Wednesday 8 January 2014

Cerpen : Cinta Cameron 8 (last)

Tengku Arfhan dan Arisa berjalan sambil berpegangan tangan. Mereka berhenti di Trocadero Fountain. Hari ini adalah hari terakhir mereka berbulan madu di Kota Paris. Kedua-duanya melangut menghayati pemandangan malam Effiel Tower. Senyuman bahagia terukir di bibir keduanya.

Pertunangan selama tiga tahun, berakhir ke jenjang pelamin. Tanpa mengenali diri masing-masing selama tiga tahun, masih mampu memberi peluang untuk mereka bahagia. Tengku Arfhan menoleh ke kirinya. Wajah tepi si isteri dipandang. Dilepaskan ciuman di pipi gebu Arisa.

Thank you for being my wife. I will love you till Jannah, Insya Allah,” Arisa tersenyum mendengar luahan si suami.

Me too,” Dipeluk erat lengan Tengku Arfhan.

I have one confession to tell you,” Arisa mengangkat keningnya. Tengku Arfhan menarik nafas dan dilepaskan perlahan.

Actually, abang  yang suruh mummy pinangkan Aidin untuk abang. Abang dah lama kenal Aidin tapi… Aidin tak pernah tahu pun,” Arisa terkedu. Seingatnya, dia belum pernah bertemu dengan suaminya sebelum ini.

“ Hah? Aidin tak pernah tahu pun…”

“ Sebab abang just tengok Aidin dari jauh je. Aidin mesti tak perasan abang kan? Abang pun selalu pergi kedai Uncle Wong,” Terjegil mata Arisa.

Seriously, Aidin tak tahu. Abang tahu alamat rumah Aidin semua tu… dari Uncle Wonglah ya?” Tengku Arfhan mengangguk.

“ Hari yang Aidin pergi kedai Uncle Wong nak cuci gambar Aidin kat Cameron Highlands tu, abang pun ada kat situ. Tapi, iyalah… masa tu hati Aidin untuk Hadif aje…”

“ Abang, Aidin tak tahu. Kenapa sweet sangat ni?” Arisa sudah terharu.

Arisa memeluk erat pinggang suaminya. Kepalanya enak di dada Tengku Arfhan. Bahu si isteri di peluk.

Sweet ke? Masa mummy call abah, nak datang rumah… abang berdebar sangat. Manalah tahu, kena reject dari awal. Tapi, mummy pandai. Dia berterus terang dengan abah. Then, abah dengan rela hatinya suruh hantar rombongan lepas Aidin balik dari Cameron…”

“ Oh, kira abah dengan mak dah tahulah ni. Tak acilah macam ni…”

“ Abang yang suruh rahsiakan. Sorrylah,” Tengku Arfhan sudah bernada romantik.

“ Abang tahu tak? Bukan main suka lagi Aidin jerit dalam bilik hotel kat Cameron dulu. Alih-alih, Aidin kahwin dengan abang,” kata Arisa manja.

“ Huh? Jerit apa?”

“ Jeritlah. Sebabkan Aidin jumpa cinta Aidin kat Cameron Highlands, Aidin jeritlah… cinta Cameron! Tapi, dah jadi cinta Ipoh,” Tengku Arfhan mengoyak senyuman.

“ Alah, sorrylah. Cinta Ipoh pun okey apa. Janji Aidin dah ada di sisi abang sekarang ni. Dah cukup,” ujar Tengku Arfhan.

“ Aidin pun sama. Tak ada cinta Cameron pun tak apalah…”

“ Sayang, kalau abang kata abang nak cinta Paris, macam mana?”

Terangkat kening Arisa. CInta Paris apa pulak dah ni?

Di dalam hati Arisa terfikir, pandai Tengku Arfhan berpura-pura tidak mengenalinya ketika pertama kali bertemu di restoran bersama Hadif. Dan, kemudian seminggu sebelum perkahwinan. Namun, satu saja perkataan yang dia ingin sebut, Alhamdulillah!

*****

Dua tahun kemudian…

“ Ooo… aaa…”

“ Dia tengah berlatih menyanyi kot, bang…”

“ Hesy, ada pulak gitu. Practice nak panggil kitalah tu…”

Laju seorang bayi berusia setahun tiga bulan itu mengejar kucing. Nasib baiklah rumput buatan di taman mini itu lembut. Jatuh berulang kali pun tak sakit.

“ Ke nak panggil kucing tu,” Tengku Arfhan ketawa. Arisa menjeling suaminya.

Gara-gara si suami tak benarkan dia bermain dengan kucing ketika mengandungkan anak mereka, kini anak lelaki mereka sudah terkena penangannya. Pantang nampak kucing, pasti dikejarnya. Air liur pula asyik keluar saja. Tak nampak kucing pun, sebut saja kucing… pasti meleleh punyalah air liur si kecil itu.

“ Abang punya pasallah ni. Kan, anak sendiri dah jadi peminat tegar kucing…”

“ Iyalah, salah abang,” Hai, macam merajuk saja. Tengku Arfhan bangkit dari kerusi santai dan menghampiri anak lelaki mereka, Arfwan Alif.

Arisa turut bangkit. Dia berjalan perlahan menghampiri dua orang buah hatinya itu. Tengku Arfhan mendukung Arfwan sambil mengagah anak kecil itu. Syukur Alhamdulillah, dia sangat bahagia dengan kehadiran dua insan itu dalam hidupnya. Dipandangnya keletah bapa dan anak itu.

“ Salah untuk kebaikan, tak apa,” kata Arisa perlahan. Ringkas tetapi… berjaya menenangkan hati Tengku Arfhan. Dihadiahkan ciuman di pipi Arisa. Arfwan hanya memandang kemesraan kedua ibu bapanya itu. Arfwan Aliflah tanda cinta Paris mereka. Eheh!

“ Amboi, sweet sangat pengantin lapuk ni…”

Tengku Arfhan dan Arisa menoleh ke arah gate. Senyuman meleret dihadiahkan kepada tetamu yang datang.

Jealous ke, mak buyung? Minta kat abang awaklah,” gurau Arisa. Dia berjalan menghampiri Shiena yang sudah mengandung tujuh bulan itu.

“ Tak adanya nak jealous bagai,” balas Shiena sambil memeluk Arisa.

“ Seorang aje ke, Shiena?” soal Tengku Arfhan yang sedang mendukung Arfwan itu.

“ Aku datang ni,” Muncul Hadif bersama buah tangan yang dibeli ketika bercuti ke Belanda bersama isteri tersayang.

“ Nak sangatlah dia tinggal isteri dia ni sorang-sorang,” Shiena tersenyum. Manis wajah ibu mengandung itu.

Setahun selepas perkahwinan Tengku Arfhan-Arisa, Hadif buat pengumuman mengejut. Dia akan berkahwin dengan Shiena, sepupu si Arisa tu. Entah bila mereka berkasih pun tak tahu. Hadif ikut nasihat Tengku Arfhan agar terus menyatakan cinta jika sudah suka. Takut melepas lagi. Dan, kini dia bahagia walaupun bukan dengan Arisa.

Hadif bersalam dengan Tengku Arfhan. Sempat dia mencubit pipi tembam Arfwan. Siapa suruh comel sangat? Kan dah ada yang geram.

“ Seronok bercuti, bro?”

“ Weh, seronok gila. Feeling bercinta gitu,” Tengku Arfhan dan Arisa tergelak.

“ Korang tak nak pergi vacation ke? Arfwan dah besar pun. Dulu time mengandung, bukan main sakan kau berjalan sana sini. Sampai berjangkit kat aku,” Shiena mencuit pinggang Arisa.

“ Dah ada perancangan pun. Kan, abang?” Tengku Arfhan mengangguk.

“ Pergi mana pulak?” soal Hadif, ingin tahu.

“ Cameron Highlands,” Serentak pasangan menjawab.

“ Cameron aje?” Hadif menjuihkan bibirnya.

“ Kali ni, cinta Cameron pulak,” Hadif dan Shiena mengerutkan dahi mereka. Entah apalah suami isteri ini.

Tengku Arfhan dan Arisa menyimpul senyum. Hanya mereka yang tahu. Nak bagi Arfwan adiklah tu!


Itu namanya Cinta Cameron! Tettt…

-TAMAT-

p/s : begitulah kesudahan kisah cinta Nur Arisa Aidina....cinta pertama gagal dan bertemu dengan cinta abadi di percintaan selepas kahwin...hope you guys suka karya CIA ----> CINTA CAMERON!

8 comments:

  1. bestnyer... walaupon x kawin gn hadif..arfhan pon okey gak..
    gudjob kak xDXDxD

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks, dik... saja nak kasi surprise...hihihi...

      Delete
  2. tahniah qaseh qieqie
    cerpen ni best sangat
    hopfully lps ni akan ada cerpen yang lebih menarik lagi...

    ReplyDelete
  3. Ingt dia dgn hadif.. best2!!!! ★★★

    ReplyDelete
  4. Heart feeling atau hurt feeling writer...bkn dlm bab ni, tp bab2 sebelumnya..:D

    ReplyDelete