Tuesday 24 December 2013

Cerpen : Dia...Mr All Right! 1



BMW 5 series sedan putih berhenti betul-betul di hadapan salah sebuah hotel yang agak terkemuka di ibu negara Malaysia itu. Kereta mewah itu tidak terlepas dari pandangan pengunjung-pengunjung hotel tersebut. Pengunjung wanita sahaja ya. Dengan penuh kesabaran, mereka menunggu si pemilik itu keluar dari perut kereta. Penyambut hotel juga sudah menunggu untuk mengalihkan kereta itu.

“ Apa yang korang semua tunggu kat sini ni? Majlis dah nak mulalah,” dingin sekali suara seorang perempuan berkata.

“ Ikut suka kita oranglah. Entah-entah kau pun berminat nak tahu siapa punya BMW tu kan?” tukas salah seorang dari kumpulan yang sedang menumpukan sepenuh perhatian pada kereta mewah di hadapan mereka.

“ Eh, hello. Yang korang dok tunggu tu…teman lelaki I tahu. Dah…dah, pergi masuk,” Semua di situ menoleh ke arah perempuan yang mengaku teman wanita pemilik BMW 5 series sedan itu.

“ Kalau setakat nak menipu baik tak payah. Kita orang pun boleh tipu,” sindir pengunjung wanita yang lain.

Hey, kejap lagi dia keluar…korang tengok dia datang kat siapa,” balas perempuan itu sinis.

Apalah yang dia orang ni bergaduh. Macamlah si encik pemilik BMW tu nak layan kau orang semua. Entah-entah sikit pun dia tak pandang. Baru padan muka!

Hey!” Pemilik kereta mewah itu memanggil gadis yang tiba-tiba melintas di hadapan keretanya.

Dengan muka yang cemberut, Irine menghentikan langkah. Sempat dia mengerling sekumpulan kaum Hawa di pintu masuk hotel. Entah apalah yang mereka buat di situ dia sendiri pun malas nak ambil tahu. Dari dia turun kereta lagi dia perasan kaum yang sama dengannya itu asyik sangat memandang BMW milik entah mamat mana.

“ Tolong aku,” Irine mengerutkan dahinya. Dah kenapa mamat ni? Putus fius kot.

“ Tolong apanya? Cepatlah. Show dah nak startlah…”

“ Masuk dengan aku,” pinta lelaki itu.

“ Hah?”

“ Takkan kau tak nampak semua perempuan kat depan pintu tu? Rimaslah. Teman aku jalan aje,” Irine melepaskan keluhan berat. Ini yang dia malas jika terserempak dengan mamat kaya tahap…heh! Malas nak bagitahu. Ada saja perempuan yang nak dekat.

“ Lain kali nak datang function macam ni make sure, pakailah masquerade ke apa ke. Dah tak payah nak menyusahkan orang,” kata Irine senada. Lelaki itu buat endah tak endah sahaja.

Irine dan si pemilik BMW itu beriringan masuk ke hotel dan terus menuju ke lif untuk ke tingkat atas. Fashion show yang agak grand itu diadakan di dewan hotel tersebut. Mahu tak terbeliak mata dia orang apabila lelaki pujaan mereka itu bukan datang single. Tapi…berteman. Merah padam muka si perempuan yang mengaku teman wanita tadi. Itulah dik oi. Nak menipu pun kena tengok orang jugak.


“ Kau datang under…company mana?”

“ Hah?”

“ Kau ni dok mengelamun apa? Seronok jalan dengan hot stuff macam aku ni ke?” Irine buat muka. Tak faham aku jantan ni? Buang karan aje den layan dia. Irine lebih rela memandang pemandangan malam kotaraya Kuala Lumpur di belakangnya daripada lelaki perasan hot kat sebelah dia ni. Mual pula rasa tekak ni. Nasib baik lif ini jenis kaca jernih.

“ Buang masa aje. Saya bekas ‘pekerja’ company yang handle fashion show ni…”

“ Wow. So…you’re model, huh,” lelaki itu tersenyum sinis. Model? Lelaki itu seakan faham walaupun Irine hanya memberitahu di hanya bekas pekerja.

The tone that I’ve heard just now like…you look down on me. Up to you…nak percaya atau tak,” Irine berpaling apabila lif berhenti di tingkat lima. Pasti ada yang ingin menaiki lif tersebut.

Hey, Tengku Faris Izale. What are you doing here?” Irine tersentak. Tengku Faris Izale? Siapa? Ada orang lain lagi ke dalam lif ni selain kau orang berdua, Cik Irine oi.

Hye. I datang nak layan cikarolah…apa lagi,” Semakin tersentak Irine dibuatnya. Beku terus badan dia di situ. Matanya meliar di kotak lif. Dia seorang saja perempuan! Oh my…huh!

“ Wah, sakan you sekarang ni? I layan anak dara aje kat sini. Yang lain I bawak hotel murah,” Kedua lelaki itu ketawa kuat. Ketawa gatal namanya tu.

“ Eh, tak silap I...you ni Irine kan? Bekas top model kat Judy’s agency. Am I right?”

“ Errr…ya,” jawab Irine teragak-agak. Seriau sebenarnya. Berada dengan dua orang lelaki yang langsung dia tak kenal. Lambat pula nak sampai di tingkat dua belas.

How sweet to see you here. I dah lama usha you. Tapi, you ni sombong. Lelaki yang ada pangkat datuk macam I ni pun you tak layan. You layan tan sri-tan sri aje kot kan…”

Of course. I only need the best man to entertain me,” balas Irine berani.

Ting!!! Akhirnya…sampai juga. Izale hanya mendengar perbualan teman perniagaannya, Datuk Osman dan gadis bernama Irine itu. Tak sangka gadis yang membantunya itu terkenal juga. Mereka bertiga beriringan ke tempat fashion show diadakan.

You berdua datang sekali ya?” tanya Datuk Osman.

Yes.”

No.”

Datuk Osman mengangkat keningnya. Pelik dengan jawapan keduanya.

I mean…yes,” kata Irine sambil memegang lengan Izale. Izale hanya tersenyum sinis.

“ Oh…then I pergi kat partner I lah. Baru berangan nak jadi partner Cik Irine,” Irine hanya tersenyum nipis. Datuk Osman tidaklah nampak seperti lelaki miang. Cuma, mungkin lelaki yang seusia dengan abahnya itu nampak macam bapa ayam kot.

So…you have no partner here?” soal Izale sambil menuju ke meja yang dipenuhi dengan sahabat-sahabatnya itu.

No. Last minute punya plan. Thank you for being my partner for…ten minutes,” ucap Irine. Dia ingin berlalu dari terus berada di samping Izale.

Miss Irine, why not…teman aku jumpa kawan-kawan aku,” Izale mengangkat keningnya sebelah.

No. It’s okay. I’ll go there,” tolak Irine lalu terus ke deretan makanan yang tersedia. Macam tahu-tahu saja dia lapar. Habis sahaja kerja tadi terus datang ke sini. Hanya dengan dress labuh kosong berona hitam dan dihiasi dengan rantai leher pemberian abahnya sahaja. Diamond okay! Rambutnya yang perang dibiarkan lepas.


Kelam kabut Irine bersiap pagi itu. Penat sangat sehingga terlewat bangun. Habislah dia. Bukannya lambat seminit dua tapi hampir dua jam. Aduh! Sudahlah bos baru nak masuk hari ni. Salah dia juga sebab berkeras nak balik ke kondonya semalam. Bukan dia tak tahu kalau dah tidur lambat, pasti keesokannya dia akan bangun lambat. Ammi siap paksa lagi suruh balik rumah abah semalam. Tapi dia masih nak balik ke kondonya. Inilah padahnya.

“ Kak Yan, bos baru dah masuk ke?” tanya Irine perlahan. Dia meletakkan beg tangan dan beberapa fail di tangannya ke meja.

“ Dah. Ada kat dalam office dia. Ni mesti tidur lambat semalam kan?” Irine mengangguk laju.

Show semalam habis lambat, kak. Punya keras kepala tak nak balik rumah abah, terlambat dua jam. Bos ada tanya Irine tak?” Tahu pun cuak kau Irine ya.

“ Ada. Dia ternampak meja Irine kosong. Lepas tu si mulut tempayan meja seberang tu sibuk aje bagitahu bos…Irine memang selalu datang lambat. Mula nak mendengkilah tu. Dah tu pulak…mula pasang angan-angan nak mengurat bos baru kita tu,” balas Azyan sambil matanya ditala ke meja hujung.

Handsome ke kak?”

Handsome sangat, Irine. Tinggi, ada body…dan muda. Memang perfectlah,” Irine menelan air liur kasar. Si Azyan ni pun bukan boleh percaya sangat. Entah-entah dia pun ada berangan nak jadi bini bos.

“ Gatallah kak Yan ni. Dahlah, Irine nak buat kerja. Dah nak sampai date line…”

“ Eh, sebelum kak Yan lupa. Bos nak jumpa Irine…”

“ Jumpa Irine, kak?” Azyan mengangguk sambil tersenyum. Hilang terus senyuman di bibir Irine. Lipstick pink yang dipakainya juga sudah nampak pudar. Takut sangatlah tu.

Irine berdiri di hadapan pintu bilik bos barunya. Matanya tertancap pada tag nama yang tergantung di pintu. Masih nama bos lama lagi. Tangannya sudah sejuk dek terlalu gementar. Dia menarik nafas dan dilepaskan perlahan. Diketuknya pintu bilik itu.

“ Masuk!” laung satu suara garau. Dengan langkah perlahan, Irine menghampiri meja bos barunya.

“ Maafkan saya. Kak Yan bagitahu bos nak jumpa saya,” ujar Irine sambil menunduk.

So…kaulah yang datang lambat dua jam tu?”

“ Hah? Yes…”

Irine menjeling bos barunya. Sudahlah tengah lapar. Ternampak pula muka buaya jantan kat depan dia ni, semakin lapar dibuatnya.

“ Awak? Bos baru kat sini?”

What kind of face that you show me? I’m your boss. So…please be professional,” kata Izale tanpa nada. Mukanya sengaja diseriuskan.

“ Okay. First of all, I’m sorry for being late. And this is my first time…saya datang lambat. So, saya harap bos tak ambil tindakan,” balas Irine tanpa menghiraukan mamat buaya di depan dia ni. Dia sangat perfect jika diminta professional dalam kerja.

I’m heard from the lady, Miss Diana…kau selalu datang lambat. Sila jelaskan.”

Izale memandang Irine tanpa perasaan. Dia memerhati penampilan Irine. Agak seksi baginya. Kemeja biru bersalut kot hitam mengikut potongan badan dan skirt paras lutut. Tapi apa ada hal dengan Irine, bekas model terkenal dua tahun lepas. Dia dah biasa begitu. Lebih seksi dari itu pun dia pernah pakai.

“ Bos boleh check kehadiran saya. And I’m very sure you will push that lady, Diana,” balas Irine dengan nada biasa. Nak professional sangat kan.

Okay. You can go now. One more thing, please make sure…no more skirt in this office,” Izale memandang skrin komputernya.

Pardon?”

I don’t want to see your naked leg anymore. You can wear any long skirt or anything that can’t show your naked leg. Baju kurung is better,” Mencerlung Irine memandang bos barunya. Belum pernah ada orang yang menegur cara pemakaiannya. Hilang terus keprofessionalannya.

I will. Man that always being treat by cikaro…tak tahan dengan naked leg? I impressed,” sindir Irine. Kali ini Izale pula memandang Irine tajam.

Who are you to judge me? I don’t need anyone to judge me. Especially a girl like you. So, sila keluar. Nak terus kerja kat sini…ikut cakap aku,” mendatar sahaja suara garau itu.

I’m sorry, boss. Saya keluar dulu…”


Irine menghempaskan punggungnya ke kerusi. Nasib baik ada bantal lapik. Kalau tak, mahu lebam punggung dia dek dihempas kuat ke kerusi keras itu. Tiba-tiba moodnya hilang. Semua gara-gara si Izale, jantan gatal tu. Naked leg konon! Hish, panas pulak hati aku. Fail di atas meja dipandang kosong.

“ Hoi, Rinrin. Seronok ya kena marah,” tegur si Diana mulut kepoh tu. Irine memandang Diana tajam. Memang cari pasal minah sewel ni.

“ Rinrin? Siapa ya? Kawan baru kau ke?” balas Irine sinis. Ikutkan hati malas dia nak melayan minah ni.

“ Kaulah…siapa lagi? Amacam, seronok tak kena marah? Itulah, lain kali jangan buat office ni macam bapak kau punya,” Irine bingkas bangun. Ini dah melampau.

Hey, kenapa ni?” tanya Izale tegas.

“ Irine ni, Tengku. Entah dia tak puas hati kat mana pun saya tak tahu. Sakit hati sebab kena marah dengan Tengku kot,” kata Diana dengan nada manja. Meluat Irine mendengar suara itu. Buat tambah tahi telinga kotor saja. Eh…

“ Yang awak melepak kat sini kenapa? Tak ada kerja lain ke?” Irine buat muka menyampah. Padan muka si Diana perasan model tu.

Seluruh pejabat tahu perangai buruk si Diana yang cemburukan Irine. Dia cemburu sebab Irine pernah jadi model. Tapi dia? Beratus kali dah pergi audition sana sini…apa pun tak ada. Mungkin sebab Irine ni berduit sebab tu senang saja orang nak terima. Entah-entah jual badan. Macam tu sekali tanggapan Diana.

“ Err…saya nak hantar fail ni kat Irine. Tapi dimarahnya saya. Memang tak patut kan,” adu Diana selamba. Ingat Tengku kau tu nak dengar ke, Cik Diana?

“ Cik Diana, where is the file? Have you give it to me?” Diana menjegilkan matanya kepada Irine. Irine sikit pun tak heranlah.

I dah letak kat atas meja youlah, Irine. Hah, ni dia,” Irine terasa pening mendengar Diana berpura-pura cakap baik dengannya. Geli telinga mendengarnya.

“ Dah settle?” soal Izale.

“ Dah, Tengku. Saya minta diri,” Berdesup Diana melangkah ke mejanya. Takut dimarahi bosnya. Bukan main serius lagi wajah Tengku Faris Izale tika itu.

“ Irine, kau ikut aku jumpa Encik Jalani. Kak Yan bagitahu kau yang handle dengan Crishe Holdings…”

“ Sekarang, boss?”

Now!” kata Izale tegas dan terus berlalu dari situ. Irine pantas mengambil fail yang tertulis nama Crishe Holdings dan juga beg tangannya. Dia membontoti Izale ke lif.

~And most people see me as ordinary. But if you look close you find I’m very interesting~

Hello, Ammi,” Irine menjawab panggilannya sementara menunggu pintu lif terbuka.

“ Lea balik pukul berapa petang ni?” tanya Hajah Syakirah terus. Tidak mahu menganggu kerja anak perempuannya.

“ Dalam pukul lima. Kenapa, Ammi?”

“ Abah dan ammi nak balik kampung. Ammi ingat nak minta tolong Lea jaga Danish. Abang Qi dan kak Qis kena outstation,” jelas Hajah Syakirah.

“ Jaga Danish? Boleh. Tapi Lea off day, dua hari aje. Abah dengan ammi balik KL bila?” Irine dan Izale masuk ke dalam perut lif serentak.

“ Insya Allah, lusa. Kalau tak balik lusa, Lea tinggalkan aje Danish kat rumah kak Nida,” ujar Hajah Syakirah.

Okay. I’ll pick Danish around…six. Ammi pack barang-barang dia lebih sikit eh,” pesan Irine.

“ Iya. Okaylah, jumpa petang nanti. Bye, sayang…”

Bye, ammi…”

Irine melepaskan keluhan kecil tanpa sedar. Izale mengerling Irine di sebelahnya.

Nanny?” Irine mengangkat wajahnya.

“ Ya…”

So…no nightlife for two days. Boleh ke?” Huh, mamat ni. Aku debush karang baru dia tahu. Ada juga orang makan heels lima inci aku ni.

My nightlife? I always have that, my sweet caring boss. But my nightlife full of romantic moment…with me as the most sweet lady. And also have my darling, kingbed,” Izale ketawa lepas. Pandai Irine buat lawak.

“ Oh, I see. You have no nightlife. So boring,” Irine mengetap bibirnya. Ada saja yang Izale cari pasal dengannya. Aku lesing nanti.

At least… I’m not someone cikaro,” Kali ini Izale pula terasa berbahang. Tak habis-habis dengan cikaro dia.

Drop the subject. We have another important work to do,” Tahu pun. Tadi bukan main lagi kau mengusik si Irine tu. Kena kat batang hidung sendiri, reti pulak nak drop the subject bagai.


Perbincangan bersama wakil dari Crishe Holdings memakan masa sangat lama. Dari sebelum lunch sehinggalah nak habis office hour. Macam-macam yang dibincangkan. Maklumlah pihak Crishe Holdings inginkan yang terbaik dalam kontrak mereka. Tambahan pula, syarikat besar itu masih baru lagi bekerjasama dengan TFI Holdings. Masih banyak hal yang perlu diketengahkan.

“ Akhirnya selesai juga untuk hari ni. It was quite busy in your first day, Izale,” ujar Encik Jalani, wakil Crishe Holdings.

It’s doesn’t matter, Encik Jalani. Even, kat London lebih teruk. Sehari suntuk kena keep on discuss. Kadang-kadang sampai tiga hari,” balas Izale sambil tersenyum.

“ Dah namanya business. Beginilah nasib kita. Emm, Cik Irine dah tak ambil job modeling lagi?” Encik Jalani beralih pula kepada Irine di sebelah Izale.

No more modeling life for me, Encik Jalani. Wanna have family…I guess,” Encik Jalani ketawa. Izale buat muka tak kisah. Apa kaitannya dengan dia kan?

Family? Maksudnya dah ada calonlah ya…”

“ Tak adalah. I have to respect my parent since they have got their haji hajah. I think I wanna go there too, one fine day,” balas Irine. Bibirnya mengulas senyuman.

“ Wah, such a big dream. I’ll pray for you, miss.”

Thank you,” ucap Irine ikhlas. Dikerling jam tangannya. Dah nak dekat pukul lima. Sudahlah kena balik office ambil kereta dulu memandangkan tadi dia menaiki kereta Izale.

I think enough for today, Encik Jalani. I have something to do after this. Mind us to go first?” Izale meminta diri apabila terperasan Irine acap kali melihat jam tangannya.

Oh, okay. We’ll see next time. Thank you for coming,” Encik Jalani bersalaman dengan Izale dan Irine.


1 comment: