Thursday 27 June 2013

cerpen : you're still the one 2

sambungan

Sebaik di rumah agam milik papa Zariff iaitu Tengku Nizarul, Zariff meluru masuk ke dalam tanpa menunggu Arianna. Dia naik ke biliknya tanpa menegur kedua ibu bapanya. Arianna masuk ke dalam rumah dan menghampiri mertuanya diruang tamu.

“ Assalamualaikum, mama, papa,” Arianna menyalami kedua mertuanya itu.

“ Waalaikumsalam. Kenapa dengan Zariff tu?” jawab Tengku Nizarul sebelum bertanyakan tentang Zariff.

“ Marah, papa. Rianna tersalah cakap tadi,” beritahu Arianna. Tengku Sharifah tersenyum.

“ Macam tu pulak. Kamu naik atas pujuk dia. Dia marah tak lama tu,” suruh Tengku Sharifah. Arianna mengangguk. Dia naik ke atas dan menapak ke bilik.

Arianna mencari kelibat Zariff, namun tidak jumpa. Dia terdengar bunyi pancuran di dalam bilik air. Arianna membuka tudungnya. Dia melepaskan lelah di sofa yang berada di dalam bilik yang agak besar itu. Beberapa minit kemudian Zariff keluar dengan hanya bertuala. Dia berpakaian dan menunaikan solat asar yang masih berbaki.

Arianna mengambil tuala bersih dan juga pakaiannya di dalam almari dan bergerak malas ke bilik air. Memandangkan dia uzur, tidak perlulah dia terkejar-kejar. Setelah selesai mandi, dia keluar dari bilik air dan melihat Zariff masih di tikar sembahyang. Ingin solat maghrib agaknya. Kedengaran Zariff berzikir lembut.


“ Mak Jah,”sergah Arianna.

“ Owh, engkau yang cantik, yang comel. Datanglah padaku,” latah Mak Jah. Arianna tersengih. Mak Jah yang tersedar menampar bahu Arianna.

“ Sakitlah, Mak Jah,” kata Arianna sambil tangannya menggosok bahunya yang perit ditampar Mak Jah.

“ Itulah padahnya sebab kacau Mak Jah,” balas Mak Jah sambil ketawa.

“ Sorrylah, Mak Jah. Mak Jah masak apa ni?” Arianna mengacau kari di atas dapur.

“ Kari kepala ikan. Lauk kegemaran Zariff,” beritahu Mak Jah. Arianna mengangguk. Bila dengar sahaja nama Zariff, dia berasa sangat bersalah kerana terlepas cakap tadi.

“ Untunglah abang Zariff sebab malam ni ada lauk favourite dia,” rajuk Arianna.

“ Mengada tau Rianna ni. Takkanlah Mak Jah jahat sangat. Ni ha, sambal sotong kegemaran kamu,” Mak Jah menunjukkan sambal sotong itu kepada Arianna.

“ Rianna gurau ajelah, Mak Jah. Rindu nak makan sambal sotong Mak Jah,” kata Arianna. Dia duduk di kerusi kaunter di dapur.

“ Ada-ada ajelah kamu ni. Kamu tolong Mak Jah hidangkan lauk-lauk ni. Mak Jah nak solat. Nanti semua dah turun, boleh makan,” ujar Mak Jah.

“ Baik, Mak Jahku sayang,” usik Arianna. Dia menghidangkan lauk-pauk di atas meja makan. Setelah selesai, dia menyediakan oren ais dan juga milo panas. Zariff kurang minum air yang berais.


“ Mak Jah mana, Rianna?” soal Medinna, kakak Zariff.

“ Solat, kak,” jawab Arianna.

“ Aduh. Akak peninglah. Irfan tu asyik menangis aje. Selalunya Mak Jah yang pujuk. Senyaplah dia,” rungut Medinna. Arianna memandang Medinna.

“ Mana Irfan. Biar Rianna pujuk. Rianna pakar tau bab pujuk baby ni,” Arianna tersengih.
“ Yelah tu. Kalau pandai pujuk, kenapa sampai sekarang tak ada anak lagi, sayang?” usik Medinna. Arianna mencebik.

“ Apalah, akak ni. Mana ada kalau pandai pujuk orang terus dapat anak,” usik Arianna pula. Medinna menggelengkan kepalanya.

“ Merancanglah tu. Kalau mama tahu, tak cukup telingalah korang dengar mama bebel,” kata Medinna. Arianna ketawa.

“ Merepek aje akak ni. Mana Irfannya. Nanti tak pasal hilang suara dia sebab menangis,” balas Arianna. Medinna cepat melangkah ke biliknya untuk mengambil Irfan.  Arianna sudah biasa dengan isu anak yang diutarakan oleh sanak saudara. Baik saudaranya mahupun saudara Zariff. Mereka hanya memberikan alasan yang sama setiap kali ditanya soal anak. Tak bersedia lagi.

“ Rianna,” Medinna menghampiri Arianna di ruang tamu. Dia menyerahkan Irfan yang baru berusia lapan bulan itu kepada Arianna.

“ Alolo, anak mama ni menangis kenapa?” Arianna cuba memujuk si kecil. Dia langsung tidak kekok memegang bayi itu. Arianna membahasakan dirinya mama apabila Medinna sendiri yang menyuruh. Macam tak best pula bila Arianna membahasakan dirinya Mak Ngah.

“ Amboi, kalau dengan mama dia bukan main terkekek lagi dia gelak. Kalau dengan ibu, tak ada pulak nak gelak macam ni,” kata Medinna apabila melihat Irfan sedang ketawa di pangkuan Arianna.

“ Tengoklah siapa mama dia,” bangga Arianna kerana dapat menghentikan tangisan Irfan. Medinna mencebik.

“ Meh sini dekat papa pulak,” Zariff yang muncul secara tiba-tiba itu mengambil Irfan di pangkuan Arianna dari belakang. Arianna mengangkat keningnya.

Zariff mendukung Irfan dan semakin galak Irfan ketawa. Comel. Zariff membawa Irfan bermain di luar rumah.

“ Rianna tunggu apa lagi. Akak tengok dua-dua suka budak-budak. Cepatlah lahirkan baby. Boleh Irfan main dengan anak korang,” kata Medinna. Kali ini dia benar-benar serius menasihatkan adik iparnya itu.

Arianna tersenyum. “ Akaklah bagi Irfan adik. Ada pulak suruh kita,” seloroh Arianna.

“ Tengok tu. Orang suruh dia buat baby, dia suruh kita pulak,” Medinna mencubit lengan Arianna.

“ Adoi, akak ni. Tiba-tiba jadi ketam pulak. Kesian dekat abang Alfian. Mesti selalu kena cubitan berbisa akak ni,” Arianna tersengih memandang Medinna yang sudah membulatkan matanya itu. Arianna sudah bangun dari duduknya. Berlakulah adegan kejar mengejar di situ.

“ Akak. Relax. Akak tak boleh lari sangat. Nanti…,” Arianna melepaskan penatnya. Dia berdiri di hujung sofa. Medinna pula berdiri berhadapan Arianna. Sofa menghalang mereka. Zariff masuk bersama Irfan.

“ Nanti apa?” tanya Medinna.

“ Nanti kena bebel dengan mama baru tahu,” Arianna melutut di hujung sofa. Dia memeluk tepi sofa.

“ Riff, kau tengok bini kau ni. Buas betul,” Medinna mengenakan Arianna.

“ Apa pulak Rianna. Akaklah yang kejar Rianna,” cebik Arianna.

“ Tak ada. Kalau Rianna tak kejar akak, akak takkan kejar Riannalah,” Medinna membalas dengan digelengkan kepalanya. Zariff hanya memandang pelik keduanya.

“ Dah gila agaknya ibu dengan mama Irfan ni. Jom papa bagi tidur,” kata Zariff. Dia berlalu ke katil bayi yang berada tidak jauh dari ruang tamu.

“ Kan dah kena gila. Adoilah, nasib badan,” kata Arianna sambil ketawa. Medinna juga turut ketawa.

“ Ni kenapa gelak-gelak ni? Dah kenapa melutut dekat sofa tu?” soal Tengku Sharifah. Arianna dan Medinna melihat Tengku Sharifah sekilas dan menyambung ketawa.

“ Ya Allah. Pening aku dengan dua orang ni,” getus Tengku Sharifah.

“ Esok kena check otak dia orang, ma,” kata Zariff selamba. Arianna berdiri. Begitu juga Medinna.

“ Kenapa ni?” soal Tengku Nizarul yang baru turun ke ruang tamu.

“ Dia orang ni main kejar-kejar,” jawab Zariff. Tengku Sharifah membulatkan matanya. Dia menghampiri Medinna.

“ Budak bertuah ni. Awak tu baru lagi bersalin. Nak lari pun biarlah Irfan tu dah setahun lebih nanti,” bebel Tengku Sharifah sambil menarik telinga Medinna.

“ Adoi. Mama ni macam tangan ketam. Sakit tahu tak,” Medinna menarik muncungnya. Suaminya terpaksa outstation jadi dia bermalam di rumah Tengku Nizarul.

“ Biarlah mama ketam pun. Padan muka kamu. Degil,” balas Tengku Sharifah. Arianna menahan ketawa.

“ Kenapa, Rianna?” soal Tengku Nizarul apabila melihat Arianna seperti mahu ketawa. Zariff turut memandang isterinya.

“ Mama dengan akak sama. Tangan macam ketam. Sakit lengan Rianna akak cubit tadi,” jawab Arianna selamba. Sesaat kemudian kedengaran ketawa menghiasi ruang tamu itu. Kecuali Zariff. Sebaik mereka berhenti ketawa, Irfan menangis. Semakin kuat Tengku Nizarul ketawa.

“ Hah, ibu pergi tengok Irfan tu,” arah Tengku Sharifah dengan ketawa yang masih bersisa.

“ Tengku, makanan dah siap. Mari makan,” panggil Mak Jah. Tengku Nizarul dan Tengku Sharifah beriringan ke meja makan. Arianna mendekati Zariff.

“ Marah lagi ke?” tanya Arianna perlahan. Zariff hanya diam. Kakinya laju melangkah ke meja makan. Arianna terasa dengan sikap batu suaminya itu. Dia berjalan malas ke meja makan. Dia melabuhkan punggung di sebelah Zariff. Tak lama kemudian Medinna turut berada di meja makan.

“ Banyak kerja kat hospital, Riff?” tanya Tengku Nizarul.

“ Biasalah, papa. Hari-hari ada pesakit,” jawab Zariff.

“ Mama dengar Annisa nak bertunang. Betul ke?” tanya Tengku Sharifah pula.

“ Ha’ah. Dia bagitahu Riff pagi tadi,” beritahu Zariff.

“ Akhirnya, nak kahwin jugak minah tu. Dinna ingat hati dia dah kebal,” celah Medinna.

“ Biarlah. Tak adalah dia mengharapkan Zariff lagi,” kata Tengku Sharifah tanpa sedar. Arianna tersentak. Namun cepat-cepat dia buat muka selamba. Tengku Nizarul menyiku lengan Tengku Sharifah. Tengku Sharifah menelan air liurnya. Dia berasa bersalah kerana terlepas kata.

“ Rianna teman akak pergi mengurut esok nak?” Medinna cuba mengalih perhatian Arianna. Zariff pula hanya menyuap nasi selamba.

“ Esok? Akak pergi mengurut dekat mana?” tanya Arianna kembali. Tengku Sharifah lega kerana Arianna tidak marah.

“ Ha’ah. Dekat rumah mak cik kat hujung tu. Dia memang pandai mengurut tau,” jawab Medinna. Arianna menekup mulutnya dengan tangan kiri menahan dirinya daripada termuntah. Tengku Sharifah memandang Arianna yang sedang menekup mulut itu. Mengandung ke menantu aku ni? Ish, tak boleh jadi ni, desis Tengku Sharifah.

“ Arianna. Kenapa ni?” tanya Tengku Sharifah. Semua di situ memandang Arianna. Zariff hanya buat tidak tahu. Dasar lelaki zaman ais batu rasanya.

“ Sorry, akak. Rianna tak tahan bau minyak angin,” Arianna berlari ke sinki. Mereka berpandangan sesama sendiri. Zariff mencapai air milo dan diminumnya rakus. Dia bangun ke sinki.

Arianna memuntahkan segala makanan yang dimakannya sejak pagi tadi. Terasa ada tangan yang mengurut lehernya. Arianna tahu Zariff yang sedang mengurut lehernya kerana dia terbau wangian Zariff. Dia duduk di lantai lemah. Zariff membersihkan sinki yang dipenuhi makanan yang dimuntahkan oleh Arianna.

“ Bangun,” Zariff menarik lembut lengan Arianna. Arianna menggeleng.

“ Tak larat dah,” kata Arianna manja. Tanpa menunggu lagi, Zariff mencempung Arianna dan dibawa naik ke bilik mereka. Dia membaringkan Arianna yang lemah itu ke katil.

Zariff turun ke tingkat bawah. Dia mengambil sebotol ubat di dalam almari dan menuang air putih ke dalam gelas. Dia berhenti di meja seketika.

“ Akak, Rianna tak boleh teman akaklah esok. Dia tak kamcing dengan bau minyak angin,” beritahu Zariff. Medinna mengangguk.

“ Bukan sebab Rianna mengandung?” teka Tengku Sharifah. Zariff menggeleng.

“ Taklah, ma. Dia memang tak boleh bau minyak angin sejak dulu lagi. Riff naik atas bagi Rianna ubat dulu,” Zariff naik semula ke bilik.

“ Cakap tak sayang tapi bukan main kalut lagi bila Rianna sakit,” kata Medinna.

“ Memang sayang, Dinna. Tapi sayang sebagai seorang yang bertanggungjawab. Bukan sebagai seoarang suami kepada seorang isteri,” balas Tengku Sharifah.

“ Kenapa awak cakap macam tu, Ifah?” tanya Tengku Nizarul. Dia menghentikan suapan nasi ke mulutnya. Tengku Sharifah mengeluh.

“ Dia yang bagitahu saya, bang. Dia masih sayangkan Annisa. Kalau nampak dia ambil berat pasal Arianna, itu cuma rasa tanggungjawab,” jelas Tengku Sharifah.  Ketiga-tiganya mengeluh serentak.

“ Bangun, Arianna. Makan vitamin ni dulu,” Zariff membangunkan Arianna yang sedang berbaring itu.
Arianna mengambil vitamin yang dihulur Zariff dan meneguk separuh air putih di dalam gelas. Dia berbaring semula. Kepalanya terasa sakit sangat. Zariff ingin bangun namun tangan Arianna menarik tangannya. Dia duduk kembali.

“ Terima kasih, Doktor Aryan,” ucap Arianna. Dia melepaskan tangan Zariff dan mengalihkan posisi tidurnya membelakangi Zariff. Di hospital, semua memanggil Zariff dengan panggilan Doktor Aryan.
“ Kenapa abang tak pernah rawat Rianna sebagai isteri. Rianna tak layak ke?” bisik hati Arianna. Air mata ditubir matanya mengalir.

Zariff bangun. Dia duduk di sofa. Dia memikirkan ucapan terima kasih daripada Arianna. Zariff bingung. Dia juga pening dengan dirinya sendiri. Dia cuba menyayangi Arianna. Namun setiap kali dia cuba, dia gagal. Cintanya masih kuat untuk Annisa. Zariff teringat akan perbualannya dengan Annisa ketika menuntut di UKM lima tahun lepas.

“ Ann, Riff minta maaf. Family Riff terpaksa kahwinkan Riff dengan anak kawan papa. Dia orang dah janji dengan arwah nenek nak kahwinkan Riff dengan anak kawan papa tu,” kata Zariff.

“ Ann tak boleh halang Riff untuk berkahwin. Tapi Ann takut Ann tak mampu nak lepaskan Riff. Riff tahu kan kita dah couple tujuh tahun. Ann tak nak kalau Riff abaikan bakal isteri Riff sebab Ann. Insya Allah, Ann akan jumpa jugak cinta yang sebetulnya. Mungkin ini bukan jodoh kita,” tenang sekali Annisa berkata. Dia redha dengan dugaan yang agak hebat ini.

“ Tapi Ann. Riff tak sanggup nak tinggalkan Ann. Riff tak kenal pun perempuan tu. Perkahwinan Riff takkan bahagia kalau Riff tak kahwin dengan Ann. Kita kahwin lari Ann,” Annisa membulatkan matanya.

“ Riff, jangan buat kerja gila. Ann nak Riff kahwin jugak dengan perempuan tu. Tak baik hampakan orang tua, Riff. Kita kena redha. Mungkin ada hikmah disebalik semua ni,” balas Annisa.

“ Ann memang tak sayangkan Riff, kan. Okay, mulai hari ni Riff takkan berjumpa dengan Ann. Dan Riff takkan jemput Ann ke majlis perkahwinan Riff,” tengking Zariff. Dia berlalu meninggalkan Annsia keseorangan di tasik. Annisa menangis semahunya di situ. Dia amat kecewa ketika itu.


“ Abang,” Arianna mengejutkan Zariff sedang lena di sofa.

“ Ann,” Zariff bangun mengejut. Arianna tersentak. Ann? Annisa? Mimpi apa pulak laki aku ni, getus Arianna.

“ Apa yang Annnya. Bangunlah. Dah subuh ni,” Arianna kembali ke katil. Memang kebiasaannya Arianna bangun awal. Tambahan pula, dia uzur. Tidak selesa kalau tidak ditukar selalu.

Zariff meraup wajahnya. Dia mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air. Di dalam bilik air, dia meregangkan ototnya yang kebas kerana tidur di sofa. Nasib baik dia bercuti hari ini. Kalau tak, memang harulah nak kena bertugas dengan badannya yang lenguh itu.

Usai menunaikan solat subuh, Zariff berbaring di sebelah Arianna yang sudah terlena kembali itu. Lega rasanya apabila badannya berbaring di tilam yang lembut itu. Dia memandang Arianna sekilas. Kenapa tak ada langsung perasaan cinta aku kepada Arianna? Mungkin sudah ada cuma aku tak perasankah? Aku buntu, Ya Allah, rintih Zariff.

“ Irfan mana, kak?” tanya Zariff kepada Medinna.

“ Ada dengan mama kat luar tu. Riff tolong tengokkan Irfan ye. Akak nak pergi mengurut kat rumah hujung tu,” pesan Medinna.

“ Yelah. Akak pergi lama ke?” Zariff duduk di sofa di ruang tamu. Arianna di dapur mencuci pinggan. Zariff dan Arianna bersarapan agak lewat kerana terlambat bangun. Sedar saja sudah pukul lapan pagi.

“ Kejap je,” jawab Medinna. Dia membetulkan tudungnya sebelum berlalu ke luar. Zariff hanya memandang kelibat kakaknya menghilang di pintu. Tangannya mencapai remote control dan menekan punat ‘ON’.

“ Abang, tadi ibu call. Ibu dengan babah nak tidur rumah kita seminggu,” beritahu Arianna. Dia duduk di sebelah Zariff.

“ Bila?” tanya Zariff sepatah.

“ Petang ni dia orang sampai. Pak Mail hantar,” jawab Arianna. Zariff mengangguk.

“ Abang tak cuti. Siapa nak teman ibu dengan babah?” tanya Zariff senada.

“ Don’t worry. Your wife still here. Rianna dah bagitahu Milia suruh gantikan seminggu ni,” jelas Arianna sambil tersenyum. Matanya menilik wajah Zariff. Zariff berpaling memandang Arianna yang galak menilik wajahnya.

“ You dah kenapa?” tanya Zariff. Arianna mencebik.

“ Semalam abang mimpi Annisa, eh?” teka Arianna. Wajahnya kelihatan selamba. Zariff pula yang terkejut dengan soalan isterinya itu.

“ If yes, why?” matanya menikam anak mata Arianna. Arianna tersenyum.

“ Nothing. Mesti abang mimpi Annisa tinggalkan abang. Kalau tak, takkan sampai menjerit nama Annisa, kan,” Arianna membalas pandangan suaminya itu. Tetapi tidak lama apabila Zariff melarikan pandangannya.

“ Tak payah sibuklah,” kata Zariff tegas. Dia bangun dan menuju ke luar. Arianna mengeluh. Sepanjang lima tahun mereka berkahwin, Zariff tidak pernah berbaik dengannya. Kalau dirinya sakit atau memerlukan pertolongan, Zariff sentiasa ada untuknya. Tapi, dia tahu sikap itu kerana Zariff hanya menganggapnya sebagai seorang adik sahaja.



“ Masuk, ibu, babah,” Arianna menjemput Dr Ehsanuddin dan Puan Khadijah ke rumah mereka. Ini bukanlah kali pertama ibu bapa Arianna bertandang ke rumah mereka.

“ Sihat, Rianna?” soal Puan Khadijah sambil duduk di sofa. Dr Ehsanuddin turut berbuat demikian.

“ Sihat, ibu,” jawab Arianna. Di duduk pemegang sofa.

“ Zariff mana?” tanya Dr Ehsanuddin.

“ Ada kat atas. Mandi kot. Kami baru balik dari rumah mama. Semalam tidur sana,” jawab Arianna.
“ Ibu dengar Rianna muntah-muntah. Betul ke?” Puan Khadijah mengusap lembut perut anaknya itu. Arianna tercengang.

“ Apa ibu ni. Rianna muntah sebab kak Dinna ajak Rianna teman dia pergi mengurutlah. Ibu tahu kan Rianna tak tahan dengan bau minyak angin,” balas Arianna sambil tersenyum. Tangan Puan Khadijah masih di perut Arianna. Mata tuanya tidak mungkin menipu.

Memang Puan Khadijah tahu Arianna pantang bau minyak angin, mesti muntah punyalah. Tapi semalam Arianna tidak bau minyak angin. Cuma membayangkan Medinna diurut menggunakan minyak angin.

“ Apa khabar, ibu, babah?” Zariff menyalami kedua mertuanya itu.

“ Kami sihat, Zariff. Tak kerja hari ni?” Dr Ehsanuddin memandang Zariff yang duduk di sofa berangkai untuk tiga orang.

“ Hari ni cuti, babah. Start esok, Riff dah mula busy sebab ada intern yang baru nak lapor diri,” jelas Zariff.

“ Rianna tak ada minta bukan-bukan, Riff?” Arianna mengerutkan dahinya mendengar Puan Khadijah bertanya Zariff.

“ Minta apa, ibu?” soal Zariff kembali. Dia juga pelik dengan pertanyaan Puan Khadijah.

“ Ibu ni. Malas layan ibu. Rianna ambil air kat dapur kejap,” Puan Khadijah tersengih. Faham sangat dengan perangai manja Arianna.

“ Minta benda yang susah nak dapat ke? Tak pun minta benda yang dia tak suka,” Puan Khadijah menjawab pertanyaan Zariff.


“ Tak ada pun, ibu,” balas Zariff.

“ Nanti lama-lama adalah tu,” kata Puan Khadijah. Dr Ehsanuddin bagai dapat mengagak maksud sebenar isterinya itu. Arianna muncul dari dapur. Dia menghidangkan air kesukaan ibu bapanya, jus Tok Guru.

“ Minum, ibu, babah,” jemput Arianna. Arianna melabuhkan punggungnya di sebelah Zariff.

“ Sebelum babah lupa, achik kamu kirim salam,” beritahu Dr Ehsanuddin.

“ Waalaikumsalam,” jawab Zariff dan Arianna serentak.

“ Rianna, ibu ada belikan buah naga sebelum sampai sini tadi. Ada kat dalam plastic tu,” Puan Khadijah menunjukkan plastic itu kepada Arianna.

“ Rezeki abang hari ni. Tadi abang cakap nak makan buah naga kan,” Arianna memandang suaminya. Mata Zariff juga bercahaya apabila menyebut buah naga.

“ Bila abang cakap?” tanya Zariff perlahan.

“ Tadi Rianna dengar abang cakap dekat mama,” jawab Arianna. “ Kalau nak, nanti Rianna tolong potongkan,” laju Zariff mengangguk.

“ Rianna, Zariff, ibu dengan babah masuk bilik dululah. Nak rehat sekejap,” Puan Khadijah dan Dr Ehsanuddin sudah bangun. Mereka beriringan menuju ke bilik yang selalu mereka berehat jika bertandang ke rumah anak menantu mereka.

“ Nah, abang habiskan. Rianna nak masak,” Arianna memberikan pinggan yang berisi potongan buah naga kepada Zariff.

“ Pelik betul laki aku ni. Selalu bukan nak makan sangat pun buah naga ni,” bisik Arianna sendiri. Arianna menyentuh perutnya. Mustahil. Tapi mungkin juga sebab dua bulan lepas Zariff ada menyentuhnya. Arianna mengambil handphonenya di atas meja. Dia mencari article yang berkaitan dengan kesnya. Sekejap dia mengangguk. Sekejap dia menggeleng.

“ Apa yang diangguk digeleng kepala tu?” Zariff masuk ke dapur. Dia mencuci pinggan di sinki.

“ Tak ada apalah. Abang cuba baca ni,” Arianna menyerahkan telefon bimbit jenama Samsung S4 miliknya kepada Zariff. Zariff mengelap tangannya yang basah terlebih dahulu sebelum mengambil handphone Arianna.

“ So?” Zariff memandang Arianna. Kerutan di dahinya kelihatan. Arianna mengambil handphonenya kembali.

“ Abang ni. Tahulah tak suka Rianna pun. Tapi benda ni seriuslah. Kalau betul macam mana?” kata Arianna separuh geram dengan sikap selamba Zariff.

“ Pergi jelah check. Entah-entah mama dengan ibu nak usik aje ke,” kata Zariff senada. Arianna menjeling Zariff.


“ Whatever. Sekarang ni abang masak, Rianna tak ada mood nak masak,” Arianna berjalan pantas naik ke bilik. Zariff mengangkat bahunya. Dia mencapai apron dan mulakan memasak.


p/s : sorry kalau tak best..ayu tak suka buat cerpen pendek...so ayu buat part by part...sambungan you're still the one masih dalam progress...dah ada idea...tapi tak sempat lagi nak sambung...busy sikit...

5 comments:

  1. smbng lagii.. Zariff ni jenis yg xda perasaan.. haha
    konflik jngan truk sngat.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sebab sudi baca..:)..
      jadi juga nak buat Zariff ni xda perasaan..
      Insya Allah xbnyk conflict sbb sya pun xsuka conflict2 ni..
      hehehe

      Delete
  2. best tapi nk jugak tengok
    zariff jealous tahap
    kronik hehehe....
    gurau

    ReplyDelete
  3. writer ckp rianna datang bulan.. mcm mna nk mngndung pulak..kikiki

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete