Monday 28 April 2014

Cerpen : Menanti Jodoh 1



Firman Allah SWT dalam surah al-Nur ayat 32 :

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui.”

Buku nota yang dikelek setiap waktu, ditutup setelah menulis sepotong ayat untuk tatapan di kemudian hari. Sepanjang hari, dia resah sendiri. Fikirannya kerap kali terganggu hanya kerana satu masalah. Jodoh! Kusut otaknya dek terlalu memikirkan permintaan ibu angkatnya, Umi Sainah.

“Umi bukanlah nak memaksa Issa, tapi umi tak mahu timbul perkara yang tak baik nanti. Issa jauh dari pandangan umi. Umi percayakan Issa, cuma lebih elok jika Issa ada seseorang yang mampu menjaga Balqis. Tidaklah umi risau, Issa kerja jauh di kota. Walid dan ammi pula jauh di luar negara,” kata Umi Sainah ketika Balqis pulang ke kampung bulan lepas.

Senak ulu hatinya dengan hajat Umi Sainah. Bukankah soal jodoh itu kerja Allah? Sekalipun, dia bertungkus lumus mencari jodohnya, jika sudah tertulis jodohnya tiba lewat… dia harus terima. Atau, lebih baik dia menunggu sahaja jodoh yang tertulis untuknya tiba?

“Hoi!” sergah Ai Ling.

Balqis tersentak sedikit.

“Ya Allah, Ai Ling. Nasib baik kau bukan muslim. Nak jugak aku bagi tazkirah free,” Ai Ling tersengih akan bebelan Balqis.

Sorrylah. Aku tak sengaja loh. Aku ingatkan, kau sedar aku datang bilik kau ni,” Balqis menggeleng perlahan.

Ai Ling melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Balqis dan dilabuhkan punggung di kerusi berhadapan Balqis.

“Apa hal kau datang ni?”

“Amboi, kau. Nak datang pun dah tak boleh? Sombong sangat,” Ditampar belakang Balqis di atas meja.

“Bukan sombonglah, sayang. Curious aje. Selalunya, kau tu sibuk semedang. Mana ada masa nak melawat kawasan,” tebak Balqis sambil bangun ke almari di sebelah kirinya.

Mug di rak dua tingkat, dia ambil. Sepaket white coffee diambil dari balang. Setelah siap membancuh air, dihidangkan kepada Ai Ling. Dia kembali duduk di kerusi empuknya.

“Bernard ajak aku kahwin,” kata Ai Ling serius.

Ternganga mulut Balqis. Wah, berita baik ni. Seingatnya, Bernard belum pernah melamar Ai Ling sebelum ni. Terbuka juga hatinya untuk memperisterikan Ai Ling. Tetapi, muka Ai Ling tak menunjukkan riak ceria. Kenapakah?

“Serius? Tahniah. Tapi, kenapa muka kau macam tak happy?”

Ai Ling melepaskan keluhan berat.

“Entahlah, Qis. Aku tak expect pun benda ni. Lagipun, Bernard tak pernah tunjuk yang dia serius dalam hubungan kami. Kau tahukan, aku tak bersedia lagi. Tiba-tiba, semalam dia ajak kahwin,” jelas Ai Ling.

Balqis merenung sahabatnya yang sama-sama menuntut di University of Cambridge, dua tahun lalu. Baginya, Ai Ling beruntung kerana dia sudah mempunyai steady boyfriend yang boleh dijadikan sandaran. Setidaknya, Bernard serius di dalam perhubungan mereka. Bukan seperti dia yang masih menanti dan menanti. Huh!

Ai Ling, what do you expect then? He suit you so much, dear. I knew Bernard. He always put the thing very serious. Lagipun, dah lama korang berkasih. Dah tiba masanya korang tamatkan dengan… marriage,” Balqis cuba meyakinkan Ai Ling.

I just… don’t know, Qis. Benda ni berlaku tiba-tiba. Aku… tertekan. I’m still young, Qis. Banyak lagi benda yang aku nak capai. At least, let me have my own project for good,” White coffee panas disisip perlahan.

“Macam nilah, Ai Ling. Lebih baik kau berbincang dengan Bernard aje. Let him know your mission, your target. Believe me, he will understand it,” Ai Ling tersenyum sedikit.

Kedatangannya ke sini untuk bertemu Balqis, tidak sia-sia. Dia tahu, Balqis pasti akan menolongnya. Sejak mereka di Cambridge lagi, Balqis akan membantunya untuk selesaikan masalahnya dan Bernard. Sehinggakan, gadis itu sudah terlantik secara semula jadi sebagai penasihat tetap mereka berdua.

Thank you, Qis. You’re the best. I love you, friend,” ucap Ai Ling, ikhlas.

Balqis tersenyum manis.

I love you too, dear. Jom lunch sama, laparlah,” ajak Balqis. Jam tangannya sudah menunjukkan pukul satu tengah hari. Sahlah perutnya meragam bagai.

“Okey, jom…”

Balqis mencapai handbagnya. Sudah lama rasanya mereka tidak makan bersama. Ai Ling memang seronok jika berkesempatan keluar makan bersama Balqis. Pasti gadis itu akan mengesyorkan makanan yang enak kepadanya. Tekaknya yang dulunya asyik menerima makanan Chinese dan western, kini sudah mula menyukai makanan Melayu.

*****

Dear?”

Ai Ling mengangkat wajahnya. Bernard? Muka bosan dilontarkan. Dia ingatkan, bolehlah makan dengan senang hati. Nampaknya, hambarlah makan tengah harinya hari ni. Elok sahaja mood dia nak okey, Bernard datang mengganggu pula.

“Eh, Qis pun ada? Glad to see you, my dear friend,” Balqis tersenyum.

“Duduklah, Bernard. Good to see you too,” Tanpa lengah, laju sahaja Bernard duduk di kerusi bersebelahan dengan Ai Ling.

Balqis senyum nipis. Macam dia tak nampak riak muka Ai Ling yang berubah masam mencuka itu. Nasib Bernardlah, terserempak dengan kekasihnya hari ni. Tetapi, Bernard selamba sahaja. Bagaikan tiada apa-apa yang berlaku. Pelik sungguh hubungan mereka berdua ni. Perkara yang baik berlaku pun boleh berperang. Tak faham sungguh!

“I dengan kawan I tau. Kejap lagi dia datang,” maklum Bernard. Tidak mahu mereka tertanya-tanya pula.

“Oh, ye ke. You memang selalu makan kat sini ke, Bernard?” soal Balqis, sekadar menceriakan suasana.

“Kadang-kadang. Ikut moodlah. Terasa nak makan makanan Melayu, kat sinilah tempat I. Kawan I syorkan restaurant ni. He said, here was heaven of Malay’s food,” jelas Bernard sambil matanya mencuri pandang Ai Ling di sebelahnya.

Gadis itu hanya menikmati makanannya tanpa menghiraukan dunia sekeliling. Tiada gaya dia ingin membuka mulut. Sabarlah wahai hati oi, desis Bernard.

Nice opinion. Your girl likes the food here too. Have a together visit, sometime,” Bernard mengenyitkan mata kepada Balqis.

Good suggestion, Balqis. I hope, she won’t refuse that,” Tergelak Balqis dek Ai Ling hanya mendiamkan diri.

Sedang mereka berborak, muncul seorang lelaki di meja mereka. Bernard mengajak lelaki itu menyertai mereka. Disebabkan hanya kerusi di sebelah Balqis sahaja yang kosong, dilabuhkan punggung di situ. Balqis hanya membiarkan sahaja memandangkan lelaki itu adalah kawan Bernard. Takkan dia nak menghalau. Tidak sopan namanya itu.

“Hai, Qalief,” sapa Ai Ling. Keluar juga suara emasnya itu.

“Hai, Ai Ling. How are you? Long time no see,” Ramah pula lelaki yang bernama Qalief itu.

I’m fine. But, I’m not feeling good, right now,” balas Ai Ling selamba. Tanpa memikirkan perasaan Bernard yang semakin membara. Namun, ditahannya agar tidak terlalu emosional.

Dear, please. Not here,” bisik Bernard perlahan di telinga kekasih hatinya.

Ai Ling menjeling. Tak kuasa dia nak layan. Biarlah dia nak emosi pun. Bukannya Qalief dan Balqis tidak tahu masalah mereka. Dia pasti, Bernard sendiri sudah menceritakan hal semalam kepada Qalief. Jika dia rapat dengan Balqis, begitu juga Bernard yang boleh dikatakan berteman rapat dengan Qalief sejak dari zaman sekolah lagi.

“Cik Nur Balqis?” tegur seorang wanita. Balqis mendongak. Siapa pula menegurnya? Jika kawan-kawan pejabat, mustahil kerana mereka jarang ke restoran ini. Siap bercik-cik lagi, hah.

“Kak Gee,” Balqis bangkit. Disalam wanita yang dipanggil Kak Gee itu. Mereka turut melagakan pipi. Perempuan kalau sudah berjumpa kan, begitulah gayanya.

“Lamanya tak jumpa. What are you doing here?”

I’m doing my laundry. Of courselah, datang sini nak makan. Apalah kak Gee ni. Kak Gee tu yang asyik sibuk. Bulan lepas Qis balik kampung, kak Gee pergi mana?”

“Alah, sorry. Kak Gee ada kursus. Kak Gee kat sini pun, sebab ada product launching. Jadi, malam ni kak Gee datang rumah Qis. Boleh?”

“Boleh sangat. Jumpa kat rumahlah. Boleh borak panjang,” Kak Gee mengangguk.

“Okey, kak Gee gerak dulu. See you very soon,” kata Kak Gee sebelum melangkah meninggalkan restoran.

Balqis kembali duduk dan menyambung bersantap. Membazir pula jika tidak dihabiskan rezeki Allah itu.

“Qis, kenalkan ni kawan I merangkap bos I, Tengku Qalief. Lif, meet Balqis, our best friend…”

“Oh, hai. Bos Bernard? Means that, Gemini Holding’s boss?” Qalief mengangguk sambil tersenyum.

Yupp. Nice to meet you,” Balqis hanya senyum nipis.

Jadi… inilah bos Gemini Holding’s yang famous tu? Habis gadis bujang di tempat kerjanya asyik stalk profile facebook si Qalief ni. Pantang ada masa terluang, ada sahaja mereka bergosip tentang lelaki di sebelahnya ini. Pada pandangannya, berasaslah para gadis di pejabatnya admire sangat dengan Qalief.

Berkarisma. Memiliki rupa paras yang kacak, boleh cair gitu kalau asyik pandang dia saja. Badan pula tough macam Channing Tatum, hero filem White House Down tu tapi wajah mereka langsung tak sama, okey. Berkulit cerah. Cuma, yang Balqis tak berkenan, rantai silver di leher lelaki korporat itu. Walaupun ditutupi dengan kemeja putihnya, namun masih kelihatan. Nasib baik rambut masih hitam berkilat. Tak adalah orang salah sangka lelaki itu mat saleh. Melayu tulen gitu.

“Qis, yang budak-budak office you gilakan tu, nilah orangnya. Amacam?”

Not bad. Sekali sekala, datanglah office I. Confirm, banjir satu pejabat sebab melting tengok you,” Qalief tergelak.

“Pandai you buat lawak, Balqis. Flood is fine, but I’m sure the disaster does make sense too,” Kini, satu meja ketawa.

Ai Ling yang masam itu pun turut ketawa.

“Balqis, bos you tak ada ke?”

Nope, honeymoon for the second round, I guess. Why?” Memandai sahaja dia buat cerita, tetapi itulah yang diberitahu majikannya semalam.

“Patutlah you slumber aje. Dah nak habis lunch time. Sempat ke you nak balik office?” Bernard sekadar prihatin terhadap sahabatnya.

Oh, no biggie. Half day break for today…”

“Sampai hati kau tak kasi tahu aku, Qis. Aku punyalah lahap, takut kau terlambat masuk pejabat,” Balqis memandang Ai Ling.

Something wrongs somewherelah kau ni. Aku dah bagitahu dalam kereta tadi kan? Otak kau kat mana masa tu? Ingat kat Bernardlah tu. Fikir macam mana nak bagi jawapan,” Ai Ling menjegilkan matanya.

Aku cepuk juga si Balqis ni. Kurang protein sungguh, getus Ai Ling.

“Mana ada. Aku kusyuk drive kot. Itu yang tak dengar. So, kau nak balik teruslah ni?”

“Tak. Nak pergi Tesco kejap. Kakak angkat aku nak datang rumah. Karang dia report kat umi aku tak jamu dia, habis aku kena bebel…”

“Eh, Qis. Dah lamalah tak jumpa umi you. Dia tak datang sini melawat you ke?”

Qalief hanya makan tanpa menghiraukan perbualan sahabat bertiga itu. Malas dia nak masuk campur. Bukan urusan dia pun. Lebih baik dia makan, kenyang juga perutnya.

“Buat masa sekarang ni, tak ada lagi berita umi nak datang. Lagi pun, umi kan sayang nak tinggalkan rumah dia tu. Nak keluar rumah pergi pekan pun, kena fikir dua tiga kali. Inikan, nak datang KL,” Bernard dan Ai Ling ketawa serentak.

Faham sangat dengan perangai Umi Sainah. Wanita itu memang payah ingin meninggalkan rumahnya. Jika Balqis terlalu rindukan uminya dan tiada masa untuk pulang ke kampung, barulah Umi Sainah akan bertandang ke rumahnya. Jika tidak, kirim salam sajalah. Tunggu Balqis pulang, barulah boleh bertemu.

“Apa kata nanti kita balik kampung you? Bolehlah I makan masakan umi you, Qis. Rindu pulak nak makan masakan orang Kedah,” Balqis senyum sedikit.

Dia sendiri sudah merindui masakan Umi Sainah.

“I tak boleh nak janjilah. Kita tengoklah nanti. You berdua ada kerja luar ke? Lunch time dah habis,” Serentak Bernard dan Qalief menilik jam tangan mereka.

Saling berpandangan sahabat itu.

“I keluar dengan bos kot. Apa nak risau?”

“Banyaklah kau punya bos. Dah, jom balik office. Bos besar nak masuk office petang ni. Jumpa lagi, girls,” Bernard tersengih. Cepat-cepat dia menyedut air sirap laicinya. Balqis dan Ai Ling hanya tersenyum.

Qalief sudah menghilang ke kaunter bayaran. Dia turut membayarkan makanan Balqis dan Ai Ling. Sempat dia memberi isyarat kepada Bernard agar mencuri bil gadis berdua itu. Niatnya hanya ingin membuat kebaikan. Harapnya Balqis dan Ai Ling tidak bersoal panjang.

“Bos I dah bayarkan untuk you berdua. So, chill. Dia nak tambah pahala. Kita orang pergi dulu. Darling, I call you later,” ujar Bernard sebelum bergerak ke kereta.

Qalief sudah menunggu di sisi BMW 5 series sedan miliknya. Nasib baiklah pejabatnya hanya berhampiran. Buatnya jauh. Mahunya dia terpaksa menahan telinga mendengar leteran ayahnya. Huish, tak sanggup. Boleh bernanah telinganya. Jika Tengku Muazzam sudah berleter, payah nak dihentikan. Mengalahkan mak-mak. Ibunya pun tidak membebel seperti ayahnya.

*****

Ku Ainur menghampiri anak sulungnya di ruang tamu kedua yang terletak di tingkat dua banglo milik Tengku Muazzam itu. Kusyuk sangat Qalief menghadap laptopnya. Hari minggu begini pun, masih bekerja ke? Ku Ainur menggelengkan kepala perlahan. Perangai anak dan bapa sebijik. Workaholic!

Bak kata orang… bapak borek, anak rintik. Untung sahaja anak kedua dan ketiganya tidak begitu. Mahu tension dia jika menghadap watak yang sama setiap hari. Boleh masuk wad sakit jiwa.

“Apa yang ibu dok menungkan tu? Tunggu ayah ke?”

Terkejut Ku Ainur dek ditegur tiba-tiba.

“Taklah. Saja ibu jenguk Qal. Cuti-cuti pun, ada kerja ke? Bawa-bawalah berehat nak oi. Stress ibu tengok Qal asyik kerja aje,” Qalief tergelak kecil.

Dihabiskan ayat terakhir. Kemudian, hasil kerjanya disimpan kemas. Pantas tangannya menutup computer ribanya. Tumpuan diberikan kepada si ibu.

So, what’s up? Ibu macam ada benda nak bagitahu Qal. Apa dia?”

Qalief duduk di sebelah ibunya di sofa panjang berbentuk L.

“Ibu cakap ni Qal jangan marah ya. Bukan niat ibu nak mengungkit kisah lama. Tapi, I have to. Untuk kebaikan Qal. Beberapa hari lagi, Qal dah nak masuk tiga puluh dua tahun. Semua ibu di dunia ni pasti memikirkan hal yang sama apabila anak mereka masih membujang walaupun usia semakin senja. Lupakan Lanna, Qalief. She’s gone,” Qalief tersentak.

Sesungguhnya, dia langsung tidak menyangka Ku Ainur akan membangkitkan tentang dirinya. Ya, dia tahu, sepatutnya kini dia sudah beranak pinak. Adik-adiknya, Qairy dan Qalisha juga sudah mendirikan rumah tangga. Sebaliknya, dia? Masih membujang. Selama ini, Ku Ainur belum pernah mencampuri urusan hidupnya yang masih membujang. Tapi, hari ni?

“Maafkan Qal, ibu. Untuk melupakan Lanna, bukan mudah. I’ve tried. Once, I saw Fin, all the memories comes around. It was like, Lanna still with us. Ibu tak faham apa yang Qal rasa,” Ku Ainur mengusap belakang Qalief lembut.

I know that, Qal. But, you have to be strong. Fin still young, she’s only four years old. She needs a complete family. Qal tahu apa yang Fin tanya ibu semalam?” Qalief menanti ayat seterusnya. “Mana mama Fin?”

Qalief terdiam.

“Dah empat tahun Lanna pergi. Tanggungjawab Qal pada Fin masih tergantung. Qal ingat lagi tak, apa janji Qal pada Lanna?” Qalief hanya mengangguk.

Masakan dia tidak ingat. Sering kali, perjanjian mereka sebelum Lanna pergi menghadap Ilahi, menerjah ke mindanya. Bukan dia tidak ingin mengotakan janji itu, cuma dia tidak sekuat seperti yang disangkakan. Dia juga punya kelemahan. Dan, kelemahannya adalah memberikan sebuah keluarga yang lengkap untuk Fin, Afinna Lee.

“Qal ingat, bu. Give me a time. I will make it come true. Doakan yang terbaik untuk Qal, ibu,” Ku Ainur memeluk anak terunanya erat.

Afinna yang baru jaga dari lena, terus naik ke riba Qalief. Tangan kirinya sibuk menenyeh mata manakala tangan kanan memegang erat teddy bear yang dihadiahkan oleh Lanna sebelum anak kecil itu lahir. Itulah hadiah pertama dan terakhir untuk Afinna dari Lanna. Qalief mengusap kepala anak itu perlahan. Anak kesayangan daddy.

*****

Balqis berjalan perlahan. Dia melihat senarai barangan yang diperlukan. Alang-alang dia bercuti, lebih baik dia membeli belah barangan dapur. Sudah banyak yang kehabisan. Walaupun dia tinggal berseorangan, tak semestinya dia tidak perlu makan. Sekurang-kurangnya, jika ada sanak saudara yang bertandang, ada juga makanan yang boleh dijamu.

D, I want that,” rengek suara anak kecil.

Pandangan Balqis terarah kepada seorang kanak-kanak perempuan yang elok berdiri di dalam troli. Comel! Kanak-kanak itu menunjukkan snek di rak. Wajah itu kelihatan bersinar.

No, sayang. You had enough snack. We just bought it, yesterday,” Kanak-kanak itu menghentak kaki tanda tidak berpuas hati.

D, please…”

Sometime, grab something to satisfy a little girl, is nice,” kata Balqis selamba.

“Eh, Balqis. What a surprise meeting?”

“Kebetulan, kan. Comel anak you,” puji Balqis sambil tersenyum kepada Afinna.

Membulat mata Afinna memandang Balqis. Ditayangkan sebaris gigi susunya yang putih itu. Bertambah comel kanak-kanak perempuan bertocang satu itu.

Thank you. Dah tengok banyak kali, tak comel pulak,” Qalief sekadar bergurau. “Rajin you shopping, ya. Bukan you baru shopping ke?”

“Hah? Oh, itu hari just shopping barang-barang basah. Hari ni lebih kepada personal need. But, Mr. Qalief, I thought you’re bachelor. Melepaslah perempuan kat luar sana,” Qalief tergelak.

“Pandailah you. Apa salahnya I nak tambah cawangan. Banyak pahalanya tahu,” Balqis mencebik.

“Gatallah bapak you ni, little girl,” Dicuit pipi Afinna. Geram sungguh dia melihat pipi tembam itu.

My name is Afinna Lee,” Suara comel Afinna memperkenalkan dirinya sendiri tanpa dipinta.

Oh, sweet name. What should I call you, Afinna Lee?”

“Fin,” balas Afinna sambil tersengih.

Bila dipandang banyak kali, Afinna langsung tidak seiras Qalief. Wajah Afinna seperti Barbie doll. Macam anak orang putih. Rambut kanak-kanak itu saja, perang. Mungkin isteri Qalief adalah minah saleh. Maka, terhasillah baka mixed seperti Afinna Lee ini. Geram pula Balqis ingin mencubit pipi anak perempuan Qalief itu.

“You memang selalu shopping seorang ke? Tak ada yang temankan? Suami… boyfriend?”

Sadly speaking, I don’t have any of it. Membeli belah seoranglah seronok. Tak perlukan banyak pendapat. Just grab what I want and that’s it. Senang kan?”

“Ya. At least, tak ada suara killer yang paksa you belikan snek yang tak sihat tu,” Tanpa Qalief sedar, Afinna selamat mencapai dua bungkus snek di rak. Bukan main susah lagi dia ingin mengambil snek itu mengenangkan ketinggiannya yang tak berapa nak tinggi itu.

“Apalah you ni. Belikan aje. Tapi, pantau dia punya portion. Selalu bawa pergi check up. Tak adalah, dia sakit,” nasihat Balqis.

Thank you for the advice, Balqis. You pernah jaga budak-budak ke?”

Twice a week, I melawat rumah asuhan keluarga I. Kat situ, macam-macam kerenah budak-budak I jumpa. Lebih aggresif dari Fin pun ada. Kadang-kadang, dia orang punya demand mengalahkan kucing yang mengiau mintak makan,” ujar Balqis.

Terasa senang pula berbual dengan Qalief walaupun ini adalah baru kali kedua mereka bertemu. Mungkin hal yang dibualkan masuk dengan jiwa keduanya kot.

“Oh, you ada experience rupanya. Senanglah bila you dah ada anak nanti. You dah tahu macam nak handle dia orang,” Balqis hanya tersenyum.

Harapnya, makbullah doa Qalief itu. Dapatlah dia merasa melayan kerenah anak-anaknya sendiri.

Insha Allah, the day will come. Ala… mak, I dah lambatlah. I ada date dengan Ai Ling. Mahu kena cekik sebab lambat. Bye, Fin. See you again, cute girl. Jumpa lagi, Mr Qalief…”

Okay, thank you again,” Balqis membalas dengan senyuman manisnya sebelum melangkah ke kaunter pembayaran.

D, she’s so pretty,” Terangkat kening Qalief.

Dia turut bersetuju dengan Afinna. Balqis memang cantik. Imej bertudung yang dibawa gadis itu lebih menyerlahkan kecantikannya. Punya wajah cerah, hidung yang mancung dan mata yang mampu memukau mata jejaka yang memandangnya. Mata itu sentiasa bercahaya. Solekan yang nipis, amat sesuai dengan Balqis. Qalief cepat menyedarkan dirinya agar tidak menilai lebih jauh.

*****

“Balqis, tolong mandikan Nini. Dah masam ni,” Tiyah menyerahkan Nini, bayi berusia enam bulan itu kepada Balqis.

“Alolo, bucuknya dia. Anak siapalah ni? Jom kita mandi ya. Biar wangi,” Balqis membaringkan bayi kecil itu.

Tangannya lincah membuka pakaian Nini. Hanya pampers sahaja dia tidak tanggalkan. Digeletek anak kecil sehingga terkekek. Gelilah tu.

“Qis dah jumpa dengan keluarga Nini?” soal Tiyah.

“Dah, kak. Jawapan dia orang tetap sama. Apalah yang dia orang benci sangat dengan Nini ni. Budak comel macam ni pun, tak nak. Jangan, nanti kita dah asuh dia… baru terhegeh-hegeh nak balik budak ni. Masa tu, kirim salamlah Qis nak bagi,” bebel Balqis.

“Jangankan Qis, akak pun takkan bagi. Penat-penat kita jaga, dia orang nak balik. Uih, itu memang cari nahas…”

“Nantilah Qis cuba fikir initiatif lain nak pujuk dia orang. Mana tahu, lembut hati nak terima Nini. Kalau ikutkan hati Qis, nak aje Qis sain surat anak angkat. Biar Qis aje yang jaga Nini,” Tiyah ketawa kecil.

Padanya, Balqis memang layak untuk menjadi seorang ibu. Setiap kanak-kanak yang dihantar ke sini kerana dibuang keluarga, memang akan menunggu kelibat gadis itu. Bagi mereka, Balqislah ibu mereka. Sepanjang dia bekerja di rumah asuhan milik keluarga Balqis, belum pernah gadis itu merungut mengatakan kanak-kanak di situ menyusahkan dia.

Rumah asuhan itu bukanlah diwujudkan untuk menyokong pembuangan kanak-kanak di luar nikah. Cuma, sebagai tempat untuk bayi-bayi yang dihantar ke rumah asuhan itu menumpang buat sementara waktu. Beberapa orang yang dilantik akan cuba memujuk agar ahli keluarga bayi-bayi itu untuk menerima kembali bayi yang sudah mereka buang.

Setidak-tidaknya, mereka akan ada kesedaran untuk terus membela nasib bayi-bayi terbuang itu. Balqis sendiri dididik sejak kecil agar menerima baik buruk seseorang itu seadanya. Tidak bermakna, orang yang melakukan kejahatan itu adalah jahat. Pasti ada alasan mengapa mereka begitu.

“Hah, Qis. Jangan lupa pasal ‘Malam Penyatuan Hati’ tu. Qis kena datang bagi pihak Tuan Wahid dan Puan Fatiah,” Tiyah mengingatkan Balqis tentang majlis yang diadakan khas untuk meraikan kanak-kanak di pusat asuhan itu.

“Insha Allah. Tapi, bukan dia orang balik sehari sebelum majlis ke?”

“Memanglah. Tuan Wahid nak ada back up. Takut flight delay ke apa ke. Dia orang nak balik awal dari tu, tak boleh. So, terpaksalah Qis jadi back up,” jelas Tiyah.

Balqis hanya mengangguk. Dia membuka pampers Nini lalu dibawa bayi itu ke bilik air. Masuk angin pula dek terlalu lama terdedah badannya.

*****

Qalief memeriksa beberapa surat yang diambilnya dari setiausahanya sebentar tadi. Dibuka satu persatu surat itu. Kebanyakan surat yang dihantar kepadanya adalah surat penting. Jaranglah dia menerima ‘love letter’. Harapnya tiadalah. Malas dia nak melayan.

“Pusat Asuhan Karissa?” Dibelek surat itu. Interkom ditekannya. “Yuni, masuk sekejap…”

Beberapa saat kemudian, muncul Yuni dengan buku catatannya. Cekap sungguh kerja setiausaha Qalief itu.

“Ada apa, Tengku?”

“Ada wakil Pusat Asuhan Karissa hubungi awak?”

Yuni membelek buku catatannya. Manalah tahu, dia terlepas pandang untuk memaklumkan kepada Qalief.

“Oh, ada. Tapi, masa tu Tengku offshore. Dia orang cuma nak sahkan kehadiran Tengku…”

“Emmm, awak hubungi mereka balik. Tell them, I’m going. Please make sure that they have our donor,” Yuni mencatat pesanan majikannya.

“Itu sahaja?”

“Ya. Thank you, Yuni,” ucap Qalief dengan senyuman mekar di bibir.

Yuni membalas senyuman itu. Siapa yang melihat senyuman bosnya itu, pasti akan tergoda. Tapi, dia sudah imun. Kalau hari pertama dia bertugas sebagai setiausaha Qalief dulu, ya dia tergoda. Kini, dia sudah terbiasa. Sangat biasa. Baik dia tergoda dengan suaminya, ada bagusnya juga. Dapat pahala.

Setelah Yuni keluar dari biliknya, Qalief kembali menatap surat Pusat Asuhan Karissa itu. Seperti ada sesuatu yang menariknya untuk menghadiri jemputan itu. Dia sendiri sedia maklum, minggu depan adalah minggu sibuknya. Namun, berat pula hati untuk menolak program murni itu.

*****

Pusat Asuhan Karissa menerima kunjungan lebih daripada jangkaan. Alhamdulillah. Para jemputan yang hadir mampu memberikan ketenangan jiwa kepada para pekerja pusat itu. Tidak menyangka sambutan ‘Malam Penyatuan Hati’ mendapat perhatian ramai. Kebanyakan yang hadir pernah menghantar anak-anak mereka ke pusat asuhan itu satu masa dulu.

Sudah hampir dua puluh enam tahun, Pusat Asuhan Karissa dibina. Anak-anak yang pernah menetap di situ juga, masing-masing sudah berjaya. Adakalanya, mereka membuat lawatan ke situ untuk menghargai jasa para pekerja yang sanggup menerima mereka dulu. Tidak terbalas usaha warga pusat asuhan itu untuk mengembalikan mereka kepada ahli keluarga kandung mereka.

“Qis, semuanya dah ready. Cuma, nak tunggu VIP jemputan kita aje,” kata Yanti, salah seorang tenaga pekerja di situ.

Balqis yang berdiri di pintu masuk dewan mengangguk kecil.

“Kejap lagi sampai kot. Siapa tetamu VIP kita, Yanti? Qis tak sempat nak usyar kad jemputan,” Sememangnya dia sibuk sepanjang minggu ini menguruskan kerjanya di pejabat.

Sehinggakan dia hanya sempat menghadirkan diri membantu persiapan majlis di saat-saat akhir. Nasib baiklah, para pekerja di situ memahami akan tugasnya. Tidaklah dia serba salah. Syukur juga kerana Tuan Wahid dan Puan Fatiah selamat tiba di Malaysia pagi tadi. Jadi, tidak perlulah dia yang merasmikan majlis malam itu. Mahu luruh jantungnya melihatkan betapa ramai jemputan yang hadir. Hampir penuh dewan Pusat Asuhan Karissa yang besar itu.

“Tak silap Yanti, Tengku Qalief Tengku Muazzam, salah seorang pengasas pusat kebajikan kanak-kanak di Malaysia,” Membulat mata Balqis saat mendengar nama tersebut.

Tengku Qalief Tengku Muazzam? Dia? Kebetulan sungguh. Kenapalah dia tidak perasan ketika membuat kertas kerja beberapa bulan lepas?

“Oh, okey…”

“Dia dah sampailah. Jom,” Yanti menarik tangan Balqis tanpa menunggu gadis itu menjawab.

Tuan Wahid dan Puan Fatiah terlebih dahulu menjemput tetamu jemputan mereka. Saat mata Qalief dan Balqis bertembung, hanya senyuman menjadi pengantara. Balqis terpaku pada Afinna yang comel dengan persalinan baju kurung cotton berbunga kecil. Rambut panjangnya disanggul tinggi dengan hair band bunga di kepala. Betul-betul menarik perhatian Balqis.

“Auntie!” jerit Afinna sebelum berlari mendapatkan Balqis di tangga dewan.

Balqis agak terperanjat dengan pelukan erat oleh Afinna. Namun, cepat sahaja dia membalas pelukan itu. Diusap perlahan belakang Afinna.

“Jomlah kita masuk. Boleh cerita panjang. Majlis pun dah nak mula,” jemput Tuan Wahid.

Tuan Wahid dan Puan Fatiah mengiringi tetamu mereka ke dalam dewan. Sementara Balqis dan Yanti mengekori di belakang. Bukan main seronok lagi Afinna berpimpin tangan dengan Balqis. Tidak mahu dipimpin Qalief ketika lelaki itu ingin memegang tangannya. Bijak sungguh Afinna. Ada chan dapat mummy baru. Eheh!

Semua hadirin yang hadir terpaku pada ketampanan Qalief. Sangka mereka, tetamu VIP yang dijemput adalah datuk-datuk. Rupanya, bakal datuk. Hehe.

“Alhamdulillah, tetamu VIP kita dah tiba. Bolehlah kot kita mulakan majlis,” Farhan, emcee majlis memulakan mukadimah. Setelah itu, ustaz yang dilantik sebagai penceramah tetap di Pusat Asuhan Karissa membacakan doa sebagai memberkati majlis.

Qalief memandang Balqis yang duduk di sebelah Afinna. Gadis itu tampak anggun dengan jubah moden labuh berona ungu lembut dan lilitan wide shawl bercorak bunga. Balqis kelihatan manis. Terpesona dia dengan kecantikan Balqis walaupun gadis itu hanya mengenakan mekap ala kadar. Afinna disampingnya juga nampak ceria. Becok lagi mulut dia berceloteh. Balqis pula hanya mendengar dan sesekali menyampuk.

“Dah lama ke anak Qalief kenal Balqis?” soal Tuan Wahid.

Dia terpegun dengan kemesraan Balqis dan Afinna. Puan Fatiah juga begitu. Seperti yang mereka tahu, Balqis memang sukakan kanak-kanak. Namun, tidak pula mereka tahu gadis itu mengenali VIP mereka. Lebih menghairankan, Balqis kelihatan rapat dengan anak VIP jemputan mereka itu.

“Taklah, uncle. Baru kali kedua bertemu. Hari tu terserempak dekat pasaraya. Terus Afinna suka. Hari-hari minta saya bawa jumpa Balqis. Saya manalah ada contact Balqis. Kebetulan, malam ni saya bawa Afinna, terjumpa pula dengan Balqis. Itu yang tak boleh berenggang,” Puan Fatiah yang mendengar mengangguk.

“Budak-budak, bila dah berkenan, payahlah. Macam tu jugaklah lelaki dan perempuan,” Qalief tersenyum.

“Jarang Afinna rapat dengan mana-mana perempuan, uncle. Kawan-kawan perempuan saya pun pernah nak berbual dengan dia, muka sombong dia tayang adalah,” Serentak Tuan Wahid dan Puan Fatiah ketawa.

Majlis dimeriahkan dengan persembahan oleh bekas-bekas penghuni Pusat Asuhan Karissa sambil para tetamu yang hadir menjamu selera. Nyanyian penuh syahdu dibawa. Penuh dengan maksud yang berguna. Tuan Wahid dan Puan Fatiah sebagai pengasas, berbangga dengan pencapaian anak-anak mereka.

“Alhamdulillah, berbakat rupanya anak-anak Karissa ni. Mendalam sekali nyanyian yang dibawa. Terima kasih, ya kerana sudi membuat persembahan. Kini, tibalah saat yang warga Karissa nantikan. Tuan punya badan dah menolak tahap pergunungan Alps. Tapi, hasil pujukan mama Tiyah kita, dia bersetuju untuk menyampaikan sebuah lagu malam ni,” Kedengaran tepukan kuat dari para hadirin.

“Siapa lagi kalau bukan orang kuat Pusat Asuhan Karissa, Cik Balqis kita,” Balqis senyum nipis.

Mampus dia malam ni. Sejuk seluruh badan dia. Balqis tersengih. Siapa suruh setuju, kan dah kena. Haih, menambahkan lagi gundah, Afinna yang bersemangat menepuk tangan untuknya. Gaya faham saja apa yang disampaikan oleh Farhan.

Lambat-lambat Balqis melangkah ke atas pentas. Farhan memberikan mikrofon kepada Balqis. Setelah itu, dia meninggalkan Balqis dan turun ke meja makan. Qalief turut terpaku pada susuk tubuh langsing yang sedang berdiri di atas pentas. Goyah sebentar hatinya.

“Ehem, assalamualaikum. Dah lama tak naik pentas, gemuruh sikit,” Sempat lagi dia buat lawak. Disambut dengan tawa hadirin. “Disebabkan mama Tiyah kita dah memujuk, berdirilah saya kat sini malam ni. Terima kasih sebab bersusah payah memujuk ya, kak Tiyah,” Tiyah di meja yang sama dengan Balqis, tergelak.

“Saya diberi dua hari untuk menyediakan lagu untuk malam ni. Alhamdulillah, saya ditemukan dengan sebuah lagu yang saya tujukan khas pada idola saya, dari kecil sampailah ke besar. Orang yang mengajar saya susah senang hidup. Puan Fatiah Hassan, you’re the best mum ever. I love you very much. Terima kasih sebab lahirkan Balqis walaupun banyak dugaan yang hadir. I love you too, walid,” Terharu para hadirin dengan ucapan Balqis. Puan Fatiah sudah mengalirkan air mata.

Balqis menghela nafas perlahan. Dipandang screen di sebelah kiri pentas. Dia memberikan isyarat bahawa dia akan memulakan nyanyian.

Keanggunan yang terpancar darimu… muslimah

Ketegasan jiwamu bak perisai… nan indah

Kau hadirkan pesona… malu berbalut takwa

Laksana syurga di dunia

Keteguhan hatimu oh wanita… muslimah

Ketangguhan dirimu yang terbingkai… solehah

Perhiasan dunia… tunduk pada yang Kuasa

Sejukmu menenteramkan jiwa

Seiring lagu dan video yang menunjukkan gambar-gambar Puan Fatiah bersama dengan warga Pusat Asuhan Karissa. Tersentuh para jemputan mendengar lagu dan melihat tayangan video yang terpampang di sebelah kanan dan kiri pentas.

Engkau wanita syurga… bidadari dunia

Kehormatan kau jaga dengan penuh cinta

Engkau wanita syurga… bak permat berharga

Berbinar indah dalam kesucian jiwa

Merdu sekali suara Balqis mendendangkan lagu Wanita Syurga Bidadari Dunia nyanyian Oki Setiana Dewi. Hati gadis itu meruntun. Sungguh dia menyayangi Puan Fatiah sepenuh hati, ibu yang telah melahirkan dia ke dunia ini. Balqis menghabiskan nyanyiannya dengan iringan air mata. Namun, cepat diseka.

Qalief terpegun di tempatnya. Gadis yang disangka biasa, rupanya luar biasa. Tidak sia-sia dia menghadiri majlis ini. Patutlah, hatinya tertarik untuk menerima jemputan walaupun jadualnya padat. Sedikit sebanyak, hatinya tenang. Afinna di ribanya turut menyukai suara lunak itu.

“Terima kasih. I love you, ammi, walid. Lots of love from me to both of you,” Balqis mengakiri ucapannya sebelum turun meninggalkan pentas. Dia kembali ke meja dengan senyuman terukir.

Sempat dia menegur kenalan-kenalannya yang hadir.

Nice song, sayang,” ucap Puan Fatiah tanpa tertangguh.

Thank you, ammi. Tak sabar nak hug,” Puan Fatiah terjegil. Faham sangat dengan perangai manja anak tunggalnya itu. Nasib baik, jarak tempat duduk mereka menghalang. Jika tidak, pasti sudah diterpa anak gadisnya itu.

“Merdu sekali suara cik kak kita tadi. Terharu orang yang mendengar. Sempat saya perasan kakak-kakak kita di belakang tu dok lap air mata. Maaf ya kakak-kakak, gurau saja. Okey, last but not least. Saya nak jemput Puan Fatiah kita untuk memberikan sepatah dua kata. Tuan Wahid kita jual mahal malam ni. Asyik nak berkepit dengan Tengku Qalief,” Bukan main lagi Farhan mengenakan Tuan Wahid.

Meletus tawa Tuan Wahid. Ada pula dia dok berkepit dengan Qalief. Isterinya yang meminta untuk memberikan ucapan tadi. Lagipun, dia langsung tidak bersedia untuk memberikan ucapan. Lainlah Puan Fatiah yang boleh berucap tanpa teks. Puan Fatiah sudah naik ke pentas dengan iringan Tiyah, orang kanan Pusat Asuhan Karissa.

“Assalamualaikum, semua. Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang kepada saya untuk berucap malam ni. Ucapan saya malam ni simple saja. Tak ada teks pun. Cuma, ucapan dari hati. Syukur kerana saya masih boleh berdiri teguh di pentas Pusat Asuhan Karissa. Terubat rindu saya nak jumpa anak-anak saya malam ni. Tahniah pada yang sudah selamat berumah tangga. Maaf kerana tak dapat hadir. Jadi, saya dan suami hantar wakil aje. Banyak sebenarnya terlintas di minda, tapi saya pendekkan saja. Takut sepuluh minit, jadi sejam pulak,” seloroh Puan Fatiah.

“Genap sudah dua puluh enam tahun Pusat Asuhan Karissa dibangunkan. Alhamdulillah, masih teguh berdiri sehingga sekarang. Saya dan suami bersyukur kerana sudah kurang penghuni Karissa berbanding dulu. Bermakna, masyarakat kita sudah ada kesedaran. Namun, Karissa masih menerima baik anak-anak yang dihantar ke mari. Tidak kiralah apa statusnya. Insha Allah, sama-samalah kita saling membantu. Besar pahalanya. Ramai sudah cucu-cucu Karissa. Cuma, Karissa saya dan suami saja masih bujang. Entah bilalah kami nak terima menantu…”

Balqis ketawa kecil. Tahu… Karissa itu adalah dia.

“Pusat Asuhan Karissa terhasil kerana hadirnya seorang Nur Balqis Karissa dalam hidup kami. Dialah puteri tunggal kami. Dah dua puluh enam tahun, anak ammi dan walid. Terasa cepat masa berlalu. Kenyataan hebat terpaksa kami terima apabila hanya Nur Balqis Karissa ditakdirkan untuk menjadi puteri kami. Saya disahkan tidak boleh hamil lagi setelah beberapa kali keguguran. Alhamdulillah, dengan adanya puteri kami, kuat impian kami untuk membantu anak-anak terbuang yang ketika itu sangat ramai. Kami harap warga Karissa masih teguh untuk terus berada bersama kami di Pusat Asuhan Karissa. Saya akhiri ucapan dengan jutaan terima kasih di atas kehadiran semua,” Tidak sanggup lagi dia ingin menyambung ucapan.

Air matanya laju sahaja mengalir di pipi. Balqis pantas menghampiri amminya di bawah pentas. Dipeluk wanita kesayangannya itu erat. Semoga hilang sedikit kesedihan Puan Fatiah. Bagi Balqis, Puan Fatiah adalah idola dan juga wanita besinya. Sejak kecil, dia amat menyanjung kerja murni Puan Fatiah sehinggalah sikap itu meresap ke dalam jiwanya.

“Ammi sayang Issa. Teruskan perjuangan ammi dan walid. Andai satu hari, kami sudah tiada, ammi nak Issa bangunkan Karissa sampailah ke akhir hayat Issa. Berikan kesedaran pada mereka yang masih hanyut. Insha Allah, Issa boleh,” Kata-kata itu meresap jauh ke lubuk hati Balqis.

“Insha Allah, ammi. Doakan yang terbaik untuk Issa. Issa tak boleh berjanji, tapi dengan izin Allah, Issa akan teruskan usaha ammi dan walid,” balas Balqis tulus.

Penuh dramatik sekali pengakhiran majlis. Para tetamu tidak lepas mengalirkan air mata melihat ketulusan hati pengasas Pusat Asuhan Karissa. Bagi mereka, Tuan Wahid dan Puan Fatiah merupakan insan yang terpilih untuk membela nasib anak terbuang. Niat murni mereka mampu sampai ke jiwa.

Farhan mengakhiri majlis dengan bacaan doa. Semoga hati para hadirin lebih tenang dan mendapat sedikit pengajaran. Walaupun tidak banyak, cukuplah sebagai tanda ingatan.

*****

Qalief mendukung Afinna yang sudah lena di bahunya. Mungkin penat. Seronok sangat bermain tadi.

“Terima kasih, Qalief. Even you sibuk, still boleh datang. We really appreciate that. Sometime, make a visit to Karissa,” kata Balqis ketika menghantar lelaki itu ke keretanya.

No biggie, Balqis. Tak sangka you adalah pencetus Karissa. Beruntung I sebab dijemput. Banyak input yang I dapat. Fin pun seronok dapat main dengan baby-baby kat sini. Sampai tak nak balik…”

“Dia dah bagi hint nak adik tu. You bagi ajelah,” Qalief senyum nipis. Nak bagi, bagaimanalah tu?

“Insha Allah. Oh, ya. Tadi, I ada minta number you dekat uncle Wahid. Tak adalah berasap telinga I dengar suara killer Fin minta nak jumpa you. I hope… you tak marahlah,” Balqis mengusap rambut Afinna lembut. Lena sungguh dia tidur di bahu Qalief.

“It’s okay. Murah hati pula walid I ya. Anak you comel sangat. Tapi, muka dia tak mirip you pun. Ikut isteri you eh?”

“Ha’ah. Tak ada satu pun yang ikut I. Cuma, ibu I selalu cakap nakal dia aje sama dengan I dulu. Thank you, Balqis sebab sudi melayan Fin. Manja dia ni kadang-kadang melebih,” Balqis tersenyum.

“Alah, budak-budak. Biasalah tu. Kenapa tak bawa mak dia sekali?”

Qalief terdiam seketika.

No comment. Okeylah, I balik dulu. Tak pasal kena bebel dengan nenek Fin. Thanks again. Ada jodoh, kita jumpa lagi,” ujar Qalief sebelum masuk ke dalam perut Mercedes Benz hitam yang dipandu pemandu Tengku Muazzam.

Balqis masih berdiri tegak di parkir walaupun kereta Qalief sudah jauh meninggalkan perkarangan dewan. No comment? Terlepas keluhan perlahan. Berat sebenarnya hati ingin berpisah dengan Afinna. Sepanjang majlis, anak itu berkepit dengannya. Ingin sahaja, dia meminta agar Qalief tinggalkan Afinna dengannya. Namun, tak kesampaian. Takut dicop nak merampas anak orang pula. Pasti isteri Qalief sudah menunggu di rumah.

Penampilan Qalief malam itu menggoyahkan hati Balqis yang selama ini bagaikan ada benteng untuk insan bernama lelaki. Qalief tampil dengan baju melayu cekak musang berona ungu muda. Sedondon mereka. Ditambah dengan sampin dan juga songkok hitam. Gaya macam nak akad nikah pun ada.


Dari jauh, Tuan Wahid dan Puan Fatiah melihat keletah anak gadis mereka. Pasti hati Balqis sudah terpikat, cuma lelaki itu sudah berpunya. Jarang sekali Balqis rapat dengan mana-mana lelaki selain warga di Pusat Asuhan Karissa dan juga Bernard. Belum pernah Balqis memberitahu mereka jika dia sudah mempunyai teman lelaki. Nampaknya, sebelum mereka kembali ke Abu Dhabi, hal Balqis harus diselesaikan dahulu. Umi Sainah juga sering mengingatkan mereka tentang itu.

p/s : panjangkan part 1. hehe, dua hari lepas punya idea. mula2 nak tulis pendek ja. tapi, dah terpanjang pulak. malam ni CIA post part 1 dulu. dah nak hampir siap. part 1 ni pun dah 20 m/s. huhu. SELAMAT MEMBACA!

lagi satu. cuba cari lagu Wanita Syurga Bidadari Dunia by Oki Setiana Dewi. tersentuh hati CIA dengar lagu tu sambil menaip. sambil baca boleh dengar lagu tu. :D

1 comment: