datang rumah malam ni. Sampaikan salam Aby pada auntie dan yang lain ya,” Aafiya bersalam dengan Tuan Kamarul yang sudah dianggap seperti ayahnya itu.
“Aby,” Aafiya tidak jadi melangkah. “Salam suami sama, berdosa tahu membelakangkan suami,” Aafiya buat muka. Tidak suka diperintah begitu.
“Eh, tak apalah, ayah. Ray okey aje,” Terus melebar sengihan Aafiya. Tuan Kamarul ketap bibir. Geram pula dia dengan pasangan ini.
“Apanya yang tak apa. Aby, salam Ray,” arah Tuan Kamarul tegas.
Dengan malasnya Aafiya mencapai tangan kanan Rayqal dan disalaminya. Hah, boleh pun. Rayqal yang sedikit terkejut itu senyum nipis, penuh kepuraan.
“Boleh macam ni, uncle?” Tuan Kamarul senyum senang. Sengaja dia mahu mengenakan keduanya. Namun, memang itulah tanggungjawab Aafiya pada Rayqal setelah mereka selamat bergelar suami isteri.
Situasi perkahwinan Rayqal dan arwah Ezza juga Rayqal dan Aafiya memanglah berbeza. Rayqal sanggup berkahwin dengan arwah Ezza kerana kasih. Tetapi, tidak dengan Aafiya. Mereka disatukan kerana menurut permintaan terakhir arwah Ezza yang mahukan sahabat baik dan juga suaminya bersatu demi bayinya.
Aafiya meninggalkan hospital dengan penuh sumpah seranah. Begitu juga Rayqal yang masih berdiri teguh menemani bayinya itu. Hati mereka jenuh mengumpat sesama sendiri. Entah bilalah tradisi pergaduhan mereka yang berlangsung sejak di bangku sekolah itu akan berakhir? Aafiya memang pantang jika ada yang mengenenkan Rayqal yang merupakan seniornya dengan dirinya. Semuanya gara-gara si Rayqal tertendang tin mengenai lengan Aafiya. Sejak itu, bermulalah pergaduhan di antara mereka setiap kali bertemu.

Empat tahun kemudian
CERMIN MATA hitam jenama Gucci yang tersangkut itu ditanggalkan. Mata memandang sekeliling, mencari seseorang yang diarahkan untuk mengambilnya di airport. Pusing kepala dia mencari kelibat manusia terhormat itu. Datang ke tidak? Mama Marialah ni beria-ia hendak lelaki itu menjemputnya. Semangat Mama Maria menelefonnya semalam, sekadar mahu memberitahu bahawa Rayqal Azzam akan menjemputnya di airport tepat jam dua belas tengah hari. Sudahnya, batang hidung mamat sengal itu belum menjengah ke anak matanya.
“Datang ke tak ni? Naik teksi pun boleh cepat sampai rumah. Penat dah ni. Kaki pun dah tak boleh jejak tanah dah,” Troli ditolak perlahan sambil mulut mencecet entah hapa-hapa.
Aafiya menolak troli sehingga ke pintu utama airport. Manalah tahu suami senget dia itu menanti di luar. Jika dalam lima belas minit dia tidak menjumpai lelaki itu, dia akan mengambil teksi sahaja. Mindanya sudah menerawang ke biliknya yang sudah empat tahun ditinggalkan itu. Argh, enaknya jika dapat tidur nyenyak. Tetapi, bilik itu tetap di rumah mamat senget itu. Hush.
“Hoi!” sergah satu suara. Aafiya mengetap bibir. Mengganggu sahaja orang mahu berangan. Grrr.
Jelingan tajam dihadiahkan pada si pemilik suara. Panjang umur nampak, Mr Rayqal Azzam. Haish, yang tidak enaknya… diangkutnya sekali mistress yang langsung tidak menepati citarasa untuk menjadi madunya. Aafiya mengeluh kuat. Sengaja mahu membentak biarpun dia tahu lelaki itu tidak akan mengendahkan kemarahannya pun.
“Boleh balik sekarang?” tanya Aafiya dengan suara dilembutkan.
Tidak mahu merosakkan mood yang sedang elok ini.
“Sila… sila,” Rayqal sudah bergerak ke BMW 7 seriesnya. Dibuka bonet untuk memasukkan beg-beg yang besar gedabak milik Aafiya itu.
Entah apa yang diangkutnya balik Malaysia pun tidak tahu. Takkan disumbat mat saleh dalam salah satu bagasi besar ni kot.
“You duduk belakang,” arah Angie pada Aafiya.
Aafiya senyum nipis. Hampir sahaja tidak menampakkan dia sedang senyum. Dia menunggu Rayqal selesai memasukkan beg-begnya ke dalam bonet. Mahu juga lelaki itu menjemputnya. Hatinya hampir meloncat juga tadi tatkala mata menyapa raut Rayqal. Semakin matang plus kacak plus tough plus…. Plusline. Eheh.
“Ray, can I have a sit in front? You know that I can’t sit behind when I just touch down, right?” Sengaja Aafiya melantunkan suara lunak, mahu mengenakan minah gedik plus sotong itu.
Rayqal pandang Angie dan Aafiya silih berganti. Mana satu harus diutamakan? Angie sudah buat muka sememeh.
“Angie, only half an hour. After that, you take your sit back,” Aafiya senyum menang. Wah, matang sudah suami bukan pilihan dia ini. Five star!
Penuh sebal Angie memboloskan diri di tempat duduk belakang kereta mewah itu. Nasib baiklah hanya setengah jam. Baru sahaja dia ingin bermesraan dengan Rayqal di hadapan Aafiya. Biar berbulu mata gadis itu. Rayqal menurunkan brek tangan, kakinya menekan pedal membelah jalan raya.
Aafiya bersandar selesa di sit. Jet lagged. Sudah dihamburkan muntah sebaik tiba dibalai berlepas tadi. Kosong terus perutnya yang diisi spaghetti Bolognese kegemarannya tadi. Aafiya pandang sebelah, Rayqal bukan main serius lagi memandu. Kemeja yang tersarung ditubuh lelaki itu menjawab persoalan yang bermain di benaknya. Kiranya sekarang ini adalah waktu rehat Rayqal.
“Miss, mineral water,” Angie menghulurkan sebotol mineral water kepada Aafiya. Kini, Angie tampak caring. Erk?
Teragak-agak Aafiya mahu menyambut huluran itu.
“Just take it, Abyana Aafiya,” kata Rayqal tegas, mata masih memandang ke hadapan. Aafiya menarik senyum, disambut mineral water.
“I’m sorry, miss for the gediksness. I’m just his secretary,” jelas Angie. Aafiya mencebik. Siapa punya idealah ni? Hek, berjaya jugak dia kenakan aku.
“Oh, it’s okay…”
Itu semua idea Angie kerana dia mahu menguji isteri bosnya itu. Nampak gayanya dia akan lebih selesa bekerja di bawah Rayqal selepas ini memandangkan isteri Rayqal sangat sporting. Tegas dalam menuntut haknya. Angie hormat keperibadian Aafiya walaupun ini adalah pertemuan pertama mereka. Tetapi, sayangnya dia hanya akan bertugas di bawah lelaki berkarisma itu seminggu sahaja lagi sebelum berpindah ke cawangan lain. Hmmm.
“And...” Aafiya menoleh ke belakang. Hampir sahaja kepalanya berlaga dengan bahu Rayqal.
Angie mendekatkan wajahnya.
“Call me, Aby or better Puan. Bukan miss lagi dah,” Angie sengih, sedar akan kesilapannya.
Rayqal menyembunyikan senyum. Sempat lagi Aafiya memprotes akan statusnya itu.
“I’m sorry, puan. Encik Rayqal, you can drop me at the office first if you want,” Rayqal pandang Angie melalui cermin pandang belakang.
“Emmm, okeylah…”
Rayqal menukar lorong. Nasib baik simpang ke pejabat masih belum terlepas. Terasa pula mahu mengambil cuti separuh hari. Boleh juga dia meluangkan sedikit masa untuk puteri kesayangannya yang sedang menanti di rumah itu. Pasti meloncat riang kerana dia pulang awal hari ini.

AAFIYA melangkah masuk ke banglo yang tersergam indah di kawasan yang terpencil, jauh dari hiruk pikuk kota itu. Hampir empat tahun, dia tidak menjengah ke sini. Semuanya masih sama seperti dulu, ketika pertama kali kakinya melangkah ke banglo itu. Cuma, umur penghuni banglo ini sahaja yang berubah.
“Papa,” Seorang kanak-kanak perempuan menerpa ke arah Rayqal yang baru tiba di pintu utama banglo yang besar itu.
Rayqal mendukung kanak-kanak itu penuh kasih. Dikucup kedua pipi tembam puterinya itu. Rindu! Padahal, baru setengah hari berpisah. Drama sahaja lebih si Rayqal ini.
“Ma… ma?” Kanak-kanak perempuan yang bertubuh comel itu beralih pada Aafiya. Dikerdip mata berkali-kali. Rambut hadapanya yang tersisir kemas bergerak seiring dengan kerdipan matanya.
Aafiya mengoyak senyum lebar. Didepangkan tangan. Pantas sahaja kanak-kanak itu menyuakan tangan dan mendakap erat mama yang tidak pernah dia temui secara live itu. Hanya skype dan panggilan video sahaja yang menjadi penghubung mereka. Terharu Aafiya dibuatnya kerana puteri itu mengenali dirinya biarpun tidak pernah bersua secara nyata.
“Miss you, dear,” Pipi puteri tembam itu dicium lembut.
“Apa yang dok buat jejak kasih di depan pintu ni? Meh masuk dalam, Aby. Ray, angkat beg-beg Aby masuk,” Rayqal menjuih bibir sebelum kembali ke kereta.
Dalam tidak mahu, dia masih mengikut arahan mama kesayangannya itu.
“Mama, Chacha rindu mama sangat-sangat. One big hug, please,” Aafiya ketawa. One big hug?
Matanya jatuh pada Rayqal yang tercungap-cungap itu. Heh, papa dia punya perangai. Dipeluk Chacha seerat mungkin. Mama Maria senyum lebar. Seronok melihat kemesraan cucu dan menantunya itu. Sejak Tuan Kamarul dan Puan Raihan berpindah jauh ke utara Malaysia dua tahun yang lalu, Chacha dititip penuh pada Rayqal.
“Ni mesti mulut becok kan?” Chacha sengih lebar. Suka mamanya sudah kembali. Kini, dia boleh memeluk tubuh itu sesuka hati. Tidak perlu dipeluk handphone atau iPad lagi.
“Papa, one big hug,” Manja suara Chacha dengan mata disepetkan, minta simpati. Rayqal yang baru sahaja duduk di sofa, mendepangkan tangan. Laju Chacha berlari mendapatkan papanya.
“Aby mula kerja bila ni?” soal Mama Maria, ingin tahu. Setidaknya, dia mahu Aafiya berehat secukupnya sebelum memulakan kerja.
“Insha Allah, minggu depan. Tapi, Aby kena balik rumah kejap. Ma ada pesan suruh ambil dokumen abah, minggu depan abah ada conference di KL. Abah malas dah nak singgah rumah,” Mama Maria tergelak.
Mana tidaknya, besan dia berhijrah ke luar negara sudah hampir sepuluh tahun. Ditinggalnya mereka Aafiya seorang diri di sini. Untung sahaja, dia punya saudara rapat. Boleh juga tolong tengokkan Aafiya yang ketika itu masih bersekolah. Sudah lama juga rumah keluarga Aafiya itu ditinggal kosong.
“Nak balik rumah sendiri pun malas?” Aafiya jongket bahu. “Jangan dilupakan anak tunggal dia orang ni sudah,” Mama Maria usap kepala Aafiya.
“Haish, Aby sendiri pergi cari ma dan abah kat sana,” Semangat Aafiya berkata. Tetapi, ma dan abahnya tidak pernah melupakan dirinya.
Setiap kali raya, ma dan abahnya akan pastikan mereka beraya bersama. Empat tahun Aafiya di bumi Australia, di situlah hari raya disambut. Biarpun jauh dari sanak saudara, cukuplah keluarga kecil mereka bersama menyambutnya. Cara itu boleh mengajar mereka erti rindu.
“Aby mesti penat, pergi naik rehat. Esok-esok kita borak panjang lagi. Atau, Aby nak makan dulu?”
Serta merta bercahaya mata Aafiya. Terhambur tawa Mama Maria. Sudah lapar sangatlah tu, jika sudah itu gayanya.
“Habis makanan Aby muntahkan tadi. Sekarang ni, Aby memang sangat lapar, mama…” Adu Aafiya sambil tangan mengusap perutnya yang sudah berkeroncong.
“Jomlah kita makan. Ray, angkut Chacha pergi meja makan. Kita makan sama,” Rayqal menurut. Didukungnya tubuh kecil molek Chacha ke meja makan.

BUKU surah Yassin ditutup setelah selesai dibaca. Mata yang terlindung di sebalik cermin mata hitam memandang pusara sahabat baiknya sudah bergenang air mata dan hanya menunggu untuk jatuh. Hidung yang berair, disedut. Menahan kesedihan di hati. Bersih sungguh pusara itu, tanpa rumput yang meliar melainkan bunga yang tumbuh subur di sekitarnya.
Lelaki yang duduk di sebelahnya, dipandang sekilas. Kanak-kanak perempuan diribaan lelaki itu juga menatap sayu pusara itu. Tentu kisah arwah uminya sudah diceritakan sedari dulu. Kisah kekuatan wanita muslimah yang berjuang mahu mempertahankan anak tidak sah taraf yang dikandungnya patut dibanggakan. Itulah erti pengorbanan. Biar nyawa sendiri diambang bahaya, asalkan nyawa seorang khalifah Allah berjaya dijuangkan.
“Mama,” Chacha bergerak ke pangkuan Aafiya yang sudah selesai mengaji itu. Aafiya melemparkan senyuman paling manis kepada puteri itu. “Tokma bagitahu ni kubur umi. Tapi, umi dan mama tukan maksud sama. Siapa umi, mama?” Petah sungguh Chacha berbicara.
Lantang seperti arwah uminya.
“Mana ada sama. Ejaan umi dan mama kan tak sama. Cuma, umi ni orang yang lahirkan Chacha. Dia yang bawa Chacha ke dunia ni. Mama pulak yang akan jaga Chacha sampai Chacha besar,” Chacha buat gaya berfikirnya. Kerut habislah dahi dia itu. Cuba mencerna penjelasan mamanya.
“Eh? Tapi, papa ada satu je,” Rayqal pejam mata seketika. Untung sahaja dia mengenakan RayBan, boleh juga sembunyikan matanya itu.
Ditahan ketawa agar tidak terhambur. Bacaan diteruskan. Sedikit sahaja lagi untuk ditamatkan.
“Hmmm, nanti mama cerita. Chacha dah baca al-Fatihah?” Chacha menggeleng laju. Tudung yang menutup kepalanya sudah berserabai.
Aafiya membantu Chacha membaca surah al-Fatihah untuk disedekahkan kepada wanita yang telah melahirkannya ke dunia ini. Suatu hari nanti, Chacha pasti akan mengerti dengan apa yang telah berlaku dulu. Seribu satu kisah disebalik kelahiran seorang Nur Arissa Khadijah Abdullah.

USAI menziarah pusara arwah Ezza, Rayqal membawa Aafiya pulang ke rumah keluarga isterinya itu sebelum mereka terus ke sebuah restoran mewah. Chacha sudah merengek lapar. Mama Maria sudah berpesan agar mereka makan diluar sahaja kerana dia ada urusan luar, tidak boleh menyediakan makanan.
“Papa, nanak tu,” Chacha menghalakan jari telunjuknya ke arah udang goreng tepung yang dibawa waiter ke meja pelanggan lain.
“Mana boleh. Chacha kan tak boleh makan udang, nanti gatal-gatal satu badan. Papa tak nak tolong,” Rayqal usap kepala Chacha apabila bibir comel itu sudah memuncung. Merajuk!
“Mama,” Ditayang muka kasihan pada mamanya. Aafiya jongket bahu. Pernah sekali Mama Maria menelefonnya memberitahu Chacha ditahan di wad sehari semalam dek teruja sangat meratah udang goreng.
“Bo… leh. Tapi, dengan syarat,” Sengihan jahat Aafiya lemparkan. Chacha yang berdiri di atas kerusi itu mencekak pinggang. “Kalau syarat mama, Chacha tak berjaya selesaikan… no more udang goreng selepas ni. Faham?” Laju Chacha mengangguk.
“Aby, please. Jangan cabar budak-budaklah,” kata Rayqal keras. Tangannya sibuk mengeluarkan isi ketam untuk Chacha.
“Sekali ni aje. Chacha kena jawab soalan mama, tepat…” Nafas dihela. Siap untuk bertempur. “Apa nama penuh umi Chacha?” Terlepas ketam di tangan Rayqal. Soalan apalah si Abyana Aafiya ini?
Chacha menggaru kepala.
“Ish, mama ni. Chacha tak ingatlah. Nama umi panjang. Chacha tak tahu,” Aafiya gelak kecil.
“Jadinya, Chacha tak boleh makan udang sampai bila-bila. Boleh gitu?” Sememeh terus raut comel Chacha itu.
“Okeylah. Papa, ada lagu kahwin,” Ditampar bahu Rayqal berkali-kali. Teruja tatkala telinga mendengar lagu Selamat Pengantin Baru nyanyian Anita Sarawak.
“Iya, lagu kahwin,” Rayqal mengiyakan sahaja. Tahu sangat kerenah Chacha. Hampir terbuntang mata Aafiya melihat Chacha sedang bertepuk tangan sakan sambil menari kecil.
“Errr, siapa punya kerja ni?”
“Mama,” jawab Rayqal sepatah. Aafiya tergeleng. Semakin rancak Chacha bergelek. Entah siapalah yang mengadakan majlis perkahwinan di restoran ini. Tak romantik langsung! Setidaknya, pilihlah tempat yang menarik sedikit. Isk.
“Cha, makan dulu. Balik nanti, sambung gelek,” Serentak itu lagu kahwin itu berhenti, terus sahaja tangan comel Chacha menyudu nasi dan dimasukkan ke mulut. “Awak, minggu depan saya dah mula kerja. Awak izinkan tak?” Rayqal angkat kening. Matanya sedikit merah dan hidung berair.
Aafiya menghulurkan tisu. Tak pandai makan pedas pun, masih menggatal mahu memesan masakan pedas. Tak makan saman sungguh! Sudah dia makan nasi, Puan Abyana Aafiya oi. Manusia mana yang makan saman?
“Ikut suka awaklah, tanya saya kenapa?” Ler, dia suami kot. Sudah namanya isteri, perlulah keizinan dan restu suami. Betul ke tidak?
“Ma, nak lagi,” Aafiya menyuap desert ke mulut comel Chacha. Kuat juga puteri kesayangannya itu makan. Tak menang tangannya dan Rayqal menyuap, tangan kanak-kanak itu sendiri turut menyuap dirinya.
Setahunya, arwah Ezza sangat sederhana orangnya. Makan juga lemah lembut, tidaklah seganas Nur Arissa Khadijah di sebelahnya itu. Ini mesti mengikut perangai papa dia yang gagah perkasa itu. Rayqal pula yang disalahkan.
“Iyalah. Karang awak tak restu saya keluar bekerja, naya aje saya kena tanggung dosa derhaka pada suami,” Aafiya berkata selamba.
“Sejak bila awak dengar cakap saya?”
“Hmmm, tak payah buka hikayat kat sini. Awak tak pernah keluarkan arahan, macam mana saya nak dengar,” Rayqal pandang Aafiya tanpa riak. Pandai menjawab. Sepatutnya, dia sarankan isterinya itu menuntut jauh ke bumi Mesir, biar beradab sikit. Balik Malaysia dengan stok ustazah.
“Menjawab eh? Jadi, apa kerja awak dan di mana?” Kening Aafiya terangkat. Hendak juga si Rayqal muka ketat ni menyoal tentang itu.
“Do you expecting that I will answer you? Sorry to say, no,” Padan muka! Hendak menguji dia sangatkan? Ambil kau.
Rayqal buat muka tidak kisah. Lambat laun dia akan tahu juga. Mamanya itu pemberita terhebat tahu. Sekali petik, confirm segala persoalannya terjawab.

MENUNTUT sehingga ke negeri orang, sudahnya dia hanya bekerja sebagai setiausaha. Namun, itulah hasrat Aafiya sejak dulu lagi. Biarpun dia bukanlah pelajar di bidang kesetiausahaan, dia mampu menggalas tanggungjawab itu. Terlalu awal untuk dia terus bekerja mengikut sijil ijazahnya itu. Mahu mengutip sedikit pengalaman.
“Betul ke keputusan awak ni, Abyana? Tugas yang bakal awak pegang ni langsung tak masuk dengan ijazah awak. Sayang kalau bakat awak as accountant dikuburkan,” ujar Datuk Payed. Anak matanya menyoroti anak mata hazel milik Aafiya. Dasar jantan gatal! Sempat Aafiya kutuk bos besarnya itu.
“Bukan dikuburkan, Datuk. Cuma, saya mahu pengalaman. Tugas sebagai setiausaha bukan mudah. Jadi, saya mahu melatih diri supaya peka akan setiap yang berlaku,” Ya, tugas setiausaha yang dianggap lekeh oleh segelintir masyarakat bukanlah sesuatu tugas yang mudah.
Jika tiada setiausaha, sudah tentu tiada juga bangunan-bangunan yang gah berdiri ini. Susunan jadual untuk majikan haruslah dilakukan dengan tepat agar kualiti kerja nanti bermutu. Setiausaha juga bertanggungjawab mengaturkan setiap pertemuan majikan dengan klien. Bayangkan jika tiada setiausaha di sisi para peniaga dan lain-lain kerjaya, sudah tentu segala kerja huru hara.
“Saya terima alasan awak. Tapi, awak yakin mahu bekerja di bawah ketua unit operasi yang garang tu?” Datuk Payed sekadar mahu menakutkan Aafiya. Manalah tahu jika gadis itu mahu bekerja di bawah seliannya.
Dia sendiri sudah bosan dengan setiausahanya sekarang. Uhuk!
“Lagi garang, lagilah saya suka, Datuk,” Penuh kesopanan Aafiya menjawab. Datuk Payed merengus kecil. Pancingannya ternyata gagal.
Pintu bilik Datuk Payed diketuk beberapa kali. “Masuk!” laung Datuk Payed.
Wajah tampan ketua unit operasi menyapa matanya. Sudahlah masih muda, lelaki itu juga punya asetnya sendiri. Sebenarnya, pekerja kesayangan Datuk Payed itu mampu membuka firmanya sendiri tetapi di atas sokongan arwah papanya, lelaki itu setia bekerja dengan Datuk Payed. Datuk Payed adalah sahabat baik arwah papanya, oleh itu dia mahu berbakti pada penabur jasa pada keluarganya itu.
“Masuk, Azzam. Saya nak kenalkan awak dengan setiausah baru awak, menggantikan Angie,” Mendengarkan nama Angie, Aafiya menoleh ke belakang.
Neng nong neng nong. Rayqal Azzam?
“Abyana, ini bos awak… Rayqal Azzam. Awak jangan risau, dia pekerja saya yang paling mudah. Awak akan selesa bekerja di bawah dia,” Rayqal senyum sinis. Dia duduk di kerusi bersebelahan dengan Aafiya.
“Don’t worry, Datuk. I know her very well. Abyana Aafiya, isteri saya,” Membulat mata Datuk Payed. Mata Aafiya juga terbuka luas. Apa dia?
“She’s your wife?” Rayqal angguk. Datuk Payed meneliti kembali resume Aafiya. Married! Hish, kenapalah dia tidak perasan ketika menelitinya tadi? Kan, sudah malu. Mana mahu letak muka?
“Ada masalah ke, Datuk? Kalau tak ada, saya minta diri dulu…”
“Eh, tak ada. Abyana, maafkan saya di atas keterlanjuran kata saya tadi. Awak boleh ikut suami awak. Dia akan tunjukkan meja dan akan menjelaskan scope kerja awak,” Aafiya terangguk faham.
“Terima kasih, Datuk,” ucap Aafiya lantas membontoti langkah Rayqal yang sudah melangkah meninggalkan pejabat Datuk Payed.
Rayqal membawa Aafiya ke ruang staf, di mana kubikel staf berada. Mata Aafiya meneliti setiap genap ruang kerja staf itu. Kubikel setiap staf agak besar dan setiap bahagian dipisahkan dengan kemas dan teratur. Di tengah-tengah antara kubikel-kubikel itu terletaknya set sofa dan juga meja kopi, tentu ruang rehat. Seperti pantry.
“Maaf, semua. Saya kenalkan setiausaha baru saya, Abyana Aafiya. You may call her whatever you want, Abyana or Aafiya. If anything that need my approvals or any kind of problem with our clients, you all just meet her. Scope kerja dia sama sepertimana Angie dulu. One more thing, men staffs should be aware. Abyana had married,” Tepukan gemuruh kedengaran, menerima kehadiran orang baru di jabatan mereka.
Aafiya senyum nipis.
“Assalamualaikum,” Ramah para staf syarikat milik Datuk Payed itu menjawab salamnya. Ada yang sudah menghulurkan salam. Jadi, inilah suasana kerja di sini. Aafiya senyum lebar, tidak payah untuk dia menyesuaikan diri.
Setelah selesai sesi perkenalan, Rayqal membawa Aafiya ke pejabatnya. Banyak persoalan yang mahu disoal isterinya itu.
“Duduk,” arah Rayqal tegas. Aafiya hanya menurut. Malas mahu membantah. Di sini, Rayqal adalah bosnya. Direnung wajah tampan suaminya itu. Tampak kemas dengan kemeja rona kelabu disinting hingga lengan; cliché lelaki bekerja pejabat. Vest hitam bersalut kemas di luar kemeja.
“Kenapa setiausaha?” tanya Rayqal, nadanya tetap keras. Raut kacak itu dibiarkan serius.
“Suka-suka. Jadi, apa tugas pertama saya?” Rayqal mendengus. Sengajalah tu mahu menduganya.
Dikeluarkan sebuah buku diari dari dalam laci mejanya. Itu adalah buku yang digunakan oleh Angie sebelum ini. Kini, Aafiya yang bertanggungjawab memegang buku diari itu. Segala jenis meeting, dinner dan juga attend course tercatat di situ. Diserahkan buku diari itu kepada Aafiya.
“Dalam diari tu, Angie dah siapkan jadual saya untuk tahun ni. Fully book. Tugas awak hanya menambah dan membatalkan temu janji, dinner atau conference yang perlu saya hadir sepanjang tahun ni. Awak sepatutnya tahu, Abyana Aafiya. Tugas seorang setiausaha adalah mengikut ke mana sahaja saya pergi. Jadi, saya harap awak dapat sediakan mental dan fizikal jika mahu terus kekal di bawah saya,” Aafiya telan liur kasar.
Ditelek setiap muka surat. Sungguh, jadual lelaki itu penuh untuk sepanjang tahun ini. Padat! Kiranya, Rayqal adalah orang penting syarikat juga. Ugh! Stress dia jika berterusan begini. Sudahlah di rumah mereka akan bersua, kini di pejabat pula? Sungguhlah, Allah telah menetapkan Rayqal adalah untuknya. Takdir telah membawa mereka serapat ini.
“Kalau saya nak berhenti?”
“You may go now. I’m please to see you go,” Aafiya ketap bibir kuat. Biarlah Rayqal dengar pun.
“I said, kalau. Untuk hari ni, awak ada lunch meeting dengan klien dari Singapore. Selepas lunch, awak kena ke site… penghantaran barang perlu dipantau. That’s all. So, we have… emmm… about two hours before lunch. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu. Kat luar tu, meja saya kan,” Rayqal tercengang mendengar bibir Aafiya menuturkan jadualnya untuk hari ini.
“You may go. Awak boleh letakkan barang-barang awak, kalau ada di meja tu. It’s yours,” Mata Rayqal dimatikan pada susuk tubuh ramping yang berbaju kurung cotton itu. Nasib badan, isteri merangkap setiausaha.
Mahu dia dikutuk; suami takutkan isteri jika staf-staf di syarikat itu mengetahui status hubungan mereka berdua. Hish, Rayqal menghalau anasir jahat yang cuba menjengah ke fikiran. Aafiya sudah lama menghilang ke mejanya yang terletak di luar pejabat Rayqal. Dia tersenyum puas. Tekad di hati mahu menjalankan tugasnya sebaik mungkin biarpun di bawah seliaan bos yang kureng menarik hati itu.

MAMA MARIA kerut dahi. Keluarnya asing-asing, tetapi balik bersama. Ish, buang tebiat agaknya budak berdua ni. Mustahillah Rayqal sanggup menjemput Aafiya pulang sedangkan seluruh ahli keluarga mereka sedia maklum akan hubungan tidak ngam mereka itu. Pelik tahap petala langit ke tujuh ni.
“Apa mama pandang Ray macam tu?” tanya Rayqal. Dia juga pelik dengan pandangan mamanya itu.
Aafiya sedang melayan kerenah Chacha di sofa berangkai tiga. Pulang sahaja, terus anak itu menerpanya. Tidak sempat mahu membersihkan diri terlebih dahulu.
“Eh, tak. Kenapa kamu berdua balik sekali? Ada keluar pergi mana-mana ke?” Mama Maria bersoal kembali.
“Hmmm, Aby ni setiausaha Ray yang baru. Alang-alang, satu ofis… balik sekalilah. Bukannya pelik mana pun…”
Mama Maria buat muka.
“Iyalah. Aby punya parcel sampai tengah hari tadi,” Aafiya yang tunduk membantu Chacha mewarnakan buku lukisan itu mengangkat wajah.
“Parcel? Parcel apa, ma?”
“Lah, parcel sendiri pun tak tahu?” Aafiya menggeleng, tanda dia memang tidak mengetahui apa-apa tentang parcel itu. “Hmmm, Aby tengoklah sendiri. Mama dah letakkan di bilik, mana tahu ma atau abah yang hantar ke,” Aafiya angguk.
Mama Maria pandang Rayqal di kerusi urut, lena sudah anak lelakinya itu. Penat sangat agaknya seharian sibuk di pejabat. Fikirannya mula menerawang memikirkan tentang takdir Rayqal dan Aafiya. Jauh Aafiya merantau di negara orang selama empat setelah dua hari berkahwin Rayqal, sudahnya menantunya kembali ke sisi anak tunggalnya itu. Sudah jodoh mereka agaknya.

PENUH KEMALASAN, Rayqal membuka pintu biliknya. Tengah malam pun masih ada yang mengganggu. Tombol pintu dipulas kasar. Tersembul wajah Aafiya di muka pintu. Ternaik sedikit keningnya. Ditoleh ke belakang, jam sudah menginjak ke pukul dua pagi. Perempuan ni nak apa mengetuk pintu bilik dia tengah-tengah pagi buta ni. Takkanlah… digelengkan kepala. Mengusir fikiran kotor itu.
Aafiya kerut dahi. Lain macam sahaja Rayqal merenungnya, biarpun dalam mamai. Hish, goose bumps.
“Sedar tak ni?” Diketip jari di hadapan wajah Rayqal. Rambut berserabai nak mampus. Lipas masuk pun tidak sedar.
“Nak apa?” Rayqal menguap kecil. Orang tengah nyenyak tidur, diganggu.
“Ikut saya kejap,” Tangan Rayqal sudah ditarik. Mahu tak mahu, Rayqal menurut sahaja. Terbuntang matanya ketika sedar dia kini berada di dalam bilik isterinya itu. Ditenyeh matanya kasar.
“Heh, awak nak apa ni? Jangan nak buat kerja gilalah,” Aafiya tergelak. Kelakar sungguh suara garau itu menebaknya.
“Apa yang gilanya? Ni hah, parcel ni. Awak cubalah tengok. Unknown person sent it to us, but just used my name,” Diserahkan kotak yang sederhana besar itu kepada suaminya.
Rayqal menyambut. Matanya meneliti isi kandungan bungkusan kotak itu. Aik, memang dihantar khas untuk mereka berdua.
“Ezzariatul Dya Azzahra Binti Kamarul. Ezza?”
Dilabuhkan punggung di birai katil queen Aafiya. Tangannya cuba membuka isi kotak itu. Setelah empat tahun arwah Ezza meninggalkan dirinya, barulah muncul bungkusan ini?
Aafiya menanti dengan penuh debaran. Bungkusan apakah yang dihantar kepada mereka itu? Takkanlah arwah Ezza yang menghantarnya sebelum dia meninggal dunia? Pusing kepala dia. Dek tidak boleh melelapkan mata, dia terpanggil untuk membuka parcel yang diletakkan Mama Maria di atas meja kerjanya.
“Izzat Nazirul Bin Hakim?”
Keluhan berat dilepaskan Aafiya. Mendengarkan nama itu, hatinya mula meluap api kemarahan. Sekian lama sebaris nama itu terkubur, kini kembali lagi menjamah telinganya.
“Awak kenal ke siapa Izzat Nazirul ni?” soal Rayqal. Jemarinya masih membuka bungkusan itu. Banyak sungguh lapisannya.
“Jantan tak guna tulah, siapa lagi?” Berkerut dahi Rayqal. Jantan tak guna mana pula ni?
“Cuba jelaskan, Abyana Aafiya,” Aafiya mendengus. Suka sangat menyebut nama penuhnya. Tahulah sedap pun.
“Ayah kandung puteri awak. Orang yang tak ada hati dan perasaan, sanggup tinggalkan arwah Ezza… after all what happened between them. Izzat Nazirul, the one who make my bestfriend suffered,” Terkedu Rayqal mendengar penjelasan Aafiya.
Automatik dia mencampak bungkusan yang tidak sempat dibuka penuh itu. Dadanya berombak sakan, menahan kemarahan.
“Awak aje yang buka. I’ve no mood to open this anymore,” Pantas dibawa langkah kembali ke bilik. Hilang terus rasa mengantuknya.
Aafiya menunduk, bungkusan itu diambil. Keinginan hati mahu mengetahui isi kandungan kotak itu kuat. Perlahan-lahan tangannya menarik persalinan gaun pengantin rona putih yang direka sesuai untuk muslimah yang menjaga auratnya. Menitis air mata Aafiya. Ini adalah gaun yang diimpikan oleh arwah Ezza sedari zaman sekolah. Simple but elegan.
Sepucuk surat yang terselit, dia ambil. Sebaris namanya dan Rayqal tercatit di sampul surat itu. Teragak-agak dia mahu membuka sampul. Sudahnya, dikuatkan hati agar membaca surat itu. Manalah tahu ada isi penting yang mahu disampaikan kepada mereka berdua. Dia ingin juga tahu apakah yang mahu Izzat Nazirul sampaikan.

“MORNING, mama,” sapa Aafiya mesra. Mama Maria senyum. Dia menuangkan air milo ke dalam cawan.
“Morning, sayang. Duduk, sarapan dulu. Ray pun tak turun lagi,” Aafiya menarik kerusi, lalu dilabuhkan punggungnya. “Aby, kenapa mata sembab tu? eyes bag pun dah ada,” tegur Mama Maria.
Aafiya membulatkan sedikit matanya. Dioles senyum. Seketika kemudian, muncul pula Rayqal. Dia duduk di kerusi di hujung meja, berhadapan dengan Aafiya. Mama Maria menjegilkan matanya. Haih, budak berdua ni. Dua-dua tak bermaya saja, sembab mata mereka ni.
“Mama, Ray nak makan roti aje,” kata Rayqal lemah. Semalaman tidurnya tidak lena. Semuanya gara-gara bungkusan itu.
“Ray, Aby… did anything happened between both of you?” Rayqal dan Aafiya saling berpandangan.
Barulah mereka perasan, mata mereka sama-sama sembab.
“Bukan seperti apa yang mama fikir. Parcel semalam yang Aby terima tu dari ayah kandung Chacha. Entah apa yang dia cuba rancang pun Ray tak tahu…”
“Dia tenat, Ray. He wants us to take Chacha to him. As soon as possible,” Rayqal tenung Aafiya tajam. What?
“Pissed me off. He wants what?” Mama Maria tampar bahu Rayqal. Mujur Chacha tiada di ruang makan, tidak elok cucunya itu mendengar ayat kasar Rayqal.
Aafiya jongket bahu.
“Saya terbaca surat yang terselit dalam kotak tu, sekali dengan hadiah yang dia nak bagi pada arwah Ezza. The thing is… we have to find him, no matter what. If not, we won’t know about something that late Ezza hiding from us, Ray. He gave his address, so it’s depend on you,” jelas Aafiya.
“Apa yang arwah sembunyikan, Aby?” Aafiya menggeleng, tanda dia juga tidak mengetahui tentang rahsia itu.
“We’ll go there this weekend,” putus Rayqal, dalam paksa. Hatinya membuak-buak mahu mengetahui rahsia yang disimpan oleh arwah isterinya itu.
“Eloklah tu. Sekurang-kurangnya, kita tahu di mana ayah kandung Chacha. Kamu sarapan dulu, mama naik tengok Chacha. Entahkan sudah bangun ke belum,” kata Mama Maria sebelum menghilang ke tingkat atas.

PEN DITANGAN dipusing perlahan. Otaknya sibuk mencerna isi surat yang dibaca semalam. Entahkan betul, entahkan tidak. Tetapi, hatinya berkeras mahukan penjelasan penuh daripada Izzat Nizarul. Lelaki itu lebih mengetahui apa yang berlaku pada malam hitam itu. Arwah Ezza tidak mungkin menipunya. Sedari dulu, mereka sedar bahawa Izzat Nizarul memang ada menyimpan perasaan pada keperibadian muslimah Ezzariatul Dya Azzahra.
“Hello, miss,” sapa seorang perempuan cantik di meja Aafiya. Diketuk perlahan meja untuk menyedarkan Aafiya yang sedang mengelamun itu.
“Eh, sorry. Cik nak jumpa Encik Rayqal?” Perempuan itu mengangguk. Jadi inilah setiausaha baru Rayqal. Cantik orangnya.
“Ya. Tell him that Rhiya want to meet him,” Aafiya angguk. Intercom ditekan.
“Yes,” Rayqal menyahut.
“Errr… Encik Rayqal, Cik Rhiya nak jumpa. Dia diluar,” beritahu Aafiya terus. Gagap juga dia mahu memanggil lelaki itu encik.
“Let her in…” Tegas sungguh suara Rayqal. Ugh!
“Okey,” Sekali lagi punat intercom ditekan. “Silakan, Cik Rhiya,” Rhiya senyum nipis. Dia menolak pintu pejabat Rayqal.
Rayqal mendongak tatkala pintu biliknya ditolak dari luar. Dilemparkan senyuman pada tetamunya itu. Sudah lama rasanya Rhiya tidak bertandang ke pejabatnya.
“Come in, Rhiya,” Sopan santun Rhiya melangkah, dia duduk di kerusi di hadapan Rayqal. “So, what’s up?” Rhiya tergeleng.
“Who is your new secretary? Cantik, tak terpikat ke?” Lain yang ditanya, lain yang dijawab. Itulah Rhiya Arina, dikorek sesuatu selagi mampu.
“Abyana Aafiya. She’s married, Rhiya. Kenapa kau datang sini? Riri kau tu buat apa pulak?” Rhiya mendengus. Riri merujuk kepada kekasih Rhiya, Khairi.
“As usual, Ray. Ingatkan dah lama tak jumpa, dia berubah. Rupanya, sama aje. Tetap tak nak masuk line,” adu Rhiya.
Rayqal tergelak.
“Give him time, Rhiya. Dia tengah sibuk kumpul aset, kau kena faham. Tak adalah kau merana bila korang dah kahwin nanti,” Rhiya mencebik.
“Apa-apalah, Ray. Kebetulan aku ada meeting area sini, itu yang singgah kejap. Chacha apa khabar? Lama tak jumpa dia,” Rayqal bersandar di kerusi.
“Alhamdulillah, sihat. Semakin banyak mulut adalah. Nak itu, nak ini…”
“Budak-budak, Ray. Aku dengar mama dia dah balik. Chacha okey ke dengan mama dia?”
Rayqal melarikan pandang ke luar cermin kaca, memandang puan setiausaha di luar biliknya. Mengelamun apa entah. Otak jahatnya ligat merencanakan sesuatu. Intercom ditekan.
“Abyana, make us a cup of coffee,” Arahan Rayqal menyedarkan lamunan Aafiya. “Now,” suara dikeraskan. Hampir sahaja dia ketawa melihat Aafiya sudah kelam kabut.
“Bini orang pun kau nak kacau, Ray?” Rhiya juga terasa lucu melihat Aafiya kelam kabut ke pantry.
“Memanglah bini orang, Rhiya. Orang tu akulah, ngek. Aku sebut nama penuh dia pun tak boleh tangkap lagi,” Bulat mata Rhiya ketika itu.
“Seriously?” Rayqal angguk. “Gilalah kau ni, Ray. Habis kau angkut bini ke ofis. Kata tak sayang,” bidas Rhiya dalam kelembutan.
“Manalah aku tahu. Datuk Payed yang bawa dia kerja sini. Aku sendiri terkejut Aby ada dalam bilik Datuk. Course lain yang diambil, lain pula job dia,” Rhiya tergelak kecil.
“Itu namanya sahut cabaran. Dia berani mencuba even bukan dalam scope study course dia. Kau kena faham perempuan ni, Ray. Lain difikiran, lain dibuatnya,” ujar Rhiya.
“Hah, contohnya kaulah. Hati nak, tapi jual mahal. Sekarang ni, mana ada lagi dah timba cari perigi. Perigi dah diupgrade zaman millennium ni, semuanya berebut pilih timba. Kau aje, tersesat zaman,” Rhiya buat muka.
“Hello, I have my own reason okay. Kalau timba tu tak mendekat, macam mana perigi nak pilih? Aku mendekat, dia pulak menjauh. Sengal…” Rayqal ketawa lepas.
Sedang mereka bergelak ketawa, Aafiya muncul sambil menatang dulang. Dua biji mug diletakkan di atas meja. Steady. Suami beramah mesra dengan perempuan, dia buat biasa saja. Langsung tiada cemburu yang timbul. Sudah seperti waitress dah sekali tengok. Wajah Aafiya kelihatan kosong tanpa riak.
“Abyana,” Aafiya tidak jadi melangkah. Dia pandang Rhiya dengan penuh tanda tanya. “You look so weak, are you sick?” soal Rhiya, prihatin.
“I’m okay. Saya keluar dulu,” Rhiya angkat kening. Pelik sungguh kerenah Aafiya. Sungguh tidak bermaya.
“Let her alone, Rhiya. Aku sepatutnya suruh dia stay di rumah tadi. Semalam lagi dia macam tu,” Mug ditarik. Disisip coffee panas itu perlahan.
“Korang dah berbaik ke? Seingat akulah, korang punya gaduh ni mana pernah aman. Pantang berjumpa, ada aje benda nak dijadikan bahan gaduh. Sampaikan arwah Ezza sanggup nak Abyana jadi madu dia even sekejap,” Rayqal menggeleng.
“Time flies with our fight, Rhiya. Sama-sama dah matang, pandailah fikir sendiri. Tapi, kadang-kadang tu adalah jugak gaduh. Biasalah. Benda kecil, jadi besar. Chacha punya pasal, semua tu letak tepi. Tak pasal aje, mama pelangkung kepala aku ni,” Rhiya ketawa.
Disebabkan tin sahaja, Rayqal dan Aafiya menjadi musuh tradisi. Ketika itu, Aafiya di tingkatan tiga manakala Rayqal pula di tingkatan enam bawah. Entah macam mana, mereka bersua lagi di universiti. Rayqal ditakdirkan mengendalikan kumpulan Aafiya, muncul balik permusuhan mereka itu. Kini? Suami isteri sudah mereka berdua.

SEORANG LELAKI yang terlantar lemah di katil, dipandang sepi. Sesekali kedengaran keluhan berat Rayqal. Chacha di dalam dukungan Aafiya sudah merengek kecil. Rayqal menyuakan tangannya untuk mengambil Chacha, pantas sahaja tubuh kecil itu bertukar tangan.
“Kamu berdua duduklah dulu, auntie siapkan minuman,” Puan Sri Rahima meminta agar tetamunya itu duduk di sofa berdekatan dengan katil anak lelakinya. Dia kemudiannya berlalu ke dapur.
“Chacha?” tanya Izzat, matanya pandang Chacha yang sedang tersembam wajahnya ke bahu Rayqal.
“Nur Arissa Khadijah maksud kau?” Izzat menggerakkan kelopak matanya, mengiyakan soalan Rayqal.
Aafiya hanya diam di sisi suaminya. Tiada apa yang mahu dia katakan apabila dia bagaikan tidak percaya lelaki yang pernah arwah Ezza sanjung dulu terbaring lemah. Tubuh yang dulunya sihat sudah susut. Cengkung sungguh wajah tampan itu. Izzat merupakan pelajar di sebuah sekolah tahfiz. Dia dan arwah Ezza bersua ketika sama-sama menghadiri tazkirah di surau sekolah. Entah bagaimana, mereka mula berutus surat. Dan, seterusnya berlakunya tragedi di antara mereka.
“Fiya, awak kenal saya, kan?” Suara lemah Izzat menyapa Aafiya.
“Ya. Tapi, orang yang saya kenal tu Izzat Nazirul, pelajar sekolah tahfiz. Dia menjaga adab-adab pergaulan dan sopan orangnya. Itu yang buat arwah sanjung, bukan sebaliknya. Any explaination? Atau, awak mahu semua tu kekal rahsia?”
Izzat berdehem kecil.
“Sungguh, Fiya. Bukan saya yang buat semua tu. Sebelum arwah meninggal dunia, saya sudah bersua dengan dia. Umi saya ada sekali masa tu. Malam tu, kebetulan saya lalu di situ…”
“Jadi, siapa? Awak lari tanpa penjelasan, Izzat. Sekurang-kurangnya, arwah takkan kecewa. Awak tahu betapa dia menanti awak, tapi lelaki lain yang lebih dulu menghulurkan salam. Fitnah yang arwah tanggung terlalu besar. Ke mana awak, Izzat Nazirul?” Bagai mahu pecah dada Aafiya menahan amarah.
Dia masih waras. Jika tidak, mahu sahaja dia menjerit terlolong menyalahkan lelaki yang tidak berdaya itu.
“Aby,” Aafiya merengus. Rayqal mengeluh lagi. Payah untuk selami hati kedua-duanya. Dia tidak pernah mengenali Izzat, jadi dia tidak mahu tersilap kata. “Izzat, atas tujuan apa kau hantar bungkusan tu?” soal Rayqal tenang.
“Baju pengantin tu, impian arwah sejak dulu. Aku tahu, sudah terlambat untuk aku hadiahkan pada dia. Tapi, aku nak Chacha pakai gaun tu bila dia berkahwin kelak. Fiya, awak maafkanlah ayah kandung Chacha. Dia dah tiada, hampir dua tahun dia pergi. Kemalangan jalan raya,” Aafiya tersentak.
Rayqal hanya tenang mendengar berita itu.
“Awak tahu kan, Ray?” Rayqal diam. Tuan Kamarul yang minta dia rahsiakan dari pengetahuan Aafiya, tidak mahu mengganggu pembelajaran isterinya itu.
“Kenapa awak nak berjumpa dengan Chacha?”
“Saya nak minta maaf pada dia sebab saya dah abaikan ibu dia dulu. Terima kasih, Rayqal. Kau sudi bernikah dengan arwah demi menjaga maruah dia sedangkan aku lari macam pengecut. Aku tak boleh terima perempuan yang aku sayang dah rosak. Sampailah umi aku sedarkan aku, tapi dah terlambat. Kau terlebih dulu miliki dia,” Izzat menjawab setiap persoalan mereka yang rapat dengan perempuan yang bertapak di hatinya dari dulu sehinggalah sekarang.
Rayqal terfikir sejenak.
“Jadi, kaulah Nazir yang selalu arwah sebut tu. I have nothing to say, Izzat. Aku yakin arwah pun dah relakan setiap apa yang berlaku pada dia. Dia seorang perempuan yang layak bergandingan dengan kau. Semoga kau dan dia berjodoh di syurga. Jom balik, Aby,” Rengekan Chacha semakin menjadi-jadi.
Tidak betah dia berlama di sini.
“Awak, bagilah Chacha jumpa Izzat kejap,” mohon Aafiya. “Sayang, turun kejap. Jumpa dengan kawan umi. Mama bagi hadiah besar nanti, nak?” Chacha mula mengangkat wajahnya.
Rayqal menurunkan Chacha di katil yang menempatkan Izzat. Kanak-kanak perempuan itu hanya memandang kosong lelaki yang terbaring itu.
Mengalir air mata Izzat saat tangannya disentuh Chacha lembut. Wajah anak kecil itu punya kelembutan sepertimana wajah arwah Ezza yang sentiasa tenang itu.
“Maafkan uncle, Chacha,” ucap Izzat lirih. Sungguh, dia rindukan senyuman manis arwah Ezza.
“Papa,” Chacha kembali memeluk pinggang Rayqal yang berdiri di sisi katil. Izzat mengangguk, tanda dia sudah puas.
“Terima kasih, Rayqal, Fiya…”
Puan Sri Rahima muncul di muka pintu. Dijemput tetamu-tetamunya ke ruang makan untuk menjamah sedikit minuman petang. Tidak mahu menghampakan wanita itu, Rayqal dan Aafiya mengikutkan sahaja. Mereka sudah jelas akan keadaan sebenar dan kini segala persoalan sudah terjawab.

RAYQAL MEMANDU tenang. Sesekali matanya menjenguk Chacha yang sudah terlena dipangkuan Aafiya. Isterinya langsung tidak beriak sejak mereka bertolak pulang dari rumah Izzat di Melaka tadi. Sehingga kini, Aafiya masih berdiam. Memanglah adakalanya tiada pun perbualan yang berlaku di antara mereka, tetapi terasa janggal pula berdiam begini.
“Aby, I’m sleepy. Boleh tak tolong berbual dengan saya?” Rayqal mula beralasan. Aafiya toleh ke kanan sekilas. Mukanya tika ini memang tidak beriak langsung. Ditepuk perlahan tubuh Chacha.
“Nak berbual apa? Bukannya ada topik pun,” balas Aafiya senada. Mood swing sungguhlah si Abyana Aafiya ni.
“Tak nak tahu ke, kenapa saya tak maklumkan pada awak pasal ayah kandung Chacha?”
“Oh ya. Masa kita bersarapan tempoh hari, awak sendiri yang cakap yang Izzat tu ayah kandung Chacha. Tapi, awak tahu yang ayah kandung dah tiada. Explain,” Rayqal sembunyikan senyum.
“Awak yang bagitahu saya malam tu yang Izzat tu ayah kandung Chacha, saya iyakan ajelah…” Aafiya merengus. Mudahnya dia.
“Rayqal Azzam, ni bukan main-main tahu. I accused someone who was never related to Chacha. Boleh jatuh fitnah kalau saya terus berfikir macam tu. Hish,” Geramnya hati Aafiya dengan sikap selamba mamat muka ketat itu.
“Chill, okay. At least, you already know the truth right? Lambat atau cepat, kebenaran tu tetap sama. Tak ada perubahan. Titik,” Aafiya menjeling tajam manusia di sebelahnya itu. Mujur ada Chacha diribanya. Jika tidak, habis dia kerjakan Rayqal.
“Huh, masalahnya saya menyalahkan orang yang salah. Tahulah saya ni bukan pilihan awak sekali pun, but tell me. Empat tahun saya di Aussie macam sia-sia, saya tetap jugak bodoh. Bodoh menilai,” tempelak Aafiya perlahan. Kuat karang, terjaga pula Chacha. Naya saja.
Rayqal menghela nafas kuat.
“No comment about bukan pilihan. Saya tak pernah ungkit pun pasal tu. Jadi, tolong. Let bygone be bygone, Aby. We have Chacha, amanah arwah kawan baik awak. Takkanlah sebab hal ni aje awak nak meradang macam ni,” balas Rayqal. Ketika itu, dia memberhentikan kereta di hadapan seven eleven.
Dahaga pula dek bertikam lidah dengan Aafiya. Empat tahun berpuasa dari bergaduh dengan Aafiya, memenatkan juga apabila sekali lagi mereka saling menghentam. Cuma, bezanya adalah pergaduhan sudah matang seiring waktu. Tidak lagi isu tin, tong sampah segala tu sebagai punca.
“Mama,” rengek Chacha. Sedar agaknya kereta sudah tidak bergerak. Rayqal usap ubun-ubun puterinya lembut. Tiada lagi rengekan Chacha.
“Penat tak bergaduh? Nak air?” Tali pinggang keledar ditanggalkan. Setelah tiada jawapan dari Aafiya, dia membuka pintu kereta. “Lock the door, Aby. Ini arahan,” Langsung dikeraskan nada. Mahu Aafiya mendengar arahannya itu.
Sejurus Rayqal bergerak ke dalam seven eleven, Aafiya menekan punat lock. Matanya melihat sekeliling. Hari sudah malam, mereka masih di jalan. Direnung wajah Chacha yang sedang lena itu. Serta merta bibirnya mengulas senyum. Dengkuran halus kedengaran menyapa telinga Aafiya. Mungkin tadi sibuk bertikam lidah dengan Rayqal sehingga tidak sedar akan dengkuran itu.

DIARI JADUAL Rayqal diteliti. Banyak pula meeting yang perlu Rayqal hadiri, tentunya dia juga perlu mengikut lelaki itu. Hish, runsing! Malas mahu bertembung dengan Rayqal sejak peristiwa pergaduhan mereka tempoh hari. Di rumah boleh juga mengelak, bilik asing-asing. Ini di pejabat, tidak ke pelik jika dia perlu mengelak. Apa pula kata staf-staf lain? Sudah nama pun setiausaha, tentulah kena mengikut arahan bos.
Disandarkan tubuh ke kerusi empuknya. Mata merenung ke bilik Rayqal yang kosong itu. Sedari pagi sibuk bermesyuarat di bilik Datuk Payed.  Bermula tengah hari nanti, lelaki itu akan bertemu klien-klien di luar. Tanpa sedar, keluhan terbit dari bibirnya yang dioles lips bum.
“Ehem,” Suara deheman itu menyedarkan Aafiya. Jauh dia mengelamun. Dia buat muka bosan apabila mata menyapa wajah kacak Rayqal. Professional, Abyana Aafiya.
“Ada apa, Encik Rayqal? Jadual encik hari ni penuh sampai ke petang. Malam ni pulak encik ada temu janji dengan wakil Sakura Trading,” Rayqal pandang Aafiya lama.
“Cancel all the meeting, tak kiralah penting atau tak,” ujar Rayqal tegas lantas kembali ke biliknya. Dihempas daun pintu kuat. Terhenjot bahu Aafiya dibuatnya.
“Marahkan orang lain, aku yang kena. Apasal tak hempas aje pintu tu sampai pecah. Biar tak ada pintu, dah jimat tenaga nak hempas kuat-kuat. Sesuka hati pulak nak cancel semuanya. Hush,” bebel Aafiya, geram. Satu kerja pula mahu menghubungi klien-klien lelaki itu.
“Fiya, kenapa tu?” Aafiya angkat wajah. Kak Nurin cuba mengorek sesuatu, suka sungguh menjaga tepi kain orang.
“Entahlah, Kak Nurin. Angin monsoon timur datang kot. Tak pun, datang bulan. Main redah aje,” Kak Nurin ketawa. Kelakar melihat bibir Aafiya menceceh marahkan bosnya.
“Hish, sebelum ni tak pernah Ray berkelakuan macam tu. Dia layan Angie baik-baik aje. Atau, dia minat kat Fiya tak. Tapi, sayang. Fiya kan dah kahwin, tak bolehlah nak masuk jarum. Itu yang angin tak tentu pasal,” Cucuk Kak Nurin. Aafiya senyum nipis.
Buat apalah Rayqal mahu masuk jarum, sedangkan lelaki itu adalah suaminya. Minat? Itu mustahil.
“Biarlah, kak. Pandailah dia atur jadual dia sendiri. Saya ni orang bawahan aje, tak boleh nak komen lebih-lebih. Hah, ada apa kak Nurin datang sini?” Kak Nurin sengih macam kerang busuk.
“Kak Nurin kesiankan Fiya aje. Tak apalah, kak Nurin buat kerja dulu,” Pantas diangkat kaki ke kubikelnya. Mulalah tu mahu bergosip.
Aafiya kembali melakukan kerjanya. Cepat kerjanya selesai, cepat juga dia pulang hari ini. Dia sudah berjanji dengan Chacha mahu membuat kek kegemaran puterinya itu. Chacha jenis yang mengingati setiap janji yang ditaburkan oleh sesiapa sahaja yang berjanji. Memang jiwa kacau habislah jika orang itu tidak menunaikan janjinya.

ANGIN PETANG yang sepoi-sepoi bahasa ini menemani perkelahan keluarga kecil Mama Maria. Mereka hanya berkelah di bawah pokok rendang di belakang banglo itu. Arwah papa Rayqal sendiri yang mereka dan menghias indah seluruh kawasan banglonya. Dekorasi yang sejuk mata memandang. Kawasan yang luas itu sangat bersih dan mampu menenangkan si pengunjung.
Mama Maria menyuap nasi ke mulut Chacha. Bukan main berselera lagi kanak-kanak perempuan itu makan. Mulutnya berceloteh sendiri, tangannya sibuk membelek teddybear.
“Tak tahu pulak mama yang Aby minat novel,” Aafiya yang kusyuk membaca novel sambil disandarkan tubuh ke pokok besar itu mengangkat wajah.
“Aby baca bila ada masa aje, mama. Itu pun ikut mood jugaklah. Kadang-kadang, beli pun sebab terminat. Sudahnya, terbiar aje dalam almari,” balas Aafiya sambil senyum. Banyak pula ‘ter’ dia itu.
“Mama dulu pun suka jugak baca novel-novel ni, tapi mama lebih suka novel cinta. Novel yang Aby baca ni, tak masuk dengan jiwa mama,” Aafiya gelak. Memanglah, jarang ada orang membaca cerita hantu.
“Patutlah arwah papa suka berpuisi dengan mama. Sejiwa gitu,” sampuk Rayqal yang sibuk melukis sesuatu di buku lukisannya.
“Pandailah kamu. Arwah papa tu memang dari dulu suka berpuisi. Tapi, satu apa pun mama tak faham. Mama pasang telinga ajelah. Tak mampu mama nak membalas,” Biarpun kisah lalu diungkit, Mama Maria tetap bereaksi tenang.
“Iyalah tu, mama. Mama nak ikut tak dinner nanti?” Mama Maria mengecilkan anak matanya, sedang berfikir.
“Emmm, Ray bawa Aby ajelah. Mama jaga Chacha di rumah. Chacha bukannya biasa dengan majlis keramaian macam tu, rimas,” Padahal, sengaja mahu anak menantunya itu berdua.
Mahu lakukan apa lagi? Di rumah, puas sudah dia memujuk Rayqal dan Aafiya agar disatukan sahaja bilik mereka. Berbuih mulut memujuk, satu habuk pun tak jadi. Tetap juga begitu. Mahukan pertolongan Tuan Kamarul, jauh pula orang tua itu di utara. Memang Mama Maria sajalah harapan untuk memulihkan hubungan Rayqal Azzam dan Abyana Aafiya itu.
“Erk? Tak pergi, tak boleh ke?” Jemari Rayqal yang melakar sesuatu, terhenti. Matanya merenung anak mata isterinya.
“Siapa secretary saya? Awak, kan? So?” Aafiya mengeluh perlahan. Nampak gayanya, kena jugalah dia mengikut.
Sudahlah dia sememangnya tidak menyukai majlis keramaian golongan elit. Kebanyakan majlis sebegitu mementingkan protokol. Topik yang dibincangkan para hadirin juga tidak masuk dengan jiwanya. Pernah dia mengikut ma dan abahnya ke annual dinner sebuah syarikat rakan abah. Siap ada slot fashion show lagi untuk bidaan. Masing-masing sibuk menggayakan pakaian mereka, seolah-olah berbangga akan tahap kemahalan pakaian mereka itu. Sigh!

WIDE SHAWL yang terlilit dikepala dibetulkan sedikit agar lebih kemas. Dihela nafas perlahan sebelum keluar dari kereta. Rayqal sudah siap berdiri di sisi pintu, mahu beriringan dengan Aafiya. Lelaki itu segak dengan pakaian formal, kemeja dan juga kot. Dua butang kemeja paling atas dibiarkan terbuka.
“Sakit perutlah,” adu Aafiya manja. Padahal dia malas mahu masuk ke dalam ball room, malas mahu bertemu dengan watak-watak di dalam sana. Penat!
“Tandas kat dalam ada,” balas Rayqal bersahaja. Mereka beriringan memasuki lobi. Terpegun juga Rayqal akan penampilan formal Aafiya malam ini.
Gaun muslimah longgar rona biru muda tersarung molek di tubuh ramping Aafiya. Selendang lebar pula mampu menutup penuh dada dan belakang isterinya itu. Pandai juga Aafiya bergaya ke function sebegini. Pasti sudah terbiasa memandangkan abah dan manya juga orang bisnes.
“Apa kata awak tempah aje mana-mana bilik hotel, biar saya tunggu sampai function ni habis,” cadang Aafiya.
“Abyana Aafiya, majlis biasa aje pun. Bukannya suruh awak tayang body bagai kat dalam tu. Kalau nak tempah bilik, baik jangan datang. Membazir duit aje tempah bilik,” tukas Rayqal.
“Iya… iya. Orang tak nak ikut, paksa jugak suruh datang. Ish,” omel Aafiya. Rayqal tergelak kecil.
“Sudahlah, dah sampai pun. Senyum sikit, beruk pun lagi lawa dari awak,” Aafiya tampar lengan Rayqal kuat.
“Ada pulak beruk. Jomlah masuk,” Selamba sahaja tangannya menarik lengan Rayqal. Tadi bukan main lagi menolak, tidak mahu masuk ke dalam ball room itu.
Sampai sahaja mereka di sebalik para tetamu yang hadir, sudah ada yang menegur. Semuanya kenalan Rayqal, tidak kiralah muda ke tua. Kebanyakan menyapa Rayqal seakan mereka sudah kenal rapat. Aafiya hanya setia berdiri di sisi Rayqal dengan senyuman lebar. Tidak mahulah dia dicop sombong.
“Encik Rayqal. Eh, Fiya pun ada,” tegur Kak Nurin. Kak Nani yang mulut becok itu juga turut hadir. Pelik juga Aafiya. Mereka bukanlah setiausaha yang perlu menemani bos-bos mereka.
“Apa korang buat kat sini?” soal Rayqal mesra. Kak Nurin dan Kak Nani lebih kurang sebaya sahaja dengan Rayqal, tiga puluh tahun. Namun, masih membujang. Tsk.
“Encik Badrul ajak kita orang, itu yang kami di sini. Tak sangka pulak Encik Rayqal bawa Fiya. Fiya, suami Fiya tak marah ke?” Aafiya senyum nipis akan pertanyaan Kak Nurin itu.
Disebabkan suami dia yang paksalah, dia di sini. Ugh!
“Saya datang atas urusan kerja, kak Nurin. Buat apa nak marah?” Aafiya membalas penuh sopan.
“Rasanya kalau suami Fiya tu jumpa Encik Rayqal ni, confirm dia suruh resign. Kan, Nani?” Kak Nani angguk.
“Ha’ah, Fiya. Encik Rayqal ni hot issue dalam ofis kita, semua mata sekali pandang nak tenung pulak,” Kak Nurin dan Kak Nani ketawa.
Rayqal senyum nipis. Heh, tuan punya badan yang kau orang dok sebut-sebut masih di sini tahu. Aafiya pula yang mendengarnya. Memang bernanahlah telinga ni dek diperli Aafiya nanti. Terima kasihlah, Nani, Nurin oi di atas modal yang kau orang sumbangkan, omel Rayqal di dalam hati.
“Eh, Nani. Saya ni biasa aje. Mana tahu suami Fiya ni lagi kacak bergaya dari saya, melopong awak berdua,” sampuk Rayqal. Aafiya senyum senget. Masuk bakul angkat sendiri nampak, Encik Rayqal.
“Ye ke? Fiya, bila nak kenalkan kita orang dengan husband Fiya yang Encik Rayqal cakapkan tu? Mesti anak-anak pun comel, kan?”
“Ish, kak Nurin ni. Suami saya taklah handsome mana. Semua lengkap sempurna, punya mata, hidung, mulut... memang full packagelah. Alah, kureng sikit dari Encik Rayqal hotstuff ofis ni,” Mahu sahaja Aafiya tergelak akan kata-katanya sendiri. Rayqal buat muka, sudah diagak dia akan disindir.
“Fiya dah ada anak ke? Kak Nani tengok pinggang Fiya ni, macam tak pernah mengandung. Hmmm, masih berusaha ke?” Mak oi, soalan apa ni?
Pipi Aafiya sudah membahang. Malunya! Boleh pula dok tilik tubuh badan orang, Kak Nani ni. Kak Nurin sudah sengih senget. Adalah tu benda dia mahu tambah perasa.
“Jangan ingat kami ni masih bujang, tak pandai tilik tahu. Dah lulus plus terror dah bab-bab ni. Cuma, tulah. Jodoh tak sampai-sampai lagi,” kata Kak Nurin pula.
“Senang aje, kakak-kakak saya ni nak jemput jodoh. Bersihkan hati, cantikkan bahasa, nilai diri sendiri… insha Allah jodoh tu sampai sepertimana yang kak Nurin dan kak Nani nak. Seiring dengan jiwa. Encik Rayqal, Datuk Payed is calling you,” Puas hatinya setelah meluahkan kata-kata itu.
Rayqal tersentak. Cepat-cepat dia melangkah beriringan dengan Aafiya menghampiri Datuk Payed yang menggamit tidak jauh dari mereka. Tidak perasan pula majikannya itu memanggil. Dia tergamam dengan ayat yang disusun indah oleh isterinya itu. Menusuk kalbu sungguh. Padanlah Kak Nurin dan Kak Nani terkedu dan mati senyuman mereka.

BUNYI LOCENG pintu yang berlagu, menyedarkan Aafiya. Ditenyeh kedua belah matanya menghilangkan sedikit rasa kantuk. Pinggangnya yang sedikit lenguh menyusahkan untuk dia terus bangun. Lambat-lambat dia mencelikkan matanya. Sejak bila pula loceng pintu boleh dengar sampai ke biliknya. Ish, sudahlah mengantuk yang amat… diganggu pula tidurnya.
Aafiya menenyeh kasar matanya apabila mata hazelnya itu menangkap kelainan. Ini bukan bilik tidur dia. Biarpun kabur dek masih mengantuk, Aafiya meliarkan pandangan ke sekeliling bilik. Cahaya lampu dari bangunan tinggi itu menyapa matanya, KLCC? Hek, di mana dia berada ni?
Tubuhnya terasa dingin. O… oh.
“Rayqal Azzam!” jerit Aafiya separuh kuat. Bunyi loceng pintu yang masih kedengaran dibiarkan. Dipandang tubuhnya pula. Dang!
Apa yang mereka buat ini? Sejak bila pula mereka boleh berada di sini? Persoalan demi persoalan menyesakkan fikiran Aafiya.
“Rayqal, bangunlah,” Digoyangkan tubuh kekar Rayqal yang tidak berbaju sedang tidur meniarap itu. Malu pula Aafiya mahu mengejutkan lelaki itu.
Loceng pintu pula tak habis-habis berbunyi. Isk. Didekatkan bibir ke telinga suaminya.
“Rayqal Azzam! Bangunlah,” Mahu sahaja Aafiya menangis. Rayqal bergerak kecil. Dicelikkan mata perlahan. Dia berpaling ke kirinya. Mama, panjangnya rambut. Hantu jembalang mana ni?
Aafiya ketap bibir. “Ray, bangun kejap boleh tak?” Rayqal yang mula sedar, bingkas duduk.
“Heh, what are you doing here?” Dengan selambanya Aafiya meluku kepala Rayqal di sebelahnya.
“Saya yang patut tanya awak. Apa yang kita buat kat sini? Baik awak cerita. Cepat,” Nafas disedut perlahan.
“Kenapa kita tak…” Mereka saling bertatapan. “…pakai baju,” Terus Aafiya menangis. Rayqal keliru. Apa yang sudah jadi sebenarnya?
“Mesti awak punya kerjakan? Kalau nak, mintaklah baik-baik. Janganlah buat macam ni,” Teresak Aafiya menangis.
“Hoi, aku pun retilah bagi salam dulu. Ni mesti kau yang goda aku dulu. Kan?” Mereka mula saling menuduh. Aduhlah, perangai tak semenggah. “Tu siapa pulak yang dok buat bising? Kaulah ni,” radang Rayqal.
Aafiya menarik selimut agar menutup badannya yang sudah tiada seurat benang itu. Malunya dia pada Rayqal. Mengenangkan seluruh tubuhnya berasa lenguh, tentunya mereka sudah melakukan itu. Huwaaa! Semakin kuat dia tersendu. Rayqal melepaskan keluhan berat. Dia mencapai boxer di hujung katil. Barulah dia perasan pakaian mereka bersepah di sekitar bilik. Tak menyempat nampak, Ray! Kutuk Rayqal sendiri.
Usai mengenakan boxer, Rayqal bergerak ke almari. Diambil bathrobe yang tersedia. Satu dia gunakan dan satu lagi dia campak ke katil.
“Pakai ni. Masuk dalam bilik air cepat,” arah Rayqal keras. Berangnya masih bersisa. Pantas Aafiya mengambil bathrobe putih itu.
“Awak pusing sana,” suruh Aafiya serak dek menangis. Alahai, menangis bagai dia terlanjur dengan sesiapa saja. Padahal, terlanjur dengan suami sendiri.
“Jangan keluar selagi saya tak panggil. Faham?” Aafiya mengangguk. Dia memboloskan diri ke dalam bilik air.
Rayqal bergerak ke pintu, terketar juga tangan mahu membukanya. Sebaik pintu terbuka, beberapa orang sedang berdiri dengan raut tegang. Dilepas keluhan tanpa sedar. Haish, siapa punya angkara ni? Tidak pula dia tahu jika dia punya musuh melainkan chek mek molek kat dalam bilik air tu.
“Ada apa ni, encik? Pagi-pagi dah ganggu orang tidur?” Selamba sahaja Rayqal menyoal. Dia berpura-pura menguap.
“Saya Latiff dari pejabat agama. Awak disyaki berdua-duaan dengan seorang perempuan. Kami menerima laporan mengenai bilik bernombor ni. Rasanya tak perlu diterangkan lagi kedatangan kami ke sini. Saudara sudah tentu boleh expect kenapa kami di sini. Boleh kami masuk?”
Rayqal menoleh ke dalam bilik. Pakaian mereka masih bersepah di lantai. Takkanlah dia mahu membuka aib sendiri.
“Boleh beri saya masa sekejap? Berdosa kalau aib saya didedahkan pada awak-awak semua,” Latiff mengangguk. Rayqal menutup pintu kembali. Sepantas yang boleh dia mengemaskan pakaian yang bersepah itu. Semua dimasukkan ke dalam almari.

SOROTAN MATA Latiff meresahkan Rayqal. Apatah lagi, Aafiya masih di dalam bilik air. Nafas dihela perlahan. Dia duduk di birai katil sementara Latiff dan orang-orangnya di sofa berdekatan. Kelas juga orang yang cuba memerangkapnya itu, hotel lima bintang dia orang tempah.
“Lama lagi ke ibu awak nak tiba?” soal Latiff. Sudahlah bukan main lama lagi mereka berdiri di luar tadi. Demi agama, mereka sanggup memperjuangkan ajaran Islam yang melarang keras akan perbuatan maksiat.
“Kejap lagi sampailah, encik,” Hati Rayqal mula mengutuk hebat. Jika tidak mengenangkan mereka adalah saudara sesama Islam, sudah lama dia menyumpah seranah.
Cuai juga dia kerana tidak membawa dompetnya semalam. Aci tinggal dalam kereta sahaja, tidak teringat mahu mengambil ketika keluar dari kereta. Jika tidak, laju sahaja dia menunjukkan kad nikahnya. Pasti mamanya sudah risau dek diminta membawa pakaiannya dan juga Aafiya pagi-pagi ni. Subuh pun belum masuk lagi. Satu hal lagi, Chacha yang sedang nyenyak tidur itu.
“Betul ke awak berdua suami isteri? Mana isteri awak tu kalau betullah awak berdua sudah sah?” Seorang dari mereka mula bermain kata.
“Sebab tulah kena tunggu mama saya bawakan pakaian kami. Isteri saya tahu malu, encik. Takkan nak tayang badan pada encik-encik semua,” tebak Rayqal. Sakit hatinya atas desakan itu.
Terdiam terus lelaki itu. Deringan loceng pintu menghilang sedikit debar hati Rayqal. Dia melangkah ke pintu, tersembul Mama Maria dan Chacha yang masih mamai itu. Kasihan dia pada puterinya itu, terganggu tidurnya. Tanpa isyarat, Rayqal mengambil Chacha dari dukungan mamanya.
“Mama, Aby ada dalam bilik air,” Mama Maria mengangguk. Dia memandang sejenak akan empat orang lelaki di sofa. Senyuman nipis sahaja mampu diukir pagi-pagi buta ni.
Panas hatinya ketika dihubungi oleh Rayqal menyatakan kejadian yang menimpa anak menantunya itu. Akan dihancur lumatkan pada yang punya angkara. Menyusahkan orang sahaja. Inilah manusia durjana, penuh dengan hasad dengki. Tidak puas dengan apa yang dimiliki, terlalu sombong dengan diri sendiri sehingga akal yang sepatutnya berada di otak diletakkan ke lutut. Ceteknya fikiran manusia akhir zaman ini. Nauzubillah.
“Aby, mama datang ni. Buka pintu, sayang,” Lembut Mama Maria mengetuk pintu bilik air.
Sejurus pintu dibuka, Mama Maria memboloskan diri ke dalam bilik air. Aafiya yang sudah teresak itu memeluk mama mertuanya erat. Mama Maria usap belakang menantunya, mengalirkan sedikit kekuatan. Sekuat manapun Aafiya, dia tetap akan tersungkur dek difitnah sebegini rupa. Memang biasa jika ditangkap basah di zaman ini, tetapi Aafiya masih punya harga diri. Rayqal mengahwininya secara elok, bukannya disebabkan mereka melakukan sesuatu yang tidak baik.
“Mama, Aby malu,” Mama Maria ketawa kecil. Pelukan dilepaskan. Rambut Aafiya basah menandakan dia sudahpun membersihkan diri.
“Sabar ya, Aby. Rayqal tengah uruskan wakil pejabat agama tu. Dia orang cuma salah faham aje. Ray dan Aby bukannya buat salah,” Aafiya menyapu lelehan air mata di pipi kasar.
“Aby malu dengan Rayqal, mama,” Aafiya menangis kembali. Ketika dia menanggalkan bathrobe untuk membersihkan diri tadi, sempat matanya menangkap tanda-tanda merah di sekitar leher dan dadanya.
Mahunya dia tidak malu. Mulalah minda memikirkan yang merepek-repek. Andai dikenakan niqab, Rayqal masih berhak untuk melihat wajahnya. Bukan setakat wajah, seluruh tubuhnya juga. Ugh! Sakit otak.
“Aby, Ray tu dah jadi suami Aby. Buat apa nak dimalukan lagi? Memanglah ditangkap basah, tetapi Ray dan Aby dikurniakan pahala tahu. Dengan izin Allah, Ray dan Aby bukannya ditemui dalam keadaan terbuka. Masih di dalam keadaan tenang. Biarlah Allah aje yang menghukum si pelaku tu. Kita doakan yang baik-baik aje,” pujuk Mama Maria.
Aafiya kembali tenang.
“Terima kasih, mama,” ucap Aafiya tulus.
“Iya. Ni mama ada bawakan baju bersih, Aby siaplah. Cepat kita selesaikan masalah, cepat kita boleh beredar,” Beg baju dihulurkan pada Aafiya.
Usai Aafiya siap berpakaian, mereka keluar dari bilik air. Kini, semua mata tertumpu pada Aafiya. Muka Aafiya yang merah itu membangkitkan kelucuan di hati Rayqal. Menangis bagai nak rak isterinya itu. Manja sungguh. Sudahlah dia tercakap kasar dengan Aafiya tadi. Pasti Aafiya berasa serba salah.
“Mana kad nikah?” tanya Rayqal. Aafiya mengeluarkan purse dari handbag yang dibawa Mama Maria tadi. Kad nikah yang terselit kemas, diambil. Dia hulurkan kad itu kepada Rayqal.
“Jadi, betullah kamu berdua ni suami isteri?” Rayqal serahkan kad nikah mereka pada Latiff. Biar mereka tengok sendiri bukti itu.
“Kami tak tahulah sama ada encik-encik ni tersilap bilik atau ada yang nak kenakan kami. Saya harap perkara ni dah selesai. Dan, saya berharap sangat hal ni tak dibawa ke luar,” kata Rayqal.
Latiff dan rakan-rakannya terangguk-angguk.
“Maafkan kami, Encik Rayqal. Mungkin kami yang salah atau ada yang mahu perangkap encik dan isteri. Kami minta diri dulu,” Latiff kembalikan kad nikah kepada Rayqal.
Sebaik sahaja wakil-wakil pejabat agama itu beredar, Rayqal kembali berang. Aafiya duduk di sisi Chacha yang Rayqal baringkan di tilam. Lena biarpun bertukar tempat tidur tanpa sedar.
“Istighfar, Rayqal Azzam,” Mama Maria merapati Rayqal di sofa. Dada anak lelakinya itu berombak kuat. Mahu dilepaskan kemarahan, tetapi pada siapa? Rasanya dia sudah dapat meneka siapakah mereka.
“How could they trap us, mama? Wangi sangat dah hati dia orang tu nak malukan kami macam ni? Patutlah beriya-iya nak kami minum air tu, kononnya sedap. Ray pun bodoh, pergi ikut cakap dia orang. Confirm satu ofis sakan dok bercerita,” Rayqal meluahkan amarahnya.
Aafiya kerut dahi. Kemudian, keluhan terbit dari bibirnya. Salahkah dia menasihatkan orang yang lebih tua darinya? Tambahan pula, Kak Nurin dan Kak Nani semakin melampau jika dibiarkan. Bukannya dia tidak tahu akan perbuatan kedua mereka beberapa bulan lepas. Heboh dah perangai buruk mereka yang suka mengacau bilaukan hidup orang lain itu.
“Sabar, Ray. They will pay what they did to both of you. Tapi, Allah lebih layak menghukum mereka. Let them be,” pujuk Mama Maria.
“Entahlah, mama. Kita layan baik, dibalas buruk. Susahlah nak percaya orang sekarang. Semua punya motif. Lepas kes dulu, ingatkan dah insaf. Rupanya sama aje,” Rayqal masih belum puas menghamburkan kemarahannya.
“Saya yang cabar dia orang semalam. Salah saya jugak,” Inilah yang dimaksudkan pepatah; sesal kemudian tidak berguna.
Entah kenapa, Rayqal tergelak. Menunduk kemain Aafiya tu. Malu lagikah?
“Dah memang betul apa yang awak kata, Aby. Kalau dah perangai tak semenggah, tapi bermimpi nak bersuamikan putera raja… melampau,” Wah, dah pandai bela isterilah Encik Rayqal kita ni.
“Hmmm, nanti kamu masuk ofis… settlelah baik-baik. Mama nasihatkan Ray maklumkan aje pada semua staf pasal hubungan kamu berdua ni. Tak adalah difitnah lagi selepas ni. Mahunya selepas ni, mama dapat call minta bawakan pakaian lagi…” Mama Maria mengerling anak dan menantunya.
Ada hikmahnya juga perkara aib ini terjadi. Manalah tahu membuahkan hasil, untung-untung boleh merapatkan hubungan anak menantunya itu. Anak itu kan pengikat kasih. Semoga masinlah doa Mama Maria, berisi si Aafiya itu. Rayqal berdehem kecil. Aafiya apa lagi, semakin menunduklah dia. Malu, beb!

PUAS DIPUJUK, barulah Aafiya mahu mengikut Rayqal ke bahagian staf-staf Datuk Payed. Matanya mencari kelibat Kak Nurin dan Kak Nani. Hah, menunduklah pula. Berani buat, tidak mahu mengaku. Seminggu juga dia memerap di dalam bilik dek terlalu malu dengan Rayqal. Hari ini dia kembali masuk bekerja pun, Mama Maria punya jasa.
“Assalamualaikum, semua,” Mahu menyampaikan berita baik, perlulah dimulakan dengan Basmallah. Semoga diberkati niat murninya itu.
Salam dijawab oleh staf-staf mesra. Apatah lagi, sedang berdiri di stage kecil di satu sudut pejabat itu adalah dua orang pekerja yang kacak dan lawa.
“Maafkan saya kerana mengganggu kerja kalian. Semua mesti tahukan pasal kes saya dan Puan Abyana?” Semua staf mengangguk. Ada juga yang menjawab, ya. “Di sini saya nak menjelaskan kedudukan sebenar, saya harap tak adalah timbul perkara sebegini lagi. Pada yang cuba membuat onar tu, insaf-insaflah. Sekarang ni, Allah bayar cash. Tapi, tak apalah. Kami dah maafkan atas tanggungjawab sesama saudara Islam. Saya, Rayqal Azzam dan Abyana Aafiya adalah suami isteri. Sudah empat tahun lebih, kami berumah tangga… anak seorang dah pun…”
Mendengarkan penjelasan itu, staf-staf mula berbisik sesama sendiri. Aafiya senyum nipis apabila Rayqal menyebut soal anak. Kalau dia orang tahu umur Chacha, sah semua orang pertikaikan. Tapi, biarlah. Chacha sememangnya anak mereka yang dititipkan oleh orang kesayangan mereka.
“Siapa yang berasa diri dia yang terlibat dalam kes Rayqal dan Abyana sila ke bilik saya. Selepas waktu pejabat, saya tunggu di bilik saya. Mungkin sekarang ni mereka malu, saya faham,” sampuk Datuk Payed. “Allah memang bayar cash ya, to those yang busuk hati tu,” sambung Datuk Payed lagi.
Pengalaman mengajarnya erti hormat. Setelah dia terkantoi kerana cuba mengayat Aafiya dulu, dia serik. Hampir sahaja Rayqal meletak jawatan disebabkan sikap miangnya itu. Pada hari dia mengadakan perbincangan dengan kliennya, dia tersilap langkah. Terlupa akan Rayqal adalah suami Aafiya, selamba sahaja dia mengenenkan staf barunya itu kepada seorang rakannya. Sudahnya, Rayqal mengamuk. Itu yang lelaki itu menghempas habis pintu bilik dia bukan main kuat lagi.
“Terima kasih, Datuk,” ucap Rayqal, ikhlas. Datuk Payed sanggup membersihkan nama baiknya dan Aafiya tempoh hari.
Dikeluarkan amaran; sesiapa yang cuba bergosip tentang Rayqal dan Abyana, akan dikenakan tindakan. Perletakan jawatan atau dibuang kerja dalam tempoh dua puluh empat jam. Datuk Payed mahu berterus terang tentang hubungan Rayqal dan Aafiya, tetapi berasakan dirinya tidak layak… dia meminta Rayqal sendiri yang menjelaskan hal tersebut.
“I do my best for our Muslim’s brothers, Azzam. Tapi, lain kali jangan berahsia lagi. Benda baik tak elok disembunyikan, apatah lagi hubungan kamu berdua ni,” kata Datuk Payed sebelum berlalu ke biliknya.
“Tahniah, Encik Rayqal, Fiya,” Staf-staf mula mendapatkan Rayqal dan Aafiya. Rata-ratanya menyukai pasangan tersebut. Sama cantik, sama padan gitu. Bak pepatah; bagai pinang dibelah dua. Hek.

Dua bulan kemudian
“MAMA, Chacha nanak aiskrim,” rengek Chacha manja. Deretan pelbagai jenis aiskrim menarik perhatiannya. Terloncat dia di dalam troli dek teruja.
“Tanya papa awaklah, Cha. Mama okey aje,” Aafiya cubit lembut pipi tembam Chacha.
Chacha menarik baju papanya yang sibuk memilih susu segar. Rayqal berpaling, diangkat kening pada puterinya itu. Chacha mengarahkan jari telunjuknya ke deretan aiskrim. Rayqal kerut hidung. Rasanya, masih berlambak aiskrim di rumah. Bukannya ada sesiapapun yang makan.
“Bukan papa baru beli ke, Chacha sayang?” Chacha menggeleng. Mana ada papanya membelikan dia aiskrim. “Adalah. Papa tengok semalam, banyak lagi aiskrim dalam peti. Atau, tokma tak kasi makan aiskrim… sebab gigi rosakkan,” Hidung penyet Chacha dicuit.
“Lama lagi ke, Rayqal. Nak baliklah, penat,” Aafiya menguap sedikit. Semalaman dia menyiapkan kertas kerja untuk bosnya itu.
“Alah, mama. Kita tak pergi makan lagi. Kan, papa?” celah Chacha. Dipandang papa dan mamanya bersilih ganti.
“Okey… okey. Jom, kita pergi makan dulu. Selepas tu, balik,” putus Rayqal. Aafiya senyum nipis. Terasa kering bibirnya kini.
Namun, hatinya tercuit sedikit. Rayqal tidak lagi cuba mencari pasal dengannya sejak kejadian dua bulan lepas. Mereka masih begitu, tidur di bilik asing-asing. Semuanya kembali seperti dulu, cuma Rayqal lebih banyak berlembut. Dua tiga hari ni saja, Aafiya terasa kelainan.
Dia malas mahu mengadu pada Mama Maria. Tentunya, mama mertuanya akan mengandaikan apa yang ditakutinya itu. Dia bukan menolak rezeki, cumanya dia masih belum bersedia sepenuhnya untuk menggalas tanggungjawab itu. Tidak pernah terlintas di mindanya akan mengandungkan zuriat Rayqal Azzam, suami yang bukan pilihannya itu. Namun, jika benar dia mengandung… redha sajalah. Rezeki Allah. Seperti yang sering dikatakan oleh Rayqal; Allah bayar cash. Haru dia jika Allah menarik balik nikmat yang satu itu.
Rayqal memilih sebuah restoran yang biasa dia singgah jika datang ke parasaya besar itu. Makanannya sedap-sedap belaka. Tidak ramai orang pula hari ini, mungkin sebab weekdays. Selalunya, hujung minggu memang sesaklah restoran itu sehinggakan ada yang sanggup menunggu di luar. Sedap sangatlah tu.
“Nanak lagi,” Rayqal sudukan nasi ayam ke mulut Chacha. Haih, makan banyak tapi badan macam tu jugak… kenit. Cuma, pipi saja yang naik.
“Aby, kenapa tak makan?” Mushroom sup yang diorder Aafiya masih tidak luak. Isterinya itu seperti sedang mengelamun sahaja. “Tak sedap ke?” Aafiya menggeleng.
Agaknya betullah kot dia mengandung. Hendak pandang makanan saja, dia sudah mual dan loya. Tekaknya saja tidak mahu meluahkan isi perut.
“Mama, sedap… sedap… sedap,” Chacha meniru cakap dalam UpinIpin. Addicted sangat dengan cerita kanak-kanak itu. Penuh DVD UpinIpin dibeli oleh Rayqal untuk puterinya itu di rumah.
“Mama kenyanglah, sayang. Nak mama suapkan sup ni tak?” Dia cuba mengangkat sudu dan menyudu mushroom yang masih tidak luak itu, namun tangannya terhenti.
Rayqal sudah kerut dahi. Pelik.
“Aby…”
“Awak suapkanlah, saya nak pergi toilet kejap. Kejap aje,” Laju kaki Aafiya melangkah ke tandas yang terdapat di pasaraya itu.
Setiba sahaja di tandas, terus dihamburkan segala isi perut. Kepalanya juga sudah pening. Penglihatannya pula sudah menjadi double. Lagi lama dia di sini, mahu pitam terus. Lebih baik dia mengajak Rayqal pulang secepat mungkin. Dia control mindanya agar ditetapkan hati, dia sihat dan masih boleh bertahan. Go!

SEGAR TUBUHNYA tatkala kepala menyapa bantal yang lembut itu. Tangannya bermain di sekitar pinggang dan perut. Pertama kali dia berpengalaman merasai sendiri keperitan yang ditanggung arwah Ezza. Dulu, dia hanya mampu melihat arwah sahabat baiknya itu terbaring lemah di katil. Salah satu sebabnya adalah morning sickness, lainnya kerana arwah tertekan dek menerima nasib sebegitu.
Masih jelas diingatan Aafiya bagaimana tulusnya kasih Rayqal menjaga dan merawat arwah Ezza. Saat arwah hampir tersungkur, Rayqal hadir membawa cahaya. Seikhlas mungkin dia menjaga arwah Ezza yang semakin hari semakin lemah sepanjang tiga bulan pertama. Setelah itu, raut arwah berubah ceria. Dia sudah mampu ketawa dan bergurau senda. Namun, ceria itu tidak lama di kala dia menghadapi komplikasi ketika melahirkan Chacha.
“Zahra, aku rindu kau,” rintih Aafiya. Air mata mengalir dari tubir mata. Zahra, hanya dia yang memanggil sahabatnya begitu.
Ketukan pintu kedengaran, sayup-sayup suara Mama Maria memanggil Aafiya. Beberapa saat kemudian, Mama Maria sudah menolak daun pintu bilik. Ditatang dulang berisi bubur dan segelas air susu. Dengan senyuman manis, Mama Maria menghampiri Aafiya yang sedang terbaring itu.
Aafiya bangkit, sandar di kepala katil.
“Ray bagitahu mama, Aby tak sihat. Aby okey ke?” Dulang diletakkan di meja sisi. Dilabuhkan punggung di birai katil. Telapak tangan ditekap ke dahi Aafiya. Tidaklah panas mana.
“Biasa ajelah, mama,” balas Aafiya, sedikit lemah.
“Aby mengandung?” teka Mama Maria. Aafiya senyum nipis. Mama Maria juga sudah boleh meneka rupanya.
“Entahlah, mama. Aby sendiri pun teka sendiri aje. Tak check pun…”
Mama Maria senyum.
“Aby ada simpanan pregnancy test?” Aafiya mengangguk. Sedari kes di hotel itu lagi, dia sudah menyediakan alatan itu. Cuma, dia masih tidak kuat untuk melakukan pemeriksaan sendiri.
“Emmm, bila dah sihat sikit… Aby check sendiri dulu. Manalah tahu, main-main aje. Tapi, syukur kalau betul Aby mengandung. Boleh mama pegang perut Aby?” Erk? Aafiya sengih nipis. Apalah Mama Maria ni, malulah dia.
Tanpa sempat Aafiya membantah, Mama Maria terlebih dahulu menyelak bajunya. Berkerut jugalah dahi Mama Maria yang masih cekang itu, tidak dimamah usia.
“Tak adalah buncit mana, mungkin sebab baru dua bulan. Aby ada rasa sesuatu yang bergerak tak? Selalunya, dia akan bergerak-gerak sikit. Macam ada rasa perut bergetar,” Seperti bidan, Mama Maria mengeluarkan komen.
“Apalah mama ni. Entah-entah Aby tak sihat ni sebab Aby nak demam kot,” Aafiya tergelik kecil.
“Ish, ke situ pulak dia. Aby bangunlah, biar mama tolong Aby buat check up,” Hah? Aafiya tercengang.
“Apa dia, mama?”
“Mama tolong. Mana pregnancy test tu, mama ambilkan,” Mama Maria bingkas berdiri. “Dalam bilik air?” Aafiya angguk.
Mahu tidak mahu, dia bangun juga. Mama Maria memapah tubuh lemah Aafiya ke bilik air. Haish, malunya Aafiya ketika ini. Mujur Rayqal tidak mengetahui tentang ini. Bertambah malulah dia. Yak yak ow saja, buatnya Rayqal sudah tahu. Tunggang terbalik habis segala barang di katil itu agaknya. Sudahlah lelaki itu punya pengalaman, lebih handal lagi dari Aafiya yang perempuan itu.
Mama Maria menanti penuh sabar di luar bilik air. Berdetak hebat jantungnya, penuh debaran. Doanya agar benarlah menantunya itu berisi. Melihatkan kesihatan Aafiya yang tidak berapa sihat itu, membuahkan senyum di bibir. Boleh tahan teruk juga morning sickness Aafiya, bolehlah dikerah Rayqal yang menjaga. Amboi, bukan main lagi Mama Maria berangan.
Beberapa minit kemudian, pintu bilik air terkuak dari dalam. Wajah pucat Aafiya menyapa pandangan Mama Maria. Ditenung Aafiya menantikan jawapan pasti. Lambat-lambat Aafiya menyerahkan pregnancy test itu kepada mama mertuanya. Mama Maria masih merenung Aafiya biarpun alatan itu sudah berpindah tangan. Kenapa muram sahaja raut menantu kesayangannya itu? Negatifkah?
“Mama tengoklah. Ikut suka mamalah nak bagitahu Rayqal atau tak. Aby nak baring kejap, pening,” Aafiya melangkah perlahan menuju ke katil. Kepalanya pening sangat-sangat tika ini. Boleh rebah jika masih berdiri.
Tawa Mama Maria meletus. Positif! Alhamdulillah. Syukur, Ya Allah. Kau bukakan jalan untuk anak menantuku.
“Aby rehatlah, mama keluar dulu. Jangan lupa makan bubur dan susu tu, Ray yang minta mama sediakan tadi. Makan tahu,” Aafiya menganggukan sahaja.
Mama Maria pantas beredar. Dia mahu menunaikan sujud syukur. Doanya terkabul. Sungguhlah doa seorang ibu itu mujarab. Subhanallah.

SENYUM LEBAR Rayqal dikala berita baik itu sampai ke halwa telinganya. Dia juga bersyukur. Namun, hubungan mereka masih begitu. Dia sendiri tidak berusaha memujuk Aafiya. Malu kerana isterinya itu sedia maklum tentang cintanya yang dulu pernah dihulur pada arwah Ezza.
Bergolek-golek dia di atas tilam. Seronok, woi! Sekali harung, sudah lekat. Hek! Sengal punya Rayqal Azzam. Apa reaksi Aafiya pun dia tidak tahu. Mama Maria hanya maklumkan dia bakal menimang cahaya mata sekali lagi. Kali ini, zuriatnya sendiri. Puan mama pula musuh tradisinya. Mahu bertemu dengan Aafiya malam ini, dia segan.
Lagu Unintended dendangan Muse kedengaran nyaring. Rayqal bangkit, dicapai Iphone 5 di meja kerja. Berkerut habislah dahi dia itu. Sungguh pelik.
“Hello…”
“Rayqal, to… long,” Laju kaki Rayqal melangkah ke bilik Aafiya, di sebelah biliknya. Ditolak pintu bilik isterinya itu kasar. Telefon bimbit dicampak ke tilam sebelum ke bilik Aafiya.
“Aby, kenapa ni?” Berpeluh wajah Aafiya menahan sakit. Bibirnya betul-betul kering. Rayqal mencempung tubuh Aafiya yang terduduk di lantai dan diletakkan ke katil. “Jomlah, pergi klinik. Teruk ni,” Peluh yang merenek di dahi Aafiya dilap dengan telapak tangannya.
Aafiya menggeleng. Kakinya tidak mampu berdiri lagi. Habis tenaganya cuba menggapai telefon bimbit di atas meja kerja tadi. Dia amat memerlukan pertolongan Rayqal saat ini. Mahu mengejutkan Mama Maria, pasti Chacha sekali akan terbangun memandangkan mereka tidur bersama.
“Dah… dah. Awak dah pakai elok ni, tak payah tukar dah,” Rayqal bergerak ke almari dan mengambil tudung segera milik Aafiya. “Pakai ni,” Disarungkan tudung ke kepala Aafiya.
Rayqal kembali ke biliknya untuk mengambil dompet dan kunci kereta serta telefon bimbit sebelum mencempung Aafiya ke kereta. Terlupa dia mahu memaklumkan pada Mama Maria. Balik nantilah dia beritahu mamanya itu. Dia kasihankan Aafiya yang kelihatan sudah tidak berdaya itu. Asyik menangis saja. Lebih teruk morning sickness Aafiya jika dibandingkan dengan arwah Ezza dulu.
Mujurlah ada klinik yang beroperasi dua puluh empat jam. Jika tidak, dibawanya Aafiya ke hospital sahaja. Senang cerita. Rayqal menanti di kerusi sementara Aafiya sedang diperiksa oleh doktor di sebalik tirai hijau itu. Diambil kesempatan itu untuk menghantar sms pada Mama Maria. Tidak mahu mamanya risau jika perasan mereka berdua tiada di rumah. Pagi-pagi buta sudah hilang.
“Encik, papah isteri encik ya,” Suruh Doktor Syakira sambil tangannya menyangkut stethoscope ke leher.
Rayqal pantas menghampiri Aafiya, dipapah isterinya itu dan didudukkan ke kerusi… berhadapan dengan Doktor Syakira.
“Macam mana, doktor?” tanya Rayqal. Doktor Syakira senyum manis. Mata Aafiya yang semakin memberat itu menunggu masa saja mahu ditutup. Penat sangat.
“Semuanya okey. Ibu dan bayi, sihat…” Sihat? Rayqal pandang Aafiya di sebelahnya. Lemah macam ni doktor kata sihat. Heh! “Cuma, morning sicknesss Puan Abyana ni teruk sikit. Encik jangan risau, ni perkara biasa. Puan Abyana perlu jaga pemakanan, ambil makanan yang berzat dan sihat. Banyakkan bersenam, mudah proses bersalin nanti. Paling penting, Puan Abyana kena hadir ke klinik setiap bulan untuk check up,” terang Doktor Syakira.
“Terima kasih, doktor. Tak ada ubat ke doktor… lembik semacam aje isteri saya ni,” Doktor Syakira ketawa kecil.
“Ubatnya ada pada encik. Banyak luangkan masa temankan Puan Abyana, ibu mengandung ni memang perlukan perhatian. Lebih-lebih lagi, perhatian suami. Sebelum balik, encik boleh ambil vitamin di kaunter. Puan Abyana perlu ambil vitamin, untuk kesihatan bayi encik dan puan,” Aafiya senyum nipis.
Loya pula tekaknya mendengar celoteh Doktor Syakira. Bukannya apa, tidak dapat dia membayangkan Rayqal menjaganya. Hek, no way!
“Terima kasih, doktor. Kami minta diri dulu,” Doktor Syakira angguk. Rayqal memapah Aafiya. Mereka beriringan ke lobi klinik. Tidak lama selepas itu, nama Aafiya dipanggil. Selesai sahaja mengambil ubat yang disediakan, mereka pulang ke rumah.

TEGANG WAJAH Aafiya dek permintaan Rayqal yang dirasakan tidak masuk akal itu. Dia masih sedar, okey. Gila ke hapa si Rayqal Azzam ini. Muka toya yang ditayang Rayqal membuatkan Aafiya terasa mahu mencarit-carit wajah tampan itu, biar hancur. Sudahlah dia dipaksa untuk berpindah ke bilik lelaki itu sebaik pulang dari klinik semalam. Alasan Rayqal, senang dia hendak tengok-tengokkan Aafiya.
 “Aby, saya bukannya suruh awak buka semua. Tapi, bahagian tu aje. Bolehlah,” rayu Rayqal, tidak berputus asa biarpun Aafiya membantah keras.
“Ish, awak ni. Buang tabiat ke apa? Saya ni bukannya anak patung, tak ada perasaan. Slumber aje awak nak saya selak,” marah Aafiya, geram. Tidak berani dia melelapkan mata jika begini sikap Rayqal.
Buatnya, lelaki itu buat apa-apa ketika dia tidur… siapa nak tanggung?
“Jangan lupa, saya ni suami tahu. Boleh aje saya suruh awak buka pakaian awak tu. Tapi, saya yang tak nak. Sebelum saya bertindak sendiri, lebih baik awak tuan punya badan yang buka sendiri,” Aafiya menarik selimut sehingga ke dada.
“Bilik awak ni ‘bersalji’ tahu. Tak naklah saya, sejuk. Tak boleh ke kalau tak buka, sama jugak feelingnya. Bukannya ada apa-apa lagi pun, flat aje. Awak tengoklah perut awak sendiri,” tukas Aafiya, tidak mahu mengalah.
Rayqal menajamkan matanya.
“Hello, Puan Abyana Aafiya. Dalam perut saya yang berketak ni, mana ada isi macam awak. Saya tumbuk pun, tak jadi apa-apa. Biarlah flat pun, nanti buncit jugak. Cepatlah buka,” Haish, otak mereng dah Rayqal ni.
Aafiya merengus kecil. Gilalah suami bukan pilihan dia ni. Slumber cekadak saja mahu dia menyelak baju agar lelaki itu boleh melihat perut dia. Belum pernah lagi mana-mana lelaki yang melihat bahagian tubuhnya terdedah. Memanglah malam itu mereka bersama, tetapi kedua-duanya bernafsu kerana ubat perangsang yang dimasukkan ke dalam minuman mereka. Manalah perasan keadaan mereka yang naked itu. Uhuk!
“Yang awak nak sangat tengok perut saya tu kenapa? Macamlah tak ada kerja lain,” Rayqal mengeluh berat.
“Nak buat macam mana, sekarang ni saya mengidam nak tengok perut awak. Naked belly, Aby. Please,” Aafiya angkat penumbuk. Tersentak Rayqal dibuatnya. Comel pula raut geram yang ditayangkan oleh Aafiya itu.
Rayqal ni tak tahu ke yang dia malu? Malu tahap cipanzi. Sudahlah hubungan mereka bukannya baik sangat, selamba sahaja lelaki itu memintanya menayangkan naked belly. Grrr. Aafiya berbaring selesa. Digenggam erat selimut tebal yang menutup tubuhnya itu. Mindanya mula merangka serangan psikologi.
Dilurut selimut tebal itu ke bawah, terus sahaja mata Rayqal bercahaya. Teragak-agak Aafiya mahu menyelak baby T yang dipakainya. Entah berapa tin cat merah yang tercurah di mukanya pun dia sudah malas hendak mengambil tahu.
“Cepatlah. Tapi, sekejap aje,” Mata Aafiya ditutup rapat-rapat, menahan malu. Rayqal meniarap. Didekatkan wajah ke perut yang masih flat itu. Dia tersenyum puas.
Penuh selambanya Rayqal mengucup naked belly Aafiya, membulat terus mata mama Chacha itu. Errr, ini pun mengidam juga ke? Rasanya satu tong drum cat yang tersimbah ni. Dia boleh merasai kucupan hangat itu, terasa nyaman. Erk? Kepala Aafiya tergeleng perlahan. Jauh dia merepek. Kegelian juga perutnya dek dicucuk lembut rambut pacak Rayqal.
“Release you tummy, Aby. Saya bukannya nak buat apa-apa pun. It’s just a usual ritual to feel the baby. Just a minute, okay,” Serta merta Aafiya merelakskan perutnya. “That’s right. Good girl, Aby. Barulah bernyawa sikit baby ni,” Tangannya menyentuh kulit perut Aafiya.
Sudahnya, Aafiya merelakan sahaja. Malas dah dia mahu berfikir, biar sajalah. Mungkin keluar nanti terus jadi anak bapak. Terbit senyuman di bibir Rayqal tatkala matanya terpandang Aafiya sudah terlena. Penat agaknya melawan katanya. Diusap lembut perut Aafiya. Dia bukannya main-main, sebetulnya dia teringin sangat mahu membelai bayi yang masih tersimpan kemas di dalam perut Aafiya itu.
Ketika dengan arwah Ezza dulu, dia tidak berperangai sebegini pun. Tahap malunya pada arwah isterinya itu menebal sehinggakan arwah Ezza sendiri yang meminta dia mengurut tubuhnya yang lenguh. Jika mengharapkan dia, tentu terseksa arwah Ezza menahan lenguh. Namun, dia bersyukur kerana dia sudah cuba sebaik mungkin untuk menjadi suami yang baik untuk arwah Ezza. Tidaklah dia terkilan kala arwah pergi meninggalkan dirinya untuk selama-lamanya.

RENGEKAN CHACHA di ruang tamu membawa kakinya ke situ. Rayqal menghampiri puterinya itu di sisi Aafiya. Isterinya itu kelihatan tegang.
“Kenapa ni?” tanya Rayqal lembut. Chacha menyuakan tangan untuk didukung. Pantas sahaja Rayqal menurut.
“Chacha nanak mama. Mama tanak Chacha,” Rayqal hela nafas. Ingatkan apalah tadi. Serius sekali raut Aafiya.
“Mama nak rehatlah, Chacha sayang. Jom papa teman Chacha main. Nanak?” Chacha menggeleng laju. “Habis tu?” soal Rayqal. Pening dia dengan kerenah Chacha dua tiga hari ini.
“Chacha nanak mama!” tegas Chacha. Dia mula teresak mahukan Aafiya. Tetapi, sedari tadi lagi mamanya itu mengeraskan badan… tidak mahu melayannya.
Mama Maria yang perasan, menghalakan langkah ke ruang tamu. Kala itu barulah dia perasan Aafiya langsung tidak beriak. Mata menantunya tajam memandang televisyen. Jika bengang dek bergaduh dengan Rayqal, takkanlah sampai tidak mahu melayan Chacha. Sebelum ini, okey sahaja dia memanjakan Chacha. Mulalah Mama Maria tidak sedap hati. Manalah tahu Aafiya membenci Chacha kerana anak itu anak arwah Ezza, bekas isteri Rayqal.
Adakalanya, kerenah ibu mengandung ni bukannya boleh ditebak dan diambil mudah. Boleh jadi dia meluahkan apa yang tersimpan sejak dulu. Nauzubillah. Aafiya bukannya sebegitu.
“Aby, kenapa ni? Chacha want you, can’t you just play with her. Yang buat muka ketat macam tu kenapa?” marah Rayqal. Membara pula hatinya melihat Chacha menangis kerana mahukan Aafiya.
Aafiya mendengus kasar.
“Aby, pandang mama,” Mama Maria mendaratkan tangannya ke tangan Aafiya yang dikepal itu. Aafiya menurut. “Jangan diikutkan sangat perasaan tu. Kesian Chacha, sayang. Istighfar, minta Allah jauhkan kebencian. Emosi ni sekejap aje, tapi Chacha cuma seorang,” Lembut Mama Maria memujuk.
Emosi wanita mengandung memang kerap berubah. Dia tahu Aafiya bukanlah tidak mahu melayan Chacha, cuma perasaan yang membawa Aafiya bersikap begitu. Asakan jahat di minda wanita lemah seperti Aafiya, tambah pula Aafiya sedang mengandung… mudah untuk dipesongkan.
“Mama,” Tubuh Mama Maria dipeluk bersama tangisan. Aafiya memang tidak sedar akan perlakuannya itu. Sungguh.
“Sudahlah, sayang. Ray, setiap malam sebelum tidur… bacakan apa-apa surah yang sesuai untuk Aafiya. Selalu berjemaah. Jangan tinggalkan Aby seorang diri. Yassin jangan lupa amalkan,” pesan Mama Maria pada Rayqal.
Rayqal hanya mengangguk. Chacha di dalam dukungannya kembali tenang, tidak lagi menangis. Mungkin faham akan situasi mamanya itu. Aafiya menyapu air matanya. Dia bangkit dari sofa. Bibirnya mengucup pipi Chacha, tanda meminta maaf kerana mengabaikan anak itu buat seketika waktu.
“Sorry, sayang,” Chacha memeluk leher Aafiya, tetapi Rayqal masih mendukung kanak-kanak itu. Aafiya bukannya larat sangat mahu mendukung tubuh Chacha yang semakin membesar itu.

KEPALA DIGARU sambil muka menayangkan keresahan. Puas dia berpusing ke kanan dan kiri, tetapi matanya masih juga gagal dilelapkan. Tekaknya seperti meminta sesuatu dan dia mahukan sesuatu itu sekarang juga. Bebola mata Aafiya jatuh pada manusia di sebelahnya, lena sakan. Hendak kata penat bekerja, hari ini lelaki itu bercuti. Eh, lupa pula… penat melayan kerenah dia juga.
Sekejap tangannya hendak mengejutkan Rayqal, tetapi ditarik kembali. Buatnya disembur suaminya itu, naya saja. Tetapi… dia nak juga benda tu. Rayqal beralih arah, dia menghadap Aafiya yang sedang sila itu. Nyenyak sungguh tidurnya.
“Ray… qal,” Jari telunjuk Aafiya menekan bahu Rayqal. “Bangunlah kejap,” Bebola mata Rayqal bergerak.
“Emmm… nak apa lagi?” tanya Rayqal dalam mamai. Seharian dia melayan kerenah Aafiya dan Chacha, serentak. Seorang menangis, seorang lagi pula merajuk. Di sini, KFC… di sana pula, McD. Huh!
“Saya terasa nak minum…” Aafiya telan liur, membayangkan minuman itu. “…chocolate milk yang awak bancuh,” Terduduk Rayqal. Ditenung Aafiya lama. Betul ke ni? Tengah-tengah malam ni?
“Seriously?” Aafiya angguk. “Wait here,” Selimut ditolak ke tepi. Belum pun sempat dia turun dari katil, jemari Aafiya menarik lengannya.
“Nak ikut,” kata Aafiya dengan sengihan comel. Rayqal senyum nipis bersama kerutan di dahi. Ini mama ke baby punya pe’el? Tapi, kalau mama… mustahillah nak tayang muka comel tu. Tsk.
Sehingga ke dapur jemari Aafiya di lengan sasa Rayqal. Tadi di dalam bilik… gelap, tidak nampak bicep plus otot Rayqal. Kini, semua itu jelas di mata Aafiya. Dia menelan air liur kasar. Baby, janganlah buat mama macam ni. Bertahun papa baby kutuk mama tahu. Please, baby. Behave. Aafiya berbicara sendiri.
Rayqal hulurkan mug chocolate milk panas kepada Aafiya. Isterinya itu geleng. Apa pula ni? Jangan dia kata tak nak sudah.
“Letak ais,” Rayqal membuka pintu peti ais bahagian atas, diletakkan ais cube ke dalam mug. Sesekali mata pandang lengannya, terbit senyum nipis. Baguslah baby papa ni. Buatlah selalu, papa kasi hadiah. Hik.
“Lagi?” Kening Aafiya terangkat.
“Emmm…” Aafiya mula gelisah. Rayqal menarik isterinya, duduk di sofa di ruang tamu. Faham kemahuan Aafiya, Rayqal menyuakan bibir mug ke mulut isterinya itu.
Aafiya sisip air susu coklat berais itu perlahan. Puas! Tekaknya kembali elok, tidak lagi terasa mahukan sesuatu. Setelah sehari berehat, dia kembali cergas. Rasanya, boleh dah pergi kerja esok. Tidak perlulah Rayqal meminta bantuan Atika lagi untuk membantunya selepas ini.
“Awak, hug?” Terkedu Rayqal dibuatnya. Selamba sahaja Aafiya mendepangkan kedua belah tangannya. Lain macam ni, mahu memeluk atau tidak? Buatnya Aafiya sekadar bergurau, malu dia.
“Errr… hantu miang mana yang rasuk awak ni, Aby? Awak mimpi aje kan?” Aafiya buat muka.
Dia pun tidak mampu mengawal kemahuan hatinya itu. Tubuh kekar Rayqal yang menggoda dia, perasaan malu diletak ke tepi.
“Tak ada yang merasuk, mimpi pun tak. Anak awak yang gatal, bukan saya,” Dicomelkan wajah agar Rayqal mahu memeluknya.
“Sungguh ni? Jangan nanti awak cakap saya yang sibuk nak peluk awak. Bukan saya yang nak menggatal dengan awak tahu,” Anggukan Aafiya meyakinkan Rayqal. Diletakkan mug di atas meja kopi.
Dia menarik Aafiya ke dalam pelukan. Aafiya senyum puas. Namun, hatinya tetap mengutuk hebat kemahuannya itu. Buang tabiat sungguhlah. Harap-harap Rayqal tidak berfikir yang tidak-tidak. Selesa juga rupanya berada dalam pelukan suaminya itu. Rayqal pula melayan sahaja kehendak hatinya itu. Awal-awal menolak, sudahnya dilayan sahaja. Agaknya beginilah lelaki itu membelai arwah Ezza.

ATIKA MENOLAK daun pintu bilik Rayqal, ada dokumen yang memerlukan pelepasan dari ketua unit operasi itu. Senyum sinis ditarik tatkala ternampak kelibat Aafiya di kerusi berhadapan dengan Rayqal. Hatinya mula merangka sesuatu, dia pasti… sangat yakin yang Aafiya tidak akan betah bekerja dengan lelaki yang menjadi pujaan staf wanita yang masih bujang di ofis mereka itu.
“Encik Rayqal, dokumen ni perlukan signature you,” Atika terus sahaja berdiri di sisi Rayqal. Aafiya mengangkat wajah sejenak sebelum kembali meneliti fail di tangannya.
“Kenapa you sendiri yang datang, tak suruh Isham aje yang hantar?” tanya Rayqal tanpa nada.
“Encik Isham ada hal, itu yang dia suruh I. Dokumen ni kena hantar kat Datuk sebelum lunch,” jawab Atika. Rayqal menjarakkan sedikit tubuhnya yang semakin mendekat dengan Atika. Bukan dia yang bergerak rasanya.
Atika, setiausaha Isham yang merupakan ketua di unit kewangan agak seksi orangnya. Nama sahaja wanita muslim, tetapi baju ketat kemain. Sudahlah ketat, dikenakan skirt pendek pula tu. Rayqal yang bernafsu itu pun tidak sanggup memandang. Aafiya yang bertudung litup itu lebih cantik daripada Atika.
“You baliklah tempat you, nanti I sendiri yang hantar pada Datuk. Kebetulan, I ada lunch meeting sekali dengan Datuk. Nanti explain pada Datuk,” tegas Rayqal bersuara.
Namun, Atika masih berdiri di sisi Rayqal dengan gaya gediknya itu. Terliuk lentok macam sotong dah, hah. Bukannya dia tidak tahu status Rayqal dan Aafiya, sengaja mahu mencari pasal. Dia tidak tahu yang Rayqal dan Aafiya itu dari dulu lagi memang tidak kamcing, tetapi hubungan mereka kukuh. Berkali-kali digoda perempuan seksi pun, belum tentu Rayqal mengalah.
“Oh, I pun kena ikutlah lunch meeting nanti… wakilkan Encik Isham. So, I gerak dengan you sekalilah…”
“Ye ke? Rasanya lunch lambat lagi ni, you baliklah tempat you dulu. I still banyak kerja nak dibuat,” balas Rayqal senada.
“Alah…”
“Boleh rasanya Cik Atika keluar secara baik. Kalau ada hajat nak goda suami orang, lupakanlah. What goes around comes around, Cik Atika. Jangan satu hari nanti, suami Cik Atika yang curang dengan perempuan lain. Masa tu, jangan pulak Cik Atika salahkan sesiapa,” terang dan nyata Aafiya melontar kata.
Hatinya sakit melihat kaum sejenisnya terkinja-kinja menggoda seorang lelaki yang sudah bersuami biarpun lelaki boleh beristeri empat. Sebagai perempuan, perlulah pandai menjaga maruah diri agar tidak dipijak oleh orang lain. Hukum Allah itu tak mengenal siapa. Tidak salah perigi mencari timba, tetapi biarlah kena caranya. Bukannya tergedik-gedik seperti itu.
“Huh, kau cemburu aku goda laki kau? Nampak sangat yang kau ni control suami, sampai ke ofis kau ikut dia kan. Eh, sebelum kau datang sini Encik Rayqal baik-baik aje dengan kita orang. Kau datang aje, terus lupakan kami,” tempelak Atika, berani. Rayqal ketap bibir.
“Buat apalah nak cemburu, Cik Atika. Empat tahun saya lepaskan Encik Rayqal awak ni terbang sendiri, tanpa saya pantau. Kalau dah awak cakap yang dia baik dengan awak-awak semua, kenapa nak goda dia depan saya? Useless. I don’t feel that he will cheat me because of you guys,” bidas Aafiya kembali dalam nada tenang.
Rayqal ukir senyum senget. Betullah kata Angie sebelum dia berpindah dulu. Aafiya pandai bermain kata-kata. Tegas dalam menegakkan apa yang menjadi haknya. Isterinya itu punya keperibadian tersendiri di mana dia meletakkan kepercayaan pada seseorang di tempat tertinggi. Patutlah Aafiya langsung tidak bertanya khabarnya sepanjang berada di Autralia dulu. Dari situlah dia pupuk sikap percaya padanya.
“Apa tujuan you yang sebenarnya, Atika? Kalau dalam kepala you nak musnahkan rumah tangga I, rasanya tak perlu. Dengan izin Allah, empat tahun dulu I berkahwin dengan Abyana dan dengan izin-Nya juga jika jodoh itu cuma sekejap. I harap you tak buat lagi seperti hari ni, jaga maruah you sebagai seorang perempuan, Atika,” Atika terkedu.
Kantung matanya mula memberat. Jika tidak diseka, tentu butiran permata itu akan luruh. Sungguh, dia malu. Malu kerana dia sendiri yang memalukan dirinya sendiri. Nasib dirinya juga masih belum diketahui, punya niat jahat mahu meruntuhkan rumah tangga orang.
“Maaf, Encik Rayqal, Fiya. I tahu I salah, minta diri dulu,” Atika bergegas meninggalkan bilik pejabat Rayqal. Tidak betah berlama di situ lagi.
Rayqal sandarkan tubuh ke kerusi empuknya, dia tenung Aafiya. Aci tak kalau dia serbu Aafiya soal cemburu. Manalah tahu Aafiya sudah terjatuh hati padanya. Eheh.
“Seriously, awak tak cemburu, Aby?”
“Hah? Betullah tak cemburu. Saya tegur Atika sebab dia kaum sejenis dengan saya. Depan saya, dia cuba goda awak yang sah-sah dia tahu awak tu husband saya. Lainlah kalau dia anggap kita ni loving couple, memang berjayalah niat dia tu,” Rayqal mencebik.
“Oh, jadinya awak langsung tak kisahlah kalau ada perempuan yang cuba goda saya lagi. Iyalah, kita bukannya loving couple kan?” Reverse psikologi punya soalan Rayqal lontarkan.
Aafiya tenung Rayqal lama.
“Apa sebab saya di sini, dalam bilik awak ni?” soal Aafiya kembali.
“Awak sendiri yang cakap awak tak boleh kalau tak nampak saya, mulalah awak nak muntah bagai. Itu sebabnya awak di sini,” Aafiya senyum lebar. Tahu pun.
“Saya tak cemburu bersebab, Encik Rayqal. Only one reason, trust. Kalau betul awak nak curang, tak payah tunggu saya balik sini. Empat tahun saya bagi awak masa, tapi awak masih jugak macam ni. Tak guna saya rosakkan emosi nak cemburu bagai, buang masa,” Penjelasan Aafiya berjaya menyenangkan hati Rayqal.
“Kenapa buang masa?” Aafiya mendecit. Dia menutup fail yang sudah siap diteroka. Kini, masanya untuk menguncikan pandangan pada raut tampan Rayqal. Baby punya permintaan. Ahaks.
“Buang masalah. Sekarang ni saya cuma nak pandang awak aje. Tak ada masa untuk benda lain, faham?” Rayqal ketawa. Lembut kemain suara Aafiya.
Penangan anak, Aafiya bertukar watak. Dari dilayannya Rayqal tegas dan tidak ambil kisah, kini memang dua puluh empat dia hendak menatap wajah Rayqal. Tidak dapat tidak, dia hanya mahukan Rayqal Azzam. Begitu juga Rayqal, bila mood mengidam dia sampai… naked belly Aafiya jadi mangsa. Masa tu, janganlah sesiapa kacau masa dia dan bayinya beramah mesra.

RAYQAL RENUNG Aafiya di meja solek. Semakin hari, semakin berseri pula ibu mengandung itu. Perut pun sudah memboyot, hendak berjalan pun memerlukan bantuannya. Sebulan sahaja lagi, Aafiya akan bersalin. Duka lama kembali menapak di hati. Kehilangan arwah Ezza ketika melahirkan Chacha masih segar diingatannya. Dia sendiri yang menyaksikan pemergian arwah isterinya itu.
“Awak,” panggil Aafiya buat kali ketiga. Beberapa kali dia memanggil suaminya itu, Rayqal masih begitu. Mengelamun.
Aafiya capai sikat, dibalingnya sikat itu. Tepat mengena peha Rayqal. Barulah Rayqal tersedar dari lamunannya.
“Awak fikir apa, saya panggil tak dengar?” tanya Aafiya dalam tawa. Kelakar wajah kacak Rayqal saat tersedar tadi. Cemberut kemain.
“Tak ada apa-apalah. Kenapa?” Aafiya angkat kening. Digerakkan jari telunjuk dan jari hantu, tanda dia sudah siap mahu berjalan-jalan.
Rayqal yang bersandar di kepala katil bingkas berdiri. Dia merapati Aafiya. Hendak mencempung, tubuh itu bukan ringan lagi dah. Sudahnya, terpaksalah dia memimpin sahaja isterinya itu. Adakalanya, kasihan juga dia pada Aafiya setiap kali wanita itu melepaskan lelah. Penat membawa perut.
Mama Maria meneka anak mereka adalah lelaki. Besar jugalah baby bump Aafiya itu. Menurut doktor, Aafiya bukan mengandungkan dua orang. Setiap kali Doktor Syakira membuat imbasan mahu mengetahui jantina, bayi mereka menutup sakan. Langsung tidak dapat menebak lelaki atau perempuan.
“Kuat lagi Aby berjalan?” tanya abah.
Sehingga Aafiya bersalin, abah dan manya akan menetap di Malaysia. Mereka mahu berada di sisi puteri kesayangan mereka. Abang Lan, abang sepupu Aafiya dihantar ke Brunei menguruskan syarikat abah di sana.
“Ada tongkat ni, laratlah,” Aafiya merujuk pada Rayqal di sisinya. Rayqal menduduk Aafiya di kerusi kayu.
Mama Maria punya idea mahu berkelah di belakang banglonya. Sudah lama mereka tidak menghabiskan masa bersama.
“Untunglah ada tongkat handsome,” sampuk ma yang sedang melayan Chacha mewarna di atas tikar yang terhampar di bawah pokok besar itu.
“Kan? Tongkat peribadi,” Rayqal mencebik. Dia ikhlas melakukan tugasnya itu demi ibu dan anak.
Kira bertuahlah kerana Aafiya membenarkan dia membelai baby bumpnya ikut suka hati dia. Isterinya itu sudah tidak kisah seperti dulu. Aafiya terlalu berjasa kerana sanggup mengandungkan zuriatnya meskipun mereka sering bergaduh. Namun, semua itu bagaikan hilang sejak Aafiya berbadan dua. Aafiya sudah boleh berbaik dengannya.
“Ray cuti sampai bila?” Mahu juga abah tahu. Dia perasan Rayqal hanya berada di rumah menemani anak perempuannya itu.
“Sampai Aby habis pantang, abah. Dah sarat ni tak boleh pergi kerja,” Abah kerut dahi, pelik. Isteri yang sarat, suami pula terjebak. Kenapa?
“Aby ni, Fadlan. Dia paling pantang kalau Ray tak ada depan mata dia, mulalah nak bebal. Itulah pasal Ray mintak cuti sekali harung,” jelas Mama Maria bagi pihak Rayqal.
Aafiya angkat dua jarinya, peace.
“Bertuah punya anak. Habis tu, kerja macam mana? Datuk Payed benarkan pulak Ray cuti lama,” Giliran ma pula yang mencantas.
“Ray minta cuti tanpa gaji, tapi Datuk tak kasi. Semua kerja yang Ray handle, Datuk suruh bawak balik rumah. So, Ray buat kerja di rumahlah…”
“Anak abah ni memang. Turunlah perangai ma dia dulu. Tapi, ma behave sikit. Tak adalah sampai abah kena minta cuti,” Pipi Aafiya dicuit abah.
“Alah, bukan selalu. Rayqal okey aje. Kan kan kan?” Muka comel dia tayang pada Rayqal. Mahunya Rayqal tersembam. Comel sangat.
“Iya… iya,” Semua di situ kecuali Chacha yang kusyuk mewarna menggeleng.
Benci benci pun sayang. Syukur Alhamdulillah. Cumanya, sayang itu tidak dijelaskan dengan kata-kata. Hanya perbuatan yang menjelaskan segala. Rayqal pasti dengan hatinya, begitu juga Aafiya. Bukan kita yang menentukan siapa yang menjadi pilihan hati kita, tetapi Allah. Dia yang mengalihkan dan menggerakkan hati kita. Bukanlah hanya menanti takdir, tetapi berusaha dengan hati dan perlakuan.
Mahukan seseorang seperti yang kita ingini, ubahlah diri agar seiring dengan apa yang kita kehendaki. Janganlah mengharapkan sahaja tanpa tekad. Mahukan suami atau isteri soleh, berubahlah. Semoga jodoh yang Allah aturkan itu menepati pilihan hati kita. Insha Allah.

UBUN-UBUN Aafiya dikucup lembut. Dialirkan sedikit kekuatan setelah isterinya itu berhempas pulas melahirkan seorang lagi khalifah Allah ke dunia. Sebaik bayi mereka dilahirkan dan diazankan, Rayqal pantas ke surau hospital. Sujud syukur ditunaikan penuh kusyuk. Air matanya tumpah lagi, tetapi kerana terlalu gembira.
“Kisslah puas-puas, nanti tak boleh kiss dah,” Rayqal menjauh sedikit. Dia tidak memahami maksud kata Aafiya.
Takkanlah…
“Mama dah cakap nak letak apa benda entah dekat dahi ni. Kalau awak lalu nak kiss jugak, ikut sukalah,” Ceh, kasi wa ketaq lutut ma.
“Alah, small matter. Tak dapat kat dahi, tempat lain ada lagi. So, share with me… the feeling of giving birth on your own baby,” Rayqal duduk di kerusi di tepi katil Aafiya.
“Great but… I need another two or three years for the next baby,” kata Aafiya selamba. Rayqal mencapai tangan kiri Aafiya dan dikucup lembut.
“It’s enough for me, Abyana Aafiya. Dua kali berhadapan dengan situasi yang sama walaupun awak selamat, saya rasa dah cukup dua orang ni. Pengalaman pertama dah buat saya hampir putus nafas,” luah Rayqal akan yang terbuku di hati.
Tangan kanan Aafiya mengusap rambut tebal Rayqal. Pada pandangan Aafiya, lelaki akan kelihatan paling kacak sejurus isterinya melahirkan anak. Kenapa? Wajah para suami akan bercahaya kerana terlalu gembira menimang cahaya mata dan isterinya juga selamat dan sihat.
“Don’t worry, Rayqal. Saya pun tak nak lahirkan anak awak lagi,” Rayqal mengangkat wajahnya yang tersembam di tilam. Aafiya gelak kecil. Gelak kuat karang, bentan pula dia.
“Aby, jangan main-main…”
“Alolo, merajuk pulak mamat muka ketat ni. Gurau ajelah. Memanglah sakit… beranak ni, tapi nikmat tengok baby tu bukan semua boleh rasa tahu. Bolehlah saya buli awak lagi,” Sempat lagi Aafiya bergurau.
“I’m serious,” Mati senyuman Aafiya. Okey, Rayqal Azzam serius.
“Okey… okey. I’m serious too. Saya tak kisahlah. Cuba awak fikir, kenapa arwah Ezza nak sangat kita kahwin dulu? Dia sanggup nak bermadu dengan saya walaupun sekejap,” Rayqal menggeleng. Akalnya sudah banyak kali memikirkan, tetapi dia tidak boleh menebak alasannya.
“You tell me…”
Aafiya berdehem kecil, menahan hiba.
“Dia nak awak berteman walaupun dia dah tiada di sisi awak. Dan dia jugak tahu rahsia hati saya,” Rasanya sudah tiba masa untuk Aafiya berterus terang.
“Rahsia hati?” Aafiya angguk perlahan.
Mentang-mentanglah bayi mereka masih dibawah pengawasan doktor sebelum dibawa ke bilik wad Aafiya, boleh pula mereka berbincang dari hati ke hati. Mama Maria awal lagi tarik abah dan ma ke wad cucu barunya. Chacha pun beriya-iya nak tengok adik dia. Sengaja Mama Maria mahu Rayqal dan Aafiya berduaan seketika, tahu sangat dilema anak tunggalnya itu.
“Arwah terjumpa surat-surat saya masa awak tinggalkan dia kejap dengan saya sebab awak ada first interview dulu. Dia mula serba salah dengan saya. Pasal tulah saya kena terima awak,” Rayqal buat muka keliru. “Saya sayang awaklah, Rayqal Azzam. Abang senior yang tak sengaja sepak tin kena saya also known as crush saya,” Nah, itu dia.
“What? Saya?” Aafiya memuncungkan bibirnya menunjuk pada Rayqal sambil kening diangkat. “Oh, kira awak seronoklah dipaksa kahwin dengan saya dulu. Habis, yang muka sememeh macam tertelan belacan tu apa?” Lengan Rayqal ditampar Aafiya.
“Mana ada seronok. Saya lagilah serba salah tahu. Arwah kawan baik saya, takkanlah saya nak bersuka ria selepas dah ambil suami dia. Agak-agaklah. Bukan tertelan belacan lagi dah, sekali cili-cili saya bedal,” tukas Aafiya.
Tiba-tiba dia terasa ngilu. Itulah, bersemangat sangat meluahkan perasaan.
“Hah, kenapa ni? Sakit kat mana?” tanya Rayqal kalut. Buatnya Aafiya bentan, haru dia.
“Sikit aje. Awak, mana baby ni? Tak nak menyusu ke?” Mata Aafiya ditala ke pintu. Doktor kata bayinya sihat, kenapa tak muncul-muncul lagi?
“On the way. Mama dah sms saya. Get back into the topic. Kenapa tak bagitahu saya dari dulu lagi kalau dah sayang? Selepas dah beranak sorang, baru nak bagitahu,” Riak Rayqal diseriuskan kembali.
“Tak nak kacau hati awak. Saya ni saksi kisah cinta awak tu tahu, tak naklah saya tersua-sua sedangkan saya tahu hati awak pada arwah. Tapi, sekarang ni memang saya kena kenyit-kenyitlah mata saya kat awak. Hari-hari nak kacau hati awak, biar awak asyik nakkan saya aje,” Aafiya kenyitkan matanya.
Rayqal tergelak. Terus hilang keseriusan dia melihat kenyitan Aafiya. Sungguhlah, menyeksa jiwa. Lain benar Abyana Aafiya dulu dan sekarang. Sudah berani berterus terang. Malu tetap malu tetapi mahu.
“Tak kenyit pun sayanglah, Aby. You have your own place in my heart, special place. Awak kacau hati saya, saya kacau balik hati awak. Biar kacau bilau, habis awak angkut meja masuk bilik ofis saya…”
“Oh, jadi memang saya kena kerja jugaklah ni. Tak boleh nak berangan jadi fulltime housewife?”
“No. Sebabnya, hari-hari saya nak tengok awak. Kat tempat kerja sekalipun. Kalau perlu saya buka ofis sendiri aje di rumah. Lagi senang sebab ada anak-anak sekali. Bolehlah realisasikan impian fulltime housewife awak tu,” ujar Rayqal.
Inilah dunia dia. Punya papa, mama dan anak-anak. Banglo hasil titik peluk arwah papanya juga impiannya. Betapa dia menginginkan sebuah keluarga bahagia yang boleh menghilangkan tekanan kerjanya. Dia mahu menghabiskan masa bersama keluarganya di kawasan lapang di rumah mereka. Banglo itulah tempat dia membesar, di situlah juga arwah papa meninggalkannya. Dan, dia mahu di situ juga dia membina sebuah keluarga.
Rayqal bangkit berdiri, dia cium dahi Aafiya lama. Kasihnya pada Aafiya bersifat abadi sama seperti kasihnya pada arwah Ezza. Tetapi, hatinya sudah merelakan arwah pergi jauh meninggalkan dirinya dan bertemu kekasih abadinya. Insha Allah.
“Amboi, romantiknya papa mama ni. Baby dah ready nak menyusu, mama dah siap?” Muncul Mama Maria, abah dan ma serta Chacha. Bayi yang masih merah itu diserahkan pada mamanya.
“Mama dah lama siap, papa aje yang tak siap lagi,” Rayqal berkata selamba. Semua di situ ketawa.
Aafiya mencium dahi bayi lelakinya lembut. Senyuman lebar dilirik. Rayqal turut menjatuhkan bibirnya ke dahi si kecil. Dia berpusing ke jendela tatkala air mata mula menunjukkan wajah. Dia sebak. Kali ini, Allah berikan dia peluang untuk meraikan kehadiran cahaya mata dengan penuh kegembiraan.
“Papa, one big hug?” Chacha mendepangkan tangannya. Rayqal menyapu air mata di pipi. Didakap tubuh kecil Chacha.
Mama Maria dan ma turut sebak. Hanya Aafiya dan abah sahaja tersenyum sedikit meskipun hati mereka tersentuh. Aafiya sudah puas menangis kala terpaksa menerima kehilangan sahabat baiknya dulu. Hari ini, biarlah senyumannya mengiringi kebahagiaannya ini. Bayi di pangkuannya mula merengek kecil. Lapar agaknya.
Rayqal dan Aafiya harus mengakui bahawa jodoh mereka sudah ditakdirkan. Tiada isu bukan pilihan memandangkan jodoh itu kerja Allah. Sebagai manusia, tetapkan hati agar meredhai ketentuannya.

~TAMAT~

p/s : Cerpan Special. Lima hari lima malam, CIA cuba habiskan UC. sorry sebab semalam tak ada entry. CIA cuba siapkan UC sebab tengah ada mood UC. malas dah nak tangguh2 bila ada idea. sekali harung. Cerpan UC, 88mukasurat. fuhh, done. SELAMAT MEMBACA! :D. harap maaf kalau ada yang terkurang. hehe. CIA suka Rayqal. hihi. tetiba.

20 comments:

  1. TQ....muahh2... bestttt...ada jugk story...suwettt2 gitu...papepun jgn lupa update selalu..;) ...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. muah2. :D. insha Allah. hehe

      Delete
  2. Hehehe.. Tq so much akak, ♥ you
    Best and panjang gilo and suka gilo bacanya.. Hehe, tq sbb uat pnjng2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. most welcome. love you too. :D. thank you, balqiz. :D

      Delete
  3. superb kak!! sy mang suka pnjang2 ni n bez gler ╮(╯▽╰)╭

    ReplyDelete
  4. Best best best giler ... Suka Sgt...love u so much...tqvm atas cerita yg amat menarik

    ReplyDelete
  5. wah menarik nya..terbaik la akk..tahniah..lps ni nk cri novel keluaran yg akk tulis la..mesti bestseller..

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum.. saja nak bagitau, saya ada terbaca cerita ni di novelplus bertajuk bukan pilihan hati. ceritanya sama sebijik cuma nama penulisnya orang lelaki. sayang cerita yang bagus seperti ini jika ditiru orang lain. akhir sekali saya berharap cia terus berjaya dalam bidang penulisan ini kerana awak memang betul2 berbakat..
    ~azean 78~

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum.. saja nak bagitau, saya ada terbaca cerita ni di novelplus bertajuk bukan pilihan hati. ceritanya sama sebijik cuma nama penulisnya orang lelaki. sayang cerita yang bagus seperti ini jika ditiru orang lain. akhir sekali saya berharap cia terus berjaya dalam bidang penulisan ini kerana awak memang betul2 berbakat..
    ~azean 78~

    ReplyDelete
  8. Best best best memang best..macam2 perasaan ada bila baca cerpen ni.

    ReplyDelete
  9. Best best best memang best..macam2 perasaan ada bila baca cerpen ni.

    ReplyDelete
  10. bestnyerrrr....tk dapat nk zahirkan dengan kata-kata...:)btw , thumbs up kak

    ReplyDelete
  11. Salam. Amat menarik cerpen UC ini. Tahniah kepada penulis. Syabas. Teruskan usaha anda. Tahniah :)

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum. Akak saya nak Tanya. Boleh tak kalau saya nak ambil sedikit ringkasan cerita ini untik dijadikan dlm bntuk novel di wattpad?

    ReplyDelete
  13. Bestt la cerpen ni .. walaupun panjang hahah.. sweet lak tu

    ReplyDelete